----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Selasa, 23 Januari 2018

GULAI IKAN KELI

GULAI IKAN KELI
1.       Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur sesudu makan, dan daun kari sampai naik bau.
2.       Masukkan pes kari ikan baba’s yang dibancuh bersdama sedikit air.
3.       Biar rempah pecah minyak dan masak.
4.       Masukkan timun yang telah dipotong serong (sebiji) ke dalam rempah yang telah pecah minyak tadi. Masukkan santan dan tunggu sehingga timun masak.
5.       Masukkan daun senohom (daun dalam kuah laksa)
6.       Masukkan ikan keli 2 ekor yang telah disiang dan dipotong serta dikelar kulitnya ke dalam periuk.
7.       Masukkan garam dan gula. Masukkan sos cili, jika mahu.
8.       Tutup api.
9.       Siap!
#resepimakofficial


SAMBAL PETAI
1.       Rebus petai yang telah dipotong dan disiat kulitnya . contohnya 2 keping petai, rebus sehingga keluar air seakan-akan merah sedikit. Atau kelihatan petai sudah masak, agak kemerahan dan kecoklatan sedikit jika dibandingan dengan warna sebelum ia direbus.
2.       Sediakan segenggam / segenggam setengah ikan bilis yang telah dikopek tahi dan tulangnya. Basuh dan selawat semasa mencuci ikan bilis yang disediakan tadi.
3.       Blender bawang untuk menumis (bawang kecil 2 ulas, bawang putih 2 ulas). Tumbuk pun taka pa.
4.       Masukkan sedikit minyak untuk menumis bawang yang diblender tadi. Tumiskan bawang sehingga naik bau.
5.       Masukkan cili giling 1 ½ sdm (ikut kesukaan tahap kepedasan anda)
6.       Masakkan cili tadi sebetul-betulnya untuk elakkan sakit perut atau cili tidak masak. Nanti tak sedap dan bau cili.
7.       Dah masak cili tu, kemudian masukkan ikan bilis. Masakkan sehingga ikan lembut.
8.       Masukkan garam dan gula.
9.       Masukkan petai, masukkan air jika perlu untuk masakkan lagi oetai tadi. Tunggu sehingga sambal menjadi sedikit pekat.
10.   Sesuaikan rasa yang disukai sebelum tutup api.
11.   Siap!


#resepimakofficial

Tiada ulasan: