----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Ahad, 13 Januari 2019

‘99 CAHAYA DI LANGIT EROPAH’


Masa aku sekolah rendah dulu, aku pernah dengar, ustaz ada kata sebenarnya Islam ni empayarnya luas tapi jadi semakin kecil sehingga sekarang. Baru-baru ni, aku tonton satu karya dari Indonesia, yang buat aku tertarik adalah ia daripada adaptasi novel tulisan yang aku pasti memang berdasarkan kisah benar. Aturannya sangat indah sebab sekuel file mini berkisarkan kehidupan suami isteri di kota eropah dan situasi yang sebenar dikisarkan dalam layar tersebut. Aku tidak tahu yang di negera sana agak sukar mendapat makanan halal dan Islam agak minimal dari segi penganut dan kemudahannya, tetapi itu mungkin cerita zaman 10-15 tahun lepas berdasarkan jalan cerita filem itu, kenyataannya sekarang ini aku pun tidak tahu. Jika berkesempatan, ingin saja aku pergi ke sana dan lihat sendiri untuk alami apa yang diceritakan dalam filem tersebut. Sekurang-kurangnya aku tahu pangkalnya dan merasa dugaan tinggal di negara yang dominasinya Kristian dan agama lain (mungkin tidak dominan).

Melalui cerita tu, di Vienna Austria aku dapat tahu yang tempat untuk beribadat sangat terhad terutamnya untuk pelajar Islam di universiti. Sehinggakan adanya kekangan bilamana ada peperiksaan pada waktu solat Jumaat. Di sekeliling mereka makanannya sangat mudah mendapat yang tidak halal. Dan jika ‘dalaman’ tidak kuat, tidak mustahil akan mulai merasa makanan terlarang tersebut. Na’uzubillah. Melalui ceritera ini juga, aku dapat tahu wanita bertudung memnag sukar mendapat pekerjaan meskipun mempunyai kriteria-kriteria yang sangat dicari-cari. Bahasa pertuturan juga menjadi subjek penting dalam komunikasi kerana kebanyakan mereka fasih berbahasa Jerman, dan kadangkala Bahasa perantara Bahasa Inggeris juga tidak difahami mereka. Ya Allah, sukarnya hidup di Vienna. Heroin cerita ini, mengikuti kursus Bahasa Jerman supaya memudahkan pertuturan sepanjang berada di sini.

Yang paling menarik perhatian ku bila Hanum dan Rangga berhijrah ke Paris dan di situ bermulalah penjelajahan kesan peninggalan taklukan Islam di negera tersebut. Hanum dibawa oleh Marionne ke Muzium Lourve . di luarnya ada pyramid yang lut itu. Dalamnya ada lukisan-lukisan dan patung. Satu lukisan Mariam, ibu Nabi Musa. Di situ, terungkai rahsia di mana ada tulisan ‘pseudo kufic’ iaitu tulisan ara yang berangkai yang terdapat pada tudung yang dipakainya. Aku terpesona kerana ini perkara yang tak pernah aku lihat dalam hidupku dan tak pernah diceritakan.


Di sisi tudungya ada tulisan ‘la ilaha illallah’ yang bermaksud tiada Tuhan selain Allah. Tulisan ini kelihatan banyak terdapat di kebanyakan barang dalam muzium ini, bahkan pada baju Raja Roger dari muzium di Vienna turut terdapat psedo kufic ini. Ini bukti zaman pertengahan eropah ditakluk Islam dan dapat dilihat dari segi kesenian dan sebangainya.


Di paris juga terdapat satu gerbang yang dipanggil ‘Gerbang Kemenangan’ iaitu Arch de Thriomphe atau de Etoile’ sebagai penghormatan kepada pejuang-pejuang Perancis terutamnya di zaman Perang Napolean.  Di situ terdapat nama-nama pendekar dan ada satu makan pahlawan yang tak dikenali semasa Perang Dunia Pertama. Yang menariknya, gerbang ini di tengah-tengahnya terdapat satU garis yang lurus (champ elysees), yang mana di garisan itu adanya Tugu Emas (Oblisk Monument), pancuran air, dan Muzium Lourve. Yang menjadi pertanyaan, kenapa ia berada di satu garisan yang lurus? Ini adalah idea Nepoleon selepas menjalani penjelajahan ke Mesir. Jika kita lihat dari peta, patung askar zaman Napoleon yang berasa di gerbang itu menuju kearah timur kita akan menemukan bangunan yang sangat menjadi kebanggaan umat Islam. Ke arah Tenggara Timur akan melepasi pergunungan Alps Switzerland, ke Itali, Yunani, merentasi laut Mediterannean, Mesir, Arab Saudi dan Mekah Mukarramah. Ya, ia menuju ke kiblat umat Islam!



Aku terpesona dengan jalan cerita kisah ini, dan menjadikan aku rasa terus ingin tahu dan menjelajah apa perkara yang aku tak pernah tahu dalam hidup aku. benar, aku orang Islam, tapi belum tentu aku Islam dalam jiwa dan pemikiran. aku perlu tahu jelajahan agamaku di mana? tahap mana? dan kenapa ada penafian dan 'persembunyian' di sebalik fakta-fakta itu?

Tiada ulasan: