----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Sabtu, 18 April 2015

part5



                       ********************************************


            Majlis Istiadat Konvokesyen ke-50 baru sahaja berlangsung pagi tadi. Amy dah grade daripada universiti itu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

         Sebelum berpisah, Haziq sempat mengucap tahniah kepada Amy. 
       “Tahniah,kak. Kak doakanlah Haziq pulak”. 

        “Roomate kau macam mana?”, tanya Amy sambil mengangkat kening kirinya. 

      " Dia agak okeylah sekarang.. Slowly it takes then i understand him lastly", jelas Haziq.

       “Kakak  tak pernahlah tengok muka dia. Nak tengok juga roomate Haziq ni.", kata Amy.

      “Tak payah!! Tak payah!! Jangan jumpa dia okey”, Haziq segera memotong kata-kata kakaknya itu. 

        “Kenapa kak tak boleh jumpa dia pulak?!”, soal Amy.

        “Kalau akak jumpa dia, nanti perang pulak jadinya, haru biru pulak nanti. Si Kai tu keras kepala. Sekali dia marah memang angin satu badan. Dia takkan mengalah. Bukan biase-biase!!”, jelas Haziq. 

         Amy menarik nafas panjang sambil menyegetkan mulutnya. Matanya memerhati tajam ke dalam mata adiknya itu. 

      “ok lah, nanti apa-apa call aku..”, pesan Amy. 

     “ok, kirim salam dekat mama dengan papa tau” Haziq mencium tangan kakaknya yang gebu itu.

     “Silakan masuk, cik Amy”, jemput driver keluarga Datuk Abdullah. Kereta mewah jenama Volkswagon hitam megah menyusuri anak-anak jalan di dalam kampus. 

     Tak lama kemudian, seorang lelaki berjaket hitam ASADI perlahan-lahan lalu dihadapan Haziq yang leka melihat kereta yang dinaiki kakaknya berlalu pergi. Lelaki itu memberhentikan motor EX5 merahnya.

            Pin! Piiinnn!!! Piiinnnn!!!

            Lelaki itu membuka visornya. 
       “Haziq! Kau apa sorang-sorang kat situ? Hoiii!!! Tak dengar ke?!!”, Khair terpekik terlolong macam orang gila. Khair menongkatkan motor kesayangannya di tempat dia berhenti. Dicuitnya bahu Haziq kuat-kuat.
             
            “Addooiii!!! Sakitlah! Kau ni cubit-cubit aku apahal?!!”, kali ni Haziq pulak yang menengking Khair. Tiba-tiba, mukanya yang berkerut seribu tanda marah tu, menjadi cekang lalu tersenyum comel. 
           “ Oh, Kai rupanya. Ingatkan siapa tadi.., sorrylah tak perasan tadi..”, suaranya perlahan sebab takut. 

             “Hei, kau pergi mana hah?! Dah pukul 6 dah ni. Kau dah langgar akta yang ke-10 dalam law hostel kita. Balik!!  Kau balik sekarang!!” mata Khair jegil ke arah Haziq sambil menarik telinganya. Haziq mengaduh kesakitan.

          “Lain kali kalau nak jumpa awek call aku dulu, tak payahlah aku habiskan minyak motor aku ni nak carik engkau!”, marah Khair.

           “Awek?! Aku mana ada awek..”, kali ini jawapan Haziq tulus dari hati.     

        “Habis tu, kau datang sini buat apa. Depan asrama perempuan pulak tu. Kau skodeng ke apa.. cakap betul-betul.. tu, tu.. siapa? ”, Khair menunjuk ke arah perempuan  itu. 

             Perempuan itu berambut pendek keperang-perangan dan berbaju kurung bewarna merah jambu yang sedang duduk di kerusi panjang tidak jauh daripada mereka. 

           “Bukan, tu budak  juniorlah, nama dia Alya kot kalau tak silap aku”, jelas Haziq. 

           " Mana kau tau dia tu junior?", tanya Khair.

           "Kakak aku bagitau tadi. Dah lama dah perempuan tu duduk situ. Tengah tunggu kawan dia kot", jawab roomatenya pula.

         Tidak lama, kemudian, tiga orang gadis manis menghampiri Alya. Barangkali, dia sedang menunggu rakan-rakannya di situ. Mereka berempat lalu di hadapan Khair dan Haziq sambil tersenyum manis. 

...............................................................................................
bersambung