Wazera makan tengah hari
bersama suaminya, Johari.
“Abang, abang telefon Baseri tak lagi? Dia cakap si Hadi tu
nak heret baby boy kita pergi jumpa
dia”, tanya Wazera.
“Belum lagi sayang, kejap lagi abang telefon, ye”, jawab
Johari. Dia memang manja dengan bininya. Tengah-tengah sembang, Johari teringat
masa mula-mula mereka bertemu, bertentang mata.
MAC 1990
Di kampung Bentong di Sarawak, ramai orang
bertali-tali menghadiri kenduri kahwin di rumah yang besar dan indah tersergam
yang terletak bersebelahan dengan Sungai Bentong. Kenduri anak sulung Cikgu
Waruyi anak Isan memang meriah. Dia seorang yang peramah dan disayangi
orang-arang kampung. Wayuri anak Isan ialah bapa kepada Wazera. Ketika itu
Cikgu Waruyi dan keluarganya sudah masuk Islam. Nama Islam Cikgu Waruyi ialah
Ahmad Syukri tetapi oleh kerana orang ramai sudah terbiasa dengan panggilan
‘Cikgu Waruyi’, mereka memanggilnya dengan panggilan biasa.
“Era! Era! Nuan ndak mauk
makan? Buat apa di atas tu, rame orang-orang ni! (Era! Era! Kau tak nak
makankah? Buat apa di atas rumah, orang ramai datang ni!), jerit Che Lah, arwah
ibu Wazera.
“Sekejap ibu, saya tengah bersiap ni!”, balas Wazera. Tidak
lama kemudian Wazera pun turun ke bawah
bersama dengan lima orang rakannya yang lain. Ketika itu badannya ramping
dengan kulit yang putih bersih. Rambutnya diikat dandan seperti anak India.
Umurnya baru 20 tahun.
Sejurus turun dari tangga, Wazera terus melangkah keluar
rumah. Tiba-tiba..
“Aduh!! Sakitnya..”, Wazera mengaduh kesakitan. Dia jatuh
terduduk. Johari menghulurkan tangan.
“Maafkan saya”, pinta Johari dengan nada yang perlahan.
Wazera terus bangun lalu meninggalkan Johari dengn tangan terhulur tak berbalas
nampak seperti patung. Anak matanya tidak berkedip melihat diri Wazera yang
semakin berlalu pergi. Kawan-kawan Wazera yang lain tergelak kecil. Mereka
nampak tergedik-gedik semasa lalu di depan Johari tadi. Johari berkata dalam hatinya :
“Kalau dia berpaling ke arahku, dia akan jadi milikku buat
selamanya”
Wazera yang perlahan
berjalan ke hadapan tiba-tiba menoleh ke belakang.
“yes!! Yahoo!!!”,
jerit Johari. Semua hadirin yang hadir semasa kenduri itu melihatnya pelik.
“Abang! Abang! Ni kenapa tersengih-sengih macam kerang busuk
ni? Makanlah cepat. Ya Allah, sampai kering tangan tu”, tegur Wazera setelah menyedari suami yang
dicintainya itu asyik memandangnya makan dan tak lama kemudian tersenyum
seorang diri.
“Sayang, abang tengah imbas kembali masa kita muda-muda
dulu. Awak nampak comel sangat masa tu. Tapi sekarang lagi ‘comel’. Rasa best pulak kan? “, kata Johari sambil
tergelak.
“Awak pun comel jugak. Tengok sampai dah turun dekat anak.
Tu yang saya sayang sangat dekat abang.
Pergilah basuh tangan tu dulu. Nanti kering kang tak elok kata orang”, kata
Wazera, sengaja nak menyakat suaminya. Bukan dia tak kenal dengan suaminya,
dengar sahaja perkataan ‘comel’ terus tersenyum. Seolah-olah perkataan itu
ibarat sumpahan yang membuatkan Johari enggan mencari yang lain kerana pujian
itu.Itulah rahsia perkahwinan mereka yang kekal sampai sekarang. Masing-masing
pandai menjaga hati dan perasaan masing-masing.
Kringg! Kkriing!!
Telefon Johari berdering.
Dia segera menekan punat answer. Dia
mengepitkan telefon antara telinga dan bahu kanannya. Dia berjalan menuju ke
dapur lalu membuka pili air, membasuh tangannya.
“Assalamualaikum abang”, jawab Johari.
“Waalaikumsalam. Abang baru nak telefon kau, Baseri”, kata
Johari.
“Hadi dah bawak Khair dekat sini. Pukul berapa flight abang sampai minggu depan?”,
tanya Doktor Baseri.
“Pukul 11.00. Macamana dengan Khalis?”, tanya Johari.
“Dia okey saja. Cuma
nak kena pantau sikit la. Dia ni pemalas makan ubat. Tu yang lambat baik tu.
Katanya assignment banyaklah apa lah.
Tadi, Hadi pergi jumpa dia, Khalis janji nak datang untuk pemeriksaan
yang terakhir. Jadi, tak jadi heret dia datanglah hari ni. Kacau tugas dia
pulak kan”, kata Baseri.
“ Budak ni, macam-macamlah”, kata Johari sambil
tergelak-gelak.
“Minggu depan abang
telefon kau la bila sampai nanti. Assalamualaikum”. Tak lama kemudian, Johari
menekan punat end call di telefonnya.
--------------------------------------------------------------------
bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan