----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Selasa, 25 Ogos 2015

part16

 Alya dan dua orang rakannya sedang berjalan di hadapan kumpulan Khair Iskandar yang sedang duduk berkelompok di atas tangga. Khair yang terlihat ‘musuh’nya itu segera memanggil Alya. Dia kemudian bergegas turun dari tangga tersebut.

“Alya! Kejap!”, jerit Khair. Dua orang rakan Alya yang lain meminta izin untuk pergi dahulu.
Alya kelihatan tidak tenteram.

“macam mana awak tau saya Alya?”,tanya gadis berambut pendek itu.

Khair menghiraukan pertanyaan Alya. Alya yang mula sedar bahawa dia pernah terserempak dengan lelaki itu memulakan perbicaraan,
“Saya ... Saya minta maaf sangat-sangat pasal kejadian hari tu. Habis basah baju awak. Sebenarnya dah lama saya cari awak. Nak gantikan baju yang baru”, jelas Alya. Khair hanya ketawa sinis. Barai, Farhan, Arman, Haris dan Ali yang memandang pelik dari jauh.

Khair menarik tangan Alya yang putih itu berjauhan daripada tempat mereka bersembang setelah tersedar dirinya diperhatikan oleh rakan-rakannya. Alya melepaskan genggaman tangan Khair yang kuat itu dengan kasar.

Khair menunding jari ke arah Alya, riak muka Alya berubah,
“kau jangan nak berlakon baiklah. Apa motif kau sebenarnya? Kenapa kau asyik nak malukan aku? Kalau kau betul tak suka dengan aku, kau cakap saja terus terang. Taklah aku menunggu kau macam orang bodoh!”, marah Khair.
Wajah Alya makin berkerut. Dia masih berkata dengan lembut,
“Saya tak berlakonlah. Saya tak pernah kenal awak pun? Saya tak fahamlah apa yang awak cakap ni”

Khair menunjukkan lengannya yang bertanda hitam itu. Alya tergamam, “Kau kenal aku, tapi kau ingat kan?”, kata Khair.

Arman yang tertanya-tanya tentang kejadian yang berlaku menghampiri Khair dan Alya,
“Kai! Takkan dengan perempuan pun kau nak gaduh?”, kata Arman.

Khair yang menyedari kehadiran sahabatnya itu segera berdalih, “Kau jangan masuk campur, boleh?”, pinta Khair kepada Arman.

“Aku bukannya nak masuk campur urusan kau, aku takut kau apa-apakan dia ni”, balas Arman.

Alya mula ketakutan. Alya cuba untuk meloloskan diri, “Hei perempuan! Kau nak pergi mana, hah?! Aku tak habis lagi cakap dengan kau lah!”, jerit Khair. Dia sempat menyentap tangan Alya supaya gadis itu tidak kemana-mana. Arman yang melihat perlakuan kasar Khair itu segera menyelamatkan Alya. Gadis itu berjaya melepaskan diri daripada genggaman Khair.

Khair menolak bahu Arman yang tua tiga tahun daripadanya itu,
“yang kau sibuk hal aku ni apa hal, hah?!”, marah Khair.

Ali, Barai, Paan dan Haris segera menghampiri rakan mereka sebelum ‘bom’ meletus. “Opp!! Op!! Chill lah... Jangan gaduh-gaduh.. Kita semua kawan kan? Takkanlah sebab perempuan nak gaduh pula?”, kata Ali menenangkan mereka berdua.
Arman dan Khair menghiraukan kata-kata Ali.
“Agaknyalah, ni cara kau nak dapatkan perempuan, kan? Jadi hero konon”, kata Khair.

“Kau?!!”, jerit Arman. Wajahnya merah tanda marah. Dia menggenggamkan tangannya untuk dilepaskan ke arah Khair yang bermulut jahat itu. Mujurlah Haris dan Barai sempat menahan niatnya itu.

“Hei!! Apa kecoh-kecoh ni?!”, jerit Profesor Azli yang merangkap Penolong Kanan Hal Ehwal Disiplin Pelajar. Enam sekawan yang dalam situasi yang ‘hangat’ tadi segera mengubah kedudukan dengan berdiri sebaris, rapat-rapat. Arman dan Khair dipisahkan antara empat lagi rakan mereka di tengah-tengah .

“Ustaz..”, kata Barai, Ali, Paan dan Haris. Arman dan Khair kelihatan masih bercakaran antara satu sama lain.
Profesor Azli yang berserban itu berdehem, “Ya ustaz”, kata Arman dan Khair. Mereka tunduk ke bawah.


“Aduh, matilah nak”, kata Arman seperti berbisik. Khair Iskandar hanya memejamkan matanya rapat-rapat.



.............bersambung..............