----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Sabtu, 29 September 2018

HIKING DI BUKIT HASH SG PETANI


1 september  lalu aku, abang, adik, kakak ipaq, 2 orang member kak ipaqku dan member abang aku, sapuan ikut pi mendaki bukit hash kat sungai petani, memang best. Malam sebelum pi tu, abang ada hantaq daging korban untuk buat karipap. Karipap daging mak memang terbaik bhaii.. sapa dah rasa memnag akan rasa lagi.. walaupun luaq permukaan dia memang sangat susah nak digambarkan dengan kata-kata tapi percayalah, bila tokak memang syurga ja rasanya.. trust me!
 Okay ni bukan cerita pasai karipap, ini cerita pasal trip kita pi mendaki gunung.. ececeh, padahai bukit ja kot hehe.. asainya plan nak pi gunung baling, tapi entahlah abang nak try yang x ekstrem dulu kot. Takpalah, ikot jala.. jati pon set aih sebab saha  mintak cuti keja hahaha.. aku pon apa lagi, walaupun malam tu melawak dengan abang kata nak pi gunung pula kan??? Hahaha.. padan muka kacau pala. Kahkahkah..

Pagi tu memang tinggai Fattah kat mak lah. Sebenaqnya hujan pagi tu, hmm aku pon jadi ka dak ni aih, tapi selalunya memang pagi2 hujan musim time la.. takpalah, abang kol kata kalu seriyat kita kuaq ja la.. ok nice memang seriyat tau, hehe, tapi risau jugak kalua basah jalan untuk denai2 perjanan mendaki satgi. Ok serius tekejut tengok jalan dia..
Sebelum pi, memang pi ambik sapuan lah, entahlah katanya merap suruh pi ambik sebab hujan lebat siap hantaq rekod ujan lebat hahhhaa. Sumpah lawak mamat ni, memang tak kering gusi duduk dengan dia walaupon memnag aku x pandang langsung muka dia kah4.. jaga pandangan muhrim la katakana, puihh hehhe..

Ok dah sampai depan bukit hash.. memnag ramai sebab cuti umum lagi kan.. dia sebenaqnya bukit di belakang kawasan perumahan taman2 macam tu.. serius jalan dia merah siakk.. macam kawasan pembalakan pon ada hehe.. tapi bukan kot.. okay kita cerita pasai time mendaki tu noo..

ni video, dengaq
la sura-suara hutan, sangat menenangkan, ad ayaq terjun best gak hikhik

Fes level jalan2 pendakian tu sebenaqnya menguji kekuatan ankle, (pergelangan kaki hat bawah tu). Cerun ke atas lebih kurang 45-30 darjah ke atas.. masa naik tu jalan2 dia memang merah dan berbatu-batu merah. Seroi gak kadang-kadang kena tengok bawahlah masa naik dan turun nanti tu. Serius ketaq lutut. Masa nak sampai puncak tu lebih kurang dalam 40 minit jugak. Haritu kami lalu memang ada pacak bendera la ada letak banner la haha, tanda dah sampai la kot. (orang2 sebelum kami lah).. jangan terkejut masa yang duk daki atau turun hang akan nampak macam-macam orang, ada yang jalan pakai tongkat, pakai kayu, orang tua, budak2.. hehehe.. sumpah semput tapi best, alangkah bestnya kalu rumah aku kat situ ja hahaha.. kalua sampai awai lagi mungkin hang akan rasa sejuk dan dinginnya angin kat atas puncak tu.. yang peliknya kan, ada pulak orang menjuai2 kat atas bukit tu, aku tengok sebelah stall dia ada motor, perghhh gila hebat dia daki bukit bawa barang naik moto jerpp. Fuyoo.. kalau aku rasanya akan gostant sampai excident ahahahha. Orang pro la katakan..hheehehe
sebelum puncak, ada buaian kat sini



nilah buaian nya.. lawa kan haha



pinjam bendera sapa xtau haha.. ada sorang lagi, pemalu kononnya haha


Yaang ni sebelum sampai puncak, dalam 100meter sebelum sampai puncak.. cantik tempaat dia, macam ada trademark sebab ada andoi tulis bukit hash. Dia punya pemandangan jugak not bad lah..hehehe

Track dia lebih kurang dalam 500meter pi balik hahaha, rasanya lah.. tinggi dia x berapa tinggi sebab nice-nice ja rasanya untuk yang aru nak berjinak-jinak dengan dunia hiking ni hehe.. mula dari track yang pendek.. heehe.. taapi time turun hangpa kena hati-hatilah sebab akan rasa nak turun tapi tak boleh nak brake hahahha.. tergulig naya ja. Haha.. jati-hati-hati lah noh.. bole pi ripit sana balik.. sebab esok tu rasa oto ni ringan ja and laju ja nak jalan hahahah.. sumpah sakit tu besalah.. haaha sebab oto terkejut (kalua hangpa tak stretching betui2 sebelum naik bukit) hahaha,, kenalah padahnya. Kat puncak akan Nampak transmission line TNB ha. Kat situ x snap gambaq lak sebab ramai sangat orang, cuti umum la katakana,, kami naik atas sikit, cantic lagi tempat dia, memang cun habis sebab kalu hang jatuh dari situ pon boleh.. heheh gurau2.. hehhe.. jum check out gambaqq ayuhhh!!!

ni trademark dia, tang nila puncak nyaa haha

MOI NASI MAK



1 cawan lebih beras
Air lebih sedikit dari beras
Santan secukupnya
1 batang carrot (dipotong dadu)
1-1 ½ genggam lobak masin (dipotong dadu) - direndam
Daun sup, daun bawang 2 tangkai (hiasan dan menambah aroma)
1-2 genggam daging (dipotong dadu) –telah direbus untuk kurangkan lemak tepu
2 batang serai (diketuk)
2 inci halia( diketuk)
3 bawang merah, 3 bawang putih (dihiris mayang)
20 biji lada hitam (ditumbuk)
1 kiub ayam knorr
Garam secukupnya
Air secukupnya
Bunga cengkih, lawang, kayu (opt sebab mak xpenah bubuh)
Udang kering – direndam
Cara-cara:
1.       Masukkan beras dan air, masak sehingga hancur
2.        Masukkan daging (jika liat) dan ketukkan halia dan masukkan. Api sederhana/kecil sahaja
3.       Masukkan kiub ayam. Tambah air jika kering
4.       Masukkan lobak masin, garam dan lada
5.       Masukkan bawangan serta santan secukupnya
6.       Masukkan carrot, bunga cengkih, lawang, kayu dan udang kering
7.       Perasakan dengan garam dan masukkan dedaun.
8.       Kacau sentiasa supaya hancur cantic dan tidak berkerak di bahagian bawahnya
9.       Siap!

#resepimakofficial

AYAM MASAK MERAH



10 bahagian ayam sederhana digoreng bersama kunyit
Blenderkan:
a)      1 batang serai
b)      1 bawang besar
c)       3 bawang putih
d)      2 inci halia
2 sdb cabai giling
Sos tiram, sos cili
Air secukupnya
Gula perang/Melaka/gerek/putih
Garam secukupnya
Bawang besar (hiasan)
10 biji tomato ceri (hiasan)
Daun selasih (hiasan) –tak boleh makan, untuk mewangikan sahaja serta menambah aroma masakan-bau seakan kulit kayu manis
 Cara-cara:
1.       Goreng ayam dulu dan ketepikan, api sederhana supaya masak di dalam, jagan lama nanati keras x sedap nak kopik isinya
2.       Tumiskan bahan bender tadi dengan minyak yang diguna untuk goring ayam tadi, jumlahkan minyak yang perlu sahaja untuk tumisan
3.       Masukkan cabai giling. Tunggu sehingga masak dan pecah minyak
4.       Masukkan semua sos, air jika perlu dan gula perang/gerek/putih
5.       Masukkan ayam dan perasa
6.       Masukkan tomato, bawang dan daun selasih
7.       Siap!
#resepimakofficial

DAGING MASAK MERAH



Blenderkan:
a)      10 tangkai cabai kering
b)      1 bawang besar
c)       3 bawang putih
d)      1 ibu jari halia, lengkuas, serai
Gula gerek
1 kati daging
Bawang besar (hiasan)
Cabai hidup (hiasan)
Air secukupnya
Gula, garam secukupnya
2 bunga lawang, 1 kulit kayu manis
Perasa secukupnya

Cara-cara: masukkan bahan2 seperti turutan yang ditunjukkan untuk penyediaan bahan
Siap!
#resepimakofficial


DAGING MASAK KICAP



Blender sampai halus:
a)      1 bawang besar
b)      3 bawang putih
c)       3 tangkai cili padi
d)      1 ibu jari halia
Kicap secukupnya
3 besar genggaman tangan bilangan daging (sederhana besar)
1 kuntum bunga lawang + 1 bunga cengkih + 1 kulit kayu manis
Gula gerek/putih secukupnya
Air secukupnya (untuk memasakkan daging)
1 bawang besar (hiasan)
1 cabai hidup (hiasan)

Cara-cara:
1.       Masukkan bahan blender sampai wangi. Masukkan daging dan air. Masak sampai daging empuk
2.       Masukkan bahan-bahan herba dan kicap secukupnya
3.       Perasan dengan gula dan garam
4.       Masukkan bahan hiasan
5.       Siap!
#resepimakofficial

SERUNDING DAGING MAK



1 kati daging dihiris nipis dan rebus sampai empuk (kemudian diblender kasar)
1 biji kelapa (santan)
4 helai daun kunyit (dipotong halus memanjang)
8 helai daun limau (dibuang tulang dan potong halus memanjang)
Gula dan garam secukupnya
Jintan manis, jintan putih ditumbuk halus
Kerisik secukupnya
Blenderkan:
a)      4 biji bawang besar
b)      14 tangkai cabai kering + 2 tangkai cabai Melaka
c)       8 biji bawang putih
d)      1 besar ibu jari halia
e)      1 batang serai
f)       1 lengkuas
Cara-cara:
1.       Masukkan daging yang diblender bersama bahan-bahan blender yang lain
2.       Masukkan santan, jintans
3.       Masak sehingga hampir kering
4.       Perisakan dengan gula, garam
5.       Sudah kering, masukkan dedaun
6.       Siap!
#resepimakofficial

KETUPAT PALAS MAK



1kg beras pulut susu (warna putih susu) basuh dan toskan (3 ½ cawan)
2 biji kelapa (santan) (4 cawan santan) ditapis
Gula dan garam seukupnya
Pandan

Cara-cara
1.       Masukkan santan, gula, garam, pandan sehingga mendidih
2.       Bila dah didih, masukkan beras, kacau dengan api perlahan/sederhana sampai tak melekat di spatula
3.       Perlahan/kecilkan api, tutup dengan tudung untuk 1 minit
4.       Tutup api dan sebarkan atas talam untuk sejukkan pulut ketupat tu
5.       Anyam dengan daun palas yang dah dibuat sebelum ini (40 biji saiz sedang)
6.       Siap!
#resepimakofficial

Sabtu, 22 September 2018

IKAN TILAPIA MASAK STIM



Kuah:
3 biji asam ko dihiris halus
2 inci halia dimayang halus
3 ulas bawang putih dihiris
3 ulas bawang merah dihiris
1 biji tomato dipotong kiub
Sos ikan , tiram secukupnya
1 batang serai dipotong serong
Daun limau (buat tomyam tu)

Ikan: siangkan potong 2, stimkan

Cara-cara:
1.       Masakkan kuah sampai didih dan bau wangi
2.       Curah ke atas ikan yang distimkan
3.       Siap!
#resepimakofficial

FILLET IKAN TILAPIA



Isi ikan tilapia dipotong dadu
Sos tomato
Sos tiram
Sos cili
1 biji Tomato
Bawang besar
Cabai merah
Serai
Gula garam secukupnya sebab sos tiram dah masin


Cara-cara:
1.       Isi ikan tilapia tanpa tulang dipotong kiub dan digoreng dengan tepung, ketepikan da asingkan
2.       Tumis bawang merah dan putih
3.       Masukkan semua sos
4.       Masukkan belahan kiub tomato
5.       Perasan. Hias dengan bawang dan cabai merah
6.       Masukkan serai untuk sedapkan
7.       Masukkan fillet ikan ke dalam kuah yang dimasak tadi
8.       Siap!
#resepi mak official


PULUT KUKUS



Beras pulut
Santan (dimasak dulu dengan perasan garam)
Pandan

Cara-cara:
1.       Rendam pulut 24 jam/ lebih lama
2.       Basuh beras pulut dan letak atas bekas berlubang bersama pandan
3.       Masuk air di bahagian bawah dan bagi mendidih dulu sebelum letak atas dia (yang berlubang tu)
4.       Buat lubang dekat area yang ada lubang untuk dia masak
5.       Tutup penutup
6.       Tunggu sampai masak
7.       Angkat, gaul dengan santan yang dimasak dengan garam
8.       Kukus semula gun acara yang sama
9.       Siap!
#resepimakofficial

LAKSA MAK



1 bungkus laksa direbus sehingga lembut – nak lebih lembut, rendam semalaman
8 ekor ikan direbus dan ditoskan- dibuang isi dari tulang, tulang asing dan diblender sebelum masuk dalam periuk untuk masak
Blender sejumlah cabai kering dan 1 bawang besar
Daun kesum
Bunga kantan
Garam , gula, perasa secukupnya

Cara-cara:
1.       Masukkan bahan-bahan blender , masukkan cabai sampai masak
2.       Masukkan tulang yang ditapis tu
3.       Masuk daun dan bunga
4.       Masukkan isi ikan yang dilenyek
5.       Perasakan dengan garam, gula dan perasa
6.       Siap!
#resepimakofficial

SAMBAL PETAI UDANG



3 tangkai petai (dikikis kulit luar dan dibuang line paling tepi kiri dan kanan sampai kelihatan biji petai)- potong macam sebesar carrot yang selalu otong tu
Blender: 10 tangkai cili kering (direndam, dibuang biji), 1 labu bawang besar, 3 bawang putih
Air asam jawa/ asam keeping
13 ekor udang segar
Garam, gula, perasa secukupnya
Hiasan: bawang besar

Cara-cara:
1.       Petai dipotong dan direbus dahulu untuk elak dia hitam kerana masak sambal. Siap dan toskan
2.       Tumis bahan-bahan blender dalam periuk. Masakkan cabai sepenuhnya
3.       Masukkan asam jawa/asam gelugor
4.       Masukkan petai sehingga lembut
5.       Masukkan udang
6.       Masukkan garam, gula, perasa, dan bahan hiasan
7.       Rasakansiap!
#resepimakofficial

KACANG BUNCIS BERSAMA TELUR



18 tangkai kacang buncis dipotong serong kurus-kurus
Bawang merah, putih (menumis)
Air untuk lembutkan kacang
1 biji telur ayam dibasuh di bahagian luarnya
Garam, perasa secukup rasa
1 tangkai cili merah dipotong serong
Sedikit kunyit untuk mencantikkan warna
1 labu bawang besar dipotong bulat untuk hiasan
Minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara:
1.       Tumiskan bawang
2.       Masukkkan kacang. Air sedikit untuk lembutkan kacang
3.       Masuk serbuk kunyit dan telur ayam
4.       Masukkan perasa untuk sedapkan masakna
5.       Masukkan bahan hiasan
6.       Siap!
#resepimakofficial

KERABU BUAH BEKA


KERABU BUAH BEKA
3 tangkai buah beka (dipanggang dan dikikis kulit luar di bawah aliran air) dipotong macam petai
Sambal belacan secukupnya
Gula, garam secukupnya
Bawang besar dihiris mayang (1 labu)
Kerisik secukupnya
Air limau purut sekucup rasa
Kerang dibuang kulit (yang telah direbus) secukupnya
Santan secukupnnya

Cara:
1.       Gaulakn kesemua bahan bersama sehinggga dapat rasa yang diinginkan
2.       Simpan dalam peti sejuk setelah menggaul entuk elak cepat basi kerana kegunaan santan yang tidak dimasak
3.       Siap!
#resepimakofficial

KAILAN IKAN MASIN



1 ekor ikan gelama masin (digoreng dan dikopek isinya – takde tulang)
1 ikat sayur kailan segar (dipotong)
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Sos tiram secukupnya
Sos ikan secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Udang (opt)

Cara-cara:
1.       Tumiskan bawang
2.       Masukkan kalian
3.       Masukkan ikan masin yang diracik tadi
4.       Masukkan sos ikan
5.       Rasa. Masukkan sos tiram. Rasa. Tak cukup masin, masukkan yang mana ada like sos ikan/tiram/ikan masin kecuali garam
6.       (masukkan udang lebih awal sebelum kalian) masukkan kalian
7.       Bawang untuk hiasan
8.       Siap!
#resepimakofficial


SAMBAL SOTONG



Blender: 10 tangkai cabai kering dipotong serong dan direndam + 3 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih
Air asam jawa / asam keeping (dibasuh)
600g sotong kering direndam dan dibasuh sampai jernih airnya
Garam, gula, perasa secukupnya
Air secukupnya
Bawang besar untuk hiasan

Cara-cara:
1.       Tumiskanbahan blender
2.       Masukkan air untuk masakkkan cabai
3.       Masuk asam jawa atau asam keeping
4.       Masuk sotong dan biar lama untuk bagilembut dan kecut
5.       Masukkan garam dan perasa lain serta masukkan hiasan bawang.
6.       Siap!
#resepimakofficial

SAYUR SAWI MASAK SANTAN



2 pokok sawi
1 tangkai cili hidup
½ bawang besar potong bulat
2sdb udang kepal (direndam sehingga warna udang jadi pucat)
12 ekor udang besar
¾ tinggi santan dalam periuk (secukupnya)
Garam secukupnya

Cara-cara:
1.       Campakkan semua
2.       Siap!
#resepimakofficial


GULAI UDANG KACANG BUNCIS


bahan-bahan
- Kacang buncis secukupnya
- Udang secukupnya
- 1 paket perencah kari udang
- 1 sdb herba campur
- 1 tangkai daun kari
- Santan
- Air asam jawa secukupnya
- Garam, perasa secukupnya
- Bawang merah, putih

Cara-cara:
1.       Tumiskan herba campur > pes perencah dan daun kari> air asam jawa. Tunggu sampai pecah  minyak
2.       Masukkan santan, kacang dan kemudian udang
3.       Tunggu sampai hamper merendidih
4.       Masukkan garam dan perasa
5.       Siap!

#resepimakofficial



Ahad, 2 September 2018

KUETIAW KUNGFU

1 bungkus kuetiaw (dibasuh dan ditoskan)
5 biji telur ayam dibasuh cengkerang luarnya/ secukupnya dengan kuetiaw
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
air stok rebusan ayam (air, serai, bawnag putih 3 biji, kiub knorr ayam, halia, ayam, sampai mendidih)
sotong dibuang kulit (sesuka hati)
1/2 carrot dipotong panjang
1/4 bunga kobis
daun sup
1 tangkai sawi dipotong
1 sdm lada putih (ditumbuk)
12 ekor udang (telah direndam dengan lemon dan disiang)
air tepung jagung  (untuk pekatkan kuah)
gula, garams ecukup rasa

cara-cara:
1. tumiskan bawang putih sehingga garing> masukkan air sehingga mendidih> masukkan stok ayam > takik ayam kecik-kecik > daun sup dan lada> makanan laut2> sayur> rasa
2. kuetiaw dicampur dengan telur dan digoreng dalam portion yang disukai.
3. siap!

#resepimakofficial

SERAWA DURIAN

3 cawan santan -tapi dengan penapis teh
35 ulas durian
air secukupnya
gula, garam secukupnya
2 helai panda disimpul
segenggam sagu (direndam dahulu)

cara-cara:
1.rebus durian bersama air/ air yang bercampur dengan sisa santan
2. rebus sehingga lekang durian dari bijinya . buang biji dan tinggal beberapa biji untuk hiasan. masukkan pandan
3. masukkan santan bilka sudah buang biji durian. masukkan sagu untuk memekatkan serawa
4.bila merendidih sama ada sbelum atau slepas, kacau sekerapnya. masukkan garam dan gula.
5. pastikan santan tak pecah minyak
6. jangan sampai merendidih menggelegak
gelegak> kacau> gelegak> tutup api
7. siap!

#resepimakofficial

PIZZA SHINJU

doh pizza:
1 3/4 cawan tepung gandum
1/2 sdk garam
1sdb minyak masak/sayur
hidupkan yis (15-20 minit): 3/4 cawan air suam, 1 sdb yis, 1/2 sdk gula

hiasan:
ikut suka. cadangan tengok pada nombor 5,6,7

cara-cara:
1. yis yang dah hidup, gaul doh main sehingga sebati selama 10 minit ke atas. rehatkan doh 30minit-1 jam.
2. uli kesemua, kaup angin doh dan tebar-tebar doh sehingga kembang (macam buat piza tu)
3. canai atas dulang yang telah dipanaskan oleh oven (oven dipanaskan pada suhu 180-190 darjah celcius selama 15-20 minit) 180-190 darjah celsius selama 5-8 minit sebelum dicanaikan doh dia atas dulang
4. lekatkan doh ditengah-tengah sebelum mengisi lauk-lauk. masukkan sebentar ke dalam ketuhar dan keluarkan serta merta
5. sapukan sos prego/ sos cili/tomato/pasta/bbq
6. tabur oregano/ italian herbs
7. lada hitam, dagign cincang/isi ayam/crab stick/hotdog/bawang merah/nenas cili/cendawan/ tabur cheese mozarella
8. masukkan dalam oven dan bakar semua.
9. siap!

#resepimodifiedshinju

KERABU PERUT DENGAN PAKU-PAKIS

tumbuk: sebesar ibu jari belacan, 1/2 sdb garam kasar, 5 tangkai cabai melaka, 2 tangkai cili hidup merah
-halia hirisan mayang
-taugeh dicelur
-paku pakis direbus
-beras goreng hancur (opt)
-kerisik secukupnya
-gula secukupnya
-perahan air limau
-perut yang sudah direbus
-santan secukupnya (sangat sedikit)-opt

cara-cara:
1.gaulkan kesemua bahan
2. siap!

#resepimakofficial


KARI DAGING

bahan tumisan: bawang merah, bawang putih, daun kari 2 tgkai, kulit kayu manis, bunga cengkih, bungan lawang, daun thyme (opt), selain herba campur
-sekati daging yang dipotong dan direbs sehingga lembut dengan halia
-halia dihiris mayang
-kacang buncis dipotong serong tebal
-santan
-kerisik
-perencah kari daging babas
-asam keping

cara-cara:
1. tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau dan garing
2. masukkan bancuhan perencah (kari, kerisik dan air)
3. tunggu sehingga pecah minyak dan masukkan daging beserta air rebusannya tadi
4.tunggu sehingga empuk daging itu dan masukkan santan bila sudah pecah minyak
5.masukkan garam dan kacang sampai masak
6. siap!

#resepimakofficial

SAYUR ASIN-ASIN MASAK SANTAN

sayur asin-asin muda secukupnya (tak liat)
udang kering/kepal/segar secukupnya
santan secukupnya
suhun (direndam duluan)
ubi keledek kecik (potong nipis macam buat cucur tu)
bawang besar (hiasan)
cabai kering (hiasan)

cara-cara:
1. rebus naik ubi sampai empuk
2. masukkan udang kepal/kering/segar
3. masukkan sayur asin-asin muda
4. masukkkan bawang dan cabai kering
5. masukkan suhun
6. masukkan garam secukup rasa
7. siap!

#resepimakofficial

GULAI PISANG IKAN BILIS

1 1/2 ikat pisang emas hijau (tak masak lagi tu) dibuang kulit luarnya dan potong kepala serta ekornya
1 1/2 genggam ikan bilis. dikopek, dibuang tulang dan tahi
1 paket rempah gulai adabi untuk masak ikan kering/udang/kerang
1/2 belah kelapa diparut (diambil santan, asingkan santan pekat dan cair)
asam keping

bahan tumisan:
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sdb herba campur
biji sawi secukupnya
2 tangkai daun kari

cara-cara:
1. tumiskan bahan-bahan tumisan. ketepukan
2. dalam periuk lain, masukkan santan cair, ikan bilis dan pisang. masukkan bahan tumisan tadi.
3. pisang sudah empuk dan lembut, masukkan asam keping (kalau masukkan awal nanti pisang tak empuk)
4. dah meresap semua, masuk santan pekat dan garam secukup rasa
5. siap!

#resepimakofficial

MASAK SAYUR TAUGEH

santan
udang kering
suhun
carrot
kobis
telur
cabai hidup
bawang
baby corn
santan
garam secukupnya

cara-cara:
1. campakkan semua dalam periuk.
2. siap!

#resepimakofficial

Ahad, 25 Mac 2018

Aedes, Lala & Lele


24 Mac 2018

satu detik kali pertama bila mana si dia datang ke selangor dan keluar makan pecelele.. hahaha. nak cerita punya syok sampai sanggup kalau nak cancel Program Aedes kahkahkah. tapi dia tetap suruh aku pi program tu, jangan duk merapu haha.. bukan apa.. excited sebab dari sem satu lagi katanya nak mai sini jenguk aku hhahah. satu sejarah aa dalam hidup aku bila 'kawan baik' sendiri mai sini and bawak aku bbejalan tengok uitm shah alam yag akku sendiri tak pernah pi.. haihh. rugi pulak tak snap gambaq kenangan... huhu nyesai seriusssss


mula jam 7.45 aku dengan member-member aku pi bustop kolej angsana untuk naik bas ke pusat komersil tu..  aku sorang ja pakai baju kuning time tu dan yanng paling meyerlah lah hahha. ok takpa, naiklah kami dalam bas 2 biji yang ada tu.. ketua rombongan ingatkan kami untuk ingat setiap partner maasing-masing hehe.. sebelah aku budak fisio, miza namanya pakai tudung bunga0bunga. aku dan member 2 aku, atul, syiqin, syasya sahira, olaff ngan iqah ja join wakil nusa.. dih kan? takpa.. dah tu.. daftar2 terus ambik baju.. aku pilih saiz m sebab depa kata baju ni memang besaq. kaler hitam aa semestinya,  biru pun ada.. mcm nak ambik dua2. ja.. huhu
sebab pakai baju kunin and t shirt hat dapat tu pulak tgn pendek, so aku ambiklah warna hitam.. baru masok haha.

dahtu makan lepas amik baju, makan bihun goreng teloq mata, ayaq teh panas. bangkit bakhang.. hahaha. sebab tak sarap kot pagi kemarin tu yang lahap cepat tu haha. taklimah sikit dengan perasmian apa suuma.. maka bermulah kisah mengetuk pintu dari rumah ke rumah and cek bahagian dapur dengan bilik ayaq.. kami dapat blok M. di mana agak separuh student uitm yang tinggai kat luaq duduk di ditu.. difahamkan kawasan tu memang kes denggi paling tinggi di amlaysia..
tapi lepas operasi hat program jenih macam ni memang menurun banyak gila peratus orang yang kena denggi. yang terbaru haya 1 kes, di mana puncanya daripada luaq. penah juga mencapai sifar denggi serta sebelum tu ada 45 kes.. but it's okey, kerja kami cuma nak membantu dan service kepada komuniti.

nak cerita habaq. rumah2 nonresiden ni memang duk tingkat atas2 kedai2 di pusat komersil ni.. aku ingatka satu tingkat ja ataupun hat macam motel muqah2.. tapi dia jenih rumah maccam cerita 'istanbul kau tunggu aku datang' tu.. setingkat 2 rumah gitu.. bila ketuk tu memang ada yang tak respoin ada yang okey, ada yang rumah kosong. pehh.. serius aku scary tengok rumah maam tu.. nasib baiklah aku dapat kolej kalau tak jenuh gak dengan susahnya nak ulang alik hehe., ada kan kesedaran tntang kesyukuran di siu.. ahha

dan siap cek suma, kami kena bagi abate sorang sepaket dengan tuan rumah yang bagi kerjasama.. hehe. best jugak buat kerja macam ni.. walaupun sebelum ni aku pikiaq mesti keja buat demo ka apa ka,, tapi ni terus bagi service dekat oirang awam.. haa... kami punya instructor ni oarng lelaki dari pejabat kesihatan.. dia health inspector dari spa.. dulu dia ni masok f6 n dapat upsi.. oarng sabah.. kalau penghuni rumah tu lelaki dia sorag yang akan masuk.. kaalau yang duduk tu perempuan, 2 antara kami akan masuk ke dalam utk cek. hehe.. akhirnya.. kami berjaya masuk 9 buah rumah daripada 4 blok kalau tak salah.. hehe.. puas wehhh

ni baju dia.. ada satu lagi mcm ni tapi kaler biru muda, aku ambik sebab ada lebih banyak, aku ambik aiz M and aku agi dekat rumet aku, bila pikiaq2 balik, hmm xyah bagi pon takpa.. hhahaha

naseb baik prog tu habes awai dalam pukul 11 lebih. ambik makanan dan terus naik bas balk kolej. ambil masa dalam sejam 10 minit untuk sampai ke dalam rumah aku ni.. d4-3-12-4 hehe..

terus aku bagi location dekat lala untuk dia cari kolej and jemput aku gi makan. hhahaa.. lawaknya fes taim kena otp dengan dia.. kami memang takpenha otp.. bukan apa.. mesej pun aku dah vukup malu nikan pula otp.. hehe//.. kali pertam alerr... naseb baik tak merapu.. kah2

ok. dia sesat pi angsana mula-mula.. pastu casua pulak// dia pusing mai pulak.. haduss. siannya,, naseb lah memang sapa yang fes taim mai sini memang akan sesat hahaha macam aku dulu masa fes2 mai daftar.. sebab kolej aku meanag di bawah.. huhhuuh



aku siap hantaq location sekali dengan gambaq2 ni.. hehe// hat ni aku tangkap lepas turun dari bas lepas program aedes tuu.. hehe.. member2 aku suam dah kedepan huhu.. jadilah aku solo ranger sebab nak cari nline aand hantaq location dekat si lala ni//.

fes.. aku terpaksa naik tangga sebab dia dah sesat banyak kali dah.. sian pulak. dia naik keta axia putih.. VAT*** haha.. sampai2 ja aku nampak dia lalu di seberang.. dia terus lagi,, pi kona tang mana taktau haha.. pastu sampai2.. yeahh baju sma kaler.. haha.. hoodie navy blue dia tuu
(tgn di bahu, mata juling ke atas, hahahahah)

alhamdulillah, lama tak jumpak.. potpet potpet lah dia hahaha'. dia mmg soerang yg ceria, sebab aku suka sembang dengan dia.. dalam perjalanan tu, memang duk kata aa nak makana apa?kat mana? aku habaq memagamku tak kisah sebab aku emmang tak tau nak makan apa,,, smua depend atas dia... katanya nka pekena pecalele.. hahaha.. hahah,. punyapulun pi gugel cari kambing bakaq sembang sai burger beratus hehe.. las2 pecelele.. yeahh, sebab dia kata nak makan tu,.. aku pun teringin nak merasa. .. heheh. pecel lele kg jawa.. kena lau seberang flyover yang memisahkan anatara kampung dengan bandaq.. seriuss.. ramai beb.. bukak 24 jamm .. sedap murah and berpatutanlah.. senang kata memang berbaloi n berpuas harti gila hahhaa..hmm.. ruginya tak tgkap gambaq.. huuuu
  

 hmm .. ni curi lm gugel pnya.. lbih kurang aaa.. huhuhu nyesainya x ambik gamabq.. huhuh

aku ambil pecal ayam rm5.50, lala ambik pecal bebola rm berapa tah.. huhuu.. sedap dohh.. seriuslu, sambai dia memang power,, tak la pedaih mana tapi si alal ni makan pecah peluh bhai.. haha. katanya takut aku sakit perut la cirit la haha, las2 peluh dia cirit dlu, kahkah.. i highly recommended to yo,, yang nak makan nasik budget, mai sini,, lai2..kg padang jawaa maiiii!!! nasik bayaq sekali boh bnyk mana pon takpa.,... x kesah, tpi kalau kali kedua tu hang kena bayaq rm1 lah heehe.. nasik ambik sendiri noh... depa mai hantaq lauk suma yg hg pesan dekat kaunter,.. depa akan ambik order and bayaq teriuh sekali habaq duk meja mana.. hehe.. kena kearin rm14 somthing heehe.. ok aaa tu  ann. heheh

ni alamat diaa.. senang jaa.. ptpai parking keta kena terus sikit and akan ada kawasan lapang sebelah rumah banglo tuu// hehe. jalan sikit ja pon kah2.. serius nice gila hehe

orait dah siap makan, kami taktau nak pi mana... so lala bawaklah aku pi uitm shah alam.. bapak weh serius, lala ni bekas student sini.. so dia habaq kat aku fakulti ada avail kat situ, and 24 open untuk student masuk n keluaq.. yaaa,,, dengaqlah ceramah lala ni. hahahaha... nice and bila pikiaq balik betui gak tuu.. ni.. kenagan sebulm hantaq den balik kolej, huhuhu.. dih. serius berayaq gak sikit, sebbek malam dah, dia tak nampak sangat.. hehehe.. bukan apa,, rindu bhaiii.. tapi nak buat macamana, xboleh selau, x manis,, biaqlah sekali sebelum ke arah yang lebih diberkati, in sha Allah, amiin.. tq for this!! 'sepupu' noh hahaha.. naya ja pb tu kah3, dapatla pas pelawat.. hu. rmm.. silap la p habaq habeh koi 830.. padahai hat tu utk student lelaki ni pelawat, mmg kena 1130 ja huhu. agak aa rugi tapi apakan daya, dia kena pulang hantar kereta sewa separuh hari rm60 tu haha.. sian dia, minyak rm30 kot siaakk.. aku nk bagi duit xmo..

las2 kena buli pi meronda gi alam bina lepas dah dia turun siap dah kat kolej aku. hahahahaha.masa nak dekat magrib, hahaha, kejam kan aku? hahha. alam bina pon tak dan nak snap hehe.. haru, kerugian berganda ganda.. serius cantik, adanya fakulti pengurusan n seni ukur dewan berlian tu dengan bukit botak.. ahhaha.. tu bukan bukit botak, lain sikit tempat dia kah3... temapt di bahaya oo.. landslide mmpuih kami hahah..ok pi patah baliklah kami.. pi kolej aku,, huhu xmo  balik kolej, nak jalan agi benaa

pi order burger daging2 .. lambat gial,, dia bagi rm12 sebelum tu, takguna pun.. takpa,., lanja driver letih bawak toyol ni hahha. ayaq cup besaq choc  n aku freshoren.. 2 icemointain rm1 hehe... ni semabng2skit sai family n done..hahah. satu agi keja gila aku suruh dia bawak aku smpai ataih.. sbb nk tgok dia balik hehe.. okey dah, dia dropkan aku kt tgga. sblum aku kuaq dia bagi season ni, ayaq peach kah2...aku pon kuaq, tatata la aku hahaha,, leklokla bawak keta.. keta pon bejalan sambil tgok lambaian dia..,, aku tunggu lah sampai keta dia hilang dri pndanagn,, such a nice day with him.. haha.. fes and las kan hehhe.. sokey.,, turun tgga ja sedih trus,, alangkahh cepatnya masa itu berlalu,,, huhuhuhu.. serius fulll. sedih tgok dia balik huhuhuhuu---.. moga impian kita jadi nyata ye lala.. amiinn



thanks for allll..... tengsssssss so much lelaki abc pipi merah2 hahahahah <3

sebenaqnya nak p makan abc lepas ronda uitm tu, tgok2 parking full haha, tu lekat abc kat lala hhahha.. kalau hg baca page ni,, thannks tauu.. i really appeciate it,, n sorry for probs and susah payah.. moga hg muqah rezeki sllu.. always waiting 4 u.. :') TQ







Jumaat, 9 Februari 2018

WARKAH YANG HILANG

Aku, seorang anak yang lain dari yang lain daripada adik-beradikku yang lain. Aku  seorang anak yang agak ‘mendengar kata’ dan sering mengalah dengan nasihat dan teguran mak dan abah. Aku cenderung berahsia kalau-kalau mak dan abah tidak suka aku melakukan sesuatu perkara seperti menunggang motosikal dengan melebihi had laju. Selain itu, aku turut menjadi bodekan kakakku yang kuat cemburu dengan layanan abah dan mak terhadapku. Mak aku kata, aku senang dibela. Tidak suka meminta-minta. Oleh itu, aku sering ‘diberi’ oleh kedua-dua orang tuaku, meskipun tak dipinta. Sehingga umurku 20 tahun pun, abah aku masih membeliku baju tidur yang mempunyai gambar kartun. Aku tidakbanyak bicara dan aku juga tidak malu dengan pemberian itu, aku pakai sahaja. Ini membuatkan adik-beradikku terasa yang aku ini seperti anak emas yang sering diberi perhatian walaupun sudah dewasa. Kadangkala, aku rasa itu adalah kelebihan yang ibu bapa berikan kepadaku berbanding saudaraku yang lain atas sebab aku yang bersifat agak kelainan daripada mereka semua.
Keluarga aku turut membela seekor anak kucing, Meow yang berbulu lembut dan lebat tetapi matanya agak berbonjol keluar. Kucing ini bersama dua ekor lagi adik beradiknya, dia bulunya bercorak seakan-akan harimau bewarna hitam manakala adik beradiknya bewarna oren dan satu lagi berbulu corak campuran antara hitam, putih dan oren. Berbanding adik-beradiknya yang lain, Meow seekor yang sangat aktif dan suka mengikut kami ke mana-mana sahaja. Ya, sangat setia walaupun kami sebenarnya bukan tuannya. Meow dan adik-beradiknya sudah kematian ibunya akibat kemalangan berhadapan dengan rumahku dan mungkin kerana kurang ‘kasih sayang’ daripada ibu mereka, maka ia menjadi sebahagian dalam keluarga aku. Pada asalnya, kucing itu tiada nama, maka aku pun menamakan dia Meow kerana sering ‘meow, meow, meow’ untuk meminta makanan, bermain, dimanjakan, tidur dan sebagainya.
Kadang-kadang, aku cemburu dengan kehidupan Meow dan adik-beradiknya, acap kali aku memerhati gelagat dia bila bersama dengan saudara-saudaranya yang comel itu bersama. Mereka saling menggigit ekor masing-masing dan berlawan dengan menaiki belakang saudara sendiri tanpa sebarang bunyi. Sangat comel. Aku menggambarkan kehidupan aku dengan adik-beradikku pun juga begitu, tapi apakan daya. Dari kecil tidak terbiasa bermanja sebegitu, bila sudah meningkat usia baru terfikir hendak bermanja sebegitu rupa. Alamatnya, mungkin akan dikatakan aku sudah bunag tabiat agaknya. Aku ketawa sendiri. Aku hanya mampu melihat dan sempat merakam aksi comel mereka bertiga di telefon bimbit, sangat mencuit hati dan menenangkan.
            Cerita hilang ini sebenarnya berkisarkan tentang kehidupan aku dan orang yang aku sayang. Bagaimana hidupku berubah 360 darjah! Ia sangat bermakna dan bermanfaat, dan setiap kali aku teringat akan kisah ini, air mata pasti jatuh ke bumi. Ini adalah silap yang tak kuduga yang akan aku lakuakan dalam seumur hidup aku. Ingin aku kongsikan cerita ini bersama kalian sebagai renungan dan tauladan untuk kita bersama.  Ini bukan kisah dongeng atau fantasi atau adaptasi daripada telenovela di televisyen. Ini tentang hidup, cinta dan air mata. Aku yakin, setiap orang yang melalui detik yang hampir sama dengan aku, pasti akan terkesan dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini yang pertama dan terakhir!
Ini kisah tentang aku dan mak. ada orang kata aku anak mak, tapi aku menyangkal sebab muka aku lebih ke arah abah kerana kulit aku yang sedikit gelap. Bagi aku, mak seorang yang sangat tegas dan garang berbanding abah yang lebih lembut dan bersahaja, tetapi jelas di sudut hati, aku tahu yang mak begitu sayangkan aku dan adik-beradik sama rata, begitu juga kasih sayang daripada seorang abah. Mungkin disebabkan aku sudah terbiasa dan selesa mengikut kata-kata daripada mak membuatkan orang mengejekku ‘anak mak’. Dari zaman sekolah sehinggga masuk kolej pilihan mak sememangnya pilihan aku. sampaikan hendak mencari teman lelaki pun, aku lebih suka mak yang carikan, kerana aku tahu pilihan mak yang terbaik dan lebih terbaik untukku.
Sehingga suatu hari, aku di tahun ke-dua kolej. Waktu itu, aku sedang berada dalam cuti semester selama empat bulan. Aku melakar matlamatku untuk aktiviti sepanjang cuti panjang ini. Kerja. Ya, kerja adalah motif utama. Apa-apa pun yang terjadi, aku mesti bekerja kerana inilah satu-satunya peluang keemasan yang mana aku tidak akan mendapat cuti lain sepanjang yang sama dengan cuti semester ini selepas ini.
Nak dijadikan cerita, aku sudah puas mencari pekerjaan sambilan di sekitar rumah dan bandar berdekatan dengan kediamanku, namun hambar. Mereka tidak mengambil pekerja yang hanya bekerja selama empat bulan. Pelbagai resume dihantar. Ada yang berkata samada aku sanggup bekerja pada hari raya nanti atau tidak, kerana mereka hanya kekurangan staf pada waktu raya. Aku tak mahu bekerja di pertengahan semester kerana perayaan itu jatuh pada pertengahan semester. Rugi. Lagi pula, aku juga ingin punya masa bersama keluarga dan rakan semasa raya nanti. Ada yang katanya hendak menelefon aku untuk mengesahkan jawatan itu kepadaku setelah ditemuduga, tetapi sampai sekarang aku tidak mendapat sebarang panggilan telefon daripada pihak tersebut. Aku bersangka baik yang pekerjaan itu mungkin bukan rezeki aku untuk menjawat jawatan pembantu pejabat itu walaupun aku pernah menjawatnya sebelum ini semasa cuti semester pertama yang lalu. 
. Namun, aku tidak berputus asa, aku mengambil keputusan untuk mencarinya di kawasan lain. Aku membawa adikku menemanimu untuk mencari kerja. Tiba-tiba, aku ternampak kedai runcit yang pernah kukerja dahulu. Tertulis di ditu, ‘jawatan kosong perempuan segera’ di cermin pintu hadapan kedai. Kedai runcit itu, aku pernah kerja dahulu sebelum aku sambung pelajaran ke kolej. Melihat iklan yang terpana itu, aku tersenyum lebar dan mula berfikir satu idea yang mungkin akan menyebabkan aku dalam masalah yang paling besar. Lantas, aku segera masuk ke kedai dan bersembang semula dengan staf baru yang bekerja di situ untuk mendapatkan maklumat terbaru tentang kedai itu. Aku keluar dari kedai dengan wajah ceria dan menyatakan hasratku kepada adikku untuk bekerja semula di situ. Aku memberi isyarat senyap kepada adikku supaya dia tidak membocorkan hasratku untuk bekerja di kedai runcit 24 jam itu kepada mak. Kenapa?
Inilah masalah besar yang aku fikirkan. Dahulu, mak pernah larang aku bekerja di situ, katanya bahaya sebab tak elok anak perempuan balik malam-malam. Tetapi, bila sudah tiada pekerjaan kosong lain pada waktu itu, mak aku ‘terpaksa’ membenarkan aku bekerja di situ semasa menunggu keputusan permohonaan ke kolej untuk menyambung pelajaran. Pada bulan pertama aku bekerja di situ, bila habis shift pukul 11 malam, kakak atau abang atau abah akan ikut di belakangku untuk memastikan aku selamat pulang ke rumah. Nampak bukan? Betapa mak sangat sayangkan aku walaupun umurku hampir mencecah 20 tahun pada waktu itu. Tetapi, lama-kelamaan aku dibiarkan pulang sendiri ke rumah walaupun pada waktu lewat malam, namun mak masih menunggu aku di dalam rumah. Mak takkan lena sebelum aku pulang. Sehingga aku berhenti bekerja dari situ pun, selepas aku mendapat tawaran belajar, mak masih mengingatkan aku supaya tidak pergi bekerja di situ lagi bila tiba cuti semester kerana mak masih tidak suka. . Itulah mak aku, jika ‘A’ maka ‘A’ lah jawabnya. Hatinya tak akan berbelah bahagi.
Suatu hari, adikku memberitahu hasratku untuk bekerja semula di kedai runcit tadi. Aku agak kesal dengan perbuatan adikku itu, tetapi aku lagi kesal dan rasa bersalah dengan diriku sendiri kalau aku berkerja secara senyap-senyap tanpa memberitahu mak. Inilah yang aku fikirkan jika aku benar-benar hendak mengelakkan diri daripada ‘masalah besar’ itu untuk bekerja di situ. Mak seperti biasa, mak memang tidak membenarkan aku bekerja di situ. Sudahku tahu, ia sesungguhnya mati-matian makku tidak benarkan. Aku kesal dan sangat kesal. Aku berbahas dengan diri sendiri, “perlukah aku menurut kata mak walaupun aku menjangkau umur 20 tahun? Aku juga ada hak menentukan hala tuju aku. Sampai bila aku nak ikut telunjuk orang? Dahulu boleh sahaja aku bekerja di situ, tetapi kenapa sekarang tidak?”
Berkali-kali aku menyatakan hasratku untuk bekerja di situ kepada mak kerana bagiku, inilah satu-satunya peluang aku untuk menambah pendapatan sebagai duit kocek kerana aku tidak mengambil pinjaman PTPTN atau memperoleh mana-mana tawaran pembiayaan dan biasiswa untuk menanggung kos pembelajaran. Kenapa? Ya, sebab aku ingin kurangkan beban kewangan kedua-dua orang tuaku. Aku yakin, aku boleh berdikari menggunakan duit hasil aku bekerja untuk bantu abah biaya yuran kolej. Aku suka cabar diri sendiri, yang aku boleh berdikari! Ya, aku boleh!
“Tak payah! Kerja tu dah la gaji tak seberapa, kerja sampai lewat malam pula. Hang tu dah la rabun malam. Carilah kerja lain, banyak kerja kosong di sekitar rumah”, kata mak aku membantah bila aku berkata ingin berkata semula di situ.
“Ala, ini last mak. lepas ni, cek tak mau dah kerja dekat situ. Cek dah cari kerja dah kat semua tempat. Semua tak mau ambik cek keja. Depa tak mau orang kerja sat-sat. Lagipun depa kebanyaknnya nak pakai orang time raya saja. Rugilah kalau cek kerja masa nak dekat habis cuti, mak. lagipun, daripada tak dapat apa duduk rumah, baik cek kerja, mak”, balas aku pula dengan nada yang agak tinggi sedkit.
“Mak kata tak boleh, tak boleh! Faham?”, balas mak marah. Api dibalas api, sampai kesudah masing-masing tidak mahu mengalah. Aku, remaja yang akan melangkah ke alam dewasa cukup tercabar dengan ‘perang oral’ antara aku dengan mak. Sejak aku mula menjejakkan kaki ke alam kolej. Bila berjumpa dengan rakan-rakan yang pelbagai ragam, aku mula belajar sesuatu yang baru dan yang tidak pernah aku lihat. Aku sudah merasakan aku sudah bebas bila tinggal berjauhan dari keluarga, itulah cabaran besar yang aku sedang tempuhi sehingga aku menulis manuskrip ini. Perjalanan aku, aku perlu dan mesti kawal supaya tidak mengulangi langkah yang silap kerana aku sedang dalam fasa membentuk sahsiah diri. Ingat! Waktu remaja adalah waktu kita membentuk sahsiah diri, kawal diri supaya tidak terpengaruh dengan adegan baru yang menggugat hati dan perwatakan yang negatif.
Sambung pada cerita tadi, aku menghempaskan kunci motor ke lantai. Agak jauh terpelanting. Entah kenapa, hatirku terasa merendidih. Jiwaku memberontak. Pelbagai monolog hati bertalu-talu mengeluarkan persoalan hati. ‘Sampai bila aku nak ikut cakap mak? Sampai bila aku nak buat sesuatu ikut kehendak orang? Aku pun ada matlamatku. Mak Cuma penghalang untuk aku capai titik manifestasi untuk masa ke hadapan. Adakah perlu aku pergi kerja senyap-senyap? Tapi, apa pula kata mak? Aku tahu, abah memang akan sentiasa menyokong apa yang aku buat. Abah sangat senang dibawa berbincang. Cuma, mak sahaja masalah utama’.  Aku perlukan budi bicara seorang ‘ketua’. Aku menangis sendiri mengenangkan nasib ‘dikongkong’ sebegini. Ah! Aku tak mengalah. Walau apa pun yang terjadi, aku mesti bekerja.
Keesokannya, aku cuba lagi untuk memujuk mak. Tapi, sayangnya impianku masih hambar. Mak masih dengan pendiriannya untuk tidak membenarkan aku bekerja di tempat itu. Mak kata, mak sanggup menemaniku untuk mencari pekerjaan yang jauh lebih dekat, dan sememangnya mak benar-benar membawaku untuk mencari pekerjaan. Tetapi aku tetap sugul dan tidak bersemangat sepanjang ‘misi’ mencari pekerjaan itu kerana aku tahu, mana ada ‘jawatan yang dikehendaki’ di tempat yang dekat dengan rumahku itu pada waktu itu. Aku terus memujuk dan memujuk mak untuk membenarkan aku bekerja di kedai 24 jam tersebut. Tapi..
            Ah! Aku rasa serabut dengan diri sendiri. Aku sudah tidak tahan. Kakakku yang tinggal jauh, pulang waktu yang tidak kusangka bila mana aku sangat memerlukan seseorang untuk berbicara bersama tentang masalah aku. Aku ‘mengadu’ sikap mak tentang keinginan aku untuk bekerja. Aku tahu, mak ada di sebalik tangga, tengah memasang telinga mendengar perbualan kami berdua. Manakala aku dan kakakku di ruangan dapur sedang menikmati makan tengahari bersama. Aku sengaja berkata dengan nada yang jelas supaya mak dengar akan rinthan hati aku. inilah bermulanya episod duka aku bersama mak. Inilah punca dan permulaan cerita ‘hilang’ aku.
“Aku nak kerja kat kedai tu lah, tapi mak tak bagi. Aku nak buat apa duduk di rumah? Menghabiskan beras, membela lemak? Baik aku cari duit, boleh tolong mak abah sama. Tapi, masalahnya mak tak bagilah. Macamana ni?”, keluh aku kerana kekesalan. “Ala, kau pergi sahaja kerja. Mak mula-mula saja tak kasi. Tapi, lama-lama mak reda ja. Betul juga, baik kau pergi kerja. Ada juga manfaat daripada melengung ja dalam rumah”, balas kakakku. Tidakku sangka, sebenarnya kakakku menyokong aku. Aku berasa sedikit lega kerana ada orang memahami aku seadanya. Sekejap cuma, aku berasa puas.
            Terasa geli-geli di kaki bila Meow merendeh di kakiku. Aku mengangkatnya ke ribaku, aku membelainya. Terasa hangatnya tubuh Meow bila dalam belaianku. Dia menggigit-gigit tanganku. Aku melayannya sahaja walaupun pada mulanya agak menjengkelkan kerana lelehan air liurnya yang melekat pada kulit. Aku mengambil tulang ikan hasil sisa makan tengahari di lantai untuk Meow menjamu. Aku membiarkan dia turun ke bawah.
            Usai melayan si Meow tiba-tiba, mak bersuara dalam nada yang tidak tinggi dan tidak kuat. ‘Mak tak bagi hang kerja kat situ. Buat apa? Gaji dah la sikit. Jauh pulak tu nak balik pi mai pi mai. Kerja 8 jam, gaji tak padan. Minyak motor lagi’, kata mak aku dari tangga, kami tak nampak wajah mak tapi kami tahu sebab mak menjenguk ke arah kami dan jelas kelihatan rambut kerinting mak di sebalik dinding yang punya tangga rumah itu.
Aku membalas, ‘Mak, cek yang nak kerja bukannya mak. Lagipun senang nanti nak ambil adik balik dari sekolah sebab dekat. Mak tak payah susah-susah ambil adik sebab cek boleh ambil dan hantarkan”, kata aku memberikan alasan walaupun bukan itu sememangnya niat utama aku. Kakakku terus menyokong aku. “ Betul tu mak. Biarlah dekat dia. Dia kan dah besar. Dia tahu mana yang baik dan buruk. Inilah peluang dia untuk berdikari sendiri”, hujah kakakku pula menyokong aku.
Tiba-tiba hatiku rasa hiba. Tersentap seketika. Aku merasakan aku adalah ‘mak’ dalam situasi ini. Kenapa aku buat begitu? Perlukah aku membuat mak rasa ‘kalah’ dalam situasi ini? Dengan adanya ‘penyokong’ untuk membangkang segala maslahat dan tegahan mak. Aku tak pernah buat mak macam ni. Dan, aku tahu mak betul-betul kecewa dengan aku. Dadaku berat dan sesak. Aku berdebar memikirkan apakah yang mak akan kata? Oh mak, cek tak berniat pun nak kata begitu. Apa yang aku telah buat. Allah memutarkan hatiku untuk kembali sedar atas perlakuanku, sejujurnya inilah ‘masalah besar’ yang sebenar! Masalah ini berpunca daripada aku sendiri!
            Mak aku berdiam seketika dan membisu. “Tak apa. Baru mak tau, semua anak mak sama saja. Bela dari kecil sampai besar, kecil-kecil ikut cakap mak. Mai besar semua melawan, melawan, melawan. Semua melawan. Kalau dah nak sangat pi keja sana, pi lah. Aku tak kisah, hampa dah besar. Buatlah apa yang hampa suka. Masing-masing dah besar, dah boleh hidup sendiri. Anak derhaka semua ni. Penat aku mengandungkan. Kalau tahu beginilah perangai hampa bila besar, aku pun tak teringin nak bela. Buat apa? Buat sakit hati aku saja”, kata mak kekecewaan. Aku dan kakakku saling bertentangan.
Aku terkejut, inilah kali pertama aku mendapat jolokan ‘perkataan’ sebegitu dalam seumur hidup aku. Aku berdebar. Jantungku berdegup kencang. Jelas aku berdosa sebagai anak kerana menderhakai seorang mak. Aku menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri sendiri. Aku sengaja lalu di hadapan mak dan memerhati riak wajah mak sedalamnya, mak menunduk sedikit, mata kami tak bertentangan. Aku nampak mak mengelap mata mak yang seakan berkaca dan sedikit kemarahan seusai aku beredar dan memerhati dengan ekor mataku yang paling hujung. Aku berkata dalam hati, adakah mak menangis. Oh! Mak menangis sebab aku! Apa yang aku buat ni!?
            Aku berpura-pura tidak nampak riak wajah mak. Tapi hati ini benar-banar menjerit penyesalan dan memukul jiwa untuk meminta kemaafan daripada insan yang mengandungkan aku itu. Aku perlu buat sesuatu, hati seakan dirinding kekacauan kerana terasa sesuatu yang ‘putus’ dan ‘hilang’.
Sejak daripada itu, aku terasa kehilang sesuatu pada hari itu. Hilang. Mak dah tak seperti dulu. Mak sudah tidak endahkan aku. Aku serabut. Aku betul-betul ‘kehilangan’. Teramatlah jelas mak begitu kecewa dengan kata-kataku itu. Mak, ampunkan cek.
Disebabkan mak sudah beri kata putus, aku tetap dengan pendirianku dengan cuba untuk menghubungi majikan melalui aplikasi WhatsApp, bertanyakan tentang jawatan kosong itu. Syukur ke hadrat Allah kerana memang benar-benar masih ada kekosongan jawatan dan  majikanku masih sudi mengambilku sebagai pekerja. Pada masa yang sama, aku juga mendapat temuduga untuk pekerjaan di pasaraya yang aku minta dengan mak tempoh hari, tetapi lagi jauh dari tempat yang aku kerja. Di situ gajinya lagi lumayan tetapi pulang lewat pagi. Abah aku  lebih suka aku bekerja di kedai lama yang aku kerja dahulu.Tambahan pula, aku memang tetap dengan pendirian aku untuk pergi bekerja di tempat itu kerana lebih mudah sebab sudah tahu dan mahir tentang selok-belok etika pekerjaan di kedai runcit 24 jam itu sebagai seorang juruwang dan servis pelanggan.
Beberapa hari selepas kejadian itu, aku mula bekerja seperti biasa di kedai 24 jam tersebut. Aku puas kerana berjaya mencapai hasratku sepanjang cuti semester ini. Aku pergi ke kerja seperti biasa. Sepanjang aku bekerja pada cuti semester itu, aku tidak pernah langsung mendapat shift petang yang berakhir pada waktu tengah malam. Barangkali, itu rezeki aku kerana majikan sangat memahami aku kerana situasi dan keadaan aku yang tinggal jauh dari kedai dan mempunyai ibu yang sangat ‘overprotective’ itu. Tetapi, hatiku tetap rasa serba tak kena. Ibaratnya seperti layang-layang yang terputus talinya. Macam-macam yang terjadi sepanjang aku bekerja di sana. Antaranya, kedai yang kukerja itu telah dirompak.
Kedai yang aku kerja itu pada satu malam telah dirompak. Pagi itu, aku terkejut tengok ramai orang di depan kedai. Pintu cermin jatuh pecah dan berterabur di hadapan kedai. Aku tengok muka majikanku sugul dan tidak gembira. Manakan tidak, dia kerugian hampir RM1000 kerana pintu pecah dan barang jualan seperti rokok dan duit habis diambil penyamun. Mujur tiada siapa yang tercedera pada hari kedai disamun.
Sejak aku bekerja di situ, setiap kali selepas solat aku pasti teringat akan kata-kataku kepada mak tempoh hari. Dan secara tiba-tiba pasti air hangat mengalir di pipi tanpa aku sedari. Aku bandingkan dan hubungkaitkan dengan kejadian-kejadian yang berlaku pada diriku. Aku kesal sebenarnya dengan perbuatanku kepada mak. Terngiang-ngiang di telingaku, muka mak yang merah. Aku tinggikan suara sehingga menyakiti hatinya. Hati mak sudah berdarah dan terluka. Aku benar-benar terkilan dengan diriku sendiri. Benar dan benar. Aku perlu mencari ‘ubat’ untuk menyembuhkan parut di hati mak. Benar, lidah tidak bertulang, hanya diri sendiri mampu mengawal butir-butir bicara. Dan, aku telah gagal dalam melenturkan lidah untuk mengeluarkan kata-kata enak untuk bicara lebih-lebih lagi untuk berkata dengan seorang ibu.  Hidupku jadi serba-serbi mesti tidak kena. Ada sahaja masalah. Aku sedih sebab aku tak tahu cara bagaiman nak meminta maaf kepada mak. Tolonglah!
Aku seorang yang sangat pemalu, jika ingin mengatakan sayang, memang jauh sekali tetapi dalam hati ini memang aku benar-benar sayang akan mak. Setiap hari aku berfikir cara hendak memohon maaf kepada mak kerana aku betul-betul rasa berdosa dan terkesan dengan kata ‘anak derhaka’ oleh mak hari itu. Aku mula mendekati mak semula walaupun mak menjauhkan diri daripadaku. Sungguh aku terasa aku diasingkan jauh daripada emak. Aku bercakap dengan mak tetapi tiada respon daripada mak. Aku menolongnya masak di dapur tetapi mak langsung tidak melihat mukaku. Aku cuba bergurau senda dengannya tetapi tiada gelak tawa dari suara mak. Ibarat membuat persembahan jenaka seorang diri. Ya Allah, beratnya jiwa bila mak langsung tidak bertindak balas. Betul-betul terasa aku diasingkan. Aku tidak pernah rasa sebegini. Mak betul-betul kecewa yang teramat sangat terhadap aku. Aku buntu. Aku menangis tanpa lagu. Hari-hariku penuh dengan kebuntuan. Tidur malam aku tidak lena, makan aku tidak lalu. Kadang-kadang bawa motosikal ke tempat kerja pun boleh tersalah parkir di depan kedai orang lain kerana minda terawang oleh masalah aku dengan mak di rumah. Belum lagi di jalan raya, beberapa kali kena ‘hon’ dengan kereta kerana lambat jalan bila lampu sudah hijau.
Masuk kerja, aku langsung tidak menceritakan hal ini kepada majikan atau rakan sekerja atau rkan-rakan aku yang lain. Mereka sedar, aku punya masalah kerana sering termenung dan adakalanya aku mempunyai masalah duit ‘short’ sehingga berpuluh-puluh ringgit. Kerana bagiku, cukuplah cuma aku dan mak sahaja tahu tentang hal ini. Aku tidak mahu orang luar ikut campur. Aku lebih suka selesaikan masalah sendiri dan bercerita dengan orang yang paling dekat iaitu ahli keluargaku yang lain. Maafkan anakmu. Aku sangat-sangat berharap yang mak sedar yang aku sedang berusaha unuk meminta maaf kepadanya. Oleh sebab sikapku yang pemalu, membatasi waktuku untuk memulakan perbicaraan maaf. Aku berfikir, aku perlu cara lain yang lebih ampuh.
Aku betul-betul mati akal memikirkan soal mak. Aku seringkali berbicara sendirian lantas aku jumpa jalan yang terakhir. Aku baru bertemu ayat, ‘jangan bersedih sesungguhnya Allah bersamamu’. Benar, ini yang aku terlupa, betapa Allah sentiasa ada untuk hambaNya yang memerlukanNya. Jujur, aku ‘buta dan tuli’.  Aku lupa Tuhan yang mencipta setiap hamba di dunia hanya untuk beribadah dan sujud kepada Dia. Aku leka dengan dunia sehinga solat pun aku boleh terlupa rakaat kerana terlalu memikirkan soal dunia. Aku lupa dunia ini sementara, dan ia hanyalah cubaan yang perlu setiap makhluk tempuhi dan mengejar cinta Allah SWT dan kekasihnya, Rasulullah SAW.
Aku terpana di mimbar. Lalu, aku berdialog dengan  Allah kerana aku yakin hanya Dia yang mampu membantu. Setelah aku sendiri bertungkus lumus cuba memenangi hati mak tetapi tidak membuahkan hasil, dek mak sudah seperti anggap aku tidak wujud di dalam rumah. Jadi, Setiap kali selepas solat, aku berdoa agar Allah mempertemukan semula aku dengan mak yang dulu. Aku selalu memohon agar Allah kembalikan seri keibuan seorang ibu kerana aku rindu, kerana aku cinta ibuku, mak yang satu. Jika masa dapat diputarkan, ingin sahaja aku putar dan kembali. Jika masa lalu dapat dibeli dengan wang ringgit, aku sanggup membelinya walaupun terpaksa berhutang dengan Ah Long hanya untuk menjaga hati satu-satunya suri hatiku. Hanya mak punya restu dan reda yang sangat kuat untuk aku terus hidup dalam keberkatan dalam kasih sayang seorang mak selain abah. Mak yang utama, abah selamanya. Aku mahukan seseorang mendoakan aku, aku rindu suara  mak, aku rindu marah mak, aku rindu nasihat mak. benar, aku terlalu rindu.
Aku mula teringat waktu sekolah dahulu. Perjumpaan antara waris dengan anak yang ingin menduduki peperiksaan UPSR. Mak datang dan selepas ceramah motivasi, ada sesi maaf-memaafkan antara waris dan mak. Aku masih ingat dan terasa hangatnya dakapan kasih mak pada waktu itu bila kami saling memaafkan. Kami menangis bersama. Aku mencium tangan mak memohon kemaafan. Pakaian kami basah lencun dengan rendaman air mata. Ya, satu memori paling bermakna dalam sejarah hidup, bilamana keihlasan memohon kemaafan itu jelas terpancar dalam pelukan kasih yang bukan percuma dan kali pertama.
Teringat juga, bila saat aku dengan hobi aku yang suka menunggang motosikal dan berimpian untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi suatu hari nanti, mak sebenarnya tidak menghalang cita-cita itu, tetapi kadangkala mak marah bila tahu aku menunggang laju bila bermotosikal lebih-lebih lagi bila tiada pembonceng. Mak sering menjadi ‘mangsa’ aku untuk menongkatkan satu kaki motosikal kesayanaganku bewarna kelabu keluaran Honda untuk aku basuh dan gilap. Kami sering ketawa dan bergelak besar bila gagal menongkatkan motor disebabkan jisimnya yang berat dan ketidaksediaan aku untuk mengangkat motor kebelakang. Mak hanya menarik ke balakang. Namun, hasil kerjasama akhirnya dapat juga motor ditongkatkan. Itulah pengalaman yang paling aku tidak lupa kerana selalu berlaku bila aku hendak mencuci motor. Aku tersenyum sendiri.
Satu tabiat aku, bila mak ke kelas masakan, dan jika kami berselisih di jalanan. Bila sampai di rumah, mak akan menegur “kenapa kau bawa laju-laju? Kau tu perempuan”, kata mak. “cek bawa 80km/j sahaja”, kata aku sambil ketawa. Sejak peristiwa ditegur itu. Bila aku ‘ter’bawa dalam kelajuan yang tinggi dan dilihat oleh adik-beradikku yang lain, aku sering memancing mereka supaya merahsiakan perbuatanku daripada pengetahuan mak. Dan bila motor yang aku bawa sudah hampir berdekatan dengan kawasan rumah aku, aku akan memperlahankan kelajuan motosikal dan membawa seperti ‘perempuan’ yang cermat dan berhemah. Aku tak mahu mak akan marah jika mak tahu aku bawa laju, tapi aku suka kerana bagiku menunggang motosikal dapat menenangkan dan menghilangkan tekanan lebih-lebih lagi dalam kelajuan yang tinggi.  
Alangkah indahnya, jika masa itu dapat dikembalikan. Namun, apakan daya. Masa yang lalu dijadikan kenangan, masa hadapan kita perlu rancang untuk jadi lebih baik dan berfikian lebih matang untuk elak daripada maalah yang sama berlaku semula. Aku berjanji, saat aku berjaya mendapatkan maksemula, aku akan kembaikan memoti indah itu semula bagai rutin biasa misalnya mencuci motosikal dan bergurau senda serta memasak. Adanya unsur memori indah ini membuatkan ia kian giat menjelma di fikiranku bila aku menyambil sambil memejam mata di atas sjadah malam. Jantung berdegup kencang bila esakkan jiwa mengatakan rinduku sedang merintih. Kuatkan aku, Ya Tuhan. Aku tahu Kau bersamaku pada saat dan ketika ini. Saat aku buntu dan tagihkan ketenangan.
Aku memang tiada pilihan lain, melainkan berdoa,”Ya Allah, Kau buatlah apa sahaja asalkan aku dapat semula mak aku. Kau lembutkanlah semula hati mak. Aku rindu mak. Jika kau akan turunkan sesuatu ujian kepadaku hanya untuk mak sedar yang aku ingin memohon maaf kepadanya, dan jika itulah satu-satunya cara untuk mak maafkan aku, maka aku reda. Aku rela hati dan sanggup demi itu walaupun aku perlu bergadai nyawa. Aku rindukan perhatian dan kasih sayangnya. Bantulah aku. Aku mohon Ya Allah. Amin ya Rabball Alamin”, aku mengaminkan doa. Aku sujud lama mengharapkan pertolongan agung dariNya. Berharap agar Dia mendengar rintihan aku dan semoga mak terbuka pintu hatinya untuk memaafkan aku.
“Meow.. Meow..”
Seekor kucing tiba-tiba muncul di balik daun pintu bilikku. Anak kucing yang keluargaku jaga sejak maknya mati dilanggar itu seakan meminta izin untuk masuk ke kamarku. Meow datang menghampiriku dan merendeh ke sisiku, matanya berair. Dia seolah-olah sama seperti aku, barangkali dia merindui ibunya juga. Hibaku sedikit berkurangan bila melihatkan haiwan kesayangan Rasulullah ini. Cukup menenangkan jiwa.
Tiba waktu membeli baju raya baru pada hari itu. Ada jualan murah. Aku, mak abah dan adik-adikku turut serta untuk mencari baju raya sedondon pada tahun ini. Mak mencarikan baju untuk adik-adikku. Mak tidak memandang langsung wajahku. Aku memang tidak pandai memilih sesuatu barang. Kebanyak barang yang aku punya, adalah semuanya atas pilihan mak. “Mak, cek tak ada baju lagi”, kata aku. “Pergilah cari, dah besar kan”, kata mak. Luluh hati aku bila mak berkata begitu. Sesekali aku menyekat air mata daripada jatuh ke pipi da seringkali aku berlari mata daripada pandangan mak supaya mak dan ahli keluargaku tidak perasan. Aku sangat mudah kecil hati sama macam mak. aku berpura-pura mencari pakaian sendiri dan bertanya kesesuaian baju itu dengan abah. Abah mengiayakan. Aku sedikit lega dengan perhatian abah.
Anak kucing bewarna hitam kelabu berbaka dragon li itu sangat suka mencakar sofa rumah, kadang-kadang mak suka menghalaunya keluar kerana tidak suka bulu-bulu kucing melekat pada sofa. Mak terkadang terlihat membawa penyapu dan ligan kucing itu keluar dari rumah. Aku ketawa melihat gelagat mak dan anak kucing itu. Meow seekor yang sangat manja, suka menggigit tangan orang, suka menunjukkan perutnya, suka bermain tali. Meow sangat lincah. Memang, bulunya kadang-kala membuatkan hidung mak merah dan darahnya naik mendadak. Aku ketawa nakal.
Seusai subuh pada suatu hari itu, aku duduk seketika seperti biasa mengenang akan nasibku. Dan berfikir jalan keluar.
“Meow.. Meow.”
Ah, Meow datang. Pagi-pagi, waktu subuh mesti ada suaranya yang seakan merayu di tepi pintu bilikku, disebabkan pintu aku terbuka sedikit, belum sempat Meow masuk ke dalam. Aku menutup pintu. Aku tertekan. Sangat tertekan. Meow terus memanggilku seperti hendak bermain denganku dan duduk di sebelah aku seperti biasa. Aku menarik nafas dalam dan panjang. Aku menangis. Masih terdengar suara Meow di luar, semakin sayu. Aku tetap tidak membuka pintu. Lama-kelamaan, Meow sudah tidak kelihatan bila aku menjenguk di bawah pintu untuk memerhatikannya. Entah kenapa, pagi itu aku rasa malas hendak melayan Meow yang manja itu. Terasa aneh yang tak terkata.
Baki lagi dua minggu seluruh umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Aku bersiap untuk bekerja pada hari itu, aku mengenakan T-shirt berlengan panjang dan jeans. Aku menggayakan tudung bawal crepe coklat ala-ala butterfly. Aku berkemas seperti anak dara sedikit hari itu, selalunya aku berpakaian sangat ‘simple’ dan bersahaja. Permulaan hari yang sedikit aneh bagiku, segala-galanya aneh. Bermula dari pagi harinya dengan tidak membuka pintu tatkala anak kucing jagaan keluargaku hendak masuk bilik sehingga ke pemakaian aku ke tempat kerja pada hari tu. Tapi aku mengendahkan saja. Aku memanaskan enjin motosikal kesayanganku seperti biasa sebelum mulakan perjalanan. Minyakku pulas sambil memerhati meter tangki minyak dan meter kelajuan.
            Haritu itu cerah tapi tidak terik, cuma agak mendung sedikit. Kebiasaanya, aku mengenakan sweater biru jenama Adidas, tetapi aku hanya memasukkan di raga motor untuk menyembunyikan beg mini dan bekal makanan untuk ke tempat kerja. Seperti biasa, aku bersalaman dengan mak, “cek pi dulu mak”, kata aku sambil kaki kanan melangkah keluar daripada rumah yang sudah kuanggap syurga ini. Mak mengikut aku sehingga pintu luar memerhati aku dari jauh. Usai aku memulaskan minyak, mak berlalu masuk ke dalam rumah. Selesai melihat aku membawa kenderaan ke tempat kerja, begitu rutin harian aku.
            Aku memperlahankan motor tetapi saat rumahku sudah terlindung daripada pandangan, aku memecut laju. Tidak laju mana, 80 km/j sahaja. Ketika itu, dari jauh aku terlihat dari satu meter kehadapan aku ternampak sebuah motosikal bergerak sangat perlahan di hadapanku, aku memotongnya. Aku sudah lewat ke tempat kerja. Lagi 10 minit untuk shift aku bermula. Tiba-tiba sebuah kereta meluru dari hadapan, kereta itu tersangat laju. Pacuan empat roda itu memasuki laluan bertentangan sedikit menyebabkan agakan ruang aku untuk memotong motor di hadapan menjadi sempit. Aku keliru, aku cuba untuk mengelak kereta tersebut dan pada masa yang sama aku sedang memotong motosikal di hadapan. Aku berjaya memotong motosikal tadi tapi, malangnya kereta pula yang melanggar di bahagian depan tayar motosikalku. Motor itu tadi aku berjaya potong dan mujurlah penunggang itu membawa perlahan dan berhenti. Kalau tidak, mungkin tiga kenderaan akan berlanggar. Memang satu kejadian tak dijangka berlaku, bila satu bunyi perlanggaran dan seretan jelas kedengaran.
“Boom!”
Aku terpelanting ke sisi jalan dan mujurlah di atas rumput. Motosikalku terseret sedikit di atas jalan. Kereta itu membrek kecemasan dengan bunyi bingit dan kesan tayar di jalan tar setelah aku dan motor mendarat. Enjin motorku semput-semput sebelum mati dia atas jalan. Orang yang menunggang motosikal yang aku potong tadi aku perasan memang berhenti  di seberang jalan. Aku terdengar suara-suara orang yang semakin mendekatiku. Barangkali, itu penunggang motor tadi dan yang membawa kereta tadi agaknya.
Pandangan mataku makin gelap. Jantungku laju. Aku teringatkan perbuatanku kepada mak dan setiap bait doaku di atas sejadah malam. Aku rasa, Allah telah memakbulkannya pada hari ini. Inilah ujian itu. Aku puas dan lega, kerana aku yakin yang selepas ini aku akan dapat lihat mak aku yang dulu. Terasa pedih dan sakit di kulit dan pandanganku terus gelap tetapi aku masih terdengar suara orang memanggilku. Aku terdengar suara Meow. Selepas itu, aku tak berdaya dan tidak sedarkan diri.
Di sekeliling mak kelihatan suasana yang putih bersih. “Mak maafkan. Tapi, jangan buat lagi. Nanti mak sedih sangat”, mak berkata dengan wajah sayu lalu aku memeluknya. Riak wajah ceria dan sayang jelas terpapar di wajah mak waktu itu. Aku menagis dalam dakapan hangat mak yang kurindu itu. Jelas terasa air mata mengalir. Aku mencium tangan mak. “Cek minta maaf, cek rindu mak sangat-sangat. Cek janji cek takkan buat lagi”, aku berkata dan mak mengangguk faham. Aku membuka mata, aku bermimpi rupanya. Aku melihat di sekelilingku satu tempat yang sangat asing dariku. Tangan kiriku ada jarum branula, dipasangkan drip air garam atau ‘Normal Saline 0.9%’ di situ. Di sisiku ada banyak pesakit. Mak di sisiku, terlena sambil memegang tanganku. Air mata mengalir tanpa sedar. Ya Allah, terima kasih!
Aku menggenggam tangan mak. Aku menepuk lemah lengan mak. Mak terjaga dari lena. Mak tersenyum. “Dah bangun anak mak. Nak air?”, soalan pertama mak ajukan kepadaku. Aku hanya menggeleng sambil tersenyum. Air mataku terus mengalir. Mak memelukku, dia mengusap-usap kepala aku. Aku bersyukur, mak sudah kembali.
Hampir dua minggu aku terlantar di hospital, mujur boleh balik beraya di rumah, kalau tidak aku terpaksa beraya dengan ‘baju hijau’. Aku cuma mengalami luka dan menerima 5 jahitan di lengan kanan serta retak tulang kaki. Aku mamakai plaster POP yang tidak membolehkan aku terkena pada air. Alhamdulillah, mak menjaga aku dengan penuh kasih sayang sepanjang aku sakit. Aku tersenyum, orang yang kurindu kini di depan mata. Ternyata, mak masih sayangkan aku. mak sudah tidak merajuk lagi dengan aku. Syukur pada Allah.
Kini, aku kembali sihat walaupun motor kesayangan aku ‘tidak sedap’ bila dibawa dan anak kucing jagaan keluargaku, Meow yang kami bela mati juga dalam kemalangan itu. Aku sedikit terkilan dengan pemergian Meow dengan secara tiba-tiba. Aku kehilangan Meow dan aku dapat mak dalam masa yang sama. Aku berfikir sendiri, ini adalah pelajaran dan episod hidup yang paling bermakna yang aku dapat dalam hidup. Setiap yang datang itu yang sementara adanya kebaikan dan di situnya jugalah adanya keburukan yang perlu kita nilai sewarasnya. Dewasa kata, pengalaman itu mematangkan pemikiran. Dari cerita itu juga, mengajarku erti sebuah penghargaan dan menghormati serta taat setia. Aku tersedar tentang adanya Tuhan Yang Maha Penyayang setelah ‘terhantuk’ oleh kebuntuan yang terlampau sehingga menyebabkan aku tertekan tentangnya. Magisnya dengan mengingati Allah, hati akan manjadi tenang. Benar, Islam itu penyelamat. Segalanya lengkap dalam semua aspek. Kisah aku itu membuatkan aku lebih menemui siapa Allah dan Islam itu sendiri. Bersyukurlah kita dilahirkan dalam kalangan orang yang beragama Islam tetapi kita tetap perlu cari nur untuk menerangi iman supaya menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa yang mukmin dan bukan orang Islam atas dasar agama yang tertera pada kad pengenalan sahaja.
Agama itu perlu dicari, kerana agama adalah sebuah ilmu makrifat dan panduan cara hidup yang  sampai bila-bila pun tidak akan habis dipelajari dek keluasan ilmu Allah. Allah itu Maha Bijaksana, Dia menurunkan suatu ujian kepada hambaNya hanya untuk hamba itu kembali sedar dan rujuk serta kembali kepada Allah, yang mencipta kerana Dia juga rindu dan sayang akan kita, bukan hendak membebankan kita. Senyumlah bila kau menghadapi ujian kerana kau sedang di’tawarkan’ dengan ganjaran pahala yang sangat besar kerana bersabar dan memohon pertolongan daripada Allah SWT tatkala dalam kesulitan.
Aku harap ini kali pertama dan terakhir aku mengguris hati mak. Aku berjanji kepada diri sendiri yang aku tidak mahu berbuat begitu lagi selepas ini. Aku tidak kisah sekalipun dilabel sebagai ‘anak mak’ kerana ini keistimewaan dan lubuk untuk aku terus mencintai mak dan jauhkan aku dari terus dan cuba lukai hati mak lagi. Aku belajar untuk lebih menghargai seperti Meow yang sentiasa dahagakan kasih sayang dan terus meninggalkan aku di saat aku mengabaikannya, pedih dan terasa tangis ini terasa hanya sia-sia. Bukan apa, setiap yang baik itu akan pergi, jadi hargailah semua yang ada samada ia baik atau buruk, sebab kau tidak akan pernah tahu pengakhirannya bagaimana dan impaknya kepada diri sendiri.

Akhir kalam, benarlah kata-kata mutiara, reda Allah terletak pada reda ibubapa. Dan ingatlah firman Allah SWT di dalam al Quran, surah Al-Isra’ ayat 23 hingga 24, “Dan Tuhanmu (Allah)  telah memerintahkan hendaklah kamu jangan menyembah selain dari Dia (Allah), dan hendaklah kepada kedua orang ibu-bapa berbuat baik dengan sempurna. Jikalau salah seorang dari ibu-bapamu atau keduanya sudah sampai kepada umur tua, janganlah sekali-kali kamu berkata, ‘Ah!’ kepada mereka. Dan jangan (pula) kamu menengking mereka. Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang sopan (dan hormat)”(23). “Dan berbaktilah kepada keduanya dengan perasaan kasih sayang (yang mendalam) dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku (Allah) ! Kasihanilah keduanya (ibubapaku) sebagaimana mereka telah mendidikku sewaktu kecil”(24).