“Assalamualaikum dan
salam1malaysia. Selamat datang kepada semua pemain dan penyokong pasukan
masing-masing. Berikan tepukan yang gemuruh untuk pasukan Lang Merah daripada
Universiti Hagerodu Mumtaz, begitu juga dengan tuan rumah untuk Festival
Kejohanan Bola Keranjang Peringkat Piala Malaysia (FKBK) berikan tepukan paling
gemuruh untuk pasukan Cakar Rimau dari Universiti Shinako Jiddan! Selamat
datang ke kejohanan kali ke-22 bagi tahun ini”
Ali yang duduk di kerusi di bahagian tengah tempat duduk
penyokong di Stadium Tertutup, kelihatan gelisah menunggu seseorang. Dua buah
kerusi di sebelahnya dibiarkan kosong. Tiba-tiba, datang Khair dari belakang.
“kau lambat lagi, Kai! Penuh dah orang dekat depan tu”,
jerit Ali kerana suasana di Stadium Tertutup Universiti Shinako Jiddan itu
bingit dengan pekikan penyokong dan tiupan wisel yang hingar.
“Aku sesat tadi!”, jelas Khair. Ali tak mendengar dengan
jelas. Khair menghampirkan mulutnya dengan telinga Ali. “Aku sesat!”
Ali mengangguk faham, “mana roomate kau?”, tanya Ali pula.
Khair membuat isyarat sebentar kerana Haziq dalam perjalanan ke sini. Ali
membuat isyarat bagus. Khair mengeluarkan sesuatu daripada beg galasnya.
“Apa tu?”, tanya Ali. Khair tidak membalasnya sebaliknya
sengih di hadapan rakan baiknya itu.
Khair membuka penutup kiwi kasut yang bulat itu. Dia
mencalit sedikit sapuan kiwi pada tiga jarinya lalu dicalitkan pada pipi Ali.
Ali hanya sengih dan tidak berkata apa-apa. Khair memberi pula kiwi kepada Ali
untuk mencalitkannya pada wajahnya pula.
Haziq dicalit dengan kiwi apabila Ali mula perasan yang
roomate rakannya itu sudah tiba di stadium. Rambut Haziq yang berbentuk afro
diwarnakan mengikut logo pasukan
universitinya.
“Haziq! Kau ni tengok World Cup ke apa? Asal teruk sangat
fesyen?!”, tanya Ali sambil tergelak.
Haziq membuat muka pelik sambil berkata, “Whateverlah!”
Khair membelagakan bahunya pada Ali, “OK apa, semangat nak
menang ni. Tengok tu, sampai rambut afro pon dikelerkan semua”
Khair membuat high-five dengan roomatenya.
“semangat mendenye, dah macam patung McD dah aku tengok,
cuma hidung ja tak berapa nak merah, macam badut sarkas!”, Ali memerli Haziq.
Haziq hanya ketawa setelah tersedar Ali sedang membahankan dia.
“Baiklah, sebentar lagi permainan akan dimulakan. Harap
penyokong semua dalam keadaan tenang dan sabar... Dipersilakan... pemain-pemain
dari Universiti Hagerodu Mumtaz untuk masuk padang”, ucap juruacara itu. Lagu
universiti mereka dimainkan sewaktu sebaris pemain masuk untuk mempamerkan diri.
Para penyokong dari universiti tersebut menyanyikan lagu sorakan untuk pasukan
Lang Merah untuk menaikkan semangat.
“... dipersilakan masuk padang, Cakar Rimau dari Universiti
Shinako Jiddan ..”
Kelihatan ahli-ahli pasukan bola keranjang itu masuk ke gelanggang
sambil melambai-lambai ke arah penyokong-penyokong setia permainan itu. Ali dan
Khair menjerit dengan sekuat hati kerana rakan-rakan mereka turut menjadi wakil
dalam pasukan universiti mereka. Kelihatan Barai, Arman dan ‘Ustaz’ Haris yang
menjadi pemain utama alam permainan itu.
Ali yang menjadi ketua pasukan sorak, memulakan sorakan
dengan penuh semangat untuk membangkitkan kesukanan dalam stadium yang gah itu,
“Acilele... Wasuwasuwasa.. Fikifiki dongga.. Wewawewawe
lowalowa.. lu sama lu.. wa sama wa.. lu burung helang.. wa rimau malaya.. lu
tak boleh cele sama gua..
nasi makan dengan gulai .. makan dengan sudu..
. mari ramai-ramai.. cakar rimau nombor satu.. Go Cakar Rimau Go!! Go Cakar
Rimau Go!! Go Cakar Rimau Go! Go! Go!!”
-----------------------------------------------------------------------------
bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan