KERABU KERANG (10 orang)
Sedap, sangat sedap. Ratah begitu ja pon sedap ye! Pastikan letak
dalam peti sejuk untuk elakkan kerabu cepat basi kalau disimpan dalam suhu bilik
sebab adanya santan dan kaedah pemyediaan tidak menggunakan api untuk mematikan
kuman.
- kerang 1kg direbus
- pucuk paku segenggam / seikat (direbus hingga batangnya lembut)
- taugeh 2 cawan atau 1 ¾ cawan (dicelur dengan air mendidih)
- beras ½ cawan digoreng perang tanpa minyak (blender, mungkin
ada balance selepas buat kerabu ni)
- tumbuk untuk dibuat sambal: cabai
hidup 1, 4 cabai Melaka (nak pedas, tambah lagi cabai), 2 inci belacan, garam secukupnya
- santan pekat 200ml (kalau nak lebih
wet, tambah lagi atau sediakan air sedikit)
- asam jawa (perah dalam santan tadi)
- hirisan mayang: bawang besar 1, halia
sebesar ibu jari (kurus memanjang)
- kerisik 3sdb / secukupnya
-gula, garam secukupnya
Cara-cara:
1. sediakan bekas untuk menggaul, basuh tangan, sebab noncooked
hehe
2. masuk garam, gula , sambal yang ditumbuk tadi, perahan santan
+ asam jawa yang diramas bersama, halia,
bawang. Gaul rata.
3. rasa
4. lebihkan garam sedikit sebab ada bahan lain yang banyak yang
belum dimasukkan. Masukkan kerisik. Masukkan beras secukupnya, jangan letak semua,
agak-agak dulu.
5. masukkan taugeh, kerang dan pucuk paku
6. gaul rata
7. siap!
#resepimakofficial
Tiada ulasan:
Catat Ulasan