----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Selasa, 5 Mei 2015

part8



 *****************************************************


            Seorang lecturer disigner masuk ke dalam bilik kuliah. Lenggok badannya seakan-akan ‘supermodel’ yang dsedang memperagakan pakaian di atas pentas.
            “Assalamualaikum, semua”, lembut sahaja suaranya bila menyapa anak-anak pelajarnya.

            “Walaikumusalam, Cik Suliana”, jawab pelajar-pelajar di kelasnya itu.

            “Baiklah, pelajar-pelajar sekalian. Hari ini, saya nak tunjukkan beberapa model pakaian terkini yang baru sahaja saya terima daripada kawan saya dari Singapura. Pakaian yang saya maksudkan ialah merupakan sepersalinan pakaian tradisional Melayu dan Arab yang telah diubah suai menjadi pakaian ala-ala moden. Tetapi, ada sesuatu yang menarik tentang model ini, pereka pakaian ini meletakkan sedikit cantingan corak batik pada kain sifonnya, yang dapat menyerlahkan lagi keayuan pemakainya. Ia..”, belum sempat Cik Suliana menghabiskan kata-katanya tiba-tiba..
           
            Tok! Tok! Tok!

            Khair dan Ali terus masuk lalu meletakkan pakaian-pakaian yang disuruh oleh Cik Suliana bawa masuk tadi. Rekaan pakaian itu nampak cantik dan menarik dan masih lagi dalam balutan plastik jernih.

            “Terima kasih”, ucap Cik Suliana dengan lembut sekali kepada mereka berdua. Sejenak kaki mereka hendak berjalan pergi, langkah Ali dan Khair tiba-tiba terhenti.

            “Nanti dulu. Boleh kamu berdua perkenalkan diri kepada student-student saya?”, pinta pensyarah itu. Mula-mula Ali dan Khair kelihatan segan dan enggan menurut kata-kata wanita itu. Tetapi, setelah mereka merasakan diri merek ‘didesak’, mereka terus berbuat demikian.
            “Kamu dulu, yang bertopi ‘B-Boy’”, pinta Cik Suliana lagi. Khair menunjuk ke arahnya sambil mengangkat kening.

            “Assalamualaikum. Nama saya Khair Iskandar. Boleh panggil Kai saja. Saya dari jurusan bisnes. Part two this year”. Khair hanya memandang ke arah Ali. Ali rasa tak sedap hati lalu menuturkan kata-katanya dengan yakin setelah menyedari dirinya sedang dinanti untuk didengar oleh para pelajar dan pensyarah wanita itu. Mukanya tak semena-mena bertukar menjadi merah menyala.

            “a’uuzubillahiminassyyaitaanirrajim..bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya, Muhammad Ali bin Muhammad Sadhi. Umur 24. Tinggal di Sri Aman. Masih single and available”, kata Ali.

            Mendengar ayat terakhir Ali itu, seluruh isi bilik kuliah ketawa kecil.
Termasuklah Cik Suliana, yang kelihatan ayu bila cover ketawanya tadi. Muka Ali bertambah merah. Dia menunduk lalu tersengih. Khair yang berada di sisinya turut berbuat sama dengan Ali lalu berbisik kepada Ali :
            "Amboi, berimannya kau, Ali. Bukan main lagi ye ".


            “Baiklah, kamu cakap kamu single, kan? Boleh kamu pilih siapakah gadis-gadis yang ada di depan kamu ini, yang akan kamu jadikan sebagai kekasih hati kamu?”, tanya Cik Suliana lagi.

            “Cik Suliana, sebenarnya kami dah lambat nak ke kelas. Err, lagipun kami seganlah hadir dalam kelas yang penuh dengan student-student lawa cenggini. Tergugat iman”, kata Ali, menipu.

            “Tak apa, sekejap aje. Kesianlah dekat diorang, bila masuk elas asyik-asyik muka perempuan.. mereka pon boring jugak. Betul tak semua?”, tanya Cik Suliana kepada anak-anak pelajarnya.

            “Betul!!!”, seluruh isi dewan kuliah mini itu bergema dengan jawapan pelajar-pelajar Art and Design.

            “Kamu berdua terlibat dalam ujian ringkas kita pada hari ini. Saya cuma nak kamu pilih seorang saja dari pelajar-pelajar saya. Dan cuba kamu menilai sama ada sesuai atau tidak pakaian yang akan dipilih oleh ’pasangan’ kamu itu nanti. Supaya mereka tahu apakah pakaian yang sesuai dengan mereka dan pakaian apa yang bagaimana boleh menarik orang melihat penggayanya”, jelas Cik Suliana.
            ”Boleh?!”, tanya wanita itu lagi, menginginkan kepastian.

            Ali hanya menelah air liur lalu mendongak kepalanya untuk melihat gadis manakah yang bertuah dan berjaya mencuri hatinya. Dia memerhati setiap muka yang terdapat di bilik itu. Agak payah untuk mencari wajah yang diminatinya. Sebaliknya, bagi gadis- gadis tersebut, mereka hanya tersenyum seperti mengharapkan Ali memilih mereka, masakan tidak. Wajahnya yangbersih, hidungnya mancung, matanya perang raambutnya pun perang. Memang sah-sah habis cair hati-hati setiap perempuan di situ.

            Ali menunjuk ke arah gadis Melayu yang duduk betul-betul bertentangan dengannya. Ali tersenyum sipu. Mukanya merah seperti delima. Wajah wanita yang dipilih Ali memang persis Kirin, kekasih hatinya yang jauh terbang ke Moscow. Tetapi, yang ini bertudung tutup. Rasanya, gadis ini lebih cantik daripada Kirin. Gadis itu hanya tersenyum malu apabila Ali, si jejaka popular kampus itu memilihnya.

            “Khair Iskandar, pilihan kamu?”, tanya Cik Suliana.

            “Emm... gadis yang berambut pendek itu”, sekejap saja Khair memilih perempuan berbanding dengan Ali yang kira-kira mengambil masa 5 minit untuk mencari pasangannya.

            Khair baru perasan, perempuan yang dipilihnya tadi itulah Alya. ‘girlfriend’ idamannya dulu semasa  di sekolah rendah dulu. Dia masih lagi ingat gadis itu berlesung pipit di kedua-dua belah pipinya dengan wajah yang cerah dan comel. Memang benar, dia adalah ciri-ciri wanita idaman Khair selama ini walaupun tujuannya suatu hari nanti akan kenakan Alya, yang pernah menolak ‘cinta’nya dahulu. Dia pernah kecewa kerana gadis itu.

            Setelah dipanggil oleh Cik Suliana, kedua-dua wanita itu menuju ke hadapan kelas.
           
            ”Baiklah, sekarang kamu berdua pilih mana-mana pakaian yang sesuai dengan kamu. Kemudian, dengar pandangan daripada pasangan lelaki kamu berdua tentang pakaian yang kamu pilih. Ali dan Khair tolong beri komen yang jujur dan tulus dari hati kamu. Faham?”, jelas Cik Suliana. Mereka pun memilih salah satu pakaian yang mereka sukai. Tidak susah, hanya memilih dan tunjukkan kepada ‘couple’ masing-masing. Alya memilih pakaian yang bewarna krim pekat bersulamkan manik bewarna gelap di sekeliling potongan tagan dan bahagian hujung kain. Kelihatan seperti ‘jubah  -kelawar’ yang sangat unik tapi ringkas.

            Wana, pasangan kepada Ali pula memilih baju kurung kosong dengan kain bercorak batik bewarna biru turquoise. Baju adalah jenis chiffon bermutu tinggi dan manik-manik kecil yang jernih menghiasi di bahagian dada dan hujung lengan. Pakaian ini sesuai untuk orang yang tinggi dan ramping.
Wana menunjukkan kepada Ali pakaian yang dipilihnya tadi. Katanya :
            “Cantik!! Secantik tuannya. Cik Suliana, saya rasa student cik ni memang pandai sangat bergaya”. Merah muka Wana dipuji begitu. Dia menundukkan pandangan sambil kadang-kadang mencuri-curi pandangan Ali. Cik Suliana pun hanya mengangguk sambil tersenyum manis.
           
            “Pasangan Khair pula?”, pinta Cik Suliana. Alya terus menoleh ke belakangnya untuk menunjukkan baju pilihannya itu kepada Khair. Wajahnya sedang memberi harapan yang penuh.

            “Saya rasa, pakaian ini memang sesuai sangat dengan kulit dan wajahnya. Orangnya pun cantik dan boleh dikatakan perfectlah! Tetapi ada sesuatu yang terkurang dalam dirinya. Alya akan lebih manis kalau bertudung macam pasangan Ali ni”, perli Khair. Terkejut beruk Cik Suliana dan student-studentnya. Panas pulak telinga orang yang diperlinya. Sedih pun ada. Malu pun ada. Tapi, Khair rasa puas sedikit. Dia Cuma berkata seikhlas dan setulus hatinya tentang Alya, sepertimana yang dipinta oleh Cik Suliana tadi. Kali ni baru sedikit dendamnya terbalas. Rasa lega sedikit.

            “Dah, cukup!! Awak berdua boleh pergi sekarang”, kali ini suara Cik Suliana tegas sedikit. Ali sempat memohon maaf bagi pihak dirinya dan rakannya, Khair sebelum melangkah keluar.

            “Alya?? Macamana dia boleh tahu nama aku Alya? Aku pernah jumpa diakah sebelum ni?”, katanya di dalam hati. Dia mengimbau kali pertama dia bertentang mata dengan Khair di kampus ini ialah semasa di depan hostel puteri. Itu pun dah berbulan yang lalu. Dia masih lagi tetanya-tanya.  Siapakah Khair ni sebenarnya? Apa yang membuatkan Khair mengenalinya? Kenapa Khair memalukan dirinya? Apa yang Khair nak darinya? Adakah Khair tu benar-benar berperangai sebegitu?

            Alya terus ke tempa duduk dengan minda yang masih terawang-awang.


   **************************************************
bersambung