----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Khamis, 30 April 2015

Temuduga IPG 2015


ASSALAMUALAIKUM

rasa lama sangat tak update di blog nih..  berhabuk pula. hari ni nak cerita pasal benda yang jadi dalam hidup aku sejak pagi tadi. pengalaman menghadapi temuduga IPG..

ingat lagi entry 12 April? pasal UKCG tu.. ha, ni ada entry dan info untuk sesiapa yang lulus ujian UKCG tempoh hari.. Alhamdulillah, aku dah selesai temuduga tadi pukul 11 pagi.. temuduga ialah saringan terakhir bagi calon lepasan SPM yang memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selepas Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) ..

terlalu banyak soalan bocor yang aku terima daripada kawan2 .. tapi tu semua untuk persediaan sahaja.. takut tak tahu nak baca apa kan.. jangan jadikan semua bnda tu sebagai tanggapan awak semua yang itulah soalan yang bakal ditanya semasa temuduga.. salah naa.. setiap kursus subjek, setiap maktab, setiap penemuduga akan tanya soalan yang berbeza, kalau sama itu cuma kebetulan atau penemuduga dah blurr tak tau nak tanya apa.. masa print surat tawaran anda akan dapat lihat sesi.. ada orang dapat sesi sau, sesi dua, sesi tiga.. sesi tu maksudnya grup yang akan ditemuduga.. contoh: sesi satu =grup satu.. maknanya grup satu/sesi satu yang akan ditemuduga dahulu..

tahun ni, temuduga di IPG secara berkumpulan, sebab nak jimat masa kan.. ada genglah kan.. boleh curi2 idea kawan..


 PAKAIAN BERGAYA YANG DIGALAKKAN ! TRY LA ! :

- pakai nametag macam cikgu (tulisan putih, dasarnya hitam)
- pakai pakaian smart2 sikit macam cikgu, contoh fesyen cikgu yang W dapat tengok masa temuduga tadi.. pakai 'kot' hitam.. macam cikgu disiplin pulak.. haha
-lelaki pakai kemeja dan bertali leher, korang memang hensem gila (butang sampai atas-nampak cikgu yang kemas)
-perempuan pakai baju kurung, jangan pakai rantai berjela-jela, barang kemas dan mekap yang tebal melampau
*bergaya ala-ala guru di sekolah*


ok, cukup untuk leteran di atas, kita thru forward ja la noo..

{situasi bi bawah adalah berdasarkan pengalaman semata-mata, tiada kena mengena sama ada yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.. HEHE }


ADAB SEBELUM DITEMUDUGA :

1. masuk bila diberi arahan
2. duduk apabila disuruh
3. bagi fail-penemuduga yang kutip



SOALAN TEMUDUGA :

- Sila perkenalkan diri anda.
(biodata, aktiviti yg diceburi semasa sekolah, ..)

- Mengapa anda berminat untuk menjadi guru Bahasa Melayu ?
(saya berminat unuk menjadi seorang guru bahasa melayu kerana saya memang berminat dari kecil. saya ingijn mengubah perspektig masyarakat malaysia yang kini selalu menggunakan bahasa rojak dalam komunikas seharian mereka. saya juga ingin memartabatkan bahasa melayu dan teringin untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan bahasa melayu pada zaman dahulu sehingga dikenali sebagai 'lingua franca',...)

...tayangan video.....

 
                                        (ni video yg penemuduga tayang tadi, nasib baik jumpa.. haha)


- Apa yang anda dapat lihat daripada tyangan video sebentar tadi ?
(ceritalah apa yang korang nampak dlm video ni ..../ bukan pengajaran atau pendapat, cuba faham soalan betul2.. tadi kami kena dengan penemuduga kaw2 punya,, sebab semua bag jawapan untuk pengajaran/pendapat tentang video ni tadi. FOKUS SOALAN DIBERI )

- Apakah persamaan dan perbezaan keadaan kamu dengan video yang ditayangkan tadi ?

- Sekiranya anda seorang guru, apakah yang akan anda lakukan untuk membantu anak pelajar kamu yang mengalami masalah membaca ?
(ajar mengikut konsep pemisahan suku kata : MA+TA=MATA. guna tablet sebab budak2 suka main tablet, masukkan game bahasa dalam tablet tersebut. kaedah nyanyian dalam lagu rakyat : rasasayang hei.. guna kartun masa kini yang menjadi tabiat kanak-kanak dengan mengalih suara,... )

- Apakah yang aka n anda lakukan sekiranya ada pelajar kamu mempunyai masalah disiplin di sekolah?
( nasihat, kaunseling, panggil ibubapa, adakan kempen, memberi didikan agama,... )

- Rumusan dan harapan anda?

 penemuduga akan bagi semula sijil2 asal kamu dan kamu boleh balik dah.. haha, i jam setengah seramai 7 orang (lebih/kurang).



TIPS MARKAH TAMBAHAN SEMASA TEMUDUGA :

  • Sentiasa senyum bila bercakap
  • bahasa tangan dan bahasa badan juga berperanan
  • banyakkan guna 'sekiranya saya seorang guru' untuk soalan yg berkaitan
  • masukkan fakta 
  • guna bahasa baku/ elak bahasa rojak


W


Selasa, 21 April 2015

part6


DALAM BILIK NO.5
           
Selesai saja solat Isyak berjemaah di surau Khair dan Haziq terus balik ke dorm. Malam itu,  Khair hanya melunjurkan kakinya di atas katil sambil badannya disandarkan pada dinding. Haziq pula sedang enak menikmati maggi segera ‘HotCup’nya sambil memeluk bantal. Memang sedap makan time-time hujan macam ni. Haziq sedar Khair sedang memikirkan sesuatu,

     “ Kai, makan..”,  Khair hanya mencebikkan mukanya. Terus melayan fikirannya.

     “Kau merajuk dengan aku ke? Ke kau tengah fikir denda yang layak untuk aku. Hoi!?”, marah Haziq sabil membaling bantal busuknya kena pada si Khair.
     
     “ Eiiiyakkkk!!! Tak, aku pikirkan pasal perempuan tadi, yang junior kakak kau tu. Siapa nama dia?”, tanya Khair.

     “A....Alya , ha Alya. kenapa? Kau dah syok kat dia ke? Kalau kau nak, aku boleh kenen-kenenkan kat kau. Akak aku kan pernah jadi senior asrama perempuan”, kata Haziq.

     “Tadi petang kau jumpa siapa? Dekat depan hostel pompuan pulak tu.. kau skodeng eaaa..”, Khair bertanya, saja tukar topik.

      “Hehe.. tukar topik.. yela, tengahari tadi kan konvo. Aku cuma nak ucap selamat tinggal aje kat dia”, jelas Haziq.

     “Siapa dia yang kau ucap selamat tinggal tu? ha, ada awek tak bagitau?", kata Khair.

     “Bukanlah.. mengada ja dia ni. Bukan awek, kau lupa ka tadi aku cakap dekat kau. Aku jumpa kakak aku..", jelas Haziq dengan pandangan meluat.

     "oh! Betul la.. kau cakap nak ucap selamat tinggal dekat kakak kau tadi , depan hostel perempuan.. (buat muka pelik) La... ada kakak rupanya.. asal kau tak pernah bagitau aku sebelum ni hah? Siapa nama kakak kau tu? Mana tau aku kenal ke ", tanya Khair.

     "Orang kat sini selalu panggil dia Amy..", jelas Haziq sambil menghirup sup dari maggi 'Hot Cup'nya itu.

     “Oh, Amy yang belajar kat fakulti sains tu ke?", tanya Khair. Haziq hanya mengangguk. "La, Amy  tu. Aku tak pernah tengok muka dia macamana. Mungkin dia sibuk, yelah Course yang paling susah kat dunia. Aku ingat dulu nak try dia. Tapi, dia terlalu ‘muda’ untuk aku. Jadi, tak sesuai!!” , sambung Khair lagi.

     Haziq membaling bantal yang dipeluknya tadi pada Khair. Khair hanya ketawa mengilai-ngilai. Haziq tak tahan dengan suara gelak Khair. Dia memekuk telinganya sambil memejamkan mata. Tersengih.

     “kalau kau nak akak aku, dah tak boleh!!”, Haziq menyambung semula.

      “oo, sebab dia ada pakwe kan? Si Arman, budak poyo tu”, kata Khair.

     “kau kenal dia?”, tanya Haziq.

     “kenal sangat dia tu. Dialah yang selalu lepak dengan junior macam aku. Peramah orangnya. Tapi, sejak kebelakangan ni aku nampak dia pelik semacam”, jelas Khair.

     “pelik? Pelik macam mana?"' Haziq bertanya.

     “Dia..”

            Tuk! Tuk! tuk!

            “Assalamualaikum, Kai!”, Khair menjawab perlahan.  Haziq meluru ke arah pintu lalu membukanya. Bang Kai terkejut melihat muka Haziq yang tiba-tiba muncul di hadapannya. 

     " Khair Iskandar ada?", tanya Bang Kai.

    Tiba-tiba Khair berada di belakang Haziq.

      Haziq terus duduk. "ha, kenapa Bang Kai?" , tanya Khair.

   "Ada orang nak jumpa. urgent katanya. , dekat kafe'. ", jelas Bang Kai.

     " Aduh.. ni mesi pasal kes siang tadi", kata Khair.

     "Apa yang kau dah buat?", tanya ketua dorm tu pula.

      " Saya termasuk area asrama perempuan dengan budak ni. tak sengajalah Bng Kai", jelas Khair. 

     " Ha.. kau tanggunglah sendiri Kai, bila-bila masa ja kau boleh dibuang asrama kalau betul kau bersalah.. ingat tu.. turun bawah..Bang Kai pergi dulu ye", jelas Bang Kai, ketua dorm putera. 

     Haziq meminta izin ke bilik rakannya untuk siapkan assignment Food Industry and Manufacturing.

         Khair  berjalan keluar dari dorm meluru ke bawah. dia rasa tak sedap hati. Khair menghampiri lelaki yang berkemeja di ruangan kafe'. Dia cemas.

        “Khalis, kenapa kau tak datang  tadi? Jenuh kitaorang call kau. Nasib kau aku tak bagitau abah kau lagi. Kalau dia tau, nahas kau dikerjakan!!”, rajuk Hadi.

            “eh! yang engkau datang malam-malam buta ni kenapa? Dah macam gay ja aku tengok..” Khair marah.

            “Habis, yang kita orang call kau tak angkat-angkat tu kenapa? Tak payah nak membongaklah, Khalis. Aku dah masak dah dengan perangai kau ni..”, Hadi masih berlembut kerana mahu jaga hati dia yang keras ni.

            “Bila kau balik, Hadi? Kau dah habis praktikal, kan? “, tanya Khair.

            “Jangan nak tukar topik lah... duduk dulu”, pinta Hadi. Khair menarik kerusi di hadapan Hadi lalu duduk bertentangan dengan sepupunya itu.

            Khair merenung wajah Hadi seraya berkata, “aku tanya kau ni!”

            Hadi menoleh ke arah pintu kafe' yang terbuka, “petang tadi. Praktikal baru selesai. Insya-Allah 3-4 bulan ni dapatlah kerja. Aku mintak pun tak jauh, kat hospital papa aku kerja, Hospital Syifa' . Eh!! Kau ni, aku tanya kau, kau tanya aku balik. Bila aku jawab, kau termenung. Annoying betul kau nih!”, marah Hadi.

            “Kau ingat lagi tak, budak perempuan yang aku pernah suka dekat dia dulu. Masa sekolah rendah”, tanya Khair.

            “Yang mana satu pulak ni”, tanya Hadi.

            “Yang nama Alya tu, anak Pak Imam kampung kita kat Sarawak dulu. Lepas tu dia pindah ke Kuala Lumpur. Aku pulak pindah ke Kuching. Masing-masing dengan haluan sendiri. Tapi, lepas aku pindah aku sebenarnya dah lupakan dia sebab aku fikir dia bukannya suka dekat aku”, Khair semakin menunduk semasa manghabiskan ayat terakhirnya itu.

            “Kau jumpa dia ke?”, tanya sepupunya.

            “Agaknyalah. Muka diorang sama, tapi tak taulah mana tau kembar ke. Pelanduk dua serupa ka... tapi, memang sama. Kulit dia putih gebu. Matanya bulat. Bulu mata lebat. Ada lesung pipit, dua-dua belah pulak tu...mak aih, cairlah aku menengoknya tadi”, kata Khair.

            “Agaknyalah, kau ni dah jatuh hati baliklah kat dia tu”,, usik Hadi.

            “Tak nak!” kata Khair sambil menggeleng kepala.
Khair menyambung cerita, “kali ni, biar aku pulak yang berlagak, dulu bukan main dia berlagak dengan aku... kita bagi surat cinta kat dia, bukannya nak membalas. Bukannya sepucuk dua, berpuluh-puluh aku pulun bagi dekat dia. Dah tu mahal pulak. Siap letak bedak Johnson Baby lagi. Mahal kot bedak tu. Benci betul!!”, kata Khair tak berpuas hati.

            “Ha, jangan cakap macam tu, Khair. Nanti kalau yang ‘benci tu jadiknya sayang’  nahas kau aku kerjakan!”, kata Hadi.

            “Just wait and see, bro. Kita tak tau masa depan kita macam mana. Kalau betul dia nak try aku kali ni, aku akan buat dia menyesal seumur hidup. Biar aku jadi ‘puaka’ bagi dia. Haha.. biar dia rasa. Sampai hati dia bagitau cikgu disiplin rotan aku sampai berbalar kat punggung ni. Bukan sebab apa pon, surat nak berkenalan saja! Nantilah kau, minah. Kalau kau dah malukan aku sekali, aku akan malukan dia dua kali.. siaplah engkau!!”, ugut Khair.

            “Kalau dia bukan Alya yang kau cari, macamana?”, Hadi menguji.

            “Aku akan siasat dululah siapa dia!! Apelah kau ni, belajar tinggi-tinggi sampai kat England tapi, tak boleh pikir!!”, marah Khair.

           Hadi menjeling meluat.

        
        **********************************  
bersambung..



Isnin, 20 April 2015

Bila Tiba..


ASSALAMUALAIKUM

                   sengaja W pilih tema Bila Tiba untuk entry kali ni.. pernah dengar lagu baru UNGU-BILA TIBA? bila dah dengar mesti dah boleh teka apa yang akan W nanti. tiap-tiap yang hidup ada penciptanya. tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. tiap-tiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya. tak kiralah, pensel ka, buku ka, kereta ka, handphone ka..last last benda2 ni semua akan rosak.. takkan boleh diguna lagi . macam tu jugak yang bernyawa, manusia n haiwan...tak semua benda yang hidup ni akan rosak/ mati terus.. ada yang akan 'hang' , sakit, broke down..


                  sebagai manusia, tak mungkin seseorang tu tak pernah sakit. W yakin, semua orang pernah sakit. tak kiralah batuk ka, sakit kaki ka, lenguh ka, pening kepala ka, terluka sebab kena gigit nyamuk ka.. kita tengok tu semua benda kecil kan? tapi, tu semua sebenarnya kifarah (pengampunan dosa) dosa untuk kita. tak semestinya masa kita sakit tenat, eksiden tu semua baru kifarah, tak. setiap kali kita rasa sakit, susah.. tu semua kifarah dosa.. time nilah Allah dekat dengan kita. dan kalau kita bersabar dengan semua ni, tak mengeluh.. in sha Allah diampunkan dosa2 kita.

                  sebenarnya nikmat bila sakit nih. dia mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta.. ucaplah Alhamdulillah bila jatuh sakit, bukannya mengeluh. bila sakit kita akan ingat kepadaNya. kita akan minta pertolonganNya.. Allah bagi kita sakit bersebab, Dia rindu nak dengar makhlukNya merayu dan meminta pertolongan daripadaNya.. Sweet bukan?

                  Ada juga orang yang sakit yang akhirnya meninggal dunia. Pernah tak terfikir yang orang yang hanya demam (nampak macam ringan ja sakit dia) tup-tup meninggal.. Wpernah mendengar kematian sebegini di kampung, seorang sahabat abang W sendiri merangkap sepupu sahabat W sendiri. seorang lagi, depan rumah W ja.. BILA TIBA, KITA PUN TAK TAHU..

" Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (denga pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati". 
(QS Lukman :34)

                 bila datangnya sakaratulmaut itu, tidak tergambar dalam fikiran sendiri. betapa peritnya kesakitan yang bakal kita rasai, umpama kulit disiat dengan duri rebung. jari yang luka sebab bergeser dengan hujung kertas pon boleh sakit pedih. inikan pula duri.. Nauzubillah.. Nabi Muhammad SAW sendiri yang merupakan insan yang paling mulia, yang dijamin syurga, yang tak pernah berdosa, kekasih Allah SWT pon bila tiba sakaratulmaut baginda terasa sakit yang amat sangat. bayangkan, sakaratulmaut itu adalah yang paling lembut selembut- lembutnya untuk baginda ..  sampai Malaikat sendiri tidak sanggup melihat Rasulullah menderita disebabkan sakit sakaratulmaut.. Ya Allah.. bagaimana pula dengan kita? insan yang sering melakukan dosa..

"Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya . Itulah yang kamu selalu lari daripadanya". (QS Qaaf :19)



renung-renungkan .. antara tanda kematian yang sudah hampir tiba

a) bulu kening sudah jatuh ke bawah tidak terletak di atas tulang dahi
b) hidung sudah lembik
c) tapak kaki sudah tidak tegak
d) telinga sudah layu

semasa menziarahi orang sakit tenat, sunat dibaca surah Yasin kerana Baginda pernah bersabda :

Maksudnya : "Bacakan terhadap orang yang hampir mati itu surah Yaasin."
                      (HR Abu Daud (3121) dan Ibn Hibban (720) )

-----------------------------------------------------------------------------------------------

CERITA DI SEBALIK LAGU BILA TIBA

tahun 2014, malam hari terakhir sebelum bulan Ramadan, mak W ajak pergi ke Pasar Kemboja (hampir dengan Perak ).. kebetulan hari tu hari cuti, memang ada tuisyen Biologi di sekolah. W rasa nak pi jugak pasar tu, kelas Bio pon nak pi jugak.. nak SPM dah kan.. Istikharah lah kita ni.. esok tu W decide nak ikut family pi Pasar Kemboja..

kami pi berkereta tiga biji.. satu, family W sendiri. Dua, family Tok Manis dan ketiga family anak Tok Manis.. Suami Tok Manis ni abang kepada  abah W. so , sepupu kitaoranglah.

Bila sampai sana, tengok awan macam mendung ja, hati pun rasa tak sedap. selalunya langit cerah, tak da awan yang litup..  pelik jugalah.. kata hati, mungkin tengok langit di tempat lain.

Shopping punya shopping punya shopping.. makan sat dekat restoran di pasar kemboja ni. kami makan nasi ayam ., sedap (nak tu pon nak cerita ka. -_-) . family W sempat jugak jamah . tapi, family sepupu x jamah pun. pelik jugaklah.. diorang macam dok bincang sesuatu.. W tak mau masuk campur ..dah kenyang.. abang sepupu W ni cakap dekat abah yang  family diorang kena balik dulu.. ada emergency... oklah, family W masih jalan2 lagi sebelum balik. 

bila sampai dekat tempat parking, abah telefon abang sepupu W tanya kenapa balik. dengar cerita, abah cakap , sepupu W (masa tu umur 18 ) eksiden dekat Sungai Dua.( Sepupu dengan sorang kawan dia nak pi tengok wayang) Kami agak terkejut jugak. tapi, kami positif, anggap luka-luka biasa saja. masa on the way nak balik.. handphone abah asyik dok bunyi ja.. orangn ni telefon orang tu telefon.. lepas beberapa saat telefon tak berbunyi.. abah bagitau dekat mak, yang sepupu W dah meninggal.. mata W berair.. biar betul... dalam kereta, W tak berani nak cakap apa2.. terkejut.. telefon sambung bunyi lagi.. orang lain dok tanya betulka dah meninggal.. abah tak berani nak sahkan sebab tak tengok dengan mata kepala sendiri..

tiba-tiba, terdengar lagu Bila Tiba nyanyian UNGU, band dari Indonesia diputarkan dalam radio.. W hayati lagu tu.. aku dah terbayang macam-macam dekat sepupu aku yang eksiden tu.. sedih.. menitis air mata aku.. masa menulis ni pun.. mata aku berair.. aku tak tahan.. serius

Aku terdengar abah bagitau kat abah, yang abang sepupu aku kol abah aku habaq yang adik dia dah meninggal on the spot. tapi, abah masih tak percaya. takut kecuaian hospital ka apa.. so, memang tak pasti lagi..

sampai ja kat Kepala Batas, abah tanya nak singgah Hospital Kepala Batas dak.. aku nak ikut abah..mak cakap nak balik .. hantar kami dulu,, sebab dah pukul 12 tengahari.. belilah Ayam Lepaas kat Kiosk Bertam. 

bila abah balik dari hospital, memang sah sepupu aku dah meninggal.. sedihnya Ya Allah.. dalam hati ni rasa macam dirobek-robek.. asik pedih ja mata.. dia muda lagi kot, baru 18 tahun. muda setahun dari aku.... aku pon jadi macam gila hari tu.. 

malam tu, aku, kakak aku, adik aku dengan kak sepupu aku pi ziarah arwah, aku bawak motor, adik aku bonceng belakang..kak aku bawak kak sepupu aku, aku ikut kak aku pi rumah arwah dekat Kampung Baharu. masuk ja ke dalam rumah, semua orang sugul.. kami sepupu sepapat pi lah dekat kelambu di ruang tamu tu.. Arwah dibaringkan di situ.. atas katil. anak menakan arwah baca Al-Quran di sisi kirinya.. kakak dan abang ipar dia di kanan.. depa senyum dekat kami dengan mata dan muka yang kemerah-merahan.. kami sedekahkan al Fatihah dan 3 Qul untuk arwah.. aku tengok muka dia... terus aku nangis.. serius tak tahan.. bukan sebab aku rapat dengan dia ka apa, tak.. kami tak rapat.. apa yang buat aku nangis .. wajahnya seperti orang tengah tidur, muka dia tak pucat, dan dia senyum..(.tapi, ada sikit lebam di dagu dia) runtun hatiku tapi gembira bila tengok muka dia berseri begitu.. bukan nak bangga ka apa, tapi.. memang sewaktu hayat dia seorang anak yang baik..

kami berempat duduk di sisi rumah arwah  selepas melawat arwah.. berpusu-pusu sepupu sepapat kami masuk menjenguk arwah.. setiap orang bila keluar dari kelambu tu, pasti menitiskan air mata. .. semua orang sugul, mata merah ,.. berair.. suasana yang begitu hiba.. tiada ketawa tiada jenaka.. Allahu

kakak aku kerja sekali dengan kakak arwah .. diorang kerja di Hospital KPJ .. masa on the way kakak arwah nak pergi kerja, kakak arwah dengan abang arwah sendiri yang tengok sepupu masa baru eksiden di tempat kejadian.. instinct depa sangat kuat sampai sanggup berhenti tepi jalan nak tengok siapa yang eksiden. tengok tengok adik sendiri.. kalau jadi dekat kita apa yang kita akan rasa..? Allahuakbar..

esok tu, 1 Ramadan. 1435H.. Arwah dikebumi pukoi 10 pagi, aku cuma perhati dari jauh.. sebak.. hari tu.. awan mendung ja.. lantai bumi pada awal pagi 1 Ramadan dilanda hujan renyai-renyai.. syahdu yang amat .. pemergiannya amat menyedihkan..

lepas 2-3 hari hari pengkebumiannya, aku dapat gambar dari fon kak aku.. gambar arwah masa eksiden.. Subhanallah, tiada langsung darah merah yang mengalir keluar dari tubuhnya. pendek kata, kemalangannya tak teruk, tapi, ajalnya dah tiba. rakannya yang naik motor sekali dengan dia patah kaki dan bertanya di mana Fizi? (arwah sepupu  ) yg merupakan rakan baik arwah.. dia mengalami anemia.. mungkin sekarang dah ok.. :)

sejak kematian arwah sepupu aku, baru aku sedar yang kematian tu sangat hampir dengan aku.. orang yang paling dekat dengan aku, sepupu sendiri meninggal dan waktu tu aku bersama dengan family arwah di Pasar Kemboja.. Allah tunjuk kematian tu depan mata aku sebab aku percaya Allah sayangkan aku dan orang-orang Islam yang menyaksikannya supaya kembali mengingati mati. sejak itu jugaklah, seiap kali aku dengar lagu Bila Tiba.. otak aku pasti teringatkan kematian arwah.. bila tibanya waktu aku ? waktu kamu semua ? wallua'lam..



" Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nimat oleh Allah, iaitu para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin. Dan mereka itulah teman sebaik-baiknya ".
(QS An Nisa' :69)


sumber :
WhatsApp
Indahnya Hidup Bersyariat-Dato' Ismail Kamus (m/s 232-233)

W
                 

Ahad, 19 April 2015

MATERIALS IN ORAL TEST FOR STUDENTS


ASSALAMUALAIKUM

          it was quite a long time since last i post about my experiences. i am glad to share with you my legendary secret for every english oral test .. i would use the same theme, the same speech, the same title. the article was about a panda, my favourite animal. i search about the article in the internet, when i lost the copy, i tried to find then via the interet again. unfortunately, it lost. thank God that i had saved it in my document file. i was totally not remember that i have save in my document. and today, i would like to share with you.. take a note for students who will take the oral test for english, this article will really really help you. .. :)

...................................................................................................................................................................


 PANDA

             Ailuropada Melanoleuca or black-and-white cat-foot or giant panda is a mammal and it is classified in bear family (Ursidae).
            Wild pandas live only in remote, mountainous regions in Central China. They may climb as high as 13,000 feet to feed on slopes in the sum
mer season. Pandas are often seen eating in a relaxed sitting posture, with their hind legs stretched out before them. they may appear sedentary, but they are skilled tree-climbers and efficient swimmers.

           Pandas really know how to enjoy a meal and can eat for 14 hours a day. The giant panda has an insatiable appetite for bamboo. A typical animal eats half the day - a full 12 out of every 24 hours and relieves itself dozens of times a day. It takes 28 pounds of bamboo to satisfy a giant panda's daily dietary needs. Pandas will sometimes eat birds and rodents as well. 

          Giant pandas have a highly developed sense of smell that males use to find females for mating in the spring. After a five-month pregnancy, females give birth to a cub or two, though they cannot care for both twins. They are born white and develop their much loved colouring later. 

         They are only about 1000 giant pandas left in the world. Perhaps, 100 pandas live in zoos, where they are always among the most popular attraction. Much of what we know about pandas comes from study of these zoo animals, as their wild cousins are so rare and elusive.

Sabtu, 18 April 2015

part5



                       ********************************************


            Majlis Istiadat Konvokesyen ke-50 baru sahaja berlangsung pagi tadi. Amy dah grade daripada universiti itu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

         Sebelum berpisah, Haziq sempat mengucap tahniah kepada Amy. 
       “Tahniah,kak. Kak doakanlah Haziq pulak”. 

        “Roomate kau macam mana?”, tanya Amy sambil mengangkat kening kirinya. 

      " Dia agak okeylah sekarang.. Slowly it takes then i understand him lastly", jelas Haziq.

       “Kakak  tak pernahlah tengok muka dia. Nak tengok juga roomate Haziq ni.", kata Amy.

      “Tak payah!! Tak payah!! Jangan jumpa dia okey”, Haziq segera memotong kata-kata kakaknya itu. 

        “Kenapa kak tak boleh jumpa dia pulak?!”, soal Amy.

        “Kalau akak jumpa dia, nanti perang pulak jadinya, haru biru pulak nanti. Si Kai tu keras kepala. Sekali dia marah memang angin satu badan. Dia takkan mengalah. Bukan biase-biase!!”, jelas Haziq. 

         Amy menarik nafas panjang sambil menyegetkan mulutnya. Matanya memerhati tajam ke dalam mata adiknya itu. 

      “ok lah, nanti apa-apa call aku..”, pesan Amy. 

     “ok, kirim salam dekat mama dengan papa tau” Haziq mencium tangan kakaknya yang gebu itu.

     “Silakan masuk, cik Amy”, jemput driver keluarga Datuk Abdullah. Kereta mewah jenama Volkswagon hitam megah menyusuri anak-anak jalan di dalam kampus. 

     Tak lama kemudian, seorang lelaki berjaket hitam ASADI perlahan-lahan lalu dihadapan Haziq yang leka melihat kereta yang dinaiki kakaknya berlalu pergi. Lelaki itu memberhentikan motor EX5 merahnya.

            Pin! Piiinnn!!! Piiinnnn!!!

            Lelaki itu membuka visornya. 
       “Haziq! Kau apa sorang-sorang kat situ? Hoiii!!! Tak dengar ke?!!”, Khair terpekik terlolong macam orang gila. Khair menongkatkan motor kesayangannya di tempat dia berhenti. Dicuitnya bahu Haziq kuat-kuat.
             
            “Addooiii!!! Sakitlah! Kau ni cubit-cubit aku apahal?!!”, kali ni Haziq pulak yang menengking Khair. Tiba-tiba, mukanya yang berkerut seribu tanda marah tu, menjadi cekang lalu tersenyum comel. 
           “ Oh, Kai rupanya. Ingatkan siapa tadi.., sorrylah tak perasan tadi..”, suaranya perlahan sebab takut. 

             “Hei, kau pergi mana hah?! Dah pukul 6 dah ni. Kau dah langgar akta yang ke-10 dalam law hostel kita. Balik!!  Kau balik sekarang!!” mata Khair jegil ke arah Haziq sambil menarik telinganya. Haziq mengaduh kesakitan.

          “Lain kali kalau nak jumpa awek call aku dulu, tak payahlah aku habiskan minyak motor aku ni nak carik engkau!”, marah Khair.

           “Awek?! Aku mana ada awek..”, kali ini jawapan Haziq tulus dari hati.     

        “Habis tu, kau datang sini buat apa. Depan asrama perempuan pulak tu. Kau skodeng ke apa.. cakap betul-betul.. tu, tu.. siapa? ”, Khair menunjuk ke arah perempuan  itu. 

             Perempuan itu berambut pendek keperang-perangan dan berbaju kurung bewarna merah jambu yang sedang duduk di kerusi panjang tidak jauh daripada mereka. 

           “Bukan, tu budak  juniorlah, nama dia Alya kot kalau tak silap aku”, jelas Haziq. 

           " Mana kau tau dia tu junior?", tanya Khair.

           "Kakak aku bagitau tadi. Dah lama dah perempuan tu duduk situ. Tengah tunggu kawan dia kot", jawab roomatenya pula.

         Tidak lama, kemudian, tiga orang gadis manis menghampiri Alya. Barangkali, dia sedang menunggu rakan-rakannya di situ. Mereka berempat lalu di hadapan Khair dan Haziq sambil tersenyum manis. 

...............................................................................................
bersambung


Jumaat, 17 April 2015

part4



TIGA BULAN SELEPAS ITU

         “Lain kali kau jangan panggil aku abang lagi, panggil Kai cukup”, jelas Khair .

        “Apesal pulak”, Haziq Kusyairy bertanya kerana kepelikan.

        “Aku rasa macam tua kalau panggil macam tu, padahal muda lagi”, kata Khair. Mereka ketawa berdua. Khair mengangkat bakul yang berisi pakaiannya. Penuh. Berbau pulak tu. 
         
        “Kai, kau ni tak basuh baju dah berapa bulan dah ni? Bau pun lain macam. Pemalas!” kata Haziq.

            “Aku bukannya pemalas, tapi..” Khair menolak bakul pakaiannya kearah Haziq. “..aku nak kau cuci sampai bersih baju-baju ni”

            “Hah?! Wei kauu. Sampainya hatimu (sambil mnyanyi)..Apesal pulak aku?”, marah Haziq kera tidak berpuas hati.

            “Pagi tadi aku dengar kau buat hal dengan senior-senior masa nak beli makan kat kafe’. Siap merungut suruh cepat sikit. Amboi, dah biasa hidup dengan orang hantarkan makanan la kan? Rindu nak balik banglo Datuk Abdullah ka?”, marah Khair.

            “Ala, orang ter..ter.., bukan sengaja, ‘ter’ aje”, jelas Haziq.

            “Dah, dah! Buat kerja tu cepat.  Nanti berulat pulak baju aku tu nanti. Alasan!”. Khair  mengekori Haziq dari belakang menuju ke bilik air. Khair hanya berdiri di tepi pintu, membiarkan Haziq masuk seorang diri.

               “Ni nak  basuh guna mesin ke ape ni?”, tanya Haziq.

            “No technology!. Guna tangan. Bagi kau rasa sikit menyental tu macam mana, Anak Datuk konon!”, tengking Khair. Haziq menghela nafas panjang sambil menjeling meluat kearah Khair.

             "Jeling-jeling apa!! Gosoklah cepat!!”, marah Khair.


            *************************************************

DI KAFE Khair menikmati juadah tengah harinya. Nasi putih berlaukkan gulai ayam dengan kentang, sayur campur dan  air suam. Memang sihat menu dia hari ni. Di sebelah dia ada senior tahun ketiga, Arman namanya. Ali, Barai, Farhan dan Haris duduk di kerusi kosong yang berdekatan dengan  mereka berdua.

        “Sorry, geng. Ramai sangatlah orang hari ni”, kata Ali. Ali ni budak popular la jugak. Dia berdarah kacukan Melayu-Scotland. Memang segaklahlah orangnya. Dah ramai gadis nak mintak jadi ‘boy’ mereka, tapi dia tolak mentah-mentah. Dia ni ‘beriman’ sikit, poyo betul! 

        ”No prob,bro. Janji dapat makan”, jawab Khair selamba. “Tadi ada orang kirim surat cinta kat kau, nih”, Khair menghulurkan surat itu. Ali membaca dengan kuat :

Assalamualaikum abang Ali
Saya Tisya. Nak berkenalan boleh? Adik dari MassCom part1. Petang ni kita keluar nak? Nanti call adik ok?Tisya-017XXXXXXX

            Terbatuk-batuk Ali dibuatnya.  Khair dan rakan-rakannya yang lain tergelak melihat keletahnya yang lucu itu. 

                “Hai, Ali. Sampai bilalah hang nak man’duda’ lagi ni. Yang lepas tu lepas lah. Kirin tak kan pernah mengharapkan hang pon. Sia-sia.  Budak Azura ni baik apa, hang terima ajalah. Toksah dok menyombong baik sangat”, kata Farhan. 

                 “Bukannya apa Pann, aku sayang lagi kat ‘minah’ sorang tu. Dialah satu-satunya awek yang aku sayang sampai sekarang, walaupun dah jauh beribu batu tinggalkan aku kat Moscow. Oh tidak..”, cerita Ali. 

               “Dah parah kawan kita yang sorang ni. Tu la, aku suruh hang cepat-cepat tunang dengan dia  hang tak mau, sekarang  dia dah pi jauh dari hang. Silap-silap haribulan, dia bawak balik calon menantu yang lebih handsome daripada hang. Baru hang tau langit tu tinggi ka rendah. Mesti sedih pedih hati hang ni macam sembilu  yang menikam, tak kah naya namanya tu?”, sindir Farhan lagi. Arman hanya gelak mendengar mereka bercerita. Khair hanya diam sambil meneguk air suam.

            “Kai, aku dengar kau bukan main lagi kenakan budak bilik kau tu. Ape citer ni, bro?”, tanya Arman. 

        “Dia mengadu kat kau ke?”, tanya Khair. Soalan dijawab dengan soalan. Itulah jawapan Khair.

         “Orang tanya dia, dia tanya orang balik!”, kata Barai, lelaki berbadan gempal seperti namanya.

        “Roomate aku tu berlagak, anak Datuk. Korang tak pernah dengar ke cerita-cerita  dia buat pasal dengan orang. Dengan senior pon nak melawan. Ber’kau’  ‘aku’ bukan main lagi. Memang panaslah telinga aku dengar”, jelas Khair.

          “Habis tu, kau suruh dia basuh bajulah, cuci cadar spongebob kau tu, paling teruk buat tesis kau. Itu, dia tak tau apa-apa. Kau kursus lain, dia kursus lain”, Barai menyambung.
       
            “Barai, yang tesis tu aku tak pernah suruh dia buat tau! Buat cerita pulak. Yelah, dia tu bawahan aku. Dalam bilik tu aku yang paling senior. Aku nak didik dia sikit sebab budak-budak  part 1 tahun ni berlagak bagai nak rak. Sombong dengan senior", bebel Khair.
       
          " Kau ni pun satu, janganlah tegas sangat. Nanti dia buat something dekat kau, nak balas dendam ka apa. Bukan boleh percaya sangat dengan orang zaman sekarang ni", kata Ali.

           “Haris, apesal kau senyap je. Dari tadi aku tengok”, tanya Arman.

           “Si Haris ni kan Mr Straight. Dia tak nak dengar benda-benda yang sia-sia macam kita bualkan tadi. Dia takkan masuk campur. Tunggulah jawapan dia, kalau ditanya sepuluh soalan, paling maksima dia akan jawab sepatah saja”, bebel Paan.

          “Aish, mana ada Paan. Aku ni bukan apa... aku kan bakal jadi ustaz, jadi tak manislah orang tengok aku dok cerita pasal buruk baik orang. Laghaa.. laghaa.. Hehehee..  paham-paham je lah ye!!”, balas ‘ustaz’ Haris.

          Arman, Ali, Kai, Farhan dan Barai ketawa terbahak-bahak. Sampai orang yang makan dekat area mereka ada yang nak tersedak, tercekik, dan macam-macam ‘ter’ lah.

           “la’ Apa? Lagga..??”, tanya Ali.

         “Bukan lagga. La-gho. L-A-G-H-O. Lagho” , Khair membetulkan Ali yang agak janggal dengan perkataan Melayu.

              "Laghoo.  Korang, I learn a word a daylah", kata Ali, sengih.

              “Jadi ‘Ustaz Haris’ nanti nak gi buat praktikal kat sekolah mana?”, tanya Barai pulak.

          “Dekat-dekat dengan rumah aku kot, kat Gemas tu. Nanti senanglah nak balik makan kat rumah. Tak payah susah-susah nak habiskan duit beli makanan. Kan?”, jawab Haris.

             “Hai, ustaz ni dah la tak suka benda lagho, dah tu kedekut pulak orangnya ye”, Arman memerli Haris.

               Mereka ketawa lagi, cuma kali ni lebih kuat sikit. Haha..:D

-----------------------------------------------------------------------------
bersambung..


Selasa, 14 April 2015

part3


 KEESOKANNYA


Hari ni, Haziq bawa semua pakaiannya masuk dalam asrama. Haziq mengheret malas beg pakaiannya sambil matanya memerhati nombor bilik dormnya. “..nombor 4, nombor… nombor 5!!”

Haziq meraba-raba kunci biliknya di dalam kocek seluar ketatnya.
”Tak jumpa!! Mana ni!!” dia jadi kalut pada masa itu. Kuncinya ‘hilang’ entah ke mana. Dia tak ada pilihan lain, dia terpaksa bertanya kepada budak-budak senior di situ. 

“Abang, bilik ni senior roommate dah masuk ke?”, tanya Haziq.

“Dah, baru tadi masuk. Kenapa erk?”, kata Anjay, senior bilik sebelah. Haziq hanya tersenyum comel sambil menggelang-geleng kapalanya.

Tuk! Tuk! tuk!
Tuk! Tuk! Tuk! Tuk! Tuk!

Semua orang yang lalu dibelakangnya melihat pelik ke arahnya. Malu lah dia asyik diketuk-ketuk tapi tak dibuka pintunya. Tak lama kemudian…

            kreeekkk. 

Daun pintu perlahan-lahn dibuka. 

           “Hei, ketuk tu boleh bagi salam dulu tak? Hah?!!”, roommate Haziq bersuara. 
       
         “Manalah saya tau dalam bilik ni Islam ke idaaak”, jawab Haziq.

         “Sorry lambat bukak, abang baru selesai solat kejap tadi”, jelas roomatenya itu. Dia menukar topik lain. 
        "Betul jugak kata budak ni, kalau bukan Muslim, mau lain jadinya, kan?", roomate Haziq berkata dalam hatinya. Khair  mendengus panjang, "Maksud abang, bagilah salam 1Malaysia lain kali. Kan semua kaum boleh jawab", dia menangkan diriya.
             

Haziq tidak berkata apa-apa.  Dari tadi Haziq asyik perhati muka roomate dia ni, macam kenal. Tapi, kat mana?

            “Eh, abang ni yang langgar saya kelmarin, kan?”, tanya Haziq. Kali ni, Khair Iskandar pulak yang memerhati Haziq. Dia sebenarnya tak perasan yang Haziq sebenarnya yang ketuk pintu biliknya tadi. 

             “Yelah, betullah tu. Kenapa? Nak battle lagikah? Kau tak puas hati lagikah dengan aku ni?”, bebel Khair Iskandar.

            Ppaanggg!!!

          Haziq menutup pintu bilik. Matanya tak berkedip.  Merenung tajam ke dalam mata Khair . Dia menghempaskan beg pakaiannya di lantai. Haziq berjalan perlahan-lahan menghampiri roomatenya yang asyik control 'maco' dengan songkok sengetnya itu. Haziq semakin dekat dengan Khair. Khair melangut ke atas untuk melihat mata Haziq yang tinggi dua inchi daripadanya.

                  “Bila-bila masa pun boleh..”, kata Haziq.

                   Khair ketawa melihat gelagat Haziq yang mengugutnya. 
       
            “Hoi, budak hingusan! Nak cakap tu pandang-pandanglah sikit. Dah lah rambut macam pokok bonsai . Ada hati nak lawan dengan orang. Pegedaa!!” sinis Khair.

                “Sebonsai-bonsai aku, bonsai ni lah yang lagi tinggi daripada kau, tau tak?!”, balas Haziq. Muka Khair semakin serius. 

               “Kau budak course apa?”, tanya Khair. 
    
              “HM!”, jawab Haziq ringkas. 

           “Oo, budak hotel. Kalau kau nak tau aku ni bekas budak HM jugak, tapi sekarang aku dah tukar Ke bisnes, kau tau kenapa? Hahh!!??”, suara Khair yang tinggi membuatkan Haziq tergagap nak menjawab soalanya. 

               “T ,taak, tak tau..” suaranya perlahan sahaja.

            “Sebab aku dah bakar kepala classmate aku yang kurang ajar tu.. dalam oven. Sampai pengsan budak tu”, sengaja Si Khair ni memperlahankan perkataan ‘oven’ di telinga Haziq. 

             Seram sejuk Haziq dibuatnya, 
          "Biar betul lelaki ni! Kalau betul dia buat macam tu, kenapa pihak universiti tak tendang aja dia keluar? Kenapa nak bela lagi orang yang brutal macam dia ni?!", kata Haziq dalam hati.

            “Habis tu, kalau..” belum sempat Haziq menghabiskan ayatnya, pintu biliknya diketuk.

             “Kai, sini jap”, panggil Ali, kawan karib Si Khair.

              “Malam ni jom lepak kat depan kedai mamak depan sana tu?” , tanya Ali.

           “Ok, malam ni pukul 9 aku tunggu kat bawah” Haziq hanya mendengar perbualan mereka berdua sahaja. Tak lama kemudian, Khair masuk semula ke dalam bilik lalu mengunci biliknya. 

                 Khair bertanya kepada Haziq, “Yang ketuk-ketuk pintu bilik ni tadi, kau tak bawak kunci ke?”.

                    “Aku bawaklah!", kata Haziq.
                           
                      Khair memandang ke bawah.
                   “Kau dah tak de duitke nak beli seluar besar sikit? Macam nak kuruskan kaki je aku tengok. Kau fikir  elok sangat ka pakai macam ni? Hodoh tau tak…”, bebel Khair lagi.

                    Muka Haziq merah menyala tanda marah. Mana taknya 'selamba badak' aja dia cakap macam tu.
                  “Kau ni, tanya nama aku pon tidak, hormatlah sikit. Aku ni paling senior kat sini tau. Dah lah ketuk pintu tak bagi salam, pastu main redah je. Entah betul ke tidak ni bilik dia.”, bebel Khair lagi. 

                Haziq menjeling kearah Khair yang asyik berdiri bertentangan dengannya. Membebel tak tentu fasal. Rimas pulak Haziq. 

                 “Suruh tanya, tak nak tanya. Hei, kau ni berlagak betul… “ belum sempat Khair habiskan kata-katanya, Haziq bersuara. “abang, intro?”.

              “Hehe.. soalan macam dalam baru nak berkenalan dalam Facebook. Lantaklah. Haa, tau pon takut. Aku Khair Iskandar Johari, kat sini semua orang panggil aku  Kai. Budak part two tahun ni, dan bekas vandalism sekolah..”, jelas Khair.

                  “…hei, tadi cakap budak paling senior la ape lah, hamprak. Kau memang penipu kan?” Khair hanya tersenyum sinis. Khair mengundur ke belakang lalu rebahkan jasadnya di atas katilnya yang dihiasi dengan cadar kartun spongebob. Comel aje!

            “kau ni Haziq kan? Fullname kau?”, tanya Khair. 

       Haziq menjawab dengan mimik penuh meluat. “Haziq Kusyairy Datuk Abdullah!!”, jawab Haziq dengan penuh bangga. 

          “Wah!! Patutlah berlagak bukan main, anak Datuk rupanya. Siap tekan-tekan lagi perkataan ‘Datuk’. Tapi, kau jangan ingat kat sini kau boleh buat sesuka hati kau.  Tu, kawan aku yang ada berdarah raja, Tengku lah apa lah pun tak bangga dan berlagak macam kau. Kau dengar sini, sekali aku dengar kau berlagak kat kampus ni, dua kali ganda kau jadi ‘mangsa’ aku”, ugut Khair.
            ”Dahlah, kalau layan kau, sampai esok pon tak kan habis. Aku gi mandi jap. Ha kat luar hujung sekali tu, tandas. Yang sebelah kiri tu bilik mandi. Nanti kau gi tengok sendiri ye”.

            Khair pun mencapai tuala ungunya lalu perlahan-lahan meninggalkan Haziq di dalam dorm. Haziq sudah bosan setelah berkemas itu ini. Dia pun melihat hiasan yang ada di sekeliling dinding biliknya. Ada tertulis di situ:

AMARAN!!
Kepada budak part 1 dorm no.5 HOSTEL PUTERA ¾ sila ikut arahan seperti berikut:
1.     Buang sampah di dalam tong sampah
2.     Hiasan dinding bertemakan superhero tak dibenarkan
3.     Handphone untuk hubungi kekasih diharamkan
4.     Tidak boleh makan makanan yang manis di dalam bilik
5.     Solat guna kopiah dan sejadah sendiri. Kalau nak pinjam kena denda basuh kopiah dan sejadah sampai bersih dan wangi
6.     Dilarang bawa perempuan masuk ke dalam dorm ini
7.      Tak boleh simpan gambar awek di dalam dorm ini. jika dijumpai nahas dikerjakan.
8.     Ikut cakap senior kat sini melainkan yang ditegah dalam Islam
9.     Jangan mengata facy atau senior. Jika dietahui dimerit 5/100
10.Balik dorm sebelum pukul 5.30 petang
Lain-lain perkara melainkan di atas adalah dibenarkan.
Sekian makluman untuk budak part 1 2013/Feb. TERIMA KASIH.

Daripada:
Bang Kai

            “MAK AI, undang-undang sendiri Nampak?! Bang Kai ni memang nak kenalah. Kenapa tak rapatkan saja perkataan ‘bang’ dan ‘kai’ tu. Jadilah, BANGKAI. Haha, lawak juga kalau ditafsirkan nama roomate aku ni. Uniknya nama ni. Banyak maksud.  Bang Kai memang  betul-betul ‘BANGKAI’!!”, kata Haziq sampai ketawa sakit perut.

            “Ape kau cakap tadi?!”, tiba-tiba suara Khair terselit. Sejak bila dia masuk bilik?

     Haziq tersengih seperti kerang busuk lalu mencapai tuala di atas katilnya kemudian menyangkutkannya pada bahu kanan. 
            “Aku cakap kalau Bang Kai mandi dah  pun masih busuk macam bangkai!!”, jerit Haziq. Khair hanya tersenyum. Kenapa dia tak marah? Sebab ‘Bang Kai yang tulis surat ‘amaran’ tu bukannya dia, tapi Kairuddin, ketua asrama dorm ni. Budak-budak kat sini memang panggil dia ‘Bang Kai’. Tapi kalau untuk Khair Iskandar memang diorang panggil Kai saja. Khair ketawa sendirian sambil memerhati kertas undang-undang itu.


                        ***************************************
...bersambung..



Isnin, 13 April 2015

part2


               
Pemandangan daripada atas bangunan yang tersergam indah bak istana diraja, itulah seni bina yang menghiasi Universiti Shinako Jiddan yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur. Setahun pengajian Khair dah berlalu , sekarang masuk pula pelajar-pelajar tahun pertama universiti itu. Hari pertama bagi tahun pertama menjadi momento paling berharga buat senior-senior buat pala. Bukannya apa, excited sangat sebab  jadi facy bagi orientasi untuk budak-budak junior kali ni. Best apa!!

Khair Iskandar masuk dengan langkah penuh bergaya masuk ke dalam dewan utama kolej. Khair Iskandar atau nama glamornya di kampus, Kai sekarang bukan lagi macam dulu. Dia bukan budak ‘poyo’ lagi seperti mana yang digelar budak-budak senior tahun lepas. Sekarang, dia rasa dia dah bebas, tak ada lagi buli dari senior batch lepas. Dia sekarang dah independent, seperti  mana yang dia katakan kepada ayahnya dulu. Walaupun sering menjadi dambaan semua gadis di kampus, sifatnya yang 'jual mahal' itu membuatkan dirinya tidak terikat dengan mana-mana wanita. Sehingga kini, dia masih tidak mempunyai teman wanita.

            Tiba-tiba datang seorang lelaki muda berjalan meluru di hadapan Khair.

Kadebuk! Khair dan Haziq berlaga. 

          “Hoi, jalan tu pandang-pandang dulu boleh tak?”, tengking Haziq.

“Hai, tinggi suara kau. Budak baru kan? Pernah tengok tak orang masuk hospital makan penumbuk aku ni?!”, tengking Khair.
Perang lidah mereka berakhir setelah beberapa ketika selepas Haziq mengalah.

            Haziq ni sebenarnya budak part one tahun ni. Dia baru masuk dan mendaftar di dewan. Dia  ada seorang kakak, final year pada tahun tersebut. Jangan main-main, kakak dia ni garang orangnya tapi cantik secantik namanya, Amy Nadira. Dekat sini, orang panggil dia Amy saja. Nak dijadikan cerita, Amy bercinta dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda daripadanya. Macam cerita antara ‘Antara Dua Darjat’lah pulak, sebab balak dia ni taklah berada macam Cik Amy ni. Dah berpuluh yang datang 'interviu' nak jadi kekasih dia, tapi entahlah, si mamat poyo tu jugak jadi pilihan dia. Apa istimewanya lelaki tu? Entahlah..

            “Baiklah, orientasi kita akan bermula 10 minit lagi, sila ambil tempat duduk masing-masing”, kata pengerusi, Kak Opie budak final year course MassCom. Kakak yang paling 'pro' dalam kolej ni. Memang popularlah dia ni.

            Selesai saja orientasi ringkas yang pertama, budak-budak uni pon tengoklah senarai dorm yang ditempatkan oleh pihak kolej pada papan kenyataan di dalam dewan sejurus setelah diumumkan semasa orientasi tadi

“…Haziq Kusyairy HM933088765, course Hotel Management, hostel PUTERA ¾ bilik nombor 5 , hah Alhamdulillah dapat jugak".

Haziq mandail nombor telefon kakaknya, 
“Helo, kak. Tau tak kat  mana hostel lelaki?”, tanya Haziq kepada kakak tunggalnya itu.

“Kat belakang library, pergilah check tengok. Dormate kau siapa?”, tanya Amy.

 “Tak tau lagi sebab Haziq baru tengok untuk budak part one je”, jawab Haziq.

 “Takpelah, adik gi check dulu, nanti karang tak jumpe, call kakak balik”, Amy mengakhiri perbualannya dengan Haziq.  Haziq mendengus panjang, tanda tak berpuas hati dengan jawapan kakaknya itu. 

“Yelah!! Bye!”, matanya menjeling kearah pelajar-pelajar lain sambil jari telunjuknya menekan punat end call.
Haziq enggan bertanya kepada facy-facy dan orang sekeliling dia. Orang kata, 'malu bertanya sesat jalan', tapi dia 'malu bertanya  last-last jumpa jalan'. Semua senior saling bertanya, berteman, bersembang. 
Biarkan Haziq. Moh tengok, apa bahana yang dia dapat sebab tak bertanya langsung dengan orang. Berjam-jam dia menunggang motosikalnya melilau mencari hostelnya. Tak jumpa-jumpa. Mana taknya, area uni ni besar bukan main. Memang susahlah nak cari. 

Dia mendail nombor kakaknya. “La, bateri kong pulak dah!!”, kata Haziq marah.

 Seorang pengawal keselamatan datang menghampiri Haziq yang sedang terpinga-pinga mencari tempat tinggalnya itu. "Assalamualaikum, dik. Boleh abang tolong?”, tanya pengawal keselamatan itu.

 “Waalaikumussalam.Emmm..Bang Gat, saya tengah cari   hostel putera kat sini, tapi tak jumpa-jumpa”, kata Haziq dengan nada yang kesal.

“Kenapa tak tanya senior kamu aje? Kan senang. Suruh senior kamu tu ambik kamu di sini. Lagipun jenuh kalau kamu nak mencari sebab hostel sini ada banyak blok, banyak tingkat, abang pon baru kerja dekat sini, abang tak berapa nak cekap sangat tempat-tempat di sini”, jelas pengawal keselamatan itu panjang lebar.

"hehehe.. bateri handphone saya kong bang, saya terlupa bawa powerbank. Macam ni. Abang tunjuk aja area hostel putera. Nanti pandai-pandailah saya cari", pinta Haziq. Haziq tersengih macam kerang busuk. Salah dia jugak, nak berdikari konon. 

"Laa, tak nak pinjam handphone abang ka?", tawar pengawal keselamatan itu. Haziq menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tak mahu.

Hostel ye, adik jalan terus sini, pastu adik akan nampak simpang tiga, adik belok sebelah kanan. Kat situ memang semuanya area budak-budak lelaki”, jelas pengawal keselamatan itu dengan wajah yang kesal.

 “Terima kasih bang”, kata Haziq.


-----------------------------------------------------------------------------
 ...bersambung..