----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Ahad, 24 Disember 2017

The Peace

Nowadays, too many challenges and worries in my head. People throw bombs, oozing of blood, crushed of skyscrapers, unintentional death, loss of limbs, being punished of unknown reason and violates the rights. When I am by myself, I kept thinking, why such people were humiliated and treated like that? What are their faults? They have right to live in peace, have a good education and being with happy family. I felt that world is too cruel to them. My eyes will burst in tears when I watched the video about them. I do not know why, maybe I am the one of people whose should give them a hand and protect their safety. Yes, I should do and must do.
                Thus, I put wish in my life that one day, I would like to travel around the world and appreciate the peace that our Creator has made for us. Also, I would like to tell the people all around the world who I will meet, to stop violence and terrorization among themselves. I hope that I will have a chance to go such country that has been attacked by irresponsible people and help them with my own hand. Only that can bury my worries and give me a massive satisfactory in my whole life as I can save the value of life!

                In a nutshell, Allah have told us to always seek for a peace life as evidence by the Holy of Al-Quran in chapter sixth, versus 82 which means, “they who believe and do not mix their belief with injustice-those will have security, and they are (rightly) guided”. Hence, we should hold our hands together to achieve the peaceful and meaningful life. Let’s wipe their tears!

Ahad, 10 Disember 2017

Rokok : Agenda Yahudi

AGENDA YAHUDI

Merokok melemahkan badan sekali gus melemahkan orang Islam daipada usaha-usaha dakwah dan jihad pada jalan Allah SWT. Di samping itu, pembelian rokok membantu menjadikan musuh Islam kaya raya. Mereka boleh mengunakan wang itu bagi menindas orang Islam. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu saling menolong dalam perkara dosa dan permusuhan”.
Sebagai contoh, salah satu syarikat gergasi pengeluar rokok di dunia adalam Philip Morris International (PMI). Ia mengedar rokok-rokok berjenama di 200 buah negara di dunia pada setiap tahun lebih kurang 870 bilion batang rokok dikeluarkannya. Aset syarikat ini bernilai lebih kurang 76.34 bilion. Hal ini dilaporkan di www.therichest.com/expensivelifestyle/lifestyle-top-cigarette-companies-in-the-world/
Rokok adalah antara tujuh penyakit yang disuntik oleh Yahudi selain fesyen, hiburan melampau-lampau, seks, lagu dan makanan. Yahudi sengaja memperkenalkan rokok kepada dunia Islam kerana ingin menjatuhkan kita. Antara manifesto yang mereka inginkan adalah untuk menjadikan umat Islam dan keturunannya bodoh dan pendek umur. Yahudi adalah pengedar dan pengeluar rokok yang terbesar di dunia dan antara produk keluarannya adalah Benson & Hedges dan Mevius. Namun, golongan ini tidak pula merokok malah mereka mengamalkan gaya hidup seperti seorang Muslim dan menggalakkan ibu-ibu hamil untuk tidak mencampurkan makanan darat dan laut. Oleh sebab itu, Yahudi lebih berjaya dari umat Islam kerana mampu melahirkan bangsa yang cerdik pandai dan bijaksana. Hadith Rasulullah SAW:
“Bukan dari golongan kita, sesiapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan terikut-ikut kaum Yahudi dan Nasrani”
(HR Al-Tarmizi)
Pengaruh utama dalam merokok adalah ia dapat membuatkan si perokok dan keturunannya bodoh serta cepat meninggal dunia. Terdapat banyak kandungan toksid di dalam rokok itu sendiri yang mana akan membahayakan kesihatan manusia. Yahudi membuat begitu kerana ingin mengecilkan bilangan umat Islam di dunia serta menghalang kelahiran bayi yang sempurna akal dan fizikalnya jika perokok merupakan seorang ibu yang Hamil. Mereka berbuat begitu supaya mereka dapat menguasai dunia dan melaksanakan cita-cita ‘tuhan’ mereka.
Dalam rokok terdapatnya kandungan karsinogen yang menjadi penyebab utama kepada kanser. Asap yang disedut akan masuk ke dalam darah perokok dan disaring di ginjal dan lama-kelamaan aka menyebabkan pembawaan kepada banyak penyakit kerana karsinogen yang berulang-ulang kitarannya di dalam darah perokok itu. Perokok berisikok tinggi untuk mendapat penyakit seperti emfisema peparu, kegagalan buah pinggang, kanser mulut dan sebagainya.
Tambahan lagi, perokok yang menghidap penyakit tersebut berkemungkinan besar akan berhadapan dengan kematian yang secara tidak langsung akan mengurangkan bilangan umat Islam di muka bumi ini.  Ini menjadi masalah besar kerana siapa lagi yang akan menjadi khalifah di muka bumi Allah?
Walau bagaimanapun, nikotin adalah satu bahan yang penting yang harus semua orang tahu tentang bahayanya. Nikotin bertindak sebagai ‘vasoconstrictor’ iaitu membantu untuk menyempitkan salur darah. Ini akan menyebabkan darah gagal untuk mengalir secara normal dan memerlukan jantung untuk bekerja lebih kuat bagi pamkan darah agar pengaliran darah ke tisu-tisu badan dapat disamaratakan. Kesannya, perokok akan menghidap penyakit darah tinggi dan kegagalan jantung sebagai contoh jika berlarutan. Perokok terutamanaya yang beragama Islam akan menjadi susah untuk melakukan ibadah kepada Allah seperti sediakala kerana masalah kesihatan tersebut.
Jadi, setiap umat Islam yang ada keinginan untuk merokok dan tegar terhadap merokok wajarlah berfikir dan tahu sedalam-dalamnya tentang kesan dan kandungan yang terdapat di dalamnya. Dengan ini, setiap orang haruslah mempunya kesedaran yang tinggi dan berusaha untuk elak dan berhenti daripada merokok.

Bila difikirkan semula, memang sangat pedih bahkan rasa terkilan kerana ramainya umat Islam yang terjebak dengan rokok yang merupakan agenda zionis laknatullah. Pada zaman kini, kita kekurangan umat Islam yang tinggi nilai Islami dalam diri terutamanya pemuda pemudi. Jadi, kita perlulah sama-sama berganding bahu untuk lahirkan semula pemuda yang pernah menjadi wadah agama seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin al Ayyubi, Ali bin Abi Talib, Khalid al Walid dan sebagainya. 

Rokok : Isu Hukum Merokok

HUKUM MEROKOK

            Ramai yang ragu-ragu tentang hukum sebenar merokok. Ini kerana, ramai yang berkata haram jika merokok, padahal ada sahaja dalam kalangan agamawan yang turut merokok. Perkara ini sudah lama menjadi isu bahkan turut menjadi tanda tanya bagi semua orang samada yang merokok atau yang tidak merokok khususnya masyarakat yang beragama Islam di negara kita. Bagaimana?
Mufti Mesir, Syeikhul Hasanan Khuluf pernah diaju tentang hukum samada haram atau makruh tentang tabiat merokok ini maka jawabnya adalah ia berdasarkan keekstreman kesan rokok itu sendiri terhadap jiwa, harta atau kedua-duanya.
Ulamak pernah mengkiaskan merokok ini sama seperti makan gula, jika dimakan dalam kuantiti yang banyak  akan membuatkan seseorang itu terkena penyakit kencing manis kerana tinggi kandungan gula dalam darahnya. Adakah gula haram dimakan? Ia hanya memberi mudarat jika diambil dalam kekerapan yang luar biasa dan tidak terkawal. Maka, ulamak kiaskannya sama seperti merokok. Keadaan ini mungkin terjadi adalah disebabkan oleh kadar metabolisme dalam badan perokok itu sendiri yang membuatkannya lambat mendapat impak daripada merokok itu sendiri. Kerana itu, ada di kalangan perokok yang meninggal atas bukan sebab rokok Oleh sebab itu, ulamak meninggalkan dua hukum untuk keadaan ini berdasarkan keadaan badan perokok itu sendiri iaitu haram dan makruh. Itulah pendapat-pendapat yang terkenal oleh Mazhab Syafie iaitu haram dan makruh. Oleh sebab itu, hukumnya tidak statik berdasarkan keadaan tertentu perokok.


HUKUM MEROKOK ADALAH JELAS HARAM TANPA SYAK:

Walaubagaimanapun, pernyataan-pernyataan yang tersebut dia atas adalah kajian dan pendapat para ahli ulamak lima tahun dan kebelakang ini. Menurut dapatan kami, hukum terbaru dan terkini yang dikeluarkan oleh lebih 400 ulamak menyatakannya bahawa merokok itu haram.
Merokok adalah haram berdasarkan makna yang terkandung dalam al-Quran dan berdasarkan logik akal yang jelas memudaratkan diri.

“Dan janganlah kamu menjatuhkan diri sendiri dalam kebinasaan”
(Surah Al Baqarah: 195)

Merokok pada umumnya jelas menjejaskan kesihatan seseorang dan mengikut kajian saintifik, keburukannya adalah lebih banyak berbanding dengan kebaikannya itu sendiri. Antara kebaikan ataupun ‘nikmat’ kepada si perokok itu adalah ia dapat menghilangkan rasa mengantuk, mengenyangkan, memanaskan badan, menenangkan fikiran dan sebagainya tetapi jelas banyak kesan buruk juga seperti didatangi penyakit, mengurangkan kesuburan dan menjejaskan keadaan fizikal dan orang yang merokok menyebabkan hilangnya kekuatan ingatan kerana ia menipiskan lapisan korteks pada otak dan menyebabkan hilangnya memori.

Kita mestilah memelihara aspek daruriyat iaitu akal, agama, nyawa, harta dan keturunan. Perokok menyatakan kenyamanan setelah merokok berbanding tidak merokok, menurut Dr Yusuf Al-Qardawi beliau menyatakan bahawa ini merupakan kesan ketagihan bukan efek yang baik untuk badan dan merupaka kesan perhambaan jiwa terhadap perkara yang tidak berfaedah. Bagi perokok tegar khususnya yang sudah cuba untuk berhenti merokok tetapi mendapat kesan kesihatan akibat daripada berhenti merokok seperti demam berpanjangan dan lemah badan. Ini disebabkan oleh badan perokok yang terbiasa dengan asap rokok mula mengadaptasi keadaan baru badan tanpa kandungan asap rokok seperti nikotin iaitu penyebab ketagihan. Ini jelas memberi mudarat dan kebinasaan kembali kepada badan akibat merokok. Perokok yang mula belajar untuk berhenti akan rasa keinginan untuk merokok semula akibat tidak tahan akan kesan dan ketidakselesaan yang kembali kepada perokok itu sendiri.

Dalam Islam, kita diajar untuk berhijrah kepada kebaikan dengan melakukannya secara istiqamah selama 40 kali. Tetapi tidak hairanlah, ada juga dalam kalangan perokok yang sudah berhenti berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun tetapi kembali merokok kerana nafsu, dorongan orang sekeliling  dan ‘kerinduan’ mereka terhadap rokok mula menarik minat mereka semula untuk merokok. Manusia merupakan makhluk yang bernafsu yang agak sukar untuk dikawal jadi golongan ini perlu kekuatan kendiri dan orang sekeliling untuk terus berazam untuk berhenti merokok.

 “Allah membencimu kerana kamu mensia-siakan harta”
(HR Bukhari dan Muslim)

Mengapa kita perlu mengahabiskan wang untuk memberi mudarat kepada tubuh badan sendiri? tubuh badan ini milik Allah dan kita diamanahkan untuk menjaganya sebaik mungkin. Berdasarkan kitab Fatwa Masa Kini tulisan oleh Dr Yusuf Al-Qardawi, beliau menyatakan bahawa merokok terdapat sejenis keburukan yang tidak boleh disangkal lagi iaitu kewangan. Maksudnya, menghabiskan wang pada benda yang sia-sia sehingga membelanjakan kewangan yang sepatutnya untuk melaksanakan kewajipan nafkah kepada keluarganya. Dalil ulamak menharamakan rokok kerana ia memabukkan dan memberi kesan buruk dari segi fizial dan kewangan. Allah telah berfirman dalam surah Isra’ :27 yang bermaksud,
“Janganlah kau membazir sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan. Syaitan pula kufur kepada Tuhannya”
Oleh itu, perokok tegar dinasihatkan untuk mengurangkan kadar batang rokok untuk dalam sehari jika tidak mampu untuk berhenti rokok selain mengelakkan pembaziran. Begitu juga dengan golongan yang belum pernah merokok dinasihatkan untuk jauhi rokok..
Imam Abu Muhd Ibn Hazm al-Zahiri pernah berkata, ‘setiap yang memudaratkan maka ia haram berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW :

“Sesungguhnya Allah telah menulis ihsan (kasihan ke atas segala-galanya, akan sesiapa yang memudaratkan dirinya atau orang lain, maka dia tidak bersikap kasihan. Sesiapa yang tidak berkasihan bererti dia telah menyalahi ketetapan ihsan Allah ke atas tiap sesuatu”.

Hukum ini boleh berdalilkan firman Allah:

“Janganlah kau mebunuh diri kamu, sesungguhnya Allah berbelas kasihan kepada kamu”
(Surah An-Nisa’ :29)

Perokok yang tidak mampu berhenti ini dinasihatkan supaya menghindari dan menjauhi orang ramai jika hendak merokok kerana ini akan menjurus kepada transmisi perokok kedua iaitu penghidu yang turut mempunyai risiko untuk mendapat penyakit walaupun dia sendiri tidak merokok. Golongan ini juga dinasihatkan untuk menjauhi orang-orang yang merokok supaya bekas perokok tersebut tidak kembali merokok semula. Latihlah diri supaya dapat kawal nafsu merokok dengan menyibukkan diri, makan, banyakkan minum dan berdoa pada Allah supaya diberi kekuatan untuk terus berhenti. Belajarlah untuk berhenti merokok kerana kesan buruknya adalah lebih banyak bebanding yang baik
           
Rujukan :
•           Al-Quran
•           Yusuf Al-Qardawi (Dr.), (1995). Fatwa Masa Kini (Jilid 3 &4). Diterjemahkan oleh Ustazah Rosmawati Ali, Ustazah Siti Zubaidah Ismail Kuala Lumpur : Pustaka Alam Sdn Bhd.
•           Responden dari beberapa orang perokok
•           https://nettik.net/8-tips-dan-alasan-agar-menjadi-pribadi-yang-istiqomah/

•           https://www.youtube.com/watch?v=jvxHtm6dJtc

Ahad, 23 Julai 2017

AKU, DIA & KAWASAKI KIPS


Kawasaki. Satu impian dan cita-cita yang ligat diingini seantero mindaku. Usai menatap carian di ‘google’ aku terpana dan terpesona dek kesegakan rupa parasnya, lalu terus kumuat turun ke galeri telefon bimbitku. Kutukar gambar foto aplikasi whatsapp untuk kali yang ke berapa pun aku tak ingat. ZX150 model 2008 seakan-akan jadi tarikan yang tiada jemu sejak aku mula meminatinya mulai zaman sekolah menengah juga antara puncanya adalah selepas menonton filem Ahmad Idham, Remp-It tahun 2003 tak silap aku. Sungguh mengujakan permainan motosikal di sisinya yang tersendiri.
Mulai tahun 2015 bulan September, aku mula mengenali seorang jejaka merah jambu. Dia selalu datang ke kedai serbaneka yang aku kerja dulu. Malam itu, kali pertama aku bekerja satu shift dengan lelaki Pakleh namanya, dan pada malam itu jugalah aku kenal si merah jambu ini. Kali pertama aku melihat wajahnya, jantungku berdebar-debar. Masa aku melihatnya, aku perasan mereka berpelukan seolah sudah lama tidak berjumpa, kawan Pakleh agaknya. Dia mengenakan jaket kulit bewarna hitam seperti baru tiba daripada perjalanan yang jauh. Riang aku melihat mereka, sangat mesra. Aku terus mengalihkan pandanganku kearah lain. Buat kerjaku sendiri. Otakku mengatakan yang dia mungkin dah berumah tangga melihat dirinya yang agak berisi dan berjanggut. Mindaku berkata, beruntunglah siapa yang dapat dia. Sesungguhnya, aku tertarik dengan gayanya.
Malam itu, memang ramai sangat orang lelaki, aku mula rasa takut. Pakleh bawa geng agaknya untuk menyembang. Tiba-tiba, tidak lama lepas itu, Pakleh masuk ke kedai semula meninggalkan kawan-kawannya di luar dan berkata ada orang minta nombor telefonku. Aku terkejut dan berdebar yang amat. Dan si merah jambu ni masuk kedai dan terus menarik tangan Pakleh. Dia kelihatan malu waktu itu. Aku hanya senyum dalam diam. Rupanya nama dia Lan. Sudahku tahu nama dia. 
Kami mulai rapat sejak perkenalan kami kali pertama itu. Sebulan selepas perkenalan itu, baruku tahu yang dia sedang menyambung pengajian di Shah Alam. Aku mulai rindu kerana sudah lama tidak nampak kelibat si tubuh berisi dan tinggi itu. Sejak dia berhenti belajar, dia sering ke kedai dan asyik meminta nombor telefon aku. Aku masih tidak bagi. Walaupun aku masih bersikap begitu, dia tetap ingin berkawan denganku dan kadang-kadang aku perasan yang dia seolah-olah merajuk denganku pada suatu hari dan berkata yang aku bercinta dengan Pakleh. Sungguh, pembohongan itu mesti direka Pakleh sendiri, aku tahu sikapnya. Aku mulai rasa dia meminatiku. Aku menyangkal kenyataannya dan kami kembali berkawan seperti biasa. Aku berjanji dengan diriku, jika benar dia ingin berkawan dengan aku bukan sekadar kawan, untuk kali ketiga jika dia meminta nombor telefonku, akanku kasi.
Jejaka merah jambu ini membuat aku lagi tertarik kerana sikap matangnya dan selalu memberi motivasi kepadaku. Aku senang bila bersembang dengannya. Dia kaunselor aku. Dia penasihat aku. Aku gelar dia pakcik ‘Google’ kerana aku sememangnya bukan seorang yang peka dengan persekitaran. Dia melengkapkan segala kekosongan aku. Ya, pelengkap setiap tanda tanyaku. Aku menanti di pintu masuk kedai setiap hari untuk meraih kedatangannya. Aku tidak sabar untuk menemuinya. Motor merah dan helmet putih boleh dikatakan setiap hari ada sahaja didepan kedai. 
20 Mei 2015, hari terakhir aku bekerja di kedai itu. Merah jambu datang seperti biasa. Aku kerja shift petang waktu tu. Dia bertanya aku bila aku nak berhenti sebab aku ada berkata yang aku akan sambung belajar di Puncak Alam. Aku kata hari ini hari terakhir aku bekerja. Aku bercerita semua tentang masalahku. Aku dalam konflik hendak pergi ke sana atau tidak. Aku mula berkata yang aku tidak meminati bidang yang aku ditawarkan itu. Aku minat memasak. Buat roti. Dia mula mencadangkan supaya aku belajar dengan  rakannya. Aku berkata sudah terlambat sebab semuanya sudah tersedia. Aku hanya perlu ambil gajiku dan bungkus baranganku untuk ke Puncak Alam sahaja. Tambahan pula dengan keinginan yang sungguh-sungguh oleh ibu aku. Aku menurut sahaja.
 Aku tak tahan lalu aku menangis di hadapannya. Dia kelihatan sedih melihat aku. Mujur tiada  pelanggan waktu itu, entah kenapa aku rasa waktu berhenti untuk kami berdua meluangkan masa bersama. Memang lama tiada pelanggan, dan lelaki yang bekerja satu shift dengan aku pun tidak kunjung tiba. Dua tiga kali aku ke tandas untuk mencuci wajahku yang basah dengan air mata ini, tetapi, dia terus mengalir laju. Aku malu sebab menangis di hadapan pemilik KDE itu. Tapi, apa mahu buat, aku sudah tidak tertahan dan tidak kusangka boleh menangis sebegitu sebak.
Ku masih ingat, dia mengajukku membuat muka sedih, mukanya merah. Matanya berair sikit. Mungkin dia sedih jugak dengan apa yang aku rasa, tekanan yang aku luahkan kepadanya sedikit sebanyak terasa ringan sedikit bebanannya. Aku perasan dia asyik melihat aku malam itu. Fikirku, malam ini adalah malam terakhir kita akan berjumpa dan lepas ni tiada lagi KDE, tiada lagi si merah jambu yang berjanggut ini, tiada lagi nasihat dan kata-kata semangat. Aku teringat ibuku ada berkata, kalau ada orang berkenan di hati, kasi sahaja nombor telefon. Malam itu juga, dia meminta nombor telefon aku. Berulang ulang kali berkata begitu, ada serba tak kena kerana aku tidak pernah memberi nombor telefonku kepada lelaki. Ini kali pertama. Teringatkan kawan-kawan, Kak Ayu dan Fifi asyik memujukku supaya memberi nombor telefon dan aku sendiri yang tak tahu kepada siapa aku ingin meminta nasihat kelak dan mungkin menanggung rindu kerana pasti sudah lama tidak ketemu, aku meminta telefonnya dan dail nombor aku. Aku suruh dia simpan nama Toyol pada nombor aku. Sejak itu, kami berhubung dalam jarak jauh.
Aku bersyukur kerana aku dipertemukan dengan jambu ini. Aku sedar aku banyak berubah dari segi pemikiran dan emosi atas dorongan daripadanya. Walaupun kami ada terlalu banyak perbezaan, aku berharap yang aku dan dia takkan sia-siakan waktu perkenalan ini dengan mengakhiri perkenalan melalui satu ikatan yang sah, dengan izinNya. Yang terbaik aku harapkan dan doakan hanya kau akan membimbing aku sampai Syurga. DIA YANG PERTAMA DAN TERAKHIR DALAM HIDUPKU, dengan izin Yang Maha Esa. Juga, aku berharap agar dipertemukan jodoh dengan Kips RR model ZX150 hijau pisang  yang buat aku jatuh cinta pandang pertama. Biarpun biru adalah warna yang diminati, tetapi ZX hanya cantik dengan warna hijau itu. Biru? Biru cantik dengan TZM150 model 1990-an. Dengan izinNya, in shaa Allah DIA dan KAWASAKI KIPS jadi milikku, hehehe..
19/06/2017@1:54PM

MEMORI INDAH huhu 19 jun 2017 2.50pm (24 Ramadan1438H)


Kelmarin aku bersiap smart agaknya, pakai tudung coklat, baju pink dan selauar plkn. Aku buat butterfly style kat tudung dan stoking pon stoking yang aku pakai masa kerja dekat kedai tu dulu, waktu sebelum sambung belajar.Kali pertama dalam hidup aku kemalanga menaiki motor wave  150 kelabu di kampong aku dekat tong sampah. Tempat aku jatuh tu atas rumput dekat dengan pagar kawat besi. Mujur aku tak laju waktu tu. Kalau tak, daging aku memang tersiat ler.. tak raya aku tahun ni. Motor aku masih okey cuma cermin side mirror kanan je pecah. Jam kesayangan aku putus dua, tapi masih berfungsi. J smiley hehehe..

Waktu itu, memang aku laju. Tapi, lepas dah perasan ada lembu banyak dalam seekor dua berdiri atas jalan, aku slowkan motor dengan tekan brek. Seekor lembu ni dah lalu ke kanan dengan lenggok yang ayu, tapi tiba-tiba last minit dia patah balik dan tiba-tiba dia buat marathon ke kiri. Apa lagi, bommm!!!!
Aku perasan ada orang jerit, tapi bukan aku ye haha. Aku langgar pinggul dia dan cantik je aku landing atas rumput yang bercerun tu. Mujur tak tergolek dan aku melekat kat situ, ada kawad besi baii.. dekat je dengan tempat aku tersembam tu. Masa aku terlanggar dengan lembu tu a, aku macam menghayati detik-detik ‘bermakna’ itu. Hahahaha.. aku senyap dan ikut je flow apa jadi. Sedar-sedar aku perasan yang bunyi enjin motor aku dah mati. Senyap dan aku nampak rumput depan mata aku. Visor tak pecah! Maknanya aku tak bawa laju!! Wehh.. kenapa doe selalu orang kaitkan langgar dengan lembu ni sebab bawa motor laju. Aku tak sempat tengok meter sebab meter aku memang rosak, asyik tidur je memanjang, hahaha siak tul. 

Then, sambung balek… aku mula menggerakkan kaki aku kedua-dua belah. Alhamdulillah.. tak de patah. Fuhh!! Deria masih berfungsi cuma kaki kanan aku sikit tersepit dengan motor sebab moto jatuh di sebelah kaki kanan aku. Hari kedua baru aku perasan kat sebelah lutut aku lebam dan hari kedua hari yang lagi sakit berbanding dengan  hari pertama aku jatuh motor. Okey, sambung. Aku bangun, tengok barang apa yang jatuh dan aku tengok lembu tu dah jauh marathon ke depan. Perghh!! Sakitnya hati, mujur dia haiwan, kalau orang dah lkama aku maki dekat situ jugak. Barang jatuh. Motor ke kiri, tayar depan junam ke bawah dan masih tertidur di sisi kanan. Aku memang takkan angkat sebab sebelum ni motor aku pernah jatuh dan orang lain yang angkat, aku memang tak terangkat motor tu. Berat siakk. Memang berat giler. Aku ni dah la ketot pendek pulak tu. Makin bertambah ler sadi tangan aku weh.. hahha. Perempuan okey, aku gadis melayu terakhir!!! Aku langut tengok ke jalan dari hadapan aku, ada seorang lelaki naik motor menghampiriku. Dia tak pakai helmet!! Haishh..

Dia tanya kenapa, dan aku kata jatuh motor langgar lembu. Dia tolong angkat. Aku tolong tarik motor aku ke atas jalan yang tinggi tu, Badut nama dia. Dia tolong aku ang kat barang masiuk raga. Dan start semula motor aku yang dah mati tadi tibva-tiba. Lepas tu, masa kitaorang tengah angkat motor ke atas jalan, ada dua orang lelaki naik satu motor patah balik tanya apa jadi. Dia tanya ada luka kat mana-mana tak.. aku jawab ada sikit kat tangan dan siku rasanya sebab pedih sangat. Aku ambil jam tangan kesayangan aku tu masuk poket. Tudung aku tertanggal sebelah, tak ingat belah mana. Balik tu, aku panggil mak yang sedang baca quran, kata aku eksiden. Aku menangis sambil bercerita semua pertanyaan mak. Huhuhhuhh.. dah lama tak eksiden besalah. Huhhu..

Aku luka banyak di sebelah kanan sebab melihatkan keadaan helmetku memang sebelah kanan aku banyak menimpa lantai bumi. Aku gi klinik satu Malaysia kena injection kat deltoid kiri dan cuci luka guna normal saline dan flavine hat kuning . Sakit pedih oiii!! Pengalaman jadi patient, hehe Cuma bukan dekat hospital. Baru aku rasa. Mujur tak teruk. Aku bersukur dan puas hati sebab doa aku termakbul selama ini. In sha Allah , dngan izinNya yang Maha Esa aku akan berubah menjadi lebih baik dan berusaha  menjadi muslimah yang baik dan mukminan untuk masa-masa akuan datang, doakan aku! Apa aku doa? Biarlah rahsia… hehehehehe

AKU RINDU MAT REMPIT ITU



Semasa aku didatangi konco-konco ah long, tanpa kusedar kau memasang telinga sebenarnya. Aku tak tahu nak letak muka dekat mana sebab aku tak sangka yang kau benar-benar nak tolong aku. Aku. Aku malu, sebab aku pernah marah kau sebab suka berlumba sampai tak sayang nyawa. Kau suka bergaduh tak tentu pasal. Kau merokok sana sini. Kau liar Ali. Kau liar. Walaupun aku pernah kata aku bencikan kau, tapi kau tetap nak tolong aku. 
“Nah, Paan. Aku ada RM700 je. Nanti ada lebih, masyuk sikit gaji aku. Aku kasi kau” 
“Takpe lah Ali. Simpan la gaij tu. Kau nak pakai masa sesak nanti takde pulak”
“Eh, tengah sesak la ni,bro. haha..”
Aku tak mampu nak tolak wang sebanyak tu memandangkan kau asyik memaksa aku untuk terima. Aku membiarkan saja. Tak sampai hati aku nak buat kau sedih, Ali. Aku terima pertolongan kau buat kali pertama. 
“Nanti aku ganti balik duit kau. Terima kasih, Ali “
Ali hanya tersenyum saat aku berkata begitu. Aku baru nampak sisi baik kau, Ali. Selalunya, perempuan, rokok, motor je aku nampak dengan kau. Serius, aku rasa malu. Aku malu sebab pernah kutuk orang yang sanggup tolong aku waktu susah macam ni. 
Malam tu, kau gaduh dengan khalis, musuh ketat kau dekat port biasa kau melepak malam-malam. Aku tau sebab kau asyik baling barang dalam rumah, habis pecah, berselerak kau kerjakan, Ali. Aku marah kau. 
“Kita nak makan macamana esok kalau pinggan semua pecah, Ali?!”
“Kau diamlah Paan! Sibuk je hal aku!”
Kau terus berlalu. Aku mula berfikir mungkin kau akan minta semula duit yang kau pernah bagi aku 3 hari lepas untuk bayar hutang. Hmmm.. tak, kau tak minta pun? 
Petang keesokannya, aku nampak kau balik rumah dengan motor yang kau pernah jual dekat Khalis. Kau sorokkan bawah kain hitam di bawah rumah sewa kita. Aku tertanya-tanya kenapa kau ambil semula motor tu, sedangkan kau dah jual dekat Khalis. Aku bertanya pada kau. Kau diam membisu, Ali. Geram pun ada. Kau hanya berkata.
“Nanti aku pulangkan balik, Paan. Kau diam-diam sudahlah..”
Aku mula berfikir yang bukan-bukan. Ali ni nak jual dekat orang lain pulakkah? 
“Weh, Ali. Kau jangan mcam-macam la. Kau dah jual kan motor tu dekat Khalis. Nanti dia serang kau macamana? Nak masuk lokap lagi ke?”
“Eh, heran apa aku bro? Kau rilek sudah…”
“Kau cakap tak nak dah race. Ni ape? Kau lupa janji ke pa hah?!”
 Ali capai helmet Arai birunya lalu keluar. Katanya mahu diservis ‘kesayangannya’ itu. Aku dah mula tawar hati dekat Ali. Aku tahu, dia mesti berlumba lagi guna motor yang dia ‘curi’. Tak tahulah, mungkin dia nak lepaskan rindu motor dia yang satu-satunya dia jual. Memang sah dia pergi berlumba malam tu sebab aku sendiri tanya Khalis. 
Pukul 3 pagi, Khalis call aku. Berita yang sudah aku agak aku terima tentang kau, tentang kau, Ali. 
Tapi, kali ni. Bukan biasa-biasa dan lain dari biasa. Khalis datang menjemputku ke hospital sebab kau Ali! Sebab kau! Aku tengok kau dari jauh bertarung nyawa. Darah meramu ramu di tubuh kau. Kau longlai masa tu. Kau letih bernyawa. Aku tak dapat tahan lagi, aku terus berlari menuju kau Ali. Aku menampar-nampar muka kau supaya kau sedar kembali. Ali! Bangun! Buka mata kau! Aku nak tengok mata kau. Tiba-tiba aku ditarik Khalis dan pengawal di hospital untuk menjauhi kau. Mereka bawa kau di tempat lain. 
Waktu menunggu kau di sana, Khalis baru bagitahu aku yang kau nak pinjam motor milik kau dahulu sebab nak berlumba dan dapatkan duit untuk bantu aku. Sebab tu kau bergaduh kecil dengan Khalis. Kau memang keras kepala, Ali. Selepas tahu niat baik kau, Khalis membenarkan kau meminjamnya. Aku tergamam lalu terasa air panas lalu di pipiku. Kau betul-betul bukakan mata aku, Ali. Kenapa aku menghukum semua mat rempit semua sama sedangkan kau? Baik sangatkah aku ni? Kenapa kau sanggup buat macam tu sampai kau jadi macam ni? Kau gila Ali! Kau gila!
Aku nak mintak maaf dekat kau Ali. Baru aku sedar, kau sahabat sejati yang pernah aku jumpa. Aku ingin jadi sahabat kau yang sayang kau sampai bila-bila. Kau sanggup tolong aku walaupun kau sendiri yang kena bertarung bahaya. Tapi, Allah lebih sayangkan kau. Sekarang, aku dah hilang kau buat selama lamanya. Walaupun, hutang aku sudah selesai tapi, aku masih berhutang budi dengan kau Ali. Terima kasih sahabat. Terima kasih atas segala-galanya. 



10/06/2017 _3:21pm

Ahad, 26 Mac 2017

#MYLIFECHRONOLOGY2

aku.. attitude aku memang buat sorang ni betui2 tunjuk yg dia betui2 sabaq ngan aku. Hmm. Sedih jugak semalam bila dia habaq dia terasa gila gila.. asa.bayes yang amat. Ya.. aku ngaku.. memang aku salahh.. sial lah aku ni kan. Orang tu dah cukup baik tapi aku macam tak appreciate dia lam idup aku.. gila aa aku ni.. huhu. Mujur dia confess semalam..patutla tidur x lena pikiaq pasal benda ni.. dia ad benda nak bagitau upanya hahha. ..

Aku tak pernah menangis sebab seorang yg betul2 terasa ngan aku dan aku asa besalah sampai menangis2.. malm tadi was the first time .. really touched ya i know. Sebab aku sedaq lepaih aku cakap tapi x perbetulkan balek silap aku. Ya attitude.. masalah nya attitude aku macam tu.. kesian serius.. rasa buang segalanya masa kuaq bertiga men boling tu.. kenapa laaa aku mcm tu.. tolong la berubah wani...be matured.. he's the best man yg aku penah jumpa.. tolong jgn siasiakan.. he made u and change u a lot.. tolongla sedar. Bnyk dh dia buat utk ang.. he's your best listener.. your best kaunselor...best of everything.. bersyukurla Allah ketemukan kau dengan dia.. bersebab..berhikmah..

Tolong jgn buat dia mcm patung. Tolong hargai dia.. dia merajuk tu memang salah aku... ya salah aku..sebab aku tak endah ha ngan dia.  Ya.. bila kenng balek masa dekat cc... benda yg sama jadi sebenarnya.. tolongla wani.. jaga dia.. dia jaga hang..dia jaga betul2.. :'). To my Dear nik.. walaupun ang nmpak aku.mcm x rindu x syg, tpi lam ati ni penuh aa perasaan tu. Hri2 aku tgok ang lam fb. Tgok status ang haha. xpenah aku asa macam tu lam idup aku..

 aku try to control everything coz i wanna show them when once kita sah jadi laki bini nnti. Aku x nak manis tu hilang lepas kawen ..in sha Allah kalu umur panjang* hehe. but yet, nik terasa dgn semua tingkah laku aku.. sokeyy.. i will change them for you as well as kau tak terasa ngan aku.. and kau asa selesa ngan aku.. x mcm perempuan2 lain yg buat hg down smpai bertaun2.. aku x mau jadi punca hg down lagi dan lagi.. aku tak mau.. aku nk hg happy. Enjoi life hg..ssebb hg dh banyk sgt tolong aku..

 last, kalau ang baca page ni, aku nak ucap sori sangat2 sebab dah banyak sangat lukakan hati hang. Aku tau. Tapi tu lah, jgn diam ja.. talk to me. I just you be happy when you with me. Aku doakan kita berjodoh sampai bila2 .. terima kasih untuk semua. Aku sayang hang.. tolong jangan tinggai aku kalau takdak sebab yg kukuh untuk lepaskan aku *hahha ayat len macam haha*.. sebab aku jenih susah move on kalau kena tinggai dgn org yg betui2 aku syg.. amek masa bertaun gak hmm.. sebab aku seorang yg setia haha. Ooh confession apakah ini? Huhu... lantak aaa.. sekian.. wassalam

To :
Singgang Lover
Big Fan of Fullmetal Alchemist
aka Rosyam Nor
Janggut
Panjang
Buntat
Specialized for Nik ♡♡

Sabtu, 25 Mac 2017

POTLUCK


Setelah sekian lama x jumpa akhirnya.. 3 februari 2017 baru ley jumpak hampa.. lamaa sangat. 3 taon dah ni asa.. haha walaupun tiap kali qaya mesti mai umah hahaha. Yaya pending sagu berendam mak aku buat tapi agak aa.. haha. Kalu nek keta ley gak..

Hari tu memang makan pagi.. jumaat pulak. Gemik nak mati. Selfie qamai2 bila dh kenyang. Bawak balek bekai hat lebih tu.gak terasa nak makan lagi un ada asa..haha. mcm2 bawak kuih ada. Bihun ada.. ayaq.. haha.sedap ayaq. Paihi kali ad potluck 2.0 ka aku nk bwak ayaq ja. Hahahaha. Malih aa nk goreng2 bagai dh huhu... rindu hampa.. x sabaq nak habeh lajaq.. huhuhu . Nak sekolah balek lahh!!

BOLING & HP REUNION


13 November 2016 at Sejati Superbowl Sg Petani

Okey.. second time main boling haha. Tibai jalahh.. pakai kain pulok haha.. dan satu game saja.

Battle dengan geng2 kampung. Liza Wani M ape ntah sepupu menakan liza ni haha.. kalah bhaii.. malu gakk huhu. Mujoq saatu game ja hehehe.

Post at fb, encik azlan ajak battle sekalik pulok haha.. plan punya plan dia ajak last2 time aku ajak baru x malu nak kuaq sai ada teman.. kak ayu teman haha.


21 Mac 2017 ... hari kejadian perlawanan berlaku antara aku, kak ayu n azlan. Haha

Hari senin tu.. kak ayu cuti. Mengajak aa apa agi.. dah kata dia cuti memang jalan aa hari tu. Hehe. Seperti yg dijanjikan.. aku x ingat jalan. Sebbek nek keta haha. Hujan sikit. Nek kancil .. hehehe.. merasa gak dia bawak hahaa. Kalau aku ad lesen keta n pandai bwak keta dh lama dh aku bawak. Ayoyoyoyoyoyoo.. tobat best. Kenangan aa

Okey.. tutup ka tmpat boling ni? mai awai sgtkah kami? Asai gelap? Rupa2 bru nk bukak.. hahaha. Tadi jnji nk mai koi11 centu.. dok ralit2.. sorang2 mai lmbat.. last2 sampai park avenue lam pukul 1215 noon. Baru bukak.. hari minggu koi 12  beu bukak.. auuu.. hehehehe. Kalut ja lan laqi ataih haha...

Okey.  3 org main 3 game .. sekalik kasut pa suma... jadiklah rm47... *see you cuti sem.. nk bekap balik aaa huhu* 

Uishhh.. maruah aku tercalaq bakhang.. huhuhuhhhhhuhuuuui... tpi mojoq aaa ada cikgu azlan ajaq men boling ngan caqa betul..  haha . Cikgu Lan. Baik betui cikgu tu haha. Asa nak sepak ja asa haha.. x habeh2 nak psiko aku.. huhu.


Malam hari yg sama.. hehhe. Reunion ngan budak hp. Habang hipstur lanje burger hipstrurr 8 layer kat kuala muda.. tobat takut memanjang xtau sepa..huhu. fes taim kuaq makn malm selain family. 




Pizza Homemade ala Shinju


                     PIZZA HOMEMADE ala shinju

Bahan untuk tapak piza :

A (rendam sampai berbuih)
- 2 1/2 sdt yis
- 250mL air suam
- 2sdb susu pekat

B (gaul sampai jadi serbuk roti)
- 4 cawan tepung gandum
- 2sdb marjerin/planta

Bahan untuk topping :
- sos tomato
- sos cili
- isi ayam hancur digoreng kering
-mayonis
-lada hitam
- sosej
- cili benggala
-cheesse mozarelaa
- apa2 saja topping yang ampa suka katak ka cicak ka.. haha

#sementara nak masak tapak bole la siap sedia bahan untuk topping, stail alu jenih malaih tunggu lama2.. so aku bakaq guna periuk ajaib dengan api yg sgt sgt sgt sgt pelahan yee... hehe. Ready?


Cara buat tapak piza:
1. Rendam bahan A sampai kembang berbuih buih.
2. Gaul dan ramas bahan B sampai jadik serbuk roti. Tuang bahan A yg dah kembang tu. Gaul sebati guna tangan bole guna mixerun xpe. Kalu rasa melekatagi bole tambah tepung. Gaul sampai doh tu tak melekat dekat tangan.
3. Rehatkan doh. Tutup .. tunggu dalam 30 minit aampai doh naik cantik. Agak2 doh dah naik siket bole la main tumbuk2 dekat doh tu.. bagi dia kentut siket. Hehe.. kuar angin maksudnye.
4. Okey.. bole la leper2kan doh .. bagi nipis senipisnye un xpe.. sebab nanti bakaq lagi dia naik. Tebai satgi jenuh tokak. Haha
5. Bole ler letak topping.
6. Bakar sampai masak.
7. hidangkan dan ngap.





Sabtu, 14 Januari 2017

#MYLIFECHRONOLOGY

2 bulan di Sarawak






kisah hidup aku dengan pelajaran bermula bila aku apply upu lepas spm 2014. aku ingat lagi, pilihan pertama aku Asasi Sains Hayat UNIMAS. yang lain lain aku tak ingat. itu sebab aku nak discover banyak pasai Sarawak dan dorongan cikgu cikgu sama. so aku pun dengan yakinnya klik unimas sebagai pilihan nombor satu. lagipun, aku rindu nak naik flight setelah sekian lama tak naik. first time naik masa form 2, bapak ajak gi jalan jalan. hehehe. best sangat! sampai malam sebab tiket flight dari penang ke Kuching da habes so, naik dari klia2 . Malam tu naik bas ke kuala lumpur. Sebak memanjang tak tau kenapa. Abang aku tiba2 usap kepala suruh stadi elok2.. yg tu aku xleh lupa. Start nampak kasih syg seorg abang.. uhuhuhu.. malam tu mak, abahn aku naik bas gi sana. Laju gula beb. 4 jam jah. Bertolak lam 12 lebih sampai sebelom subuh. Perghhh.. gila aaa.. pastu tumpang rumah sepapat sat semalam. Pagi2 tumpang umah org makan2 sat sebelom bobok. Sarapan kat berek polis tu* rumah sepapat ngan kambing bakaq bakhang. Xley lupa. Aku ingat agi sampai la. Hahaha. Sedapp. Yum yum.. g klia2 cantik and besau bapak. Hampir sesat sebab firt time and klia2 ni baru bukak gak aa kiranya.


Naik flight. sampai ja Kuching maghrib tu p makan nasi ayam penyet panas beb haha dekat Kuching, abang mat bawak. touristguide yang dh penah bwak dlu tu masa trip 2011. Tidoq kat hotel promosi *serendahrm50semalam* hahaha. Hotel baru nak up. Tgh nak check in madok terserempak sayu mak ayah n sorg laki nih.. nak masuk asasi unimas gak haha. Xpa aaa. Saja cerita. esok tu pi makan roti canai dekat warung depan kolej apa ntah mula huruf b.. brisbane kut. Kolej tu abg mat cita mahai gila yuran dia. Besala international ann and swasta lak tu. dia bawak lah masok kawasan samarahan beli baldi poa suma kat stu.aku x ingat mcmna dayah ley nek keta selaluk ngan aku sbb dia nek flight ngan cikgu time tu.


Sebenaqnya, aku dpt tawarn lain sebelum asasi unimas ni.. dapat kmk, umk (asasi at kolej mara kulim utk vet kut).. huhu tpi aku nak tunggu result ipgm.. hmm. Takpalah, xdak rezeki. Last2 due date utk umk nya tu da habeh so.. tinggai yg xdue agi tu... unimas le.


aku dapat dengan member sekelas aku dulu, hidayah. hehe. janji gi sekali tapi ayah ngan mak dia tak ikut a untuk daftarkan kami ke program tu. so, aku dia dan mak abah ja pergi sana. aku tak rasa sedih langsung macam masa dekat plkn dulu.  Xtau pasepa. hmm, mungkin sebab ada orang yang aku kenai. hehehe. Alhamdulillah lah. daftar bilik tu sekali dengan anak cikgu, so kami bertiga dalam satu rumah. rumah aku paling jauh, tapi tingkat bawah dan paling dekat dengan bilik ayaq. haha senang aa kau ada emergency.

macam biasa, setiap kali masuk tempat stadi mesti ada orientasi. kami orientasi seminggu kalu tak salah. (dah 2 tahun beb tinggal, mana nak ingat.hehe) depa cakap memang bahasa Sarawak aa. kaw kaw nya. memang banyak budak Sarawak sebab jauhkan kalau budak semenanjung nak apply ke sana, memang rare a kalu ada. aku aa yang rare tu. hihihi.

aku ingatka asasi ni senang gila, bila dah masuk kelas tu. 100+ orang satu kelas. untuk asasi sain hayat saja ada 400+ orang student. asasi sain fizikal ada 300 ka 200 centulah. lecturer dia serius best gila best. lawalawa.. muda muda.. comey.. huhu. ada muka Chinese tapi muslim oh ohohohoh!!! my tea liking aa dia!! sana sederhana ja suhu dia. tak dak la macam dekat semenanjung ni. boleh berpeluh cerau oh. huhu. sana payah aa nak Nampak terik. time tu memang musim jerebu. sebab dari Indonesia yang bakaq2 hutan katanya. sampai member un batuk semput. kesian betul. makanan kat sana boley aa nak dapat muqah. makanan paling popular kalu nak beli dekat kantin tu masakan pelik2 tapi sedap aa.

fes taim ayam masa mcam dengan cheese. nama dia ayam butter kot. xpenah beli plak. huhu tengok x lalu, pekat ngat. sotong goring tepung memang cepat habeh kalau beli time rehat. hahaha. sedap tau, melekat tepung tu, rangup huihui. tapi an, kalau nak cari ayam masak merah ka, daging masak sambai ka ynag berkaitan dengan cabai kering dan bawang blended(mainbahantukbuatsambai) memang tak dapat aa aku habaq. depa stail campoq ngan sos botoi ja. huhuhuh. kureng siket aa.. kalauada pon orang semenanjiung ori yang masak. haa, tedia. paihtu suunmasak ngan kulat itam, yang tu sedap gak, tak tau nama, kuah dia pekat tapi sedap. yang tu paling murah kalau nak berjimat. hahah. kedai makan memang superb cantik sebab tepi tasik ja. hahah. lawa serius. tapi, stail ramai orang memang berebut la pasai kat situ ada dua kedai ja pun. apapun memang murah aa makanan dia, puaih hati.

sebelum balik raya dengan hidayah haha, azlin (budak sekelas aku dlu. Hayat 4 haha) ajak gi Kuching. dia sponsor pasai mak dia suruh cari member dok skalik sebelum balik raya posa. kami bertiga check in masok hotel yang mak dia dah tempah tu. hotel tu depan majestic riverside. Aku peraaan hotel tu sebab beto kusyairy penah belakon lam cita uri haha, dia cek in masok hotel tu aaa.  Wuuuuu...Aku x ingat hotel apa yg aku dok tu. Tapi hotel tu cun gak aa ada pub, arak pasuma.  Standard aa. Beli via trivago a kut.

Dah sampai hotel tu, kenalah cari makanan nak posa kan. Haha. Jalan kaki depan sikit ada sungai samarahan yang bengkang bengkok tu *kalu perasan masa dok atas flight, ad rm1 ad rm 0.50sekali lalu. Ke seberang aa.best weyy . Pusat belibelah pling best aku pnah p. Mungkin ad g.. ad ad.  Kat bau senpadan ngan indon, time ty aku g aa masa 2011 lepaih.. hehe jauh kut nak p oii.. ok sambung cta tadi...
Lepas smapi je kat seberang dlm 10 minit kut sampai lah. Terus ke foodcourt. Fuhhh ramai beb! Nak bersungkey.. hehe. Bukak posa an. Tpi, naseb baik ad gak kosong. Aku bedai mi kolok my febret. Yg lagi 2 org tu ambo dok ingak. Haha. Lin kata dia ngan family mmg selalu dh mai kuching sarawak nih. Dah basi dah. So, dia tau tmpat mana best kat cni n yg menarik. Hehehe. Dia kata jalan depan sikit ada juai ikan terubuk. Xpa aa. Dia kata esok mai agi cari kek utk cenderahati balek kg. Mayag2 magrib sat kat masjid ka surau ntah kt kg tu. Ambek gambaq2 sat ambek angin tgok ayaq sg malam2. Sepoi bahasa. Huhu sedap aa nagin dia. Depan kami betui2 hotel yg kami cek in siang tdi. Lawa. Mcm kat oversea. Perghhhhh!! Tpi fotonya ilang. P mana ntah. Juhuhu.. paihtu nak penambang balek ke seberang semula.


Malam tu bila dh sampai seberang,  p jejalan kat area2 hotel aa..pusat bandar kuching, patung kucing memang ada aa.. hahha. Malam2 kuaq sat tgok2 udara and suasana n cari ais krim gula apong yg bro si drebar yg antaq kami ke kuching siang tadi. Tertarik.. tu yg nk p xari. Bawak dayah ke kuching setelah berjanji. Hahaha. Que beb. Amek nombor macm bank hahaha. Kami beli rm5 punya topping oreo kut kalu xsalah. Dia mcm ais kacang aa.  Tpi lagi lembut ais dia.  Tgh2 tu asa mcm ayaq gula.. tu ja pon tpi org berduyun beb. Sempoii aaa. Perghh!! Puaih ati gua habaq. Serius kalu aku ad chance agi g sarawak, mmg nak cari ais krim gula apong tu agi. Yummmm yummmm! Tpi ann. Sebelah dia kedai nasi vavi aaaa.  Juhuhuhu.. tpi kedai ais krim ni jgn isau.. mmg melayu tulen sarawak pnya hoho!

Suasana dia malam tu dekat kuching, ngan bank2 cimb, jalan dia, mcm oversea. Sebab dia versih sgt tmpat dia. Senibina dia ala2 british bangunan dekat2 situ. Nyaman dan tenang ja sarawak. I really love sarawak since first time i jejakkan kaki ngan family dluu.. really2 jatuh cinta. Sebelum balik tu, g cari makan utk soq kut .  Ayam kepci hehe sojuk aih . Ad juai kat bawh hotel kami dok tu. Huhu. Aku cuma makn mknn yg hotel serve ja. Haha. Malas aa nk beli.  *emm.. kedekut hahha


memang best jejalan kat situ. jalan kaki ja pi naik penambang seringgit ada lima kupang ada. pi seberang aa beli kek lapis dayang salhah. best gila. ada yang depa pi beli terubuk masin kat area kampong kt situ. teringat nostalgia. hahahaha. pastu jalan2 kat waterfront malam2 yang dingin ja. cantik macam dekat oversea. best serius best! bukak posa kat food kot, makan mi kolok yang dah lama xmasok tekak ni. febret sengettt..


aku tak tau sebab tak rasa menyesai pun berhenti asasi. mungkin aku salah perhitungan pada awalnya. memang hidup aku lepas asasi tu memang tak dirancang. aku ikut gerak hati. mohon pusrawi dengan member yang nak berenti tu. aku habaq dekat family. ada yang bangkang ada yang kata okay.

last day before aku take off ke penang, kawan serumah aku, hidayah yang sekelas dengan aku time sekolah memang menangis sebab aku nak tinggalkan dia, tapi aku bangga dengan dia, dia kuat. tak macam aku. aku dah buat silap besaq dalam hdup aku dayah. sori sangat, aku terpaksa pentingkan diri. aku yakin hanan ada untuk hang sebab tu dia sekelas dengan hang. bersebab. aku rasa bersalah gila time tu. kesian dayah. dia kenai aku sorang ja kat situ. sebilik dengan kami tu anak cikgu sekolah kami. hmm... masa aku kerja(langkau sat) aku ad terserempak dengan dayah dekat pasar malam belakang rumah, masa tu cuti sem. sat ja jumpa. dia sebak aa nmpak aku, aku teringat balik time last day aku nak p balik. dia dekan sebab memang aim dia nak doctor (tapi rezeki dia sambung chemical resources sekarang). tak pelah, dia minat jugak tu bab bab kimia nih. huhu.

ok balik cerita tadi, aku naik keta dengan bro ni bawak aku gi airport. bermulanya journey solo aku dengan bagasi ni. flight aku maghrib masa tu agak hujan sikit aa.. sedih nak tinggalkan bumi comel ni. penuh miaw dan kennagn walaupun 2 bulan ja. aku book sendiri tiket, bayaq sendiri semua sendiri sebab  orang yang selalu wat booking2 tiket ni memang marah gila sebab aku nak berenti. sedih pun ada sebab aku dah kecewa orang. tapi, aku lebih tau mampu aku takat mana. sebab tu aku berani buat kepuutsan. tpi bila pikiaq balik memang aku rasa tak guna pasai aku dah banyak habehkan det abah ngan abang aku. aku hutang abang aku rm500 gak aa.. taktau nak kata cena. complicated sangat kisah aku ni,.. banyak konflik/////