SOUFFLE CHEESECAKE/JAPANESE COTTON
CHEESECAKE
Bahan-bahan:
3 biji telur ayam (asingkan telur putih dan
kuning)
120gm coklat putih
120gm cream cheese
Cara-cara:
1.
Cream cheese diletakkan di luar
peti sejuk sehingga mencapai pada suhu bilik. Sekurang-kurangnya 30 minit
sebelum melakukan proses membuat kek dimulakan.
2.
Potong mayang dan halus-halus
coklat. Kemudian, masakkan coklat secara double-boiled iaitu bekas besi yang
mengandungi coklat diletakkan didalam periuk yang berisi air panas dia atas
api.
3.
Bila sudah cair, alihkan periuk
dari api dan masukkan cream cheese ke dalam bekas besi yang ada coklat yang
dicairkan tadi tu. Kacau sehingga sebati ye. Gaulkan.
4.
Bila sudah suam kuku sebatian
tadi, masukkan telur kuning. Gaul sebati ye.
5.
Putih telur ditumbuk sehingga
meringue/ bertanduk. Cara nak test, terbalikkan bekas, kalau telur tu kental
dan tak meleleh, maknanya dah boleh hentikan tumbukan ye. Masukkan putih telur
sedikit demi sedikit dimulai dengan 1/3, kemudian 1/3 dan diakhiri dengan 1/3 bahagian.
Perlahan-lahan ye.
6.
Adunan ini untuk Loyang kecil
(5inci). Alas dengan baking paper.
7.
Panaskan oven 20 minit awal
suhu 170 darjah Celsius api atas bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan