----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Selasa, 23 Januari 2018

KEK BATIK



KEK BATIK



18 keping biskut marie
½ cawan susu tin pekat (sapa nak manis, tambah la lagi)
5 sdb milo
1 sdb serbuk koko
125gm buttercup/marjerin
1/8 cawan susu segar/cair
1 sdk Horlicks
Bekas tapawe makanan segi empat  tepat

1.       Cairkan butter dalam periuk, bila mula mencair, masukkan susu pekat. Kacau sebati.
2.       Masukkan milo, koko dan Horlicks serta kacau sebati.
3.       Tutup api, masukkan biskut marie
4.       Masukkan di dalam bekas tapawe, tekan-tekan untuk memampatkan.
5.       Siap!

SOUFFLE CHEESECAKE/JAPANESE COTTON CHEESECAKE

SOUFFLE CHEESECAKE/JAPANESE COTTON CHEESECAKE



Bahan-bahan:
3 biji telur ayam (asingkan telur putih dan kuning)
120gm coklat putih
120gm cream cheese
Cara-cara:
1.       Cream cheese diletakkan di luar peti sejuk sehingga mencapai pada suhu bilik. Sekurang-kurangnya 30 minit sebelum melakukan proses membuat kek dimulakan.
2.       Potong mayang dan halus-halus coklat. Kemudian, masakkan coklat secara double-boiled iaitu bekas besi yang mengandungi coklat diletakkan didalam periuk yang berisi air panas dia atas api.
3.       Bila sudah cair, alihkan periuk dari api dan masukkan cream cheese ke dalam bekas besi yang ada coklat yang dicairkan tadi tu. Kacau sehingga sebati ye. Gaulkan.
4.       Bila sudah suam kuku sebatian tadi, masukkan telur kuning. Gaul sebati ye.
5.       Putih telur ditumbuk sehingga meringue/ bertanduk. Cara nak test, terbalikkan bekas, kalau telur tu kental dan tak meleleh, maknanya dah boleh hentikan tumbukan ye. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dimulai dengan 1/3, kemudian 1/3 dan diakhiri dengan 1/3 bahagian. Perlahan-lahan ye.
6.       Adunan ini untuk Loyang kecil (5inci). Alas dengan baking paper.
7.       Panaskan oven 20 minit awal suhu 170 darjah Celsius api atas bawah. 

CEKODOK PISANG

CEKODOK PISANG
2 sikat pisang dilenyekkan
Sediakan air garam
Tepung gandum sedikit, sediakan lebih

1.       Gaulkan tepung dan pisang beserta air garam sedikit, tambah gula jika perlu.
2.       Agak-agak adunan boleh dicucurkan did alam kuali panas yang berisi minyak masak.
3.       Goreng
4.       Siap!


#resepimakofficial

LAKSA PENANG

LAKSA PENANG

Bahan-bahan:
1 bungkus laksa direbu sehingga masak
1 kg ikan temenung direbus dengan garam dan asam gelugor- asingkan isi dan tulang ikan

1.       Blender cili kering 5 tangkai dan bawang besar 1 serta sedikit belacan.
2.       Masukkan dalam periuk dan biarkan cabai masak.
3.       Masukkan tulang ikan yang diblender dan ditapis ke dalam periuk.
4.       Masukkan daun senohom dan bunga kantan yang dipotong serong
5.       Masukkan ikan sardine tin kecil 2 yang telah dibuang tulangnya dan dilenyek isinya ke dalam kuah laksa
6.       Masukkan isi ikan temenung yang telah dilenyek kasar.
7.       Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa
8.       Siap!
*hidangkan bersama:
-1 bawang besar yang dihiris mayang nipis
-daun selom dihiris halus
-timun
-nanas
-telur rebus
-cabai Melaka/cili merah/cabai hidup


#rresepimakofficial

CUCUR BADAK /keria


CUCUR BADAK /keria
1kg ubi keledek direbus, dibuang kulit dan dilenyek isinya
Tepung gandum sebanyak ubi keledek dilenyek, kurang sedikit
1 sdk yis
1sdb gula
200ml air garam
Cara: campur semua bahan dan air garam hendaklah dimasukkan sehingga doh menjadi tidak melekat di tangan. Uli doh sehingga lembut. Simpankan untuk keesokan pagi untuk digoreng.

INTI CUCUR BADAK/sfera
1 biji kelapa yang diparut isinya, jangan diperah santan, biarkan begitu.
1 genggam udang kepal yang direndam
Sedikit udang hidup bersaiz kecil
I sdb cili giling
Minyak
Blender serai dan bawang bawang untuk menumis
1.       Tumiskan bahan tumisan
2.       Masukkan cili giling. Biar sehingga masak
3.       Masukkan udang kepal
4.       Masukkan kelapa parut
5.       Masukkan udang
6.       Perisakan dengan garam dan gula
7.       Siap!

#resepimakofficial

MI GORENG

MI GORENG
1 bungkus mi kuning basah
1 batang sawi (dipotong)
1 ulas bawang putih (saiz besar) + 1 ulas bawang merah (saiz besar) untuk menumis
Sedikit kobis, taugeh dan carrot
Sos cili, kicap, kicap mee
1 sdb cili giling
Sedikit air
Gula (garam tak perlu tapi ikut tahap kemasinan kicap yang digunakan)
1 biji tokua (digoreng dan dihancurkan)
1 genggam  udang hidup saiz kecil

1.       Tumis bawang-bawang sampai naik bau.
2.       Masukkan cili, kicap, sos cili, dan kicap mee. Masukkan gula. Perisan mengikut sesedap rasa.
3.       Masukkan air, biar sehingga bahan tumisan dan sambal masak.
4.       Sambal sudah masak, kemudian masukkan batang sawi yang telah dibasuh dan berselawat.
5.       Masukkan udang atau bahan-bahan lain seperti ayam/daging lembu yang telah direbus.
6.       Masukkan mi. kacau sekata.
7.       Masukkan sawi bahagian daun, dan sayur-sayur yang lain.
8.       Masukkan tokua.
9.       Kacau rata sehingga kelihatan asap keluar daripada bahagia mi yang dimasak dalam kuali tadi. Tutup api.
10.   Siap!

#resepimakofficial


GULAI IKAN KELI

GULAI IKAN KELI
1.       Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur sesudu makan, dan daun kari sampai naik bau.
2.       Masukkan pes kari ikan baba’s yang dibancuh bersdama sedikit air.
3.       Biar rempah pecah minyak dan masak.
4.       Masukkan timun yang telah dipotong serong (sebiji) ke dalam rempah yang telah pecah minyak tadi. Masukkan santan dan tunggu sehingga timun masak.
5.       Masukkan daun senohom (daun dalam kuah laksa)
6.       Masukkan ikan keli 2 ekor yang telah disiang dan dipotong serta dikelar kulitnya ke dalam periuk.
7.       Masukkan garam dan gula. Masukkan sos cili, jika mahu.
8.       Tutup api.
9.       Siap!
#resepimakofficial


SAMBAL PETAI
1.       Rebus petai yang telah dipotong dan disiat kulitnya . contohnya 2 keping petai, rebus sehingga keluar air seakan-akan merah sedikit. Atau kelihatan petai sudah masak, agak kemerahan dan kecoklatan sedikit jika dibandingan dengan warna sebelum ia direbus.
2.       Sediakan segenggam / segenggam setengah ikan bilis yang telah dikopek tahi dan tulangnya. Basuh dan selawat semasa mencuci ikan bilis yang disediakan tadi.
3.       Blender bawang untuk menumis (bawang kecil 2 ulas, bawang putih 2 ulas). Tumbuk pun taka pa.
4.       Masukkan sedikit minyak untuk menumis bawang yang diblender tadi. Tumiskan bawang sehingga naik bau.
5.       Masukkan cili giling 1 ½ sdm (ikut kesukaan tahap kepedasan anda)
6.       Masakkan cili tadi sebetul-betulnya untuk elakkan sakit perut atau cili tidak masak. Nanti tak sedap dan bau cili.
7.       Dah masak cili tu, kemudian masukkan ikan bilis. Masakkan sehingga ikan lembut.
8.       Masukkan garam dan gula.
9.       Masukkan petai, masukkan air jika perlu untuk masakkan lagi oetai tadi. Tunggu sehingga sambal menjadi sedikit pekat.
10.   Sesuaikan rasa yang disukai sebelum tutup api.
11.   Siap!


#resepimakofficial

SAGU GULA MELAKA MAK (SHINJUMODIFIED)










Bahan-bahan sagu:
3 cawan sagu
2 cawan gula merah + 8 sdm gula putih

2 cawan air atau lebih (nisbah gula: air = 1:1)
Pewarna – merah, hijau
Cara-cara:
1.       Rendam sagu dalam air. Ketepikan.
2.       Masukkan 200ml air ke dalam periuk bersama gula merah/gula Melaka. Masak dalam api perlahan. Ini untuk dibuat air gula.
3.       Gula larut sepenuhnya, tutup api dan asingkan di tempat lain. Sejukkan.
4.       Sagu yang direndam tadi dibasuh dan ditoskan. Kemudia, masukkan air 200ml atau lebih sikitpum tak apa ke dalam periuk bersama dengan sagu tadi. Masak sehingga biji sagu bertukar menjadi lutsinar. Terserah nak ada sagu yang menampakkan putih seperti separuh masak pon tidak mengapa.
5.       Sagu hendaklah dikacau sentiasa, untuk elak daripada hangit daan pemanasan yang tidak sekata.
6.       Sagu dah masak, tutup api dan basu dgn air utk nampakkan kelutsinaran sagu2. toskan
7.       Bahagikan kepada bahgian-bahagian yang hendak diletak pewarna. Contohnya, ada 2 pewarna nak hendak diwarnakan, jadi bahagikan sagu kepada 2 bahagian. Dan letakkan warna pada sagu serta kacau sehingga warnanya rata.
8.       Hidangkan bersama susu sejat, air gula tadi dan ais ketul.
9.       Siap!

*kalau pakai susu kotak pun bole santan pon boleh.. sedap jugak tu

#resepimakofficial
#resepimodified


PAJERI PERIA DAN TERUNG

PAJERI PERIA DAN TERUNG

(Pes pajeri sama macam buat gulai daging)
- rempah kari daging baba’s 1 paket
- bahan tumis: bawang putih 2, bawang merah 2, halia 1.5inci (dihiris halus panjang), kulit kayu manis 2, bunga lawang 3, bunga cengkih 3, pelage (macam biji buah oren) 3, daun kari 2 tangkai, kerisik 2sdb
- peria 1 ½ biji dan terung 1 biji (belah tengah dan tengah)
- santan secukupnya
- 3sdb udang kepal/udang kering (dibasuh dan ditumbuk)
- gula Melaka/merah/ putih

Cara-cara:
1. tumis bahan-bahan tumisan sampai naik bau
2. bancuh pes (rempah kari + air sedikit) dan masukkan selepas bahan tumisan garing
3. tunggu sampai pecah minyak
4. masukkan peria dan terung. Bagi rempah resap masuk dalam buah-buah ni dulu.
5. masukkan santan dan udang kepal/udang kering.
6. masukkan garam, gula Melaka/merah/putih
7. tunggu sampai buah yang dimasak lembut /seperti yang diingini
8. siap!


#resepimakofficial

KERABU KERANG (10 orang)

KERABU KERANG (10 orang)
Sedap, sangat sedap. Ratah begitu ja pon sedap ye! Pastikan letak dalam peti sejuk untuk elakkan kerabu cepat basi kalau disimpan dalam suhu bilik sebab adanya santan dan kaedah pemyediaan tidak menggunakan api untuk mematikan kuman.

- kerang 1kg  direbus
- pucuk paku segenggam / seikat (direbus hingga batangnya lembut)
- taugeh 2 cawan atau 1 ¾ cawan (dicelur dengan air mendidih)
- beras ½ cawan digoreng perang tanpa minyak (blender, mungkin ada balance selepas buat kerabu ni)
- tumbuk untuk dibuat sambal: cabai hidup 1, 4 cabai Melaka (nak pedas, tambah lagi cabai), 2 inci belacan, garam secukupnya
- santan pekat 200ml (kalau nak lebih wet, tambah lagi atau sediakan air sedikit)
- asam jawa (perah dalam santan tadi)
- hirisan mayang: bawang besar 1, halia sebesar ibu jari (kurus memanjang)
- kerisik 3sdb / secukupnya
-gula, garam secukupnya

Cara-cara:
1. sediakan bekas untuk menggaul, basuh tangan, sebab noncooked hehe
2. masuk garam, gula , sambal yang ditumbuk tadi, perahan santan + asam jawa yang diramas bersama,  halia, bawang. Gaul rata.
3. rasa
4. lebihkan garam sedikit sebab ada bahan lain yang banyak yang belum dimasukkan. Masukkan kerisik. Masukkan beras secukupnya, jangan letak semua, agak-agak dulu.
5. masukkan taugeh, kerang dan pucuk paku
6. gaul rata
7. siap!



#resepimakofficial

KOBIS GORENG (5 orang)

KOBIS GORENG (5 orang)

Bahan-bahan:

2 tangkai cabai kering (dipotong serong)
4 tangkai cabai Melaka
2.5 inci kobis dipotong (kalau ada rongga antara kobis, tu maknanya ada ulat, ye)
1 labu bawang besar (dipotong secara aliran membulat)
8 ekor ikan bilis (dibuang tahi dan tulang)
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1.       Tuangkan minyak, tunggu hingga minyak masak. Masukkan ikan bilis sehingga separuh masak. Kemudian, masukkan bawang besar dan cabai kering.
2.       Goring hingga garing dan masukkan kobis yang telah dibasuh dan diselawat. Masukkan cabai Melaka.
3.       Masukkan garam secukupnya.
4.       Siap!

#resepimakofficial

SEAFOOD MASAK LEMAK (8orang)

SEAFOOD MASAK LEMAK (8orang)
- udang kara, udang rimau, ketam (8belahan)
- blender: bawang besar 1, bawang putih 1 (nanti busuk kalau banyak2 kata mak)
- hiasan: bawang besar 1, cabai Melaka 3
- kunyit secukupnya
- santan
- jintan putih
- lada hitam
- nanas

1. tumis bahan blender tadi
2. letak kunyit secukupnya
3. jintanputih, lada
4. masak sampai mendidih.
5. masukkan  seafood (udang kara last)
6. nenas
7. boh hiasan
8. garam, gula
9. siap!


#resepimakofficial

TOFU JEPUN MASAK CABAI

TOFU JEPUN MASAK CABAI

- Blender: bawang besar 1, bawang putih 3
- cili giling 1sdb
-  tofu jepun digoreng garing (2 paket dibelah 2 setiap satunya, jadinya ada 4 bahagian tofu yang perlu digoreng)
- Bawang besar  1 (hiasan)
- garam, gula

Cara-cara:
1. tumis yang kita blender tadi
2. boh cili giling, tunggu sampai masak.
3. masuk tofu jepun
4. garam, gula
5. rasa, bawang besar.
6. siap!


#resepimakofficial

SAYUR MASAK PUTIH

SAYUR MASAK PUTIH
Campakkansemua (ikut step):
santan
udang kering
babycorn dan carrot (pastikan babycorn dan carrot lembut dan masak dulu sebelum masukkan bahan seterusnya)
suun bihun
kulat kembang hitam
kobis
telur
cabai hidup
bawang besar
garam secukupnya
siap!


#resepimakofficial

TEMPE GORENG SAMBAL

bahan-bahan

Goreng garing:
- 2 paket tempe (hiris nipis)
- bilis segenggam (telah dibersihkan)
- 3 sdb kacang goreng 

Tumis:
- 1 labu bawang besar
- 1sdb cili giling
- 2 tangkai daun kari
- 1 keping asam gelugor
- sedikit air
- aram, gula secukupnya

Cara-cara:
1. pastikan bahan tumis tu cili dia masak sepenuhnya ya. Nanti sakit perut pulak haha.
2. agak-agak dah likat sambal tadi , dan rasa dah boleh lekat semua bahan tadi, sila masukkan bahan-bahan yang kita goring garing tadi.
3. siap!

#resepimakofficial


AYAM MASAK MERAH (4 orang)

AYAM MASAK MERAH (4 orang)

- Goreng ayam dulu (1/2ekor)  dengan kunyit + garam
*hati goring bagi cukup masak (hati2) kecuali kaki sebab suka meletup, bom bom haha
- blender: bawang besar 1, bawang putih 3, halia 2 inci, serai 1, buah keras 1, cili giling 1 sdb

Cara-cara:
1. tumis guna minyak yang goring ayam tadi.
2. Letak bunga lawang 2, cengkih 2, kayu manis 1, 2 buah pelage (macam biji limau tu) serai katok
3. masuk kaki ayam bagi masak dulu
4. letak sos tomato sikit, sos cili, kicap
5. boh semua ayam
6. garam, gula secukup rasa
7. siap!


#resepimakofficial

KERANG GORENG NANAS

KERANG GORENG NANAS
1. rebus kerang, dibuang kulitnya
2. nanas mesti manis (kalau tak manis, rebus dengan air gula)
3. cabai Melaka 4 batang
4. cabai hidup 1
5. Bawang besar1
6. kunyit sedikit
7. gula, garam
8. air sedikit
9. siap!

Cara : resepi campak campak dan sedap
#resepimakofficial



UDANG MASAK SAMBAL

UDANG MASAK SAMBAL
Blender: 1 biji bawang putih, 1 biji bawang besar, 1 thumb belacan, 1 serai
Cara-cara:
1. tumiskan yang blender tadi
2.bubuh cabai giling 1sdb
3. daun kari 2 tangkai
4. serai 1 batang dikatok
5. dah masak sambal, letak ubi kentang 1 biji dihiris nipis
6. ubi dah empuk, bubuh garam dan gula.
7. masukkan udang
8. masukkan bawang besar (hiasan)
9. siap!


#resepimakofficial

TOMYAM

TOMYAM



BAHAN-BAHAN:
1 paket pest tomyam adabi/jenama lain
1 batang serai
2 inci halia
6 keping daun limau
Sedikit pes tomato/tomato puri
Sedikit sos cili
Sejag air
Sayur-sayuran yang disukai (babycorn, carrot, bunga kobis, kobis
Daging/makanan laut yang disukai (ayam, udang, lala (direbus asing)
4 tangkai cabai Melaka
Sebiji bawang Holland
2 tangkai daun ketumbar
Garam dan gula secukupnya

CARA-CARA:
1. pes tomyam 1 paket rebus dengan air sedikit jer, katok halia, serai, daun limau, sos cili sikit, pes tomato, kalau suka pedas, masukkan cabai Melaka dikatok dan dimasuk ke dalam periuk. Masakkan kawan-kawan ni tadi sampai mendidih dan sampai rempah masak.
2. masukkan sejumlah air sehingga mendidih.
3. masukkan benda keras dahulu: babycorn >  carrot > ayam > bunga kobis > tomato > kobis > udang > lala (direbus asing)
4. hiaskan dengan cabai Melaka dan bawang holland, daun ketumbar (bentuk macam daun sup), garam, gula
5. siap!

#resepimakofficial


KERABU MANGGA

KERABU MANGGA
- 2 biji mangga telur *kalau manga masam, rendam dalam air garam, sagat halus memanjang
- tumbuk: 1 biji bawang besar, 4 biji cabai melaka, 1 thumb belacan, 5-7 ekor udang  kering
- 1 cawan santan pekat atau kurang
- kacang goring tumbuk secukupnya
- daun selom secukupnya (dimakan dengan laksa), dipotong halus untuk wangi
- garam dan gula secukupnya
Cara: gaulkan semuanye. siap!

*kalau manga tak masam; letak air asam ye.  Kalau dah masam, no need hehe


#resepimakofficial

IKAN MASAK ASAM

IKAN MASAK ASAM
- goreng dulu ikan (contohnya 3 ekor)
- tumbuk kasar: bawang merah 2, bawang putih 1 kalau besar,  halia 1.5 inci
- katok serai
- hirisan biasa: bawang besar 1, cabai merah 1, cabai Melaka 3 (tak payah potong)

Cara-cara:
1. tumis dulu yang ditumbuk kasar
2. letak air asam, letak serai
3. sudah mendidih. Letak ikan dan hirisan biasa. Gula garam secukupnya
4. siap!

#resepimakofficial


ASAM PEDAS

ASAM PEDAS
Ikut step-step ni je:
1. kisar cabai kering sehingga 1sdb atau lebih (ikut tahap kepedsan yang disukai)
2. kisar bawang besar 1 + belacan sebesar ibu jari
3. rebus dalam periuk bahan yang dikisar tadi. Pastikan cabai masak dengan sempurna.
4. masukkan bunga kantan (dipotong serong secara besar)
5. masukkan daun (daun buat laksa)
6. masukkan asam keping 1
7. masukkan bendi (sudah dibuang kepala). Pastikan bendi empuk.
*bendi muda: ekor boleh dipatahkan. Bendi muda best kalau buat juadah masakan.
8. masukkanikan
9. garam
10. siap!


#resepimakofficial

SAMBAL BELACAN / sambal sencaru sumbat

SAMBAL BELACAN / sambal sencaru sumbat
1 tangkai cabai besar
5 cili melaka
Belacan sebesar ibu jari
Gula, garam
Air asam jawa

Cara: tenyeh cabai Melaka dulu, diikuti dengan memasukkan bahan-bahan lain. siap!

#resepimakofficial

AYAM GORENG MASAK TIRAM

AYAM GORENG MASAK TIRAM
1. rebuskan babycorn dan carrot sehingga separuh empuk.
2. masukkan ayam dan masak sehingga carrot dan babycorn tadi empuk.
3. masukkan semua sayur macam broccoli, bunga kobis, cendawan, bawang holland, cabai hidup
4. masukkan sos tiram secukupnya, nak letak lada hitam (ditumbuk kasar) pon boleh. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. siap!


#resepimakofficial

IKAN BAKAR

IKAN BAKAR
Kisarkan: halia, serai, bawang besar, cabai hidup, kunyit sedikit, garam gula secukupnya (agak-agak dengan ikan yang hendak dibakar)
Lumurkan pada ikan dan balut dengan daun pisang kemudian bakar sehingga masak. siap!
#resepimakofficial



BUDU

BUDU
Bahan-bahan hiasan:
-1 biji bawang besar dipotong mayang
-sedikit perahan air limau nipis
-1 tangkai cabai besar dipotong serong
-3 tangkai cabai Melaka dipotong
-3 tangkai cabai burung dipotong

Cara-cara:
1. basuh dan selawat bahan-bahan tadi dan gaul bersama budu.
2. siap!


#resepimakofficial

INTI KARIPAP DAGING SEDAP

INTI KARIPAP DAGING SEDAP
Sebesar buku planta daging lembu (dipotong nipis dan direbus dengan halia, toskan dan asingkan)
4 biji kentang (potong dadu)
1 tangkai cili hidup (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
3 tangkai daun sup (potong halus)
1 tangkai daun kari
1 biji bawang merah (hiris mayang)
Sedikit perencah kari daging dan kurma
Garam gula secukupnya
Cara;
1. tumiskan bawang merah + daun kari
2. dah garing bahan tumisan, kemudian masukkan sedikit perencah kari daging dan kurma.
3. perencah sudah masak, masukkan kentang dan semua bahan yang tak dimasukkan lagi.
4. tunggu sehingga kentang lembik. Garam gula secukupnya
5. siap!


#resepimakofficial

SOTONG MASAK LEMAK

SOTONG MASAK LEMAK

Bahan A (Kisar): 1 bawang besar sederhana, 3 bawang kecil, 3 tangkai cabai Melaka merah, sedikit halia, kunyit hidup ibu jari (kalau ada, takpayah letak serbuk kunyit)
BahanB: serai (diketuk), 1sdk jintan putih (ditumbuk), serbuk kunyit secukupnya, santan secukupnya, garam gula secukupnya, blender kelapa sikit untuk memekatkan kuah
Bahan C: sotong
Hiasan: cabai hidup (dibelah memanjang), bawang besar (dipotong aliran bulat), daun kunyit (dipotong memanjang)

cara-cara:
1. masukkan bahan A dalam periuk tanpa minyak. Masakkan bahan tersebut dalam api sederhana.
2. masukkan bahan dan perisakan dengan garam dan gula.
3. masukkan sotong. Jangan terlalu lama sebelum masukkan bahan c, mungkin sotong akan liat.
4. masukkan bahan c.
5. siap!

*kalau masak dengan ikan masin, rebus ikan dahulu untuk kurangkan masin
*selalunya ikan masin diagandingkan dengan nanas, jadi pastikan ia manis; kalau tak manis, stimkan nenas dengan gula berlumur padany
*kalau nak buat masak lemak ala-ala masam, masukkan sekeping asam keping/belimbing
*asam belimbing (dalam bilangan 16 yang dibelah 2 memanjang), rebus asam tu dlu sampai buahnya dah clear, Nampak transparent sikit dan boleh tutup api, dan masukkan dia sebelum masukkan sotong semasa proses merebus naik dan memasakkan rempah masak lemak tadi..
*mak cakap, jangan letak banyak sangat bawang putih, sebab nanti dia bau dan kuah masak lemak jadi tak sedap. Ni tekak mak aku aa, dan aku setuju itu hehe..

#resepimakofficial