----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Selasa, 14 April 2015

part3


 KEESOKANNYA


Hari ni, Haziq bawa semua pakaiannya masuk dalam asrama. Haziq mengheret malas beg pakaiannya sambil matanya memerhati nombor bilik dormnya. “..nombor 4, nombor… nombor 5!!”

Haziq meraba-raba kunci biliknya di dalam kocek seluar ketatnya.
”Tak jumpa!! Mana ni!!” dia jadi kalut pada masa itu. Kuncinya ‘hilang’ entah ke mana. Dia tak ada pilihan lain, dia terpaksa bertanya kepada budak-budak senior di situ. 

“Abang, bilik ni senior roommate dah masuk ke?”, tanya Haziq.

“Dah, baru tadi masuk. Kenapa erk?”, kata Anjay, senior bilik sebelah. Haziq hanya tersenyum comel sambil menggelang-geleng kapalanya.

Tuk! Tuk! tuk!
Tuk! Tuk! Tuk! Tuk! Tuk!

Semua orang yang lalu dibelakangnya melihat pelik ke arahnya. Malu lah dia asyik diketuk-ketuk tapi tak dibuka pintunya. Tak lama kemudian…

            kreeekkk. 

Daun pintu perlahan-lahn dibuka. 

           “Hei, ketuk tu boleh bagi salam dulu tak? Hah?!!”, roommate Haziq bersuara. 
       
         “Manalah saya tau dalam bilik ni Islam ke idaaak”, jawab Haziq.

         “Sorry lambat bukak, abang baru selesai solat kejap tadi”, jelas roomatenya itu. Dia menukar topik lain. 
        "Betul jugak kata budak ni, kalau bukan Muslim, mau lain jadinya, kan?", roomate Haziq berkata dalam hatinya. Khair  mendengus panjang, "Maksud abang, bagilah salam 1Malaysia lain kali. Kan semua kaum boleh jawab", dia menangkan diriya.
             

Haziq tidak berkata apa-apa.  Dari tadi Haziq asyik perhati muka roomate dia ni, macam kenal. Tapi, kat mana?

            “Eh, abang ni yang langgar saya kelmarin, kan?”, tanya Haziq. Kali ni, Khair Iskandar pulak yang memerhati Haziq. Dia sebenarnya tak perasan yang Haziq sebenarnya yang ketuk pintu biliknya tadi. 

             “Yelah, betullah tu. Kenapa? Nak battle lagikah? Kau tak puas hati lagikah dengan aku ni?”, bebel Khair Iskandar.

            Ppaanggg!!!

          Haziq menutup pintu bilik. Matanya tak berkedip.  Merenung tajam ke dalam mata Khair . Dia menghempaskan beg pakaiannya di lantai. Haziq berjalan perlahan-lahan menghampiri roomatenya yang asyik control 'maco' dengan songkok sengetnya itu. Haziq semakin dekat dengan Khair. Khair melangut ke atas untuk melihat mata Haziq yang tinggi dua inchi daripadanya.

                  “Bila-bila masa pun boleh..”, kata Haziq.

                   Khair ketawa melihat gelagat Haziq yang mengugutnya. 
       
            “Hoi, budak hingusan! Nak cakap tu pandang-pandanglah sikit. Dah lah rambut macam pokok bonsai . Ada hati nak lawan dengan orang. Pegedaa!!” sinis Khair.

                “Sebonsai-bonsai aku, bonsai ni lah yang lagi tinggi daripada kau, tau tak?!”, balas Haziq. Muka Khair semakin serius. 

               “Kau budak course apa?”, tanya Khair. 
    
              “HM!”, jawab Haziq ringkas. 

           “Oo, budak hotel. Kalau kau nak tau aku ni bekas budak HM jugak, tapi sekarang aku dah tukar Ke bisnes, kau tau kenapa? Hahh!!??”, suara Khair yang tinggi membuatkan Haziq tergagap nak menjawab soalanya. 

               “T ,taak, tak tau..” suaranya perlahan sahaja.

            “Sebab aku dah bakar kepala classmate aku yang kurang ajar tu.. dalam oven. Sampai pengsan budak tu”, sengaja Si Khair ni memperlahankan perkataan ‘oven’ di telinga Haziq. 

             Seram sejuk Haziq dibuatnya, 
          "Biar betul lelaki ni! Kalau betul dia buat macam tu, kenapa pihak universiti tak tendang aja dia keluar? Kenapa nak bela lagi orang yang brutal macam dia ni?!", kata Haziq dalam hati.

            “Habis tu, kalau..” belum sempat Haziq menghabiskan ayatnya, pintu biliknya diketuk.

             “Kai, sini jap”, panggil Ali, kawan karib Si Khair.

              “Malam ni jom lepak kat depan kedai mamak depan sana tu?” , tanya Ali.

           “Ok, malam ni pukul 9 aku tunggu kat bawah” Haziq hanya mendengar perbualan mereka berdua sahaja. Tak lama kemudian, Khair masuk semula ke dalam bilik lalu mengunci biliknya. 

                 Khair bertanya kepada Haziq, “Yang ketuk-ketuk pintu bilik ni tadi, kau tak bawak kunci ke?”.

                    “Aku bawaklah!", kata Haziq.
                           
                      Khair memandang ke bawah.
                   “Kau dah tak de duitke nak beli seluar besar sikit? Macam nak kuruskan kaki je aku tengok. Kau fikir  elok sangat ka pakai macam ni? Hodoh tau tak…”, bebel Khair lagi.

                    Muka Haziq merah menyala tanda marah. Mana taknya 'selamba badak' aja dia cakap macam tu.
                  “Kau ni, tanya nama aku pon tidak, hormatlah sikit. Aku ni paling senior kat sini tau. Dah lah ketuk pintu tak bagi salam, pastu main redah je. Entah betul ke tidak ni bilik dia.”, bebel Khair lagi. 

                Haziq menjeling kearah Khair yang asyik berdiri bertentangan dengannya. Membebel tak tentu fasal. Rimas pulak Haziq. 

                 “Suruh tanya, tak nak tanya. Hei, kau ni berlagak betul… “ belum sempat Khair habiskan kata-katanya, Haziq bersuara. “abang, intro?”.

              “Hehe.. soalan macam dalam baru nak berkenalan dalam Facebook. Lantaklah. Haa, tau pon takut. Aku Khair Iskandar Johari, kat sini semua orang panggil aku  Kai. Budak part two tahun ni, dan bekas vandalism sekolah..”, jelas Khair.

                  “…hei, tadi cakap budak paling senior la ape lah, hamprak. Kau memang penipu kan?” Khair hanya tersenyum sinis. Khair mengundur ke belakang lalu rebahkan jasadnya di atas katilnya yang dihiasi dengan cadar kartun spongebob. Comel aje!

            “kau ni Haziq kan? Fullname kau?”, tanya Khair. 

       Haziq menjawab dengan mimik penuh meluat. “Haziq Kusyairy Datuk Abdullah!!”, jawab Haziq dengan penuh bangga. 

          “Wah!! Patutlah berlagak bukan main, anak Datuk rupanya. Siap tekan-tekan lagi perkataan ‘Datuk’. Tapi, kau jangan ingat kat sini kau boleh buat sesuka hati kau.  Tu, kawan aku yang ada berdarah raja, Tengku lah apa lah pun tak bangga dan berlagak macam kau. Kau dengar sini, sekali aku dengar kau berlagak kat kampus ni, dua kali ganda kau jadi ‘mangsa’ aku”, ugut Khair.
            ”Dahlah, kalau layan kau, sampai esok pon tak kan habis. Aku gi mandi jap. Ha kat luar hujung sekali tu, tandas. Yang sebelah kiri tu bilik mandi. Nanti kau gi tengok sendiri ye”.

            Khair pun mencapai tuala ungunya lalu perlahan-lahan meninggalkan Haziq di dalam dorm. Haziq sudah bosan setelah berkemas itu ini. Dia pun melihat hiasan yang ada di sekeliling dinding biliknya. Ada tertulis di situ:

AMARAN!!
Kepada budak part 1 dorm no.5 HOSTEL PUTERA ¾ sila ikut arahan seperti berikut:
1.     Buang sampah di dalam tong sampah
2.     Hiasan dinding bertemakan superhero tak dibenarkan
3.     Handphone untuk hubungi kekasih diharamkan
4.     Tidak boleh makan makanan yang manis di dalam bilik
5.     Solat guna kopiah dan sejadah sendiri. Kalau nak pinjam kena denda basuh kopiah dan sejadah sampai bersih dan wangi
6.     Dilarang bawa perempuan masuk ke dalam dorm ini
7.      Tak boleh simpan gambar awek di dalam dorm ini. jika dijumpai nahas dikerjakan.
8.     Ikut cakap senior kat sini melainkan yang ditegah dalam Islam
9.     Jangan mengata facy atau senior. Jika dietahui dimerit 5/100
10.Balik dorm sebelum pukul 5.30 petang
Lain-lain perkara melainkan di atas adalah dibenarkan.
Sekian makluman untuk budak part 1 2013/Feb. TERIMA KASIH.

Daripada:
Bang Kai

            “MAK AI, undang-undang sendiri Nampak?! Bang Kai ni memang nak kenalah. Kenapa tak rapatkan saja perkataan ‘bang’ dan ‘kai’ tu. Jadilah, BANGKAI. Haha, lawak juga kalau ditafsirkan nama roomate aku ni. Uniknya nama ni. Banyak maksud.  Bang Kai memang  betul-betul ‘BANGKAI’!!”, kata Haziq sampai ketawa sakit perut.

            “Ape kau cakap tadi?!”, tiba-tiba suara Khair terselit. Sejak bila dia masuk bilik?

     Haziq tersengih seperti kerang busuk lalu mencapai tuala di atas katilnya kemudian menyangkutkannya pada bahu kanan. 
            “Aku cakap kalau Bang Kai mandi dah  pun masih busuk macam bangkai!!”, jerit Haziq. Khair hanya tersenyum. Kenapa dia tak marah? Sebab ‘Bang Kai yang tulis surat ‘amaran’ tu bukannya dia, tapi Kairuddin, ketua asrama dorm ni. Budak-budak kat sini memang panggil dia ‘Bang Kai’. Tapi kalau untuk Khair Iskandar memang diorang panggil Kai saja. Khair ketawa sendirian sambil memerhati kertas undang-undang itu.


                        ***************************************
...bersambung..