**************
CUTI SEMESTER
bNadia masuk ke rumah
setelah pulang daripada kerja. Dia ternampak televisyen terbuka.
“
aduhh.. siapa pulak yang tak tutup tv pulak nih. Haish!!”, dia berkata dalam
hatinya.
Nadia menghampiri suis televisyen dan menutupnya. Tatkala
berpaling kebelakang, dia tersentak. Dia menarik nafas panjang. Dan dia terus
berlalu pergi. Dia mengerutkan dahinya yang licin itu.
Nadia menghempas pintu biliknya.
PPPANGG!!
Khair yang terlena tadi terkejut lalu terbangun dari
lenanya. Dia menggosok-gosok matanya yang layu itu.
“Kacau aku tidur je la..”, kata Khair perlahan. Dia lalu
naik ke atas rumah dan masuk ke dalam biliknya.
Nadia membuka pintu bilikya tatkala Khair lalu di hadapan
biliknya.
“Hoi.. sejak bila pula
kau tinggal dekat sini?”, tanya Nadia.
Khair cuma memekakkan telinga. Nadia menolak bahu Khair.
“Suka hati akulah nak tinggal dekat mana. Yang kau sibuk ni
kenapa?”, kata Khair.
“Mulut kau bau macam longkang tau tak ?!”, kata Nadia sambil
menutup hidungnya.
“Boleh tak tolong jangan jerit-jerit? Nanti orang dengar
lepas tu diorang kol penguatkuasa Agama, kena kahwin free ja dengan kau? Nak ke?”, kata Khair kepada Nadia sambil
memekuk mulutnya.
“La ilaha illallah, kau ni. Kan Mak Jah ada kat bawah tu”,
Nadia mendengus panjang meluat.
TOK! TOK! TOK!
Khair dan Nadia saling berpandangan antara satu sama lain.
Nadia nampak dalam ketakutan , muka Khair pula penuh meleleh dengan peluh.
Mereka saling gelabah.
“Mak Jah! Tolong bukakan pintu tu”, pinta Nadia.
“Eh, kau ni. Tadi aku nampak Mak Jah baru ambil wuduk masa
aku nak naik atas ni. Tu la.. aku dah cakap. Jangan jerit-jerit, tak
pasal-pasal orang datang ketuk pintu rumah dah. Abang dengan papa kau tak
mungkin balik tengahari punya la. Ni semua salah kau la! Terjerit-jerit
terpekik. Kau tak sakit tekak ka. Agaknya, kecik-kecik dulu kau tertelan
mikrofon kot?”, bebel Khair, sepupu Nadia.
“shhhh!!! Kau boleh diam tak? Cakap banyak pon tak guna la..
biarlah aku bukak pintu. Tak habis , pot pet pot pet je kau ni...”, Nadia
mengejek Khair. Dia turun dengan pantas lalu memulas tombol pintu dengan
teragak-agak.
Krekkk..
Daun pintu dibuka dengan
perlahan-lahan. Nadia menjenguk kepalanya ke luar rumah.
“ Aik?! Mana orangnya?”, kata Nadia perlahan. Khair
memerhati pelik dengan perlakuan Nadia yang mencurigakan itu. Dia turun untuk
turut memerhati tetamu yang tidak diundang itu.
“ Kenapa? Siapa yang datang?”, tanya Khair.
SURPRISE!!!
Nadia dan Khair terjerit kecil kerana terkejut. Mereka
memandang ke bawah untuk melihat tetamu bertubuh kecil itu.
“Rayyan pergi mana tadi? Puas mak su cari Rayyan tadi dekat
sekolah”, adu Nadia kepada anak buahnya.
Rayyan tidak menjawab soalan Nadia dahulu, sebaliknya terus
memeluk Khair yang sudah lama tidak berjumpa itu.Khair mendukung Rayyan yang
ringan itu.
“Abang.. lamanya tak jumpa. Ayyan rindu sangat dengan
abang”, kata Rayyan yang manja itu kemudian Khair mencium pipi Rayyan yang gebu
itu.
“Kenapa Mak su tak ambil Rayyan? Kesiannya dekat Rayyan.
Ish! Ishh! Ish.. sampai hati mak su”, ejek Khair. Nadia mencubit tangan Khair.
Dia mengaduh kesakitan.
“Tu la.. Mak su memang kejam . mak su suka lambat pick
up Ayan. Penat Ayan tunggu mak su sampai
sejam. Nasib baik cikgu Ayan nampak Ayan. Dia belanja Ayan makan tadi. Lepas tu
cikgu yang hantar Ayan balik tu”, jelas Rayyan.
“La.. yeke? Kesian Ayan..”, Khair mempertahankan anak Hadi.
Dia mengusap-usap kepala Rayyan. Rayyan ketawa kecil kerana geli bila diusap
kepalanya. Khair menurunkan kanak-kanak yang berusia empat tahun itu ke bawah
dan menyuruhnya mandi.
“okey, Rayyan. Pergi mandi ye. Berbau dah”
“abang Rayyan pun sama ye.. silakan mandi cepat!”, marah
Nadia.
“Ye lah mak su..”, kata Khair sambil mengokong Rayyan yang ketawa
lalu berjalan laju meninggalkan Nadia untuk mengelak dicubitnya lagi .
----------------------------------------------
bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan