----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Rabu, 23 September 2015

The Arrival


watch this video

THE ARRIVAL

Assalamualaikum & glad all the readers in the Blessings of Him. Ameen.

i am gonna want to share a video from 100+ (i forgot the actual amount of videos ) which i got from my best friend when we were in secondary school. actually i had lost all the video of The Arrival because of the error that happened to my netbook. however, i found it in youtube for the introduction video.

i had a little bit scare of watching all these videos. why? you will know when you watch it in fully part of this video. even the videos are eery but as a muslim, i really prefer to all of you, please take this video as the first step to know who is the 'character' of the Arrival. then, i hope that you will bw able to watch the rest video from youtube or wherever.

THE ARRIVAL is a video that reveals about Dajjal al Maseh ( i will short it as Mr. D). thanks to the editors of the videos because of them, i know something that i really don't know that is really happen in our life!

every videos shows about something that you don't know. this will make you attracted to watch the next video. some of them was the sign of mr.D that are planned and are really happened, the pyramid, the eye, the skycsrapers, the opening of second world, the music that have meaning of mr d's arrival. all have planned!

really !! something that will make your heart will pump very hard and make you focus. don't believe?? then, watch it. 

thank you, good evening and assalamualaikum :)



part17

DI BILIK DISIPLIN

“ kamu tahu tak, apa kesalahan kamu?”, kata Profesor Azli. Keenam-enam mereka menggeleng-gelengkan kepala.

Rotan panjang yang tebal ditibai di atas meja. Mereka semua terkejut. Barai melatah,
“Oh! Ustaz Azli beruk sakit oi! Eh!”. Lima orang kawan Barai ketawa dengan latahan Barai. Barai menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu.

“Awak ‘beruk’kan saya, hah?! Mohd Ilham? .... Uskut!!”, marah Profesor Azli.

“Uskut? Uskut ka biskut?”, tanya Ali kepada Khair yang berdiri di sebelahnya.

“Uskutlah.. maksudnya diam!!”, kata Khair sambil meletakkan jarinya pada mulutnya.
Profesor Azli membelai janggutnya yang jarang itu. Dia menibai semula meja. Mereka terkejut beruk. Barai sempat memekup mulutnya.

“Apa biskut- biskut, hah?! Mohd Khair Iskandar bin Johari?!”, panggil Profesor Azli. Khair yang tertunduk tadi melangut. Ustaz brjalan perlahan-lahan lalu duduk di kerusinya. Dia membelek rekod disiplin pelajar itu.
“Ya, Ustaz!”, jawab Khair, pantas.

“mengikut rekod disiplin kamu, kamulah yang paling teruk daripada kawan-kawan kamu. Ponteng, lambat hantar assignment, gaduh, merokok, buli .. rekod terbaru, pancitkan tayar motosikal saya?!”, kata Profesor Azli.

Khair Iskandar dan rakan-rakannya ketawa terbahak-bahak sambil menundukkan kepala.

“Uskut!! Ha, anak Encik Johari. Bagitau saya kenapa awak ni nakal sangat?”, marah profesor itu lagi.

“ni semua rekod jenayah lampau saya, Ustaz. Saya dah tak buat benda-benda ni semua. saya minta maaf, ustaz sebab pancitkan tayar motor ustaz. Saya tak sengaja. Saya buat macam tu sebab saya geram sangat dekat Ustaz. Ustazlah, suka malukan saya bila tak hadir kuliah ustaz di surau. Saya janji, lepas ni saya tak pancitkan lagi tayar ustaz. Saya dah bertaubat. Taubat Nasuha lagi. Sekali lagi, saya minta maaf”, Khair memohon maaf.

“Baik, disebabkan kamu jujur dengan saya. Mengaku semua kesalahan kamu, saya maafkan. Sekarang, kamu semua bagitau saya. Denda apa yang patut saya bagi supaya kamu semua sedar dan insaf atas perbuatan kamu ni?”, kata lelaki itu.

Farhan mengangkat tangan, “denda yang patut ustaz buat ialah ustaz maafkan kami berenam saja. Senangkan?”, cadang Farhan.

Profesor Azli menibai meja dekan itu lagi. Ali menyampuk,
“manusia kan tak sempurna ustaz. Sedangkan Nabi ampunkan umat. Maafkanlah kami.. Please?”, rayu Ali.

Profesor Azli menibai semula mejanya lalu bangun dan berkata, “Baiklah, saya maafkan kamu semua. Tapi, denda tetap denda..”


..........bersambung...........



Selasa, 25 Ogos 2015

part16

 Alya dan dua orang rakannya sedang berjalan di hadapan kumpulan Khair Iskandar yang sedang duduk berkelompok di atas tangga. Khair yang terlihat ‘musuh’nya itu segera memanggil Alya. Dia kemudian bergegas turun dari tangga tersebut.

“Alya! Kejap!”, jerit Khair. Dua orang rakan Alya yang lain meminta izin untuk pergi dahulu.
Alya kelihatan tidak tenteram.

“macam mana awak tau saya Alya?”,tanya gadis berambut pendek itu.

Khair menghiraukan pertanyaan Alya. Alya yang mula sedar bahawa dia pernah terserempak dengan lelaki itu memulakan perbicaraan,
“Saya ... Saya minta maaf sangat-sangat pasal kejadian hari tu. Habis basah baju awak. Sebenarnya dah lama saya cari awak. Nak gantikan baju yang baru”, jelas Alya. Khair hanya ketawa sinis. Barai, Farhan, Arman, Haris dan Ali yang memandang pelik dari jauh.

Khair menarik tangan Alya yang putih itu berjauhan daripada tempat mereka bersembang setelah tersedar dirinya diperhatikan oleh rakan-rakannya. Alya melepaskan genggaman tangan Khair yang kuat itu dengan kasar.

Khair menunding jari ke arah Alya, riak muka Alya berubah,
“kau jangan nak berlakon baiklah. Apa motif kau sebenarnya? Kenapa kau asyik nak malukan aku? Kalau kau betul tak suka dengan aku, kau cakap saja terus terang. Taklah aku menunggu kau macam orang bodoh!”, marah Khair.
Wajah Alya makin berkerut. Dia masih berkata dengan lembut,
“Saya tak berlakonlah. Saya tak pernah kenal awak pun? Saya tak fahamlah apa yang awak cakap ni”

Khair menunjukkan lengannya yang bertanda hitam itu. Alya tergamam, “Kau kenal aku, tapi kau ingat kan?”, kata Khair.

Arman yang tertanya-tanya tentang kejadian yang berlaku menghampiri Khair dan Alya,
“Kai! Takkan dengan perempuan pun kau nak gaduh?”, kata Arman.

Khair yang menyedari kehadiran sahabatnya itu segera berdalih, “Kau jangan masuk campur, boleh?”, pinta Khair kepada Arman.

“Aku bukannya nak masuk campur urusan kau, aku takut kau apa-apakan dia ni”, balas Arman.

Alya mula ketakutan. Alya cuba untuk meloloskan diri, “Hei perempuan! Kau nak pergi mana, hah?! Aku tak habis lagi cakap dengan kau lah!”, jerit Khair. Dia sempat menyentap tangan Alya supaya gadis itu tidak kemana-mana. Arman yang melihat perlakuan kasar Khair itu segera menyelamatkan Alya. Gadis itu berjaya melepaskan diri daripada genggaman Khair.

Khair menolak bahu Arman yang tua tiga tahun daripadanya itu,
“yang kau sibuk hal aku ni apa hal, hah?!”, marah Khair.

Ali, Barai, Paan dan Haris segera menghampiri rakan mereka sebelum ‘bom’ meletus. “Opp!! Op!! Chill lah... Jangan gaduh-gaduh.. Kita semua kawan kan? Takkanlah sebab perempuan nak gaduh pula?”, kata Ali menenangkan mereka berdua.
Arman dan Khair menghiraukan kata-kata Ali.
“Agaknyalah, ni cara kau nak dapatkan perempuan, kan? Jadi hero konon”, kata Khair.

“Kau?!!”, jerit Arman. Wajahnya merah tanda marah. Dia menggenggamkan tangannya untuk dilepaskan ke arah Khair yang bermulut jahat itu. Mujurlah Haris dan Barai sempat menahan niatnya itu.

“Hei!! Apa kecoh-kecoh ni?!”, jerit Profesor Azli yang merangkap Penolong Kanan Hal Ehwal Disiplin Pelajar. Enam sekawan yang dalam situasi yang ‘hangat’ tadi segera mengubah kedudukan dengan berdiri sebaris, rapat-rapat. Arman dan Khair dipisahkan antara empat lagi rakan mereka di tengah-tengah .

“Ustaz..”, kata Barai, Ali, Paan dan Haris. Arman dan Khair kelihatan masih bercakaran antara satu sama lain.
Profesor Azli yang berserban itu berdehem, “Ya ustaz”, kata Arman dan Khair. Mereka tunduk ke bawah.


“Aduh, matilah nak”, kata Arman seperti berbisik. Khair Iskandar hanya memejamkan matanya rapat-rapat.



.............bersambung..............

Ahad, 10 Mei 2015

part15




“Assalamualaikum dan salam1malaysia. Selamat datang kepada semua pemain dan penyokong pasukan masing-masing. Berikan tepukan yang gemuruh untuk pasukan Lang Merah daripada Universiti Hagerodu Mumtaz, begitu juga dengan tuan rumah untuk Festival Kejohanan Bola Keranjang Peringkat Piala Malaysia (FKBK) berikan tepukan paling gemuruh untuk pasukan Cakar Rimau dari Universiti Shinako Jiddan! Selamat datang ke kejohanan kali ke-22 bagi tahun ini”

         Ali yang duduk di kerusi di bahagian tengah tempat duduk penyokong di Stadium Tertutup, kelihatan gelisah menunggu seseorang. Dua buah kerusi di sebelahnya dibiarkan kosong. Tiba-tiba, datang Khair dari belakang.

         “kau lambat lagi, Kai! Penuh dah orang dekat depan tu”, jerit Ali kerana suasana di Stadium Tertutup Universiti Shinako Jiddan itu bingit dengan pekikan penyokong dan tiupan wisel yang hingar.
         “Aku sesat tadi!”, jelas Khair. Ali tak mendengar dengan jelas. Khair menghampirkan mulutnya dengan telinga Ali. “Aku sesat!”

         Ali mengangguk faham, “mana roomate kau?”, tanya Ali pula. Khair membuat isyarat sebentar kerana Haziq dalam perjalanan ke sini. Ali membuat isyarat bagus. Khair mengeluarkan sesuatu daripada beg galasnya.

         “Apa tu?”, tanya Ali. Khair tidak membalasnya sebaliknya sengih di hadapan rakan baiknya itu.
        
         Khair membuka penutup kiwi kasut yang bulat itu. Dia mencalit sedikit sapuan kiwi pada tiga jarinya lalu dicalitkan pada pipi Ali. Ali hanya sengih dan tidak berkata apa-apa. Khair memberi pula kiwi kepada Ali untuk mencalitkannya pada wajahnya pula.

         Haziq dicalit dengan kiwi apabila Ali mula perasan yang roomate rakannya itu sudah tiba di stadium. Rambut Haziq yang berbentuk afro diwarnakan mengikut logo  pasukan universitinya.
        
         “Haziq! Kau ni tengok World Cup ke apa? Asal teruk sangat fesyen?!”, tanya Ali sambil tergelak.
         Haziq membuat muka pelik sambil berkata, “Whateverlah!”

         Khair membelagakan bahunya pada Ali, “OK apa, semangat nak menang ni. Tengok tu, sampai rambut afro pon dikelerkan semua”
         Khair membuat high-five dengan roomatenya.

         “semangat mendenye, dah macam patung McD dah aku tengok, cuma hidung ja tak berapa nak merah, macam badut sarkas!”, Ali memerli Haziq. Haziq hanya ketawa setelah tersedar Ali sedang membahankan dia.

         “Baiklah, sebentar lagi permainan akan dimulakan. Harap penyokong semua dalam keadaan tenang dan sabar... Dipersilakan... pemain-pemain dari Universiti Hagerodu Mumtaz untuk masuk padang”, ucap juruacara itu. Lagu universiti mereka dimainkan sewaktu sebaris pemain masuk untuk mempamerkan diri. Para penyokong dari universiti tersebut menyanyikan lagu sorakan untuk pasukan Lang Merah untuk menaikkan semangat.
         “... dipersilakan masuk padang, Cakar Rimau dari Universiti Shinako Jiddan ..”

         Kelihatan ahli-ahli pasukan bola keranjang itu masuk ke gelanggang sambil melambai-lambai ke arah penyokong-penyokong setia permainan itu. Ali dan Khair menjerit dengan sekuat hati kerana rakan-rakan mereka turut menjadi wakil dalam pasukan universiti mereka. Kelihatan Barai, Arman dan ‘Ustaz’ Haris yang menjadi pemain utama alam permainan itu.

         Ali yang menjadi ketua pasukan sorak, memulakan sorakan dengan penuh semangat untuk membangkitkan kesukanan dalam stadium yang gah itu,
         “Acilele... Wasuwasuwasa.. Fikifiki dongga.. Wewawewawe lowalowa.. lu sama lu.. wa sama wa.. lu burung helang.. wa rimau malaya.. lu tak boleh cele sama gua..
 nasi makan dengan gulai .. makan dengan sudu.. . mari ramai-ramai.. cakar rimau nombor satu.. Go Cakar Rimau Go!! Go Cakar Rimau Go!! Go Cakar Rimau Go! Go! Go!!”


-----------------------------------------------------------------------------
bersambung

part14



-------------------------------

         Sedulang minuman jus oren ditatang oleh pembantu rumah Datuk Abdullah. Rumah yang tersergam luas bak istana kayangan mampu membuat semua orang yang memandangnya terus terpegun dan terpesona dek seni binanya yang seakan-akan rumah Inggeris. Dua gelas minuman tersebut diletakkan di atas meja besi bewarna putih yang terletak di laman rumah yang cantik dengan hiasan pelbagai jenis bunga yang bewarna-warni.

         “silakan cik muda, tuan muda ”, jemput pembantu rumah itu.

         “terima kasih, kak uda”, kata Haziq dan kakaknya.

         Kak Uda terus berlalu pergi sejurus mengukir senyuman dan meminta izin menyambung kerja di dapur.

         “Kak, aku nak tanya kak something”, kata Haziq .

         “la.. tanya apa pulak. Haziq tak nampak ka kakak tengah sibuk ni”, bantah kakaknya, Amy Nadira. Amy kembali menaip di komputer riba jenama Acer untuk menyiapkan resumenya. Haziq menutup sedikit lid komputer riba itu. Amy mengerutkan keningnya lalu melihat tajam ke dalam anak mata adiknya itu.

         “Apa benda yang penting sangat tu?”, marah Amy kepada adiknya.

         “Arman masih dengan kakak lagikah?”, tanya Haziq.

         Amy mengiyakan pertanyaan adiknya dengan mengangguk. “kenapa tanya?”

         Haziq menarik nafas panjang. Dia mula bercerita kepada kakaknya tentang Arman.
         “Haziq sayang sangat dekat akak. Haziq tak nak orang lain main-mainkan akak macam tu ja”, kata Haziq.

         “Apa benda yang kau merepek ni?”, marah Amy.

         Haziq menyambung, “Haziq pernah nampak Arman dengan perempuan lain dekat kampus, bukan Haziq saja yang nampak, kawan-kawan Arman pon cakap yang Arman suka tukar perempuan macam tukar baju. Arman..”, belum sempat Haziq menghabiskan kata-katanya, kakaknya pula menyampuk.

         “Enough! Haziq. Kau tau mana yang Arman tu macam tu? Kalau benda tu tak betul, fitnah tau tak?”, marah Amy.

         Haziq merenung tajam wajah kakaknya itu, “Kak, Haziq sendiri yang nampak Arman dengan perempuan lain. Kawan-kawan Arman pun pernah nampak dia dengan perempuan lain pulak. Haziq tak buta lagi, kak. Haziq kenal Arman. Tiap kali dia berjalan dengan perempuan, mesti dengan orang yang berbeza. Haziq tengok pon sakit hati. Kalau kakak yang tengok sendiri lagi sakit hati”.

         “kakak tak percaya. Arman tu baik. Dia selalu tolong mak dia yang sakit”, kata Amy.

         “boleh tak kakak tolong percaya cakap Haziq. Haziq ni adik kakak tau, Arman tu cuma kekasih kakak ja”, Haziq tak berpuas hati.

         “Memang Haziq ni adik akak satu-satunya. Tapi, kakak lebih kenal dia daripada adik kenal dia. Kakak takkan percaya cakap Haziq”, kata Amy.

         “Kecuali?”, tanya Haziq.

         Amy Nadira mendiamkan diri seketika. Dia merenung ke arah kolam air terjun yang terletak tidak jauh daripada tempat mereka duduk. Amy berkata :
         “kecuali.. ada bukti atau kakak tengok dengan mata dan kepala kakak sendiri”, kata Amy.

         Amy kebali membuka lid komputer ribanya dan menyambung menulis resumenya yang tertangguh tadi. Haziq meneguk jus oren yang didangkan di atas meja tadi.

         “OK, kefahaman”, kata Haziq. Dia lantas bangun daripada tempat duduknya dan mengambil  bekas makanan ikan. Dia berjalan sehingga berada di tengah-tengah jambatan di kolahm ikan mini itu. Dia menabur sedikit demi sedikit makanan ikan tersebut pada dasar permukaan kolam ikan koi itu. Ikan-ika merebut-rebut untuk mendapatkan makanan.

         “nanti Haziq akan buat majlis perpisahan antara kakak dengan Arman”, kata Haziq mengugut kakaknya.

         “Cubalah wahai adikku”, Amy memberi harapan palsu sambil ketawa.

         “OK.. you wait and see ye kakak!”, kata adik Amy.



 ---------------------------------------------------------------------------------------------
bersambung


part13






         “Khalis balik Kuching ye”, kata Khair Iskandar kepada ibunya.

         “Tak payahlah, lagipun semua barang dah siap pack dah ni. Ada yang dah post ke Semenanjung. Ada juga abah hantar guna kapal, keretalah perabotlah. Tiga hari je lagi. Jangan risaulah, ye”, kata Puan Wazera.

         “OK, OK. Nanti bila mak dengan abah dah sampai Semenanjung, telefon Khalis OK? Assalamualaikum”, kata anaknya lelakinya pula.

         “Waalaikumussalam”, jawab ibu Khair Iskandar. Dia menekan punat end call.

         Khair yang sibuk berbual dengan ibunya melalui telefon meletakkan telefonnya di atas pelantar kayu seusai ibunya menamatkan panggilan. Dia memerhati anak sepupunya yang sedang leka bermain bola seorang diri.

         “kau dengan Malek macamana?”, tanya Khair kepada Nadia yang sedang leka melihat anak buahnya bermain. Nadia menjeling ke arah Khair.

         “Kau boleh tak jangan sibuk hal aku?”, balas Nadia.

         “Nad, aku tanya saja. Tu pun kau nak marah. Asyik ‘bad mood’ ja. Nanti muka tua baru tau”, ejek Khair pula.

         “Biarlah!”, marah Nadia.

         “Abang!! Jomlah, teman Ayan main! Bosanlah main sorang-sorang”, rayu Rayyan.

         “Rayyan ajaklah kawan-kawan Rayyan datang rumah.. Atau Rayyan saja yang pergi rumah diorang”, pujuk mak Sunya.

         “Tak naklah Mak Su, abang kan ada. Ayan nak main dengan abang!”, kata Rayyan sambil menunjuk ke arah Khair.

         Nadia yang duduk bersebelahan dengan adik sepupunya berkata, “Mak Su janganlah paksa-paksa orang. Suka hati Ayanlah”, kata Khair Iskandar lalu berlari dan bermain dengan anak Hadi itu. Nadia tidak sempat mencubit lengan Khair. Khair ketawa mengejek.

         Nadia asyik memerhati Rayyan yang gembira bermain bola dengan sepupunya itu. Wajah Nadia yang ceria dan gembira tiba-tiba menjadi sayu tatkala dia teringat nasib Rayyan, ibunya meninggal dunia setelah melahirkan satu-satunya anak hasil perkahwinan dengan abangnya, Hadi. Nadia memerhati pula di sekeliling rumahnya yang luas itu. Semakin sunyi. Penghuninya tidak semeriah dulu. Nadia kehilangan ahli-ahli keluarga yang sangat dia sayangi, ibu dan tiga orang lagi abangnya telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu Nadia bersekolah rendah. Tanpa dia sedari, air panas mengalir di kedua-dua belah pipinya.

         Khair yang tersedar bahawa Nadia sedang menitiskan air mata, berhenti bermain. Dia membaling bola itu ke arah pelantar untuk menarik perhatian Nadia. Lamunan Nadia terhenti seketika. Dia mengalih ke belakang dan mengesat air matanya.

         Nadia mengambil bola tersebut dan mengembalikannya kepada Khair. Khair mendekatinya dan Rayyan hanya memerhati.

         “kalau nak join, cakaplah. Janganlah menagis”, pujuk Khair kepada sepupunya.
         Nadia menolak Khair yang berdiri di hadapannya lalu berlari menuju ke rumahnya.



--------------------------------------------------------
bersambung


part12




**************
CUTI SEMESTER

bNadia masuk ke rumah setelah pulang daripada kerja. Dia ternampak televisyen terbuka.
         “ aduhh.. siapa pulak yang tak tutup tv pulak nih. Haish!!”, dia berkata dalam hatinya.
         Nadia menghampiri suis televisyen dan menutupnya. Tatkala berpaling kebelakang, dia tersentak. Dia menarik nafas panjang. Dan dia terus berlalu pergi. Dia mengerutkan dahinya yang licin itu.

         Nadia menghempas pintu biliknya.
         PPPANGG!!

         Khair yang terlena tadi terkejut lalu terbangun dari lenanya. Dia menggosok-gosok matanya yang layu itu.
         “Kacau aku tidur je la..”, kata Khair perlahan. Dia lalu naik ke atas rumah dan masuk ke dalam biliknya.

         Nadia membuka pintu bilikya tatkala Khair lalu di hadapan biliknya.
“Hoi.. sejak bila pula kau tinggal dekat sini?”, tanya Nadia.

         Khair cuma memekakkan telinga. Nadia menolak bahu Khair.

         “Suka hati akulah nak tinggal dekat mana. Yang kau sibuk ni kenapa?”, kata Khair.

         “Mulut kau bau macam longkang tau tak ?!”, kata Nadia sambil menutup hidungnya.

         “Boleh tak tolong jangan jerit-jerit? Nanti orang dengar lepas tu diorang kol penguatkuasa Agama, kena kahwin free ja dengan kau? Nak ke?”, kata Khair kepada Nadia sambil memekuk mulutnya.

         “La ilaha illallah, kau ni. Kan Mak Jah ada kat bawah tu”, Nadia mendengus panjang meluat.

TOK! TOK! TOK!

         Khair dan Nadia saling berpandangan antara satu sama lain. Nadia nampak dalam ketakutan , muka Khair pula penuh meleleh dengan peluh. Mereka saling gelabah.

         “Mak Jah! Tolong bukakan pintu tu”, pinta Nadia.

         “Eh, kau ni. Tadi aku nampak Mak Jah baru ambil wuduk masa aku nak naik atas ni. Tu la.. aku dah cakap. Jangan jerit-jerit, tak pasal-pasal orang datang ketuk pintu rumah dah. Abang dengan papa kau tak mungkin balik tengahari punya la. Ni semua salah kau la! Terjerit-jerit terpekik. Kau tak sakit tekak ka. Agaknya, kecik-kecik dulu kau tertelan mikrofon kot?”, bebel Khair, sepupu Nadia.

         “shhhh!!! Kau boleh diam tak? Cakap banyak pon tak guna la.. biarlah aku bukak pintu. Tak habis , pot pet pot pet je kau ni...”, Nadia mengejek Khair. Dia turun dengan pantas lalu memulas tombol pintu dengan teragak-agak.

Krekkk..

         Daun pintu dibuka dengan perlahan-lahan. Nadia menjenguk kepalanya ke luar rumah.
         “ Aik?! Mana orangnya?”, kata Nadia perlahan. Khair memerhati pelik dengan perlakuan Nadia yang mencurigakan itu. Dia turun untuk turut memerhati tetamu yang tidak diundang itu.

         “ Kenapa? Siapa yang datang?”, tanya Khair.

SURPRISE!!!

         Nadia dan Khair terjerit kecil kerana terkejut. Mereka memandang ke bawah untuk melihat tetamu bertubuh kecil itu.

         “Rayyan pergi mana tadi? Puas mak su cari Rayyan tadi dekat sekolah”, adu Nadia kepada anak buahnya.
        
         Rayyan tidak menjawab soalan Nadia dahulu, sebaliknya terus memeluk Khair yang sudah lama tidak berjumpa itu.Khair mendukung Rayyan yang ringan itu.
         “Abang.. lamanya tak jumpa. Ayyan rindu sangat dengan abang”, kata Rayyan yang manja itu kemudian Khair mencium pipi Rayyan yang gebu itu.

         “Kenapa Mak su tak ambil Rayyan? Kesiannya dekat Rayyan. Ish! Ishh! Ish.. sampai hati mak su”, ejek Khair. Nadia mencubit tangan Khair. Dia mengaduh kesakitan.

         “Tu la.. Mak su memang kejam . mak su suka lambat pick up  Ayan. Penat Ayan tunggu mak su sampai sejam. Nasib baik cikgu Ayan nampak Ayan. Dia belanja Ayan makan tadi. Lepas tu cikgu yang hantar Ayan balik tu”, jelas Rayyan.

         “La.. yeke? Kesian Ayan..”, Khair mempertahankan anak Hadi. Dia mengusap-usap kepala Rayyan. Rayyan ketawa kecil kerana geli bila diusap kepalanya. Khair menurunkan kanak-kanak yang berusia empat tahun itu ke bawah dan menyuruhnya mandi.
         “okey, Rayyan. Pergi mandi ye. Berbau dah”

         “abang Rayyan pun sama ye.. silakan mandi cepat!”, marah Nadia.


         “Ye lah mak su..”, kata Khair sambil  mengokong Rayyan yang  ketawa  lalu berjalan laju meninggalkan Nadia untuk mengelak dicubitnya lagi . 

----------------------------------------------
bersambung

part11



Wazera makan tengah hari bersama suaminya, Johari.

         “Abang, abang telefon Baseri tak lagi? Dia cakap si Hadi tu nak heret baby boy kita pergi jumpa dia”, tanya Wazera.

         “Belum lagi sayang, kejap lagi abang telefon, ye”, jawab Johari. Dia memang manja dengan bininya. Tengah-tengah sembang, Johari teringat masa mula-mula mereka bertemu, bertentang mata.

MAC 1990

Di  kampung Bentong di Sarawak, ramai orang bertali-tali menghadiri kenduri kahwin di rumah yang besar dan indah tersergam yang terletak bersebelahan dengan Sungai Bentong. Kenduri anak sulung Cikgu Waruyi anak Isan memang meriah. Dia seorang yang peramah dan disayangi orang-arang kampung. Wayuri anak Isan ialah bapa kepada Wazera. Ketika itu Cikgu Waruyi dan keluarganya sudah masuk Islam. Nama Islam Cikgu Waruyi ialah Ahmad Syukri tetapi oleh kerana orang ramai sudah terbiasa dengan panggilan ‘Cikgu Waruyi’, mereka memanggilnya dengan panggilan biasa.

         “Era! Era! Nuan ndak mauk makan? Buat apa di atas tu, rame orang-orang ni! (Era! Era! Kau tak nak makankah? Buat apa di atas rumah, orang ramai datang ni!), jerit Che Lah, arwah ibu  Wazera.

         “Sekejap ibu, saya tengah bersiap ni!”, balas Wazera. Tidak lama kemudian  Wazera pun turun ke bawah bersama dengan lima orang rakannya yang lain. Ketika itu badannya ramping dengan kulit yang putih bersih. Rambutnya diikat dandan seperti anak India. Umurnya baru 20 tahun.

         Sejurus turun dari tangga, Wazera terus melangkah keluar rumah. Tiba-tiba..
         “Aduh!! Sakitnya..”, Wazera mengaduh kesakitan. Dia jatuh terduduk. Johari menghulurkan tangan.

         “Maafkan saya”, pinta Johari dengan nada yang perlahan. Wazera terus bangun lalu meninggalkan Johari dengn tangan terhulur tak berbalas nampak seperti patung. Anak matanya tidak berkedip melihat diri Wazera yang semakin berlalu pergi. Kawan-kawan Wazera yang lain tergelak kecil. Mereka nampak tergedik-gedik semasa lalu di depan Johari tadi. Johari berkata  dalam hatinya :
         “Kalau dia berpaling ke arahku, dia akan jadi milikku buat selamanya”
Wazera yang perlahan berjalan ke hadapan tiba-tiba menoleh ke belakang.

         “yes!! Yahoo!!!”, jerit Johari. Semua hadirin yang hadir semasa kenduri itu melihatnya pelik.

         “Abang! Abang! Ni kenapa tersengih-sengih macam kerang busuk ni? Makanlah cepat. Ya Allah, sampai kering tangan tu”, tegur  Wazera setelah menyedari suami yang dicintainya itu asyik memandangnya makan dan tak lama kemudian tersenyum seorang diri.

         “Sayang, abang tengah imbas kembali masa kita muda-muda dulu. Awak nampak comel sangat masa tu. Tapi sekarang lagi ‘comel’. Rasa best pulak kan? “, kata Johari sambil tergelak.

         “Awak pun comel jugak. Tengok sampai dah turun dekat anak. Tu  yang saya sayang sangat dekat abang. Pergilah basuh tangan tu dulu. Nanti kering kang tak elok kata orang”, kata Wazera, sengaja nak menyakat suaminya. Bukan dia tak kenal dengan suaminya, dengar sahaja perkataan ‘comel’ terus tersenyum. Seolah-olah perkataan itu ibarat sumpahan yang membuatkan Johari enggan mencari yang lain kerana pujian itu.Itulah rahsia perkahwinan mereka yang kekal sampai sekarang. Masing-masing pandai menjaga hati dan perasaan masing-masing.

Kringg! Kkriing!!

Telefon Johari berdering. Dia segera menekan punat answer. Dia mengepitkan telefon antara telinga dan bahu kanannya. Dia berjalan menuju ke dapur lalu membuka pili air, membasuh tangannya.

         “Assalamualaikum abang”, jawab Johari.
        
         “Waalaikumsalam. Abang baru nak telefon kau, Baseri”, kata Johari.

         “Hadi dah bawak Khair dekat sini. Pukul berapa flight abang sampai minggu depan?”, tanya Doktor Baseri.

         “Pukul 11.00. Macamana dengan Khalis?”, tanya Johari.

         “Dia okey saja. Cuma nak kena pantau sikit la. Dia ni pemalas makan ubat. Tu yang lambat baik tu. Katanya assignment banyaklah apa lah.  Tadi, Hadi pergi jumpa dia, Khalis janji nak datang untuk pemeriksaan yang terakhir. Jadi, tak jadi heret dia datanglah hari ni. Kacau tugas dia pulak kan”, kata Baseri.

         “ Budak ni, macam-macamlah”, kata Johari sambil tergelak-gelak.

          “Minggu depan abang telefon kau la bila sampai nanti. Assalamualaikum”. Tak lama kemudian, Johari menekan punat end call di telefonnya. 


--------------------------------------------------------------------
bersambung


Jumaat, 8 Mei 2015

part10



Khair kelihatan tidak berpuas hati dengan tindakan Hadi  semasa di kafetaria
tadi.
         Mereka berdua berjalan menuju ke bilik nombor 5. Khair meraba kocek seluarnya untuk mencari kunci. Dia membuka pintu bilik itu. Seusai masuk ke bilik no 5, Khair terus menutup pintu. Hadi dibiarkan di luar bilik, di lobi. Dia memerhati tapak kasut Khair  yang kelihatan di lantai kerana basah disimbah air  di kafetaria tadi.

         Hadi memulakan kata. “Tadi tu ape cerita? Sejak bila pulak kau gaduh dengan perempuan? Hah?!.  kau tak bosan ke dengar aku beleter dekat kau?! Hoiii!!! ...... Kau ni pekak ka tuli?”, Hadi melepaskan geramnya dengan menyepak pintu bilik nombor 5 itu. Hadi mengaduh kesakitan.
         “Aku tak kira, hari ni jugak aku nak bawak kau jumpa papa aku. Apa nak jadi jadiklah! Kau dengar tak!?”, bebel Hadi lagi. Khair mendiamkan diri.
        
         “Tak nak. Kau faham tak? Aku tak nak ! Kau pergi balik rumah la. Jangan kacau hidup aku lagi. Dah macam mak aku dah kau ni ”, balas Khair meluat.  Khair mmbuka pintu. Kelihatan Khair sudahberpakaian baru.

         Khair menjeling ke arah Hadi sambil tangannya memegang baju basah yang tertumpah air tadi.
         “Dia.. dah malukan aku tadi. Kau hancurkan nawaitu sebenar aku kau tau tak. Dasar penyibuklah kau!”,  Khair berkata dengan nada kesal dan marah. Dia menabuh muka Hadi dengan pakaian yang baru diambilnya tadi. Khair berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik air. Dia kabat di atas pelantar singki yang lebar itu untuk menggosok pakaian. Dia menggosok bajunya yang tertumpah dengan air tadi dengan sentalan yang amat pantas dan cermat.

         Hadi hanya bersandar pada sisi pintu bilik air itu.
          “kau marahkan aku ke?”. Sekali lagi soalannya tidak berjawab.
         ”aku ni dah macam tungkul kayu dah. Kau buat aku ni tak wujud pulak. Okey,  kau menang”, kesal Hadi.
        
         Khair hanya menjeling ke arah Hadi sambil tangannya sedang sibuk menggosok bajunya.

         “Khair, kau ni tak habis-habis nak menyusahkan orang. Semua orang risaukan kau. Tak habis-habis dengan perangai buruk kau tu. Macam tadi, Sikit-sikit nak gaduh dengan orang. Dah tu, dengan budak perempu.. ”

         Tiba-tiba sahaja Khair memotong kata Hadi, “...perempuan tu Alya!! Apasal kau nak kacau hidup aku hah?! Aku baru nak kenakan dia.. . lagi pun memang salah dia pun!!”, cerita Khair dengan nada yang marah.

         “Hei! Kepala otak kau! Kau yang salah. Aku yang tengok sendiri tau kejadian tadi tu. Kau yang jalan tak tengok belakang . Tiba-tiba aja kau pusing...pooomm!!! tiga-tiga gelas tu timpa atas badan kau. Habis! Basah habis!! Sakit kan? Nasib baik tu gelas plastik, kalau kaca... mau kena jahit.. “, jelas Hadi kepada Khair.

         Mata Khair menjeling ke arah Hadi lagi. Gerakan tangannya yang lincah menyental bajunya tadi menjadi  semakin perlahan.
         “Maksud aku, aku nak balas dendam dekat dia pasal dia pernah tolak cinta aku dulu. Kau tak ingat ke? Memang salah dia pun. Sebab tu aku rasa nak tengking, nak merah dia tiap kali aku nampak dia. Faham tak?!!”, marah Khair.

         “Ya Allah, Encik Khair Iskandar bin Johari. Dengar sini ya. Barang yang lepas jangan dikenang. Kau dah pastikah dia Alya yang kau gilakan dulu? Kalau salah orang, naya kau.. anak orang tau tak?!”, balas Hadi pula mempertahankan Alya. Kali ini suaranya agak lantang.

         Khair membaling berus yang digunanya tadi pada Hadi.
”Hadi, aku nak tuntut bela. Aku ada hak. Kau tak ingatkah dulu cikgu disiplin rotan aku sebab dia bagitahu cikgu tu aku kasi dia surat cinta dekat dia?! Lepas tu tak pasal-pasal aku kena gantung sekolah seminggu sebab kesalahan yang sama. Dia buat aku jadi macam banduan, kau tau? Satu sekolah tau salah aku.. mak abah aku .  Air muka aku jatuh sebab dia. Air mata mak dan abah aku jatuh pon sebab dia”, Khair mengingatkan kembali kenangan pahitnya dahulu.
          Kali ni, Hadi tergamam. Mana taknya, dialah yang mengaku kepada guru disiplin di sekolah rendahnya dahulu bahawa surat itu ditulis oleh Khair sendiri untuk Alya. Tetapi, dia tidak pernah beritahu tentang pengakuannya itu kepada Khalis sehingga ke hari ini. Hadi dahulu seorang pengawas sekolah.

         “iii.. itu memang salah kau pun”, kata Hadi tergagap. Khair tidak berkata apa-apa. Dia mencelupkan bajunya ke dalam air bersih di dalam singki yang ditadahnya tadi. Dia membilas beberapa kali sehingga air basuhan itu menjadu keruh. Dia memerah lalu membilas bajunya itu.

         “Dahlah, tolong ambikkan aku hanger dekat dalam timba tu.”, pinta Khair. “Nasib baik keluar jugak. Kopi ais kot yang tumpah ni”, keluh Khair. Hadi hanya tersenyum saja.

         Hadi pun mengambil satu penyangkut bewarna biru kepada Khair. Dia menyangkutkan baju yang dibilasnya tadi pada penyangkut itu. Dia memberi kepada Hadi. Hadi hanya memerhati fi’il Khair di dalam bilik air itu.

         Khair menuju ke dalam bilik mandi dan mengunci pintu lalu berkata, “Hadi, tolong jemur baju tu. Aku nak mandi jap!! Kau tunggu dekat bawah! Eh! Tak payahlah.. Kau terus je balik”, jerit Khair.

         “Kurang ajar betul budak ni. Boleh dia buat aku tak wujud depan dia tadi. Kurang hasam!!”, rungut Hadi perlahan.

          “Yelah, yelah! Kau jangan lupa pulak check up terakhir kau bulan depan! Ingat tau!”, jerit Hadi.

         Khair mengiyakan.


-----------------------------------------------------------------------------------

 bersambung


part9



******************************************************

Hadi memakirkan kereta Honda Lancer putihnya bersebelahan dengan salah sebuah kafetaria di Universiti  Shinako Jiddan itu. Dia mematikan enjin keretanya sejurus anak matanya tertangkap pada wajah sepupunya yang sedang berjalan  dengan seorang rakan karibnya. Dia keluar daripada kereta lalu memanggilnya sambil berjalan menghampirinya.
        
         Khair yang ternampak Hadi cuba mengelak daripada didekati olehnya. Dia berlari-lari kecil. Tetapi, Hadi sempat dudukkan Khair di atas kerusi. Ali meminta izin kepada Khair untuk membeli makanan dahulu, “Aaa.. Aku pergi beli makanan dulu ye “.

          Namun, Hadi yang membenarkan Ali sedangkan Khair tidak rela. Hadi memulakan perbicaraannya :
         “Khalis, aku tak fahamlah dengan kau ni.  Nak kata jauh , dekat aja.  Menyampah betul!!”

         “Nak pergi  buat apa? Sibuk ja. Kau tak penatkah asyik datang sini. lepas tu balik macam tu ja. semata-mata nak pujuk aku. Sia-sia hidup kau, tau tak?”, jawab Khair meluat.

         “Hei! Kau jangan main-main . Kau tu bukannya baik lagi. Jangan nak berlagak sangat, boleh tak?”, marah Hadi.

         “Tau. Rimaslah aku hidup dengan orang yang suka kongkong aku. Macam kau Hadi. Lagipun, tu dulu punya cerita lah.  Sekarang ni aku dah sado, kau tengoklah!”, balas Khair. Khair menyelak lengannya untuk menunjukkan perubahan dirinya.

         Hadi menjeling ke arah lain. Meluat. Khair asyik menarik-narik muka Hadi supaya tengok kesadoannya. Haha.

         “ Wei! Tu bukan sado, tu lemak namanya”, kata Hadi. Khair ketawa terbahak-bahak. Disebabkan terlalu malas nak melayan budak Khair ni, Hadi terus pergi meninggalkan Khair. Dia ke tandas kerana nak membuang ‘hajat’ agaknya.

         Sejurus Hadi meninggalkan Khair, Ali datang dengan membawa sedulang makanan kegemarannya. Ali tersenyum lebar sambil  memandang ke arah makanan yang dibelinya tadi.

         “Yang aku punya mana?”, tanya Khair.

         “Ei, beli sendirilah...”, jawab Ali selamba. Dia menarik mi goreng itu dengan garpu lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Mi itu masih lagi berasap dan nampak menyelerakan. Nampak kenyal. Khair  ternganga seperti ingin Si Ali suapkan kepadanya.
          “dia datang sini buat apa? Ni mesti kau ponteng lagi, kan”, kata Ali lagi.
         “ish!! Dahlah. Aku nak beli kejap!”, kata Khair marah.
        
         Kedebukkkk!!

         Alamak, habis basah baju Khair. Ali terbatuk-batuk mendengar bunyi yang kuat itu tadi. Alya nampak cemas dan takut apabila melihat Khair jatuh terduduk dengan dirinya dibasahi dengan air sejuk. Kalau air panas? Arrgg!! Alya masih lagi berdiri memegang dulangnya. Ketika itu, orang sedikit demi sedikit menghampiri mereka berdua.
         “Maaf, saya tak sengaja”, kata Alya. Khair bingkas bangun. Matanya tidak berkedip merenung tajam mata Alya. Alya gugup. Lalu Alya tunduk merendahkan dirinya.

         “kau ni!! Memang..”, tiba-tiba mulut Khair ditutup dengan tangan Hadi. Dia tahu kalau dia membiarkan saja Khair ini berkata, pasti pedas dan sangat menyakitkan hati orang yang dimarahinya.

         “....memang salah dia. Dia nak minta maaf!!”, ucap Hadi mewakili Khair sambil tersengih. Hadi menarik tangan Khair lalu membawanya pergi menuju ke kereta.
         “Masuk!!”, marah Hadi. Hadi membawa Khair ke ASRAMA PUTERA 3/4 . Dia memandu keretanya dengan laju meninggalkan kafe’.

         Wajah Ali kelihatan tertanya-tanya. Dia memerhati kereta  Hadi hingga jauh meninggalkan kawasan parkirnya.


-------------------------------------------------------------------------------------
bersambung




Selasa, 5 Mei 2015

part8



 *****************************************************


            Seorang lecturer disigner masuk ke dalam bilik kuliah. Lenggok badannya seakan-akan ‘supermodel’ yang dsedang memperagakan pakaian di atas pentas.
            “Assalamualaikum, semua”, lembut sahaja suaranya bila menyapa anak-anak pelajarnya.

            “Walaikumusalam, Cik Suliana”, jawab pelajar-pelajar di kelasnya itu.

            “Baiklah, pelajar-pelajar sekalian. Hari ini, saya nak tunjukkan beberapa model pakaian terkini yang baru sahaja saya terima daripada kawan saya dari Singapura. Pakaian yang saya maksudkan ialah merupakan sepersalinan pakaian tradisional Melayu dan Arab yang telah diubah suai menjadi pakaian ala-ala moden. Tetapi, ada sesuatu yang menarik tentang model ini, pereka pakaian ini meletakkan sedikit cantingan corak batik pada kain sifonnya, yang dapat menyerlahkan lagi keayuan pemakainya. Ia..”, belum sempat Cik Suliana menghabiskan kata-katanya tiba-tiba..
           
            Tok! Tok! Tok!

            Khair dan Ali terus masuk lalu meletakkan pakaian-pakaian yang disuruh oleh Cik Suliana bawa masuk tadi. Rekaan pakaian itu nampak cantik dan menarik dan masih lagi dalam balutan plastik jernih.

            “Terima kasih”, ucap Cik Suliana dengan lembut sekali kepada mereka berdua. Sejenak kaki mereka hendak berjalan pergi, langkah Ali dan Khair tiba-tiba terhenti.

            “Nanti dulu. Boleh kamu berdua perkenalkan diri kepada student-student saya?”, pinta pensyarah itu. Mula-mula Ali dan Khair kelihatan segan dan enggan menurut kata-kata wanita itu. Tetapi, setelah mereka merasakan diri merek ‘didesak’, mereka terus berbuat demikian.
            “Kamu dulu, yang bertopi ‘B-Boy’”, pinta Cik Suliana lagi. Khair menunjuk ke arahnya sambil mengangkat kening.

            “Assalamualaikum. Nama saya Khair Iskandar. Boleh panggil Kai saja. Saya dari jurusan bisnes. Part two this year”. Khair hanya memandang ke arah Ali. Ali rasa tak sedap hati lalu menuturkan kata-katanya dengan yakin setelah menyedari dirinya sedang dinanti untuk didengar oleh para pelajar dan pensyarah wanita itu. Mukanya tak semena-mena bertukar menjadi merah menyala.

            “a’uuzubillahiminassyyaitaanirrajim..bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya, Muhammad Ali bin Muhammad Sadhi. Umur 24. Tinggal di Sri Aman. Masih single and available”, kata Ali.

            Mendengar ayat terakhir Ali itu, seluruh isi bilik kuliah ketawa kecil.
Termasuklah Cik Suliana, yang kelihatan ayu bila cover ketawanya tadi. Muka Ali bertambah merah. Dia menunduk lalu tersengih. Khair yang berada di sisinya turut berbuat sama dengan Ali lalu berbisik kepada Ali :
            "Amboi, berimannya kau, Ali. Bukan main lagi ye ".


            “Baiklah, kamu cakap kamu single, kan? Boleh kamu pilih siapakah gadis-gadis yang ada di depan kamu ini, yang akan kamu jadikan sebagai kekasih hati kamu?”, tanya Cik Suliana lagi.

            “Cik Suliana, sebenarnya kami dah lambat nak ke kelas. Err, lagipun kami seganlah hadir dalam kelas yang penuh dengan student-student lawa cenggini. Tergugat iman”, kata Ali, menipu.

            “Tak apa, sekejap aje. Kesianlah dekat diorang, bila masuk elas asyik-asyik muka perempuan.. mereka pon boring jugak. Betul tak semua?”, tanya Cik Suliana kepada anak-anak pelajarnya.

            “Betul!!!”, seluruh isi dewan kuliah mini itu bergema dengan jawapan pelajar-pelajar Art and Design.

            “Kamu berdua terlibat dalam ujian ringkas kita pada hari ini. Saya cuma nak kamu pilih seorang saja dari pelajar-pelajar saya. Dan cuba kamu menilai sama ada sesuai atau tidak pakaian yang akan dipilih oleh ’pasangan’ kamu itu nanti. Supaya mereka tahu apakah pakaian yang sesuai dengan mereka dan pakaian apa yang bagaimana boleh menarik orang melihat penggayanya”, jelas Cik Suliana.
            ”Boleh?!”, tanya wanita itu lagi, menginginkan kepastian.

            Ali hanya menelah air liur lalu mendongak kepalanya untuk melihat gadis manakah yang bertuah dan berjaya mencuri hatinya. Dia memerhati setiap muka yang terdapat di bilik itu. Agak payah untuk mencari wajah yang diminatinya. Sebaliknya, bagi gadis- gadis tersebut, mereka hanya tersenyum seperti mengharapkan Ali memilih mereka, masakan tidak. Wajahnya yangbersih, hidungnya mancung, matanya perang raambutnya pun perang. Memang sah-sah habis cair hati-hati setiap perempuan di situ.

            Ali menunjuk ke arah gadis Melayu yang duduk betul-betul bertentangan dengannya. Ali tersenyum sipu. Mukanya merah seperti delima. Wajah wanita yang dipilih Ali memang persis Kirin, kekasih hatinya yang jauh terbang ke Moscow. Tetapi, yang ini bertudung tutup. Rasanya, gadis ini lebih cantik daripada Kirin. Gadis itu hanya tersenyum malu apabila Ali, si jejaka popular kampus itu memilihnya.

            “Khair Iskandar, pilihan kamu?”, tanya Cik Suliana.

            “Emm... gadis yang berambut pendek itu”, sekejap saja Khair memilih perempuan berbanding dengan Ali yang kira-kira mengambil masa 5 minit untuk mencari pasangannya.

            Khair baru perasan, perempuan yang dipilihnya tadi itulah Alya. ‘girlfriend’ idamannya dulu semasa  di sekolah rendah dulu. Dia masih lagi ingat gadis itu berlesung pipit di kedua-dua belah pipinya dengan wajah yang cerah dan comel. Memang benar, dia adalah ciri-ciri wanita idaman Khair selama ini walaupun tujuannya suatu hari nanti akan kenakan Alya, yang pernah menolak ‘cinta’nya dahulu. Dia pernah kecewa kerana gadis itu.

            Setelah dipanggil oleh Cik Suliana, kedua-dua wanita itu menuju ke hadapan kelas.
           
            ”Baiklah, sekarang kamu berdua pilih mana-mana pakaian yang sesuai dengan kamu. Kemudian, dengar pandangan daripada pasangan lelaki kamu berdua tentang pakaian yang kamu pilih. Ali dan Khair tolong beri komen yang jujur dan tulus dari hati kamu. Faham?”, jelas Cik Suliana. Mereka pun memilih salah satu pakaian yang mereka sukai. Tidak susah, hanya memilih dan tunjukkan kepada ‘couple’ masing-masing. Alya memilih pakaian yang bewarna krim pekat bersulamkan manik bewarna gelap di sekeliling potongan tagan dan bahagian hujung kain. Kelihatan seperti ‘jubah  -kelawar’ yang sangat unik tapi ringkas.

            Wana, pasangan kepada Ali pula memilih baju kurung kosong dengan kain bercorak batik bewarna biru turquoise. Baju adalah jenis chiffon bermutu tinggi dan manik-manik kecil yang jernih menghiasi di bahagian dada dan hujung lengan. Pakaian ini sesuai untuk orang yang tinggi dan ramping.
Wana menunjukkan kepada Ali pakaian yang dipilihnya tadi. Katanya :
            “Cantik!! Secantik tuannya. Cik Suliana, saya rasa student cik ni memang pandai sangat bergaya”. Merah muka Wana dipuji begitu. Dia menundukkan pandangan sambil kadang-kadang mencuri-curi pandangan Ali. Cik Suliana pun hanya mengangguk sambil tersenyum manis.
           
            “Pasangan Khair pula?”, pinta Cik Suliana. Alya terus menoleh ke belakangnya untuk menunjukkan baju pilihannya itu kepada Khair. Wajahnya sedang memberi harapan yang penuh.

            “Saya rasa, pakaian ini memang sesuai sangat dengan kulit dan wajahnya. Orangnya pun cantik dan boleh dikatakan perfectlah! Tetapi ada sesuatu yang terkurang dalam dirinya. Alya akan lebih manis kalau bertudung macam pasangan Ali ni”, perli Khair. Terkejut beruk Cik Suliana dan student-studentnya. Panas pulak telinga orang yang diperlinya. Sedih pun ada. Malu pun ada. Tapi, Khair rasa puas sedikit. Dia Cuma berkata seikhlas dan setulus hatinya tentang Alya, sepertimana yang dipinta oleh Cik Suliana tadi. Kali ni baru sedikit dendamnya terbalas. Rasa lega sedikit.

            “Dah, cukup!! Awak berdua boleh pergi sekarang”, kali ini suara Cik Suliana tegas sedikit. Ali sempat memohon maaf bagi pihak dirinya dan rakannya, Khair sebelum melangkah keluar.

            “Alya?? Macamana dia boleh tahu nama aku Alya? Aku pernah jumpa diakah sebelum ni?”, katanya di dalam hati. Dia mengimbau kali pertama dia bertentang mata dengan Khair di kampus ini ialah semasa di depan hostel puteri. Itu pun dah berbulan yang lalu. Dia masih lagi tetanya-tanya.  Siapakah Khair ni sebenarnya? Apa yang membuatkan Khair mengenalinya? Kenapa Khair memalukan dirinya? Apa yang Khair nak darinya? Adakah Khair tu benar-benar berperangai sebegitu?

            Alya terus ke tempa duduk dengan minda yang masih terawang-awang.


   **************************************************
bersambung