----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Sabtu, 11 April 2015

12 Golongan di Padang Mahsyar


ASSALAMUALAIKUM

hari ni aku nak kongsi sedikit perihal kerohanian, untuk peringatan buat kita semua kaum muslimin dan muslimat. kita tak tau rupa kita mcamana nanti kann.. agak seram sejuk juga bila dapat mesej ni dari seorang sahabat whatsapp baru-baru. moga dapat memberi manfaat kepada semua..:)

"DUA BELAS (12) GOLONGANMANUSIA DI PADANG MAHSYAR"

1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangand an kaki. Mereka adalah orang yang ketika di  dunia suka mengganggu jiran tetangga.

2. Dibangkitkan dalam keadaan meyerupai khinzir. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.

3. Dibangkitakn dalam keadaan perut membesardengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.

4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka menipu.

5. Dibangkitkan dalam keadaan yang lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secra bersembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah SWT.

6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.

7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.

8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua-dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.

9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.

11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk,bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke perut, manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.

12. Mereka yang dibangkitkan dari kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin bermal soleh, meninggalkan maksiat dan menjga solat lima waktunya dengan berjemaah. 

Nilai diri kita siapa kita. Tak usah berpuas hati dengan apa yang kita lakukan di dunia ni. belum tentu lagi kita mampu jadi yang terbaik  dan makhluk terpilih nanti. diakui, manusia sering membuat kesilapan, tetapi jangan pernah silap yang kita boleh perbaiki kesilapan masa silam kita melalui perubahan dan penghijrahan. anda mampu mengubahnya. nasihat untuk diri saya sendiri dan pembaca artikel ni.

sumber : WhatsApp