----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Sabtu, 16 Mei 2020

CARA BUAT DUIT TANPA MODAL

Assalamualaikum

Anda pernah dengar Shopee dan Lazada? Pernah shopping tak di sana? Ha.. harini saya nak kongsikan bagaimana mahu buat duit dengan bershopping tapi kita dapat cashback. Kalau kita daftar ke Preferred Shopper (PS), kita berpeluang dapat voucher pembelian.. dan melalui PS lah kita bole jana side income. Konklusinya, fingo sama seperti  Shoppee dan Lazada. Bezanya fingo beri peluang kepada orang awam untuk buat duit .
So apa kerja kita?

BANTU FINGO SUPAYA ORANG AWAM INSTALL APPS INI DI HP MEREKA

  •  Tak perlu menjual
  •  Tak perlu jumpa prospek
  •  Tak perlu hadir meeting
  •  Tak perlu beli stok barang
  •  Tak perlu maintain tiap bulan
  •  Tak perlu pos barang
  •  Tak perlu pandai bercakap
  •  Tak perlu keluar dari rumah

untuk info lebih lanjut, sila tekan link di bawah

ini https://fingoinfocom.wixsite.com/nursyazwani-fingo

atau

https://t.publicecommerce.com/16dcl5

atau

https://wa.me/60104369781

"BUY TO SAVE, SHARE TO EARN" 


Isnin, 4 Mei 2020

TOMYAM PADU

- 2 sdm cili kisar* (pedas gila)
- 2 sdm pes tomyam maepranom (jar ungu)*
- akar ketumbar*
- didihkan
- 2 sdm pes tomyam adabi*
- 2 sdm susu pekat
- 1 btg serai dititik
- 1 genggam ayam (potong kecil2)
- didihkan
- 1 batang carrot (potong memanjang)
- masukkan sayur2 lain = tomato, bunga kobis, kobis
- 1 paket enoki (potong akar)
- perisakan dgn gula dan sos ikan
- air limau jika perlu (sikit2 sebab pes maepranom dah masam)
- daun limau
- daun ketumbar
- bwg holland
- 2 tangkai cabai melaka  diketuk (kalau nak lagi pedas nganga)

* didihkan dgn air

# resepishinju

SPAGETI BOLOGNESE

- 1/2 daging cincang dari packaging (digoreng utk buang lemak).. dibasuh dan ditoskan dahulu**
- 1 biji carrot (dipotong dadu)*
- 5 biji cendawan butang* (selepas rebus dihiris nipis)
- 4 batang hotdog** kemudian dihiris nipis
- blend= bwg putih, bwg merah, 1 biji tomato
- tumiskan = bahan blend, 3sdm cili blender kpedas gila) @ 1 1/2 sdm (lagi prefer).. dah masak masukkan pes bolognese (tin 300g)
- masukkan daging, carrot, cendawan, hotdog
- gula dan garam secukupnya
- kalau nak pekat.. tambah air tpg jagung 2 sdk + air
*direbus
*digoreng garing

rebus spageti
- didihkan air kemudian masukkan garam + minyak
- sudah mendidih baru masuk spageti
- masak sanpai spageti lembut
- dah lembut toskan dan alirkan pada air paip

siap!

# resepishinju

CORNFLAKES MADU

3 sdm mentega @ marjerin
1/2 cawan susu pekat @ gula
1/2 cawan madu
4 cawan cornflakes
2 cawan kacang tanah goreng kasar
casserole / mini cup

#resepishinju
#resepimakofficial
#rese

BENDI GORENG BELACAN

3 ulas bawang putih*
3 bawang merah*
1 genggam ikan bilis / 1 inci belacan*
2 sdb cili kisar/5 tangkai cabai melaka
1 mangkuk bendi (potong serong)
sedikit gula (jika perlu)
sedikit sos ikan secukup rasa

*ditumbuk

#resepishinju

AYAM BUTTERMILK

## perapan
- 2 keping dada ayam / bahagian isi (hiris nipis).. jadikan 14 bahagian + garam + 1 sdk serbuk kari + sedikit lada sulah + sedikit lada hitam + 3 sdb tepung gandum + sedikit air (jika perlu)

## salutan utk gorengan
-  1 sdk tepung jagung
-  1 biji telur

## kuah buttermilk
- 4 sdb marjerin/butter
- 1/2 biji bawang holland*
- 2 ulas bawang putih*
- 4 tangkai cabai melaka merah/hijau **
- 1 tangkai cili hidup**
- sedikit chilli flakes
- daun kari
- 1/2 tin susu cair
- garam secukupnya
- opt = cheese cheddar utk lemakkan dan pekatkan kuah

 * tumbuk halus
** buang biji dan potong membulat
## jgn masukkan ayam yg dh digoreng kedalam kuah sebab nanti dia serap
## tuangkan ke dalam kuah bila nak hidang
## teknik sedapkan ayam buttermilk mesti PEDAS, MASIN, LEMAK

#resepishinju

TAUGEH MASAK KICAP BERSAMA TOKUA

bahan-bahan
- 1 biji tokua (potong 12)
- 1/3 bawang besar (potong sabit)
- 1 tangkai cili hidup merah (potong serong)
- 1 genggam taugeh / ikut citarasa
- sedikit air
- kicap manis secukupnya
- garam secukupnya

cara-cara
1. masukkan sedikit minyak masak
2. gorengkan tokua
3. setelah garing, tolak tokua ke bahagian atas kuali dan tumiskan bawang besar
4. masukkan cabai hidup dan kicap serta air
5. masukkan taugeh
6. perasakan dengan garam jika tak cukup rasa
7. siap!

#resepishinju

BEGEDIL DAGING

bahan-bahan
- 2  biji kentang dipotong tebal (digoreng sampai masak dan lembut.. lenyekkan dan ketepikan)
- 2 inci daging cincang dibasuh dan digoreng utk buang lemak dan masakkan daging (ketepikan)
- 3 tangkai daun sup (  potong kecil)
- 2/5 bawang besar/holland (potong dadu kecil)
- garam secukupnya
- 1 biji telur ayam ( tambah 1/2 sdt garam ke dalamnya)

cara-cara
1. masukkan kentang lenyek + daging + daun sup + bawang besar/ holland + sedikit garam
2. gaulkan semua dan mampatkan adunan dan jadikan sedikit pepeh.
3. celup dalam telur yang sudah dipukul dengan 1/2 sdt garam
4. goreng garing
5. siap!

#resepishinju

KOREAN FRIED CHICKEN SPICY

## perap ayam (30 minit) = 6 ketul ayam saiz sederhana, minyak sikit, garam, 1 ulas bawang putih cincang, sedikit serbuk cili, sedikit lada hitam

## goreng ayam
kacaukan 1 biji telur = tepung jagung (gaul ayam).. doublekan utk tebalkan dan krispikan gorengan

## kuah
tumiskan butter > 3 sdm cabai kering blender (pedas gila) > masak seketika kemudian masukkan asam keping > sos tiram > sos cili > kicap > madu > air gula merah/gula merah/gula kabung > serbuk kacang tanah goreng > gaul dengan ayam goreng tadi.. siap!

#resepishinju

Sabtu, 2 Mei 2020

MOCHI

MOCHI by shinju

*bahan-bahan*(kulit luar)
- 3 1/2 cwn @ 300g tepung beras pulut
- 1/2 cwn @ 80g gula pasir
- air @ susu cair secukupnyanya
- 3 sdm tepung jagung (disangrai)
- pewarna yg disukai (aku guna pencelup merah sirap dgn hijau)


*cara-cara* (kulit luar)
1. campoq semua kecuali tepung jagung
2. air/susu cair tu campur dalam adunan sampai bila kita uli dia tak melekat di tgn.. macam kita buat doh untuk kuih buah buah melaka tu
3. dah goi sebati tu.. bahagi doh kepada dua untuk boh kaler. letak dlm bekas lain
4. dah setel boh kaler.. letak kat tepi dulu., jgn lupa p sangrai tpg jagung tu
5. okay.. kita buat inti



*bahan-bahan* (inti kacang)
- 4 sdm @ 100g kacang tanah tumbuk kasar
-  2 sdm gula pasir
- 3 sdm air panas

*cara-cara* (inti)
campoq ja semua sanpai sebati atau kalau nk lebih manis.. tambah ja gula lebih hehe. ayaq tu utk bagi lekat ja


# ambik periuk dan isi air.. separuh penuh oklah kalau periuk kecik.. masak smpai mendidih

# kalau ikutkan kuih mochi ni ada yg buat lepiaq.. bulat besaq macam cucoq badak.. tapi aku buat besaq kuih buah melaka..hehe.. x reti

#aku gentel2 bagi jadi besar kuih gula melaka tu.. aku tekan2 kat tengah2 bagi dia jadi lubang.. aku isi inti tu dalam lubang.. aku tutup lubang tu

# dah setel. masuk dlm air mendidih dlm periuk tdi.. masak lama sikit dalam 10 ke 15 minit.. sebab lagi lama lagi melekit lagi mochi aa jadi dia

# bila da masak.. hg akn nmpak dia timbui n jernih sikit pastu dia kembang melepiaq.. dh angkat.. toskan pastu alirkan kat air paip utk kurgkan depa melekat antara 1 sma lain

#salut depa dekat tpg jagung yg da dsangrai tadi. da bole makan pastu jeheh

# ikutkan kena kukuih kuih ni.. tpi resepi ni aku olah.. sebb nk mudah.. rumah aku xdak periuk kukuih.. kukuih lagi lembut n menjadi.. klu nk try.. hg tgok  kt youtube ad cara dia.. hehe

# lagi 1.. inti dia bole variasi.. x semestinya inti kacang.. ada yg boh inti coklat la nutella.. red bean.. aiskrim la.. hehe..

#resepishinju

AGAR-AGAR LUMUT MAK (MODIFIED)

bahan2:
+- 30g agar2 tali
2 1/2 cwn air
1 1/4 cwn gula
secubit garam
2 1/2 cwn santan
2 1/2 jus pandan
1 biji telur

cara2:
1) rendam agar2 dalam stgh jam. toskan dan ketepikan
2) masukkan agar2 + air + jus pandan. masak sampai agar2 larut sepenuhnya
3) masukkan gula. bagi larut sepenuhnya
4)sementara tunggu gula larut.. ambil bekas lain utk kacau telur supaya sebati kmudian masukkan santan kedalamnya. kacau sebati telur dgn santan
5) bila gula dh larut.. perlahankan api.. masukkan bahan campuran no. 4 tadi. kacau supaya santan x pecah minyak. boh garam sekali
6) agak lama sikit.. kuatkan api.. masak sampai nampak agar2 jadi serdak2 telur.. maknanya partikel dia dh berpisah.. bole tutup api
7) percika ayaq sikit dekat loyang hat nak boh agar2 ni.. lepastu isi.. tggu sejuk n makan
8) siap!

#resepimakofficial
#resepimodifiedshinju

CUCUR BADAK MAK (MODIFIED)

bahan-bahan kulit
- 3 biji ubi keledek manis (potong sederhana tebal dan direndam seketika utk buang pasir.. kemudian rebus dan lecek lumat halus ubi) 
- tpg gandum (sama bnyk dgn ubi atau kurg sedikit pun boleh.. nak sedap bnykkan ubi dlm portion) 
- air garam (sampai doh boleh uli) 
- minyak (kita guna masa uli nak letak inti) 
**masukkan bahan2 ikut step senarai ini**

bahan-bahan inti
- 1/2 tempurung kelapa parut
- 1 labu bawang besar 
- 2 batang serai dipotong mayang (bahagian lembut) 
- 1 genggam udang kepal (direndam kalu yg kering) @ udang hidup yang kecil tu
- 1 1/2 sdm cili blender @ 5-6 tangkai cili kering 
- gula pasir secukupnya
- gula merah secukupnya
- garam secukupnya

cara-cara inti
1. blenderkan 1 labu bawang besar + cili kering + 2 batang serai batang lembut
2. tumiskan bahan blender tadi
3. masukkan kelapa parut dan udang
4. perasakn dgn gula dan garam
5. masak sampai keperangan atau sedikit lembap
6. siap!

TIPS**
# leperkan doh kulit dgn minyak masak sebelum masukkan inti
***inti disejukkan terlebih dahulu
***leperkan doh senipisnya sebab aku suka rangup
***kepal2 kan inti sebelum masukkan ke dalam doh utk banyakkn inti.. aku suka makan cucur badak inti manis pedas n banyak 

#resepimakofficial
#resepiakumodify