----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Selasa, 2 Julai 2019

SOTONG SUMBAT THAI

BAHAN-AHAN

Sos
- 3 tgkai cabai merah (ditumbuk kasar)
- 7 tgkai cabai melaka (ditumbuk kasar)
- 1/2 labu bawang putih (dicincang kasar)
- 1/2 bawang besar (dicincang halus)
- daun ketumbar (secukupnya) - dicincang halus
- gula (secukupnya)
- garam (secukupnya)
- 1 sdb sos ikan thai
- jus limau nipis (sesedap rasa)
- air (secukupnya)

Inti sumbat
- 1 genggam isi udang atau sesuka banyak mana (dicincang halus)
- 1/2 labu bawang putih (dicincang)
- 1/2 labu bawang besar (dicincang)
- garam (secukupnya)


CARA-CARA

Sos
1. Tumbuk cabai melaka & cabai hidup. Ketepikan.
2. Letakkan periuk di atas api sederhana. Masukkan gula. Biarkan mereneh. Masukkan cabai yang ditumbuk tadi > garam > bawang2 > air sedikit.
3. Masukkan jus limau ikut cita rasa kemasaman yang disukai. Masukkan 1 sudu besar sos ikan.
4. Tutup api. Taburkan daun ketumbar. Masukkan dalam peti ais.
5. Siap!

Sotong Sumbat
1. Gaulkan semua bahan untuk buat inti.
2. Bersihkan bahagian dalam sotong sebersihnya. Sumbat bahan inti ke dalam badan sotong.
3. Sambungkan dengan janggut sotong dan gunakan lidi untuk elak inti terkeluar.
4. Bakarkan sotong dan terbalikkan dalam 2-3 minit untuk ratakan masakan.
5. Kelar sedikit badan sotong untuk elakkan inti terkeluar selepas alihkan sotong ke bahagian yang belum dibakar. Untuk hidangan yang cantik, kekalkan corak hitam pada badan sotong. Kelaran pada badan sotong memberi efek lebih tradisi untuk hidangan sotong.
6. Hidangkan dengan sos tadi.
7. Siap!

#resepimodifiedshinju