----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Ahad, 10 Disember 2017

Rokok : Agenda Yahudi

AGENDA YAHUDI

Merokok melemahkan badan sekali gus melemahkan orang Islam daipada usaha-usaha dakwah dan jihad pada jalan Allah SWT. Di samping itu, pembelian rokok membantu menjadikan musuh Islam kaya raya. Mereka boleh mengunakan wang itu bagi menindas orang Islam. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu saling menolong dalam perkara dosa dan permusuhan”.
Sebagai contoh, salah satu syarikat gergasi pengeluar rokok di dunia adalam Philip Morris International (PMI). Ia mengedar rokok-rokok berjenama di 200 buah negara di dunia pada setiap tahun lebih kurang 870 bilion batang rokok dikeluarkannya. Aset syarikat ini bernilai lebih kurang 76.34 bilion. Hal ini dilaporkan di www.therichest.com/expensivelifestyle/lifestyle-top-cigarette-companies-in-the-world/
Rokok adalah antara tujuh penyakit yang disuntik oleh Yahudi selain fesyen, hiburan melampau-lampau, seks, lagu dan makanan. Yahudi sengaja memperkenalkan rokok kepada dunia Islam kerana ingin menjatuhkan kita. Antara manifesto yang mereka inginkan adalah untuk menjadikan umat Islam dan keturunannya bodoh dan pendek umur. Yahudi adalah pengedar dan pengeluar rokok yang terbesar di dunia dan antara produk keluarannya adalah Benson & Hedges dan Mevius. Namun, golongan ini tidak pula merokok malah mereka mengamalkan gaya hidup seperti seorang Muslim dan menggalakkan ibu-ibu hamil untuk tidak mencampurkan makanan darat dan laut. Oleh sebab itu, Yahudi lebih berjaya dari umat Islam kerana mampu melahirkan bangsa yang cerdik pandai dan bijaksana. Hadith Rasulullah SAW:
“Bukan dari golongan kita, sesiapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan terikut-ikut kaum Yahudi dan Nasrani”
(HR Al-Tarmizi)
Pengaruh utama dalam merokok adalah ia dapat membuatkan si perokok dan keturunannya bodoh serta cepat meninggal dunia. Terdapat banyak kandungan toksid di dalam rokok itu sendiri yang mana akan membahayakan kesihatan manusia. Yahudi membuat begitu kerana ingin mengecilkan bilangan umat Islam di dunia serta menghalang kelahiran bayi yang sempurna akal dan fizikalnya jika perokok merupakan seorang ibu yang Hamil. Mereka berbuat begitu supaya mereka dapat menguasai dunia dan melaksanakan cita-cita ‘tuhan’ mereka.
Dalam rokok terdapatnya kandungan karsinogen yang menjadi penyebab utama kepada kanser. Asap yang disedut akan masuk ke dalam darah perokok dan disaring di ginjal dan lama-kelamaan aka menyebabkan pembawaan kepada banyak penyakit kerana karsinogen yang berulang-ulang kitarannya di dalam darah perokok itu. Perokok berisikok tinggi untuk mendapat penyakit seperti emfisema peparu, kegagalan buah pinggang, kanser mulut dan sebagainya.
Tambahan lagi, perokok yang menghidap penyakit tersebut berkemungkinan besar akan berhadapan dengan kematian yang secara tidak langsung akan mengurangkan bilangan umat Islam di muka bumi ini.  Ini menjadi masalah besar kerana siapa lagi yang akan menjadi khalifah di muka bumi Allah?
Walau bagaimanapun, nikotin adalah satu bahan yang penting yang harus semua orang tahu tentang bahayanya. Nikotin bertindak sebagai ‘vasoconstrictor’ iaitu membantu untuk menyempitkan salur darah. Ini akan menyebabkan darah gagal untuk mengalir secara normal dan memerlukan jantung untuk bekerja lebih kuat bagi pamkan darah agar pengaliran darah ke tisu-tisu badan dapat disamaratakan. Kesannya, perokok akan menghidap penyakit darah tinggi dan kegagalan jantung sebagai contoh jika berlarutan. Perokok terutamanaya yang beragama Islam akan menjadi susah untuk melakukan ibadah kepada Allah seperti sediakala kerana masalah kesihatan tersebut.
Jadi, setiap umat Islam yang ada keinginan untuk merokok dan tegar terhadap merokok wajarlah berfikir dan tahu sedalam-dalamnya tentang kesan dan kandungan yang terdapat di dalamnya. Dengan ini, setiap orang haruslah mempunya kesedaran yang tinggi dan berusaha untuk elak dan berhenti daripada merokok.

Bila difikirkan semula, memang sangat pedih bahkan rasa terkilan kerana ramainya umat Islam yang terjebak dengan rokok yang merupakan agenda zionis laknatullah. Pada zaman kini, kita kekurangan umat Islam yang tinggi nilai Islami dalam diri terutamanya pemuda pemudi. Jadi, kita perlulah sama-sama berganding bahu untuk lahirkan semula pemuda yang pernah menjadi wadah agama seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin al Ayyubi, Ali bin Abi Talib, Khalid al Walid dan sebagainya. 

Rokok : Isu Hukum Merokok

HUKUM MEROKOK

            Ramai yang ragu-ragu tentang hukum sebenar merokok. Ini kerana, ramai yang berkata haram jika merokok, padahal ada sahaja dalam kalangan agamawan yang turut merokok. Perkara ini sudah lama menjadi isu bahkan turut menjadi tanda tanya bagi semua orang samada yang merokok atau yang tidak merokok khususnya masyarakat yang beragama Islam di negara kita. Bagaimana?
Mufti Mesir, Syeikhul Hasanan Khuluf pernah diaju tentang hukum samada haram atau makruh tentang tabiat merokok ini maka jawabnya adalah ia berdasarkan keekstreman kesan rokok itu sendiri terhadap jiwa, harta atau kedua-duanya.
Ulamak pernah mengkiaskan merokok ini sama seperti makan gula, jika dimakan dalam kuantiti yang banyak  akan membuatkan seseorang itu terkena penyakit kencing manis kerana tinggi kandungan gula dalam darahnya. Adakah gula haram dimakan? Ia hanya memberi mudarat jika diambil dalam kekerapan yang luar biasa dan tidak terkawal. Maka, ulamak kiaskannya sama seperti merokok. Keadaan ini mungkin terjadi adalah disebabkan oleh kadar metabolisme dalam badan perokok itu sendiri yang membuatkannya lambat mendapat impak daripada merokok itu sendiri. Kerana itu, ada di kalangan perokok yang meninggal atas bukan sebab rokok Oleh sebab itu, ulamak meninggalkan dua hukum untuk keadaan ini berdasarkan keadaan badan perokok itu sendiri iaitu haram dan makruh. Itulah pendapat-pendapat yang terkenal oleh Mazhab Syafie iaitu haram dan makruh. Oleh sebab itu, hukumnya tidak statik berdasarkan keadaan tertentu perokok.


HUKUM MEROKOK ADALAH JELAS HARAM TANPA SYAK:

Walaubagaimanapun, pernyataan-pernyataan yang tersebut dia atas adalah kajian dan pendapat para ahli ulamak lima tahun dan kebelakang ini. Menurut dapatan kami, hukum terbaru dan terkini yang dikeluarkan oleh lebih 400 ulamak menyatakannya bahawa merokok itu haram.
Merokok adalah haram berdasarkan makna yang terkandung dalam al-Quran dan berdasarkan logik akal yang jelas memudaratkan diri.

“Dan janganlah kamu menjatuhkan diri sendiri dalam kebinasaan”
(Surah Al Baqarah: 195)

Merokok pada umumnya jelas menjejaskan kesihatan seseorang dan mengikut kajian saintifik, keburukannya adalah lebih banyak berbanding dengan kebaikannya itu sendiri. Antara kebaikan ataupun ‘nikmat’ kepada si perokok itu adalah ia dapat menghilangkan rasa mengantuk, mengenyangkan, memanaskan badan, menenangkan fikiran dan sebagainya tetapi jelas banyak kesan buruk juga seperti didatangi penyakit, mengurangkan kesuburan dan menjejaskan keadaan fizikal dan orang yang merokok menyebabkan hilangnya kekuatan ingatan kerana ia menipiskan lapisan korteks pada otak dan menyebabkan hilangnya memori.

Kita mestilah memelihara aspek daruriyat iaitu akal, agama, nyawa, harta dan keturunan. Perokok menyatakan kenyamanan setelah merokok berbanding tidak merokok, menurut Dr Yusuf Al-Qardawi beliau menyatakan bahawa ini merupakan kesan ketagihan bukan efek yang baik untuk badan dan merupaka kesan perhambaan jiwa terhadap perkara yang tidak berfaedah. Bagi perokok tegar khususnya yang sudah cuba untuk berhenti merokok tetapi mendapat kesan kesihatan akibat daripada berhenti merokok seperti demam berpanjangan dan lemah badan. Ini disebabkan oleh badan perokok yang terbiasa dengan asap rokok mula mengadaptasi keadaan baru badan tanpa kandungan asap rokok seperti nikotin iaitu penyebab ketagihan. Ini jelas memberi mudarat dan kebinasaan kembali kepada badan akibat merokok. Perokok yang mula belajar untuk berhenti akan rasa keinginan untuk merokok semula akibat tidak tahan akan kesan dan ketidakselesaan yang kembali kepada perokok itu sendiri.

Dalam Islam, kita diajar untuk berhijrah kepada kebaikan dengan melakukannya secara istiqamah selama 40 kali. Tetapi tidak hairanlah, ada juga dalam kalangan perokok yang sudah berhenti berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun tetapi kembali merokok kerana nafsu, dorongan orang sekeliling  dan ‘kerinduan’ mereka terhadap rokok mula menarik minat mereka semula untuk merokok. Manusia merupakan makhluk yang bernafsu yang agak sukar untuk dikawal jadi golongan ini perlu kekuatan kendiri dan orang sekeliling untuk terus berazam untuk berhenti merokok.

 “Allah membencimu kerana kamu mensia-siakan harta”
(HR Bukhari dan Muslim)

Mengapa kita perlu mengahabiskan wang untuk memberi mudarat kepada tubuh badan sendiri? tubuh badan ini milik Allah dan kita diamanahkan untuk menjaganya sebaik mungkin. Berdasarkan kitab Fatwa Masa Kini tulisan oleh Dr Yusuf Al-Qardawi, beliau menyatakan bahawa merokok terdapat sejenis keburukan yang tidak boleh disangkal lagi iaitu kewangan. Maksudnya, menghabiskan wang pada benda yang sia-sia sehingga membelanjakan kewangan yang sepatutnya untuk melaksanakan kewajipan nafkah kepada keluarganya. Dalil ulamak menharamakan rokok kerana ia memabukkan dan memberi kesan buruk dari segi fizial dan kewangan. Allah telah berfirman dalam surah Isra’ :27 yang bermaksud,
“Janganlah kau membazir sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan. Syaitan pula kufur kepada Tuhannya”
Oleh itu, perokok tegar dinasihatkan untuk mengurangkan kadar batang rokok untuk dalam sehari jika tidak mampu untuk berhenti rokok selain mengelakkan pembaziran. Begitu juga dengan golongan yang belum pernah merokok dinasihatkan untuk jauhi rokok..
Imam Abu Muhd Ibn Hazm al-Zahiri pernah berkata, ‘setiap yang memudaratkan maka ia haram berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW :

“Sesungguhnya Allah telah menulis ihsan (kasihan ke atas segala-galanya, akan sesiapa yang memudaratkan dirinya atau orang lain, maka dia tidak bersikap kasihan. Sesiapa yang tidak berkasihan bererti dia telah menyalahi ketetapan ihsan Allah ke atas tiap sesuatu”.

Hukum ini boleh berdalilkan firman Allah:

“Janganlah kau mebunuh diri kamu, sesungguhnya Allah berbelas kasihan kepada kamu”
(Surah An-Nisa’ :29)

Perokok yang tidak mampu berhenti ini dinasihatkan supaya menghindari dan menjauhi orang ramai jika hendak merokok kerana ini akan menjurus kepada transmisi perokok kedua iaitu penghidu yang turut mempunyai risiko untuk mendapat penyakit walaupun dia sendiri tidak merokok. Golongan ini juga dinasihatkan untuk menjauhi orang-orang yang merokok supaya bekas perokok tersebut tidak kembali merokok semula. Latihlah diri supaya dapat kawal nafsu merokok dengan menyibukkan diri, makan, banyakkan minum dan berdoa pada Allah supaya diberi kekuatan untuk terus berhenti. Belajarlah untuk berhenti merokok kerana kesan buruknya adalah lebih banyak bebanding yang baik
           
Rujukan :
•           Al-Quran
•           Yusuf Al-Qardawi (Dr.), (1995). Fatwa Masa Kini (Jilid 3 &4). Diterjemahkan oleh Ustazah Rosmawati Ali, Ustazah Siti Zubaidah Ismail Kuala Lumpur : Pustaka Alam Sdn Bhd.
•           Responden dari beberapa orang perokok
•           https://nettik.net/8-tips-dan-alasan-agar-menjadi-pribadi-yang-istiqomah/

•           https://www.youtube.com/watch?v=jvxHtm6dJtc