SOTONG MASAK LEMAK
Bahan A (Kisar): 1
bawang besar sederhana, 3 bawang kecil, 3 tangkai cabai Melaka merah, sedikit
halia, kunyit hidup ibu jari (kalau ada, takpayah letak serbuk kunyit)
BahanB: serai (diketuk),
1sdk jintan putih (ditumbuk), serbuk kunyit secukupnya, santan secukupnya, garam
gula secukupnya, blender kelapa sikit untuk memekatkan kuah
Bahan C: sotong
Hiasan: cabai
hidup (dibelah memanjang), bawang besar (dipotong aliran bulat), daun kunyit
(dipotong memanjang)
cara-cara:
1. masukkan bahan A dalam periuk tanpa minyak. Masakkan bahan
tersebut dalam api sederhana.
2. masukkan bahan dan perisakan dengan garam dan gula.
3. masukkan sotong. Jangan terlalu lama sebelum masukkan bahan
c, mungkin sotong akan liat.
4. masukkan bahan c.
5. siap!
*kalau masak dengan ikan masin, rebus ikan dahulu untuk kurangkan
masin
*selalunya ikan masin diagandingkan dengan nanas, jadi pastikan
ia manis; kalau tak manis, stimkan nenas dengan gula berlumur padany
*kalau nak buat masak lemak ala-ala masam, masukkan sekeping
asam keping/belimbing
*asam belimbing (dalam bilangan 16 yang dibelah 2
memanjang), rebus asam tu dlu sampai buahnya dah clear, Nampak transparent
sikit dan boleh tutup api, dan masukkan dia sebelum masukkan sotong semasa
proses merebus naik dan memasakkan rempah masak lemak tadi..
*mak cakap, jangan letak banyak sangat bawang putih, sebab
nanti dia bau dan kuah masak lemak jadi tak sedap. Ni tekak mak aku aa, dan aku
setuju itu hehe..
#resepimakofficial
Tiada ulasan:
Catat Ulasan