----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Ahad, 10 Mei 2015

part15




“Assalamualaikum dan salam1malaysia. Selamat datang kepada semua pemain dan penyokong pasukan masing-masing. Berikan tepukan yang gemuruh untuk pasukan Lang Merah daripada Universiti Hagerodu Mumtaz, begitu juga dengan tuan rumah untuk Festival Kejohanan Bola Keranjang Peringkat Piala Malaysia (FKBK) berikan tepukan paling gemuruh untuk pasukan Cakar Rimau dari Universiti Shinako Jiddan! Selamat datang ke kejohanan kali ke-22 bagi tahun ini”

         Ali yang duduk di kerusi di bahagian tengah tempat duduk penyokong di Stadium Tertutup, kelihatan gelisah menunggu seseorang. Dua buah kerusi di sebelahnya dibiarkan kosong. Tiba-tiba, datang Khair dari belakang.

         “kau lambat lagi, Kai! Penuh dah orang dekat depan tu”, jerit Ali kerana suasana di Stadium Tertutup Universiti Shinako Jiddan itu bingit dengan pekikan penyokong dan tiupan wisel yang hingar.
         “Aku sesat tadi!”, jelas Khair. Ali tak mendengar dengan jelas. Khair menghampirkan mulutnya dengan telinga Ali. “Aku sesat!”

         Ali mengangguk faham, “mana roomate kau?”, tanya Ali pula. Khair membuat isyarat sebentar kerana Haziq dalam perjalanan ke sini. Ali membuat isyarat bagus. Khair mengeluarkan sesuatu daripada beg galasnya.

         “Apa tu?”, tanya Ali. Khair tidak membalasnya sebaliknya sengih di hadapan rakan baiknya itu.
        
         Khair membuka penutup kiwi kasut yang bulat itu. Dia mencalit sedikit sapuan kiwi pada tiga jarinya lalu dicalitkan pada pipi Ali. Ali hanya sengih dan tidak berkata apa-apa. Khair memberi pula kiwi kepada Ali untuk mencalitkannya pada wajahnya pula.

         Haziq dicalit dengan kiwi apabila Ali mula perasan yang roomate rakannya itu sudah tiba di stadium. Rambut Haziq yang berbentuk afro diwarnakan mengikut logo  pasukan universitinya.
        
         “Haziq! Kau ni tengok World Cup ke apa? Asal teruk sangat fesyen?!”, tanya Ali sambil tergelak.
         Haziq membuat muka pelik sambil berkata, “Whateverlah!”

         Khair membelagakan bahunya pada Ali, “OK apa, semangat nak menang ni. Tengok tu, sampai rambut afro pon dikelerkan semua”
         Khair membuat high-five dengan roomatenya.

         “semangat mendenye, dah macam patung McD dah aku tengok, cuma hidung ja tak berapa nak merah, macam badut sarkas!”, Ali memerli Haziq. Haziq hanya ketawa setelah tersedar Ali sedang membahankan dia.

         “Baiklah, sebentar lagi permainan akan dimulakan. Harap penyokong semua dalam keadaan tenang dan sabar... Dipersilakan... pemain-pemain dari Universiti Hagerodu Mumtaz untuk masuk padang”, ucap juruacara itu. Lagu universiti mereka dimainkan sewaktu sebaris pemain masuk untuk mempamerkan diri. Para penyokong dari universiti tersebut menyanyikan lagu sorakan untuk pasukan Lang Merah untuk menaikkan semangat.
         “... dipersilakan masuk padang, Cakar Rimau dari Universiti Shinako Jiddan ..”

         Kelihatan ahli-ahli pasukan bola keranjang itu masuk ke gelanggang sambil melambai-lambai ke arah penyokong-penyokong setia permainan itu. Ali dan Khair menjerit dengan sekuat hati kerana rakan-rakan mereka turut menjadi wakil dalam pasukan universiti mereka. Kelihatan Barai, Arman dan ‘Ustaz’ Haris yang menjadi pemain utama alam permainan itu.

         Ali yang menjadi ketua pasukan sorak, memulakan sorakan dengan penuh semangat untuk membangkitkan kesukanan dalam stadium yang gah itu,
         “Acilele... Wasuwasuwasa.. Fikifiki dongga.. Wewawewawe lowalowa.. lu sama lu.. wa sama wa.. lu burung helang.. wa rimau malaya.. lu tak boleh cele sama gua..
 nasi makan dengan gulai .. makan dengan sudu.. . mari ramai-ramai.. cakar rimau nombor satu.. Go Cakar Rimau Go!! Go Cakar Rimau Go!! Go Cakar Rimau Go! Go! Go!!”


-----------------------------------------------------------------------------
bersambung

part14



-------------------------------

         Sedulang minuman jus oren ditatang oleh pembantu rumah Datuk Abdullah. Rumah yang tersergam luas bak istana kayangan mampu membuat semua orang yang memandangnya terus terpegun dan terpesona dek seni binanya yang seakan-akan rumah Inggeris. Dua gelas minuman tersebut diletakkan di atas meja besi bewarna putih yang terletak di laman rumah yang cantik dengan hiasan pelbagai jenis bunga yang bewarna-warni.

         “silakan cik muda, tuan muda ”, jemput pembantu rumah itu.

         “terima kasih, kak uda”, kata Haziq dan kakaknya.

         Kak Uda terus berlalu pergi sejurus mengukir senyuman dan meminta izin menyambung kerja di dapur.

         “Kak, aku nak tanya kak something”, kata Haziq .

         “la.. tanya apa pulak. Haziq tak nampak ka kakak tengah sibuk ni”, bantah kakaknya, Amy Nadira. Amy kembali menaip di komputer riba jenama Acer untuk menyiapkan resumenya. Haziq menutup sedikit lid komputer riba itu. Amy mengerutkan keningnya lalu melihat tajam ke dalam anak mata adiknya itu.

         “Apa benda yang penting sangat tu?”, marah Amy kepada adiknya.

         “Arman masih dengan kakak lagikah?”, tanya Haziq.

         Amy mengiyakan pertanyaan adiknya dengan mengangguk. “kenapa tanya?”

         Haziq menarik nafas panjang. Dia mula bercerita kepada kakaknya tentang Arman.
         “Haziq sayang sangat dekat akak. Haziq tak nak orang lain main-mainkan akak macam tu ja”, kata Haziq.

         “Apa benda yang kau merepek ni?”, marah Amy.

         Haziq menyambung, “Haziq pernah nampak Arman dengan perempuan lain dekat kampus, bukan Haziq saja yang nampak, kawan-kawan Arman pon cakap yang Arman suka tukar perempuan macam tukar baju. Arman..”, belum sempat Haziq menghabiskan kata-katanya, kakaknya pula menyampuk.

         “Enough! Haziq. Kau tau mana yang Arman tu macam tu? Kalau benda tu tak betul, fitnah tau tak?”, marah Amy.

         Haziq merenung tajam wajah kakaknya itu, “Kak, Haziq sendiri yang nampak Arman dengan perempuan lain. Kawan-kawan Arman pun pernah nampak dia dengan perempuan lain pulak. Haziq tak buta lagi, kak. Haziq kenal Arman. Tiap kali dia berjalan dengan perempuan, mesti dengan orang yang berbeza. Haziq tengok pon sakit hati. Kalau kakak yang tengok sendiri lagi sakit hati”.

         “kakak tak percaya. Arman tu baik. Dia selalu tolong mak dia yang sakit”, kata Amy.

         “boleh tak kakak tolong percaya cakap Haziq. Haziq ni adik kakak tau, Arman tu cuma kekasih kakak ja”, Haziq tak berpuas hati.

         “Memang Haziq ni adik akak satu-satunya. Tapi, kakak lebih kenal dia daripada adik kenal dia. Kakak takkan percaya cakap Haziq”, kata Amy.

         “Kecuali?”, tanya Haziq.

         Amy Nadira mendiamkan diri seketika. Dia merenung ke arah kolam air terjun yang terletak tidak jauh daripada tempat mereka duduk. Amy berkata :
         “kecuali.. ada bukti atau kakak tengok dengan mata dan kepala kakak sendiri”, kata Amy.

         Amy kebali membuka lid komputer ribanya dan menyambung menulis resumenya yang tertangguh tadi. Haziq meneguk jus oren yang didangkan di atas meja tadi.

         “OK, kefahaman”, kata Haziq. Dia lantas bangun daripada tempat duduknya dan mengambil  bekas makanan ikan. Dia berjalan sehingga berada di tengah-tengah jambatan di kolahm ikan mini itu. Dia menabur sedikit demi sedikit makanan ikan tersebut pada dasar permukaan kolam ikan koi itu. Ikan-ika merebut-rebut untuk mendapatkan makanan.

         “nanti Haziq akan buat majlis perpisahan antara kakak dengan Arman”, kata Haziq mengugut kakaknya.

         “Cubalah wahai adikku”, Amy memberi harapan palsu sambil ketawa.

         “OK.. you wait and see ye kakak!”, kata adik Amy.



 ---------------------------------------------------------------------------------------------
bersambung


part13






         “Khalis balik Kuching ye”, kata Khair Iskandar kepada ibunya.

         “Tak payahlah, lagipun semua barang dah siap pack dah ni. Ada yang dah post ke Semenanjung. Ada juga abah hantar guna kapal, keretalah perabotlah. Tiga hari je lagi. Jangan risaulah, ye”, kata Puan Wazera.

         “OK, OK. Nanti bila mak dengan abah dah sampai Semenanjung, telefon Khalis OK? Assalamualaikum”, kata anaknya lelakinya pula.

         “Waalaikumussalam”, jawab ibu Khair Iskandar. Dia menekan punat end call.

         Khair yang sibuk berbual dengan ibunya melalui telefon meletakkan telefonnya di atas pelantar kayu seusai ibunya menamatkan panggilan. Dia memerhati anak sepupunya yang sedang leka bermain bola seorang diri.

         “kau dengan Malek macamana?”, tanya Khair kepada Nadia yang sedang leka melihat anak buahnya bermain. Nadia menjeling ke arah Khair.

         “Kau boleh tak jangan sibuk hal aku?”, balas Nadia.

         “Nad, aku tanya saja. Tu pun kau nak marah. Asyik ‘bad mood’ ja. Nanti muka tua baru tau”, ejek Khair pula.

         “Biarlah!”, marah Nadia.

         “Abang!! Jomlah, teman Ayan main! Bosanlah main sorang-sorang”, rayu Rayyan.

         “Rayyan ajaklah kawan-kawan Rayyan datang rumah.. Atau Rayyan saja yang pergi rumah diorang”, pujuk mak Sunya.

         “Tak naklah Mak Su, abang kan ada. Ayan nak main dengan abang!”, kata Rayyan sambil menunjuk ke arah Khair.

         Nadia yang duduk bersebelahan dengan adik sepupunya berkata, “Mak Su janganlah paksa-paksa orang. Suka hati Ayanlah”, kata Khair Iskandar lalu berlari dan bermain dengan anak Hadi itu. Nadia tidak sempat mencubit lengan Khair. Khair ketawa mengejek.

         Nadia asyik memerhati Rayyan yang gembira bermain bola dengan sepupunya itu. Wajah Nadia yang ceria dan gembira tiba-tiba menjadi sayu tatkala dia teringat nasib Rayyan, ibunya meninggal dunia setelah melahirkan satu-satunya anak hasil perkahwinan dengan abangnya, Hadi. Nadia memerhati pula di sekeliling rumahnya yang luas itu. Semakin sunyi. Penghuninya tidak semeriah dulu. Nadia kehilangan ahli-ahli keluarga yang sangat dia sayangi, ibu dan tiga orang lagi abangnya telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu Nadia bersekolah rendah. Tanpa dia sedari, air panas mengalir di kedua-dua belah pipinya.

         Khair yang tersedar bahawa Nadia sedang menitiskan air mata, berhenti bermain. Dia membaling bola itu ke arah pelantar untuk menarik perhatian Nadia. Lamunan Nadia terhenti seketika. Dia mengalih ke belakang dan mengesat air matanya.

         Nadia mengambil bola tersebut dan mengembalikannya kepada Khair. Khair mendekatinya dan Rayyan hanya memerhati.

         “kalau nak join, cakaplah. Janganlah menagis”, pujuk Khair kepada sepupunya.
         Nadia menolak Khair yang berdiri di hadapannya lalu berlari menuju ke rumahnya.



--------------------------------------------------------
bersambung


part12




**************
CUTI SEMESTER

bNadia masuk ke rumah setelah pulang daripada kerja. Dia ternampak televisyen terbuka.
         “ aduhh.. siapa pulak yang tak tutup tv pulak nih. Haish!!”, dia berkata dalam hatinya.
         Nadia menghampiri suis televisyen dan menutupnya. Tatkala berpaling kebelakang, dia tersentak. Dia menarik nafas panjang. Dan dia terus berlalu pergi. Dia mengerutkan dahinya yang licin itu.

         Nadia menghempas pintu biliknya.
         PPPANGG!!

         Khair yang terlena tadi terkejut lalu terbangun dari lenanya. Dia menggosok-gosok matanya yang layu itu.
         “Kacau aku tidur je la..”, kata Khair perlahan. Dia lalu naik ke atas rumah dan masuk ke dalam biliknya.

         Nadia membuka pintu bilikya tatkala Khair lalu di hadapan biliknya.
“Hoi.. sejak bila pula kau tinggal dekat sini?”, tanya Nadia.

         Khair cuma memekakkan telinga. Nadia menolak bahu Khair.

         “Suka hati akulah nak tinggal dekat mana. Yang kau sibuk ni kenapa?”, kata Khair.

         “Mulut kau bau macam longkang tau tak ?!”, kata Nadia sambil menutup hidungnya.

         “Boleh tak tolong jangan jerit-jerit? Nanti orang dengar lepas tu diorang kol penguatkuasa Agama, kena kahwin free ja dengan kau? Nak ke?”, kata Khair kepada Nadia sambil memekuk mulutnya.

         “La ilaha illallah, kau ni. Kan Mak Jah ada kat bawah tu”, Nadia mendengus panjang meluat.

TOK! TOK! TOK!

         Khair dan Nadia saling berpandangan antara satu sama lain. Nadia nampak dalam ketakutan , muka Khair pula penuh meleleh dengan peluh. Mereka saling gelabah.

         “Mak Jah! Tolong bukakan pintu tu”, pinta Nadia.

         “Eh, kau ni. Tadi aku nampak Mak Jah baru ambil wuduk masa aku nak naik atas ni. Tu la.. aku dah cakap. Jangan jerit-jerit, tak pasal-pasal orang datang ketuk pintu rumah dah. Abang dengan papa kau tak mungkin balik tengahari punya la. Ni semua salah kau la! Terjerit-jerit terpekik. Kau tak sakit tekak ka. Agaknya, kecik-kecik dulu kau tertelan mikrofon kot?”, bebel Khair, sepupu Nadia.

         “shhhh!!! Kau boleh diam tak? Cakap banyak pon tak guna la.. biarlah aku bukak pintu. Tak habis , pot pet pot pet je kau ni...”, Nadia mengejek Khair. Dia turun dengan pantas lalu memulas tombol pintu dengan teragak-agak.

Krekkk..

         Daun pintu dibuka dengan perlahan-lahan. Nadia menjenguk kepalanya ke luar rumah.
         “ Aik?! Mana orangnya?”, kata Nadia perlahan. Khair memerhati pelik dengan perlakuan Nadia yang mencurigakan itu. Dia turun untuk turut memerhati tetamu yang tidak diundang itu.

         “ Kenapa? Siapa yang datang?”, tanya Khair.

SURPRISE!!!

         Nadia dan Khair terjerit kecil kerana terkejut. Mereka memandang ke bawah untuk melihat tetamu bertubuh kecil itu.

         “Rayyan pergi mana tadi? Puas mak su cari Rayyan tadi dekat sekolah”, adu Nadia kepada anak buahnya.
        
         Rayyan tidak menjawab soalan Nadia dahulu, sebaliknya terus memeluk Khair yang sudah lama tidak berjumpa itu.Khair mendukung Rayyan yang ringan itu.
         “Abang.. lamanya tak jumpa. Ayyan rindu sangat dengan abang”, kata Rayyan yang manja itu kemudian Khair mencium pipi Rayyan yang gebu itu.

         “Kenapa Mak su tak ambil Rayyan? Kesiannya dekat Rayyan. Ish! Ishh! Ish.. sampai hati mak su”, ejek Khair. Nadia mencubit tangan Khair. Dia mengaduh kesakitan.

         “Tu la.. Mak su memang kejam . mak su suka lambat pick up  Ayan. Penat Ayan tunggu mak su sampai sejam. Nasib baik cikgu Ayan nampak Ayan. Dia belanja Ayan makan tadi. Lepas tu cikgu yang hantar Ayan balik tu”, jelas Rayyan.

         “La.. yeke? Kesian Ayan..”, Khair mempertahankan anak Hadi. Dia mengusap-usap kepala Rayyan. Rayyan ketawa kecil kerana geli bila diusap kepalanya. Khair menurunkan kanak-kanak yang berusia empat tahun itu ke bawah dan menyuruhnya mandi.
         “okey, Rayyan. Pergi mandi ye. Berbau dah”

         “abang Rayyan pun sama ye.. silakan mandi cepat!”, marah Nadia.


         “Ye lah mak su..”, kata Khair sambil  mengokong Rayyan yang  ketawa  lalu berjalan laju meninggalkan Nadia untuk mengelak dicubitnya lagi . 

----------------------------------------------
bersambung

part11



Wazera makan tengah hari bersama suaminya, Johari.

         “Abang, abang telefon Baseri tak lagi? Dia cakap si Hadi tu nak heret baby boy kita pergi jumpa dia”, tanya Wazera.

         “Belum lagi sayang, kejap lagi abang telefon, ye”, jawab Johari. Dia memang manja dengan bininya. Tengah-tengah sembang, Johari teringat masa mula-mula mereka bertemu, bertentang mata.

MAC 1990

Di  kampung Bentong di Sarawak, ramai orang bertali-tali menghadiri kenduri kahwin di rumah yang besar dan indah tersergam yang terletak bersebelahan dengan Sungai Bentong. Kenduri anak sulung Cikgu Waruyi anak Isan memang meriah. Dia seorang yang peramah dan disayangi orang-arang kampung. Wayuri anak Isan ialah bapa kepada Wazera. Ketika itu Cikgu Waruyi dan keluarganya sudah masuk Islam. Nama Islam Cikgu Waruyi ialah Ahmad Syukri tetapi oleh kerana orang ramai sudah terbiasa dengan panggilan ‘Cikgu Waruyi’, mereka memanggilnya dengan panggilan biasa.

         “Era! Era! Nuan ndak mauk makan? Buat apa di atas tu, rame orang-orang ni! (Era! Era! Kau tak nak makankah? Buat apa di atas rumah, orang ramai datang ni!), jerit Che Lah, arwah ibu  Wazera.

         “Sekejap ibu, saya tengah bersiap ni!”, balas Wazera. Tidak lama kemudian  Wazera pun turun ke bawah bersama dengan lima orang rakannya yang lain. Ketika itu badannya ramping dengan kulit yang putih bersih. Rambutnya diikat dandan seperti anak India. Umurnya baru 20 tahun.

         Sejurus turun dari tangga, Wazera terus melangkah keluar rumah. Tiba-tiba..
         “Aduh!! Sakitnya..”, Wazera mengaduh kesakitan. Dia jatuh terduduk. Johari menghulurkan tangan.

         “Maafkan saya”, pinta Johari dengan nada yang perlahan. Wazera terus bangun lalu meninggalkan Johari dengn tangan terhulur tak berbalas nampak seperti patung. Anak matanya tidak berkedip melihat diri Wazera yang semakin berlalu pergi. Kawan-kawan Wazera yang lain tergelak kecil. Mereka nampak tergedik-gedik semasa lalu di depan Johari tadi. Johari berkata  dalam hatinya :
         “Kalau dia berpaling ke arahku, dia akan jadi milikku buat selamanya”
Wazera yang perlahan berjalan ke hadapan tiba-tiba menoleh ke belakang.

         “yes!! Yahoo!!!”, jerit Johari. Semua hadirin yang hadir semasa kenduri itu melihatnya pelik.

         “Abang! Abang! Ni kenapa tersengih-sengih macam kerang busuk ni? Makanlah cepat. Ya Allah, sampai kering tangan tu”, tegur  Wazera setelah menyedari suami yang dicintainya itu asyik memandangnya makan dan tak lama kemudian tersenyum seorang diri.

         “Sayang, abang tengah imbas kembali masa kita muda-muda dulu. Awak nampak comel sangat masa tu. Tapi sekarang lagi ‘comel’. Rasa best pulak kan? “, kata Johari sambil tergelak.

         “Awak pun comel jugak. Tengok sampai dah turun dekat anak. Tu  yang saya sayang sangat dekat abang. Pergilah basuh tangan tu dulu. Nanti kering kang tak elok kata orang”, kata Wazera, sengaja nak menyakat suaminya. Bukan dia tak kenal dengan suaminya, dengar sahaja perkataan ‘comel’ terus tersenyum. Seolah-olah perkataan itu ibarat sumpahan yang membuatkan Johari enggan mencari yang lain kerana pujian itu.Itulah rahsia perkahwinan mereka yang kekal sampai sekarang. Masing-masing pandai menjaga hati dan perasaan masing-masing.

Kringg! Kkriing!!

Telefon Johari berdering. Dia segera menekan punat answer. Dia mengepitkan telefon antara telinga dan bahu kanannya. Dia berjalan menuju ke dapur lalu membuka pili air, membasuh tangannya.

         “Assalamualaikum abang”, jawab Johari.
        
         “Waalaikumsalam. Abang baru nak telefon kau, Baseri”, kata Johari.

         “Hadi dah bawak Khair dekat sini. Pukul berapa flight abang sampai minggu depan?”, tanya Doktor Baseri.

         “Pukul 11.00. Macamana dengan Khalis?”, tanya Johari.

         “Dia okey saja. Cuma nak kena pantau sikit la. Dia ni pemalas makan ubat. Tu yang lambat baik tu. Katanya assignment banyaklah apa lah.  Tadi, Hadi pergi jumpa dia, Khalis janji nak datang untuk pemeriksaan yang terakhir. Jadi, tak jadi heret dia datanglah hari ni. Kacau tugas dia pulak kan”, kata Baseri.

         “ Budak ni, macam-macamlah”, kata Johari sambil tergelak-gelak.

          “Minggu depan abang telefon kau la bila sampai nanti. Assalamualaikum”. Tak lama kemudian, Johari menekan punat end call di telefonnya. 


--------------------------------------------------------------------
bersambung