----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Selasa, 21 April 2015

part6


DALAM BILIK NO.5
           
Selesai saja solat Isyak berjemaah di surau Khair dan Haziq terus balik ke dorm. Malam itu,  Khair hanya melunjurkan kakinya di atas katil sambil badannya disandarkan pada dinding. Haziq pula sedang enak menikmati maggi segera ‘HotCup’nya sambil memeluk bantal. Memang sedap makan time-time hujan macam ni. Haziq sedar Khair sedang memikirkan sesuatu,

     “ Kai, makan..”,  Khair hanya mencebikkan mukanya. Terus melayan fikirannya.

     “Kau merajuk dengan aku ke? Ke kau tengah fikir denda yang layak untuk aku. Hoi!?”, marah Haziq sabil membaling bantal busuknya kena pada si Khair.
     
     “ Eiiiyakkkk!!! Tak, aku pikirkan pasal perempuan tadi, yang junior kakak kau tu. Siapa nama dia?”, tanya Khair.

     “A....Alya , ha Alya. kenapa? Kau dah syok kat dia ke? Kalau kau nak, aku boleh kenen-kenenkan kat kau. Akak aku kan pernah jadi senior asrama perempuan”, kata Haziq.

     “Tadi petang kau jumpa siapa? Dekat depan hostel pompuan pulak tu.. kau skodeng eaaa..”, Khair bertanya, saja tukar topik.

      “Hehe.. tukar topik.. yela, tengahari tadi kan konvo. Aku cuma nak ucap selamat tinggal aje kat dia”, jelas Haziq.

     “Siapa dia yang kau ucap selamat tinggal tu? ha, ada awek tak bagitau?", kata Khair.

     “Bukanlah.. mengada ja dia ni. Bukan awek, kau lupa ka tadi aku cakap dekat kau. Aku jumpa kakak aku..", jelas Haziq dengan pandangan meluat.

     "oh! Betul la.. kau cakap nak ucap selamat tinggal dekat kakak kau tadi , depan hostel perempuan.. (buat muka pelik) La... ada kakak rupanya.. asal kau tak pernah bagitau aku sebelum ni hah? Siapa nama kakak kau tu? Mana tau aku kenal ke ", tanya Khair.

     "Orang kat sini selalu panggil dia Amy..", jelas Haziq sambil menghirup sup dari maggi 'Hot Cup'nya itu.

     “Oh, Amy yang belajar kat fakulti sains tu ke?", tanya Khair. Haziq hanya mengangguk. "La, Amy  tu. Aku tak pernah tengok muka dia macamana. Mungkin dia sibuk, yelah Course yang paling susah kat dunia. Aku ingat dulu nak try dia. Tapi, dia terlalu ‘muda’ untuk aku. Jadi, tak sesuai!!” , sambung Khair lagi.

     Haziq membaling bantal yang dipeluknya tadi pada Khair. Khair hanya ketawa mengilai-ngilai. Haziq tak tahan dengan suara gelak Khair. Dia memekuk telinganya sambil memejamkan mata. Tersengih.

     “kalau kau nak akak aku, dah tak boleh!!”, Haziq menyambung semula.

      “oo, sebab dia ada pakwe kan? Si Arman, budak poyo tu”, kata Khair.

     “kau kenal dia?”, tanya Haziq.

     “kenal sangat dia tu. Dialah yang selalu lepak dengan junior macam aku. Peramah orangnya. Tapi, sejak kebelakangan ni aku nampak dia pelik semacam”, jelas Khair.

     “pelik? Pelik macam mana?"' Haziq bertanya.

     “Dia..”

            Tuk! Tuk! tuk!

            “Assalamualaikum, Kai!”, Khair menjawab perlahan.  Haziq meluru ke arah pintu lalu membukanya. Bang Kai terkejut melihat muka Haziq yang tiba-tiba muncul di hadapannya. 

     " Khair Iskandar ada?", tanya Bang Kai.

    Tiba-tiba Khair berada di belakang Haziq.

      Haziq terus duduk. "ha, kenapa Bang Kai?" , tanya Khair.

   "Ada orang nak jumpa. urgent katanya. , dekat kafe'. ", jelas Bang Kai.

     " Aduh.. ni mesi pasal kes siang tadi", kata Khair.

     "Apa yang kau dah buat?", tanya ketua dorm tu pula.

      " Saya termasuk area asrama perempuan dengan budak ni. tak sengajalah Bng Kai", jelas Khair. 

     " Ha.. kau tanggunglah sendiri Kai, bila-bila masa ja kau boleh dibuang asrama kalau betul kau bersalah.. ingat tu.. turun bawah..Bang Kai pergi dulu ye", jelas Bang Kai, ketua dorm putera. 

     Haziq meminta izin ke bilik rakannya untuk siapkan assignment Food Industry and Manufacturing.

         Khair  berjalan keluar dari dorm meluru ke bawah. dia rasa tak sedap hati. Khair menghampiri lelaki yang berkemeja di ruangan kafe'. Dia cemas.

        “Khalis, kenapa kau tak datang  tadi? Jenuh kitaorang call kau. Nasib kau aku tak bagitau abah kau lagi. Kalau dia tau, nahas kau dikerjakan!!”, rajuk Hadi.

            “eh! yang engkau datang malam-malam buta ni kenapa? Dah macam gay ja aku tengok..” Khair marah.

            “Habis, yang kita orang call kau tak angkat-angkat tu kenapa? Tak payah nak membongaklah, Khalis. Aku dah masak dah dengan perangai kau ni..”, Hadi masih berlembut kerana mahu jaga hati dia yang keras ni.

            “Bila kau balik, Hadi? Kau dah habis praktikal, kan? “, tanya Khair.

            “Jangan nak tukar topik lah... duduk dulu”, pinta Hadi. Khair menarik kerusi di hadapan Hadi lalu duduk bertentangan dengan sepupunya itu.

            Khair merenung wajah Hadi seraya berkata, “aku tanya kau ni!”

            Hadi menoleh ke arah pintu kafe' yang terbuka, “petang tadi. Praktikal baru selesai. Insya-Allah 3-4 bulan ni dapatlah kerja. Aku mintak pun tak jauh, kat hospital papa aku kerja, Hospital Syifa' . Eh!! Kau ni, aku tanya kau, kau tanya aku balik. Bila aku jawab, kau termenung. Annoying betul kau nih!”, marah Hadi.

            “Kau ingat lagi tak, budak perempuan yang aku pernah suka dekat dia dulu. Masa sekolah rendah”, tanya Khair.

            “Yang mana satu pulak ni”, tanya Hadi.

            “Yang nama Alya tu, anak Pak Imam kampung kita kat Sarawak dulu. Lepas tu dia pindah ke Kuala Lumpur. Aku pulak pindah ke Kuching. Masing-masing dengan haluan sendiri. Tapi, lepas aku pindah aku sebenarnya dah lupakan dia sebab aku fikir dia bukannya suka dekat aku”, Khair semakin menunduk semasa manghabiskan ayat terakhirnya itu.

            “Kau jumpa dia ke?”, tanya sepupunya.

            “Agaknyalah. Muka diorang sama, tapi tak taulah mana tau kembar ke. Pelanduk dua serupa ka... tapi, memang sama. Kulit dia putih gebu. Matanya bulat. Bulu mata lebat. Ada lesung pipit, dua-dua belah pulak tu...mak aih, cairlah aku menengoknya tadi”, kata Khair.

            “Agaknyalah, kau ni dah jatuh hati baliklah kat dia tu”,, usik Hadi.

            “Tak nak!” kata Khair sambil menggeleng kepala.
Khair menyambung cerita, “kali ni, biar aku pulak yang berlagak, dulu bukan main dia berlagak dengan aku... kita bagi surat cinta kat dia, bukannya nak membalas. Bukannya sepucuk dua, berpuluh-puluh aku pulun bagi dekat dia. Dah tu mahal pulak. Siap letak bedak Johnson Baby lagi. Mahal kot bedak tu. Benci betul!!”, kata Khair tak berpuas hati.

            “Ha, jangan cakap macam tu, Khair. Nanti kalau yang ‘benci tu jadiknya sayang’  nahas kau aku kerjakan!”, kata Hadi.

            “Just wait and see, bro. Kita tak tau masa depan kita macam mana. Kalau betul dia nak try aku kali ni, aku akan buat dia menyesal seumur hidup. Biar aku jadi ‘puaka’ bagi dia. Haha.. biar dia rasa. Sampai hati dia bagitau cikgu disiplin rotan aku sampai berbalar kat punggung ni. Bukan sebab apa pon, surat nak berkenalan saja! Nantilah kau, minah. Kalau kau dah malukan aku sekali, aku akan malukan dia dua kali.. siaplah engkau!!”, ugut Khair.

            “Kalau dia bukan Alya yang kau cari, macamana?”, Hadi menguji.

            “Aku akan siasat dululah siapa dia!! Apelah kau ni, belajar tinggi-tinggi sampai kat England tapi, tak boleh pikir!!”, marah Khair.

           Hadi menjeling meluat.

        
        **********************************  
bersambung..