----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Ahad, 13 Januari 2019

11 Januari 2019 – UBAT UNTUK LALA



Usai habis kerja jam 7 pagi Jumaat itu, Lala sarapan dan tidur sejenak sebelum mulakan perjalanan yang jauh ke Selangor. Dengan pacuan dua rodanya jenama Honda itu, menggagahkannya bertemu dengan ‘saudagar’ barangan yang ingin dihantarnya. Katanya dia jual barang. Aku dikencing lagi dengan Lala. Jam 4.45 petang begitu, dia hantar mesej melalui WhatsApp dan bertanya ‘nak daging kaa ayam’. Aku jawab ‘kaa’ padahal dalam hati nak daging. Hehehe. Fikirku, daging mesti mahal dari ayam, nak ayam bole juga tapi tak lalu.. puih.. hahaha. Aku rasa dia akan bawa nasi lauk ayam atau daging. Kemudia dia nakkan kepastian, aku jawab ‘ikut mu’ hahha.. lebih kurang gitulah ayat aku. Dan siap solat apa semua. 5.15 petang aku turun ke kafe dan cari spot yang sesuai untuk jumpa ‘pesakit’ aku nih. Haishh. Dari longitude 8, row 3 ke sebelah tv selang 1 meja dan kemudia dia pun sampai. Jam hamper 6.00 petang, topi putih dan motor merah dah sampai.. hauu, hehehe. Okay, mesej dia hantar, ‘mai dulu, barang banyak ni’. Hahaha. Akai, pastu nak terkencing bagai hahaha, lawak aih.

6.00 petang yaa, ayat pertama dia’ stress la wey’,, ha, baru pi tandas pas tu hahha. bermulalah sembang itu ini sampai pukoi. Makan McD. Yummmyy.. prosperity uuu.. dia beli dua ayam dan daging. Hahaha, aku amik daging aa. Win ke aku, hahaha. Not compromising un sebenarmya, dia relanya bagi daging. Haha. Segan aku. Ayaq ada satu? 1 L oren hmm.. citalah dia. Tadi duk bawak moto, tumpah2 last2 sekali dia berenti sebelah jalan dan minum sampai habeh, tu yang nak terkencing tuu. Ahahhaha. Sumpah lawak mamat ni.. XD





Ok dah, tanya la dia awat stress? Ceritalh dia, kena kencing ngan emmber, member kata nak pakai fon secondhand. Dia pon tolonglah caqi (guna yang dia punya sedia ada tu hat honor tu) dan dia pun beli baqu satu untuk dia, di honor yang gb agi tinggi tu hahhaha. Aduhai, tup-tup aku yang dapat font u. aduhai kawan Lala, kesian sungguh la dibuatnya dia begitu. Tak pasai-pasai aku jadi ‘pembeli’ fon percuma dia pulak. Haish.. aku pun terkejut lah, mana taknya aku dah ada 2 fon tambah dengan yang dibaginya ada agi satu. Tapi tak apalah, dia sanggup mai dari jauh dan dia punya alasan tu boleh gak diterima, ‘asyik typo memanjang’ skrin rosak lah hahha. Padahai dah tahu dan dia ingat memang taka da sebab aku memang asyik tak guna fon Samsung tu. Huhuhuhu.. aduhai kesiannya Lala..



Sebenarnya, dia ras bersalah sebab tak jumpa aku kut haritu aku cuti masa cuti stadi week. Dia pi buat kerja potong rumput huhuhu.. dah rasa dah, ‘dia tak mo ngedate ngan aku ka’ huhuhu.. serius sedih sebenarnya, tapi taka pa lah, dah dia memang ada kerja hari tu, aku lepaskan aja. Huhuuuhu.. aku stres2 dan last2 sekali aku amik keputusan nak balik awal sebab nak exam dah 28hb disember ni. Huhuhu.. antara alasan yang kuat jugak yang aku nak balik palam awai haritu. Hmm..

Apa-apa pun, dia memang sangat susah nak ikut cakap aku. Suruh pi lena umah kakak dia tak mau. Bayangkanlah dia tak lena wey sebab last keja dia shift malam. Allahu, penat benar insan tersebut. Tapi, haihh.. baziaq air liur sahaja ahahaha.. dia pun balik la jugak jam 8.30 centu la kot (tak tengok jam la pulak).. dahtu sebelum balik pakat dok test camera fon elok ka dak hahaha.. (mengisi masa lapamg kononnya).. last2 tangkap gambaq sesame sendiri, bengoi betui hahahha.. apa apa pon, dia punya willing tu memang buat aku rasa wah sangat beruntung, adakah dia datang untuk bagi font u atau memang dia guna as alasan nak mai sini?



Katanya, dia suka 2 way communication. Di mana bila dia cakap dia nak ada orang reply. That’s him. And sorry as aku tak bole macam tu sebab aku kan lumpy, boleh tu boleh lah tapi tak selalu aku boleh jadi replier yang buat hang puas dan aku bole stop the communication as u don’t wanted to huhuhu. Itu kelemahan aku yang hang mungkin takkan atau mungkin boleh compromised hm.. hahaha, tengoklah, muka tu mcm muka gambaq kucing yang ku bgi dia tengok, asainya simpsom from samsung. haha, edit baeik punyaa nih.haha

Aku masih dalam tanda soalan untuk itu, apa-apa pun, kudoakan semoga kita berjodoh dan adanya ikatan yang sah antara kita huhuhu.. bila piki-piki balik aku rela nikah awal sebab tak nak rugi masa dan segala benda lain yang negatif. Aku takmau terus berdosa akibat bercinta dengan orang yang tak halal bagi aku lagi. Semoga Allah sentiasa melindungimu untukku dan diberi kesihatan yang baik serta umur yang panjang untuk beribadat kepada Allah Azza Wajalla. J J J

‘99 CAHAYA DI LANGIT EROPAH’


Masa aku sekolah rendah dulu, aku pernah dengar, ustaz ada kata sebenarnya Islam ni empayarnya luas tapi jadi semakin kecil sehingga sekarang. Baru-baru ni, aku tonton satu karya dari Indonesia, yang buat aku tertarik adalah ia daripada adaptasi novel tulisan yang aku pasti memang berdasarkan kisah benar. Aturannya sangat indah sebab sekuel file mini berkisarkan kehidupan suami isteri di kota eropah dan situasi yang sebenar dikisarkan dalam layar tersebut. Aku tidak tahu yang di negera sana agak sukar mendapat makanan halal dan Islam agak minimal dari segi penganut dan kemudahannya, tetapi itu mungkin cerita zaman 10-15 tahun lepas berdasarkan jalan cerita filem itu, kenyataannya sekarang ini aku pun tidak tahu. Jika berkesempatan, ingin saja aku pergi ke sana dan lihat sendiri untuk alami apa yang diceritakan dalam filem tersebut. Sekurang-kurangnya aku tahu pangkalnya dan merasa dugaan tinggal di negara yang dominasinya Kristian dan agama lain (mungkin tidak dominan).

Melalui cerita tu, di Vienna Austria aku dapat tahu yang tempat untuk beribadat sangat terhad terutamnya untuk pelajar Islam di universiti. Sehinggakan adanya kekangan bilamana ada peperiksaan pada waktu solat Jumaat. Di sekeliling mereka makanannya sangat mudah mendapat yang tidak halal. Dan jika ‘dalaman’ tidak kuat, tidak mustahil akan mulai merasa makanan terlarang tersebut. Na’uzubillah. Melalui ceritera ini juga, aku dapat tahu wanita bertudung memnag sukar mendapat pekerjaan meskipun mempunyai kriteria-kriteria yang sangat dicari-cari. Bahasa pertuturan juga menjadi subjek penting dalam komunikasi kerana kebanyakan mereka fasih berbahasa Jerman, dan kadangkala Bahasa perantara Bahasa Inggeris juga tidak difahami mereka. Ya Allah, sukarnya hidup di Vienna. Heroin cerita ini, mengikuti kursus Bahasa Jerman supaya memudahkan pertuturan sepanjang berada di sini.

Yang paling menarik perhatian ku bila Hanum dan Rangga berhijrah ke Paris dan di situ bermulalah penjelajahan kesan peninggalan taklukan Islam di negera tersebut. Hanum dibawa oleh Marionne ke Muzium Lourve . di luarnya ada pyramid yang lut itu. Dalamnya ada lukisan-lukisan dan patung. Satu lukisan Mariam, ibu Nabi Musa. Di situ, terungkai rahsia di mana ada tulisan ‘pseudo kufic’ iaitu tulisan ara yang berangkai yang terdapat pada tudung yang dipakainya. Aku terpesona kerana ini perkara yang tak pernah aku lihat dalam hidupku dan tak pernah diceritakan.


Di sisi tudungya ada tulisan ‘la ilaha illallah’ yang bermaksud tiada Tuhan selain Allah. Tulisan ini kelihatan banyak terdapat di kebanyakan barang dalam muzium ini, bahkan pada baju Raja Roger dari muzium di Vienna turut terdapat psedo kufic ini. Ini bukti zaman pertengahan eropah ditakluk Islam dan dapat dilihat dari segi kesenian dan sebangainya.


Di paris juga terdapat satu gerbang yang dipanggil ‘Gerbang Kemenangan’ iaitu Arch de Thriomphe atau de Etoile’ sebagai penghormatan kepada pejuang-pejuang Perancis terutamnya di zaman Perang Napolean.  Di situ terdapat nama-nama pendekar dan ada satu makan pahlawan yang tak dikenali semasa Perang Dunia Pertama. Yang menariknya, gerbang ini di tengah-tengahnya terdapat satU garis yang lurus (champ elysees), yang mana di garisan itu adanya Tugu Emas (Oblisk Monument), pancuran air, dan Muzium Lourve. Yang menjadi pertanyaan, kenapa ia berada di satu garisan yang lurus? Ini adalah idea Nepoleon selepas menjalani penjelajahan ke Mesir. Jika kita lihat dari peta, patung askar zaman Napoleon yang berasa di gerbang itu menuju kearah timur kita akan menemukan bangunan yang sangat menjadi kebanggaan umat Islam. Ke arah Tenggara Timur akan melepasi pergunungan Alps Switzerland, ke Itali, Yunani, merentasi laut Mediterannean, Mesir, Arab Saudi dan Mekah Mukarramah. Ya, ia menuju ke kiblat umat Islam!



Aku terpesona dengan jalan cerita kisah ini, dan menjadikan aku rasa terus ingin tahu dan menjelajah apa perkara yang aku tak pernah tahu dalam hidup aku. benar, aku orang Islam, tapi belum tentu aku Islam dalam jiwa dan pemikiran. aku perlu tahu jelajahan agamaku di mana? tahap mana? dan kenapa ada penafian dan 'persembunyian' di sebalik fakta-fakta itu?