“Khalis balik Kuching ye”, kata Khair Iskandar kepada
ibunya.
“Tak payahlah, lagipun semua barang dah siap pack dah ni.
Ada yang dah post ke Semenanjung. Ada juga abah hantar guna kapal, keretalah
perabotlah. Tiga hari je lagi. Jangan risaulah, ye”, kata Puan Wazera.
“OK, OK. Nanti bila mak dengan abah dah sampai Semenanjung,
telefon Khalis OK? Assalamualaikum”, kata anaknya lelakinya pula.
“Waalaikumussalam”, jawab ibu Khair Iskandar. Dia menekan
punat end call.
Khair yang sibuk berbual dengan ibunya melalui telefon
meletakkan telefonnya di atas pelantar kayu seusai ibunya menamatkan panggilan.
Dia memerhati anak sepupunya yang sedang leka bermain bola seorang diri.
“kau dengan Malek macamana?”, tanya Khair kepada Nadia yang
sedang leka melihat anak buahnya bermain. Nadia menjeling ke arah Khair.
“Kau boleh tak jangan sibuk hal aku?”, balas Nadia.
“Nad, aku tanya saja. Tu pun kau nak marah. Asyik ‘bad mood’
ja. Nanti muka tua baru tau”, ejek Khair pula.
“Biarlah!”, marah Nadia.
“Abang!! Jomlah, teman Ayan main! Bosanlah main
sorang-sorang”, rayu Rayyan.
“Rayyan ajaklah kawan-kawan Rayyan datang rumah.. Atau
Rayyan saja yang pergi rumah diorang”, pujuk mak Sunya.
“Tak naklah Mak Su, abang kan ada. Ayan nak main dengan
abang!”, kata Rayyan sambil menunjuk ke arah Khair.
Nadia yang duduk bersebelahan dengan adik sepupunya berkata,
“Mak Su janganlah paksa-paksa orang. Suka hati Ayanlah”, kata Khair Iskandar
lalu berlari dan bermain dengan anak Hadi itu. Nadia tidak sempat mencubit
lengan Khair. Khair ketawa mengejek.
Nadia asyik memerhati Rayyan yang gembira bermain bola
dengan sepupunya itu. Wajah Nadia yang ceria dan gembira tiba-tiba menjadi sayu
tatkala dia teringat nasib Rayyan, ibunya meninggal dunia setelah melahirkan
satu-satunya anak hasil perkahwinan dengan abangnya, Hadi. Nadia memerhati pula
di sekeliling rumahnya yang luas itu. Semakin sunyi. Penghuninya tidak semeriah
dulu. Nadia kehilangan ahli-ahli keluarga yang sangat dia sayangi, ibu dan tiga
orang lagi abangnya telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan
jalan raya sewaktu Nadia bersekolah rendah. Tanpa dia sedari, air panas
mengalir di kedua-dua belah pipinya.
Khair yang tersedar bahawa Nadia sedang menitiskan air mata,
berhenti bermain. Dia membaling bola itu ke arah pelantar untuk menarik
perhatian Nadia. Lamunan Nadia terhenti seketika. Dia mengalih ke belakang dan
mengesat air matanya.
Nadia mengambil bola tersebut dan mengembalikannya kepada
Khair. Khair mendekatinya dan Rayyan hanya memerhati.
“kalau nak join, cakaplah. Janganlah menagis”, pujuk Khair
kepada sepupunya.
Nadia menolak Khair yang berdiri di hadapannya lalu berlari
menuju ke rumahnya.
--------------------------------------------------------
bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan