Pemandangan daripada atas bangunan yang tersergam indah bak istana diraja, itulah seni bina yang menghiasi Universiti Shinako Jiddan yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur. Setahun pengajian Khair dah berlalu , sekarang
masuk pula pelajar-pelajar tahun pertama universiti itu. Hari pertama bagi
tahun pertama menjadi momento paling berharga buat senior-senior buat pala. Bukannya
apa, excited sangat sebab jadi facy bagi
orientasi untuk budak-budak junior kali ni. Best apa!!
Khair Iskandar masuk dengan langkah penuh bergaya masuk ke dalam dewan utama kolej. Khair Iskandar atau nama glamornya di kampus, Kai sekarang bukan lagi macam dulu. Dia bukan budak ‘poyo’ lagi seperti mana yang
digelar budak-budak senior tahun lepas. Sekarang, dia rasa dia dah bebas, tak ada lagi buli dari senior batch lepas. Dia sekarang dah independent, seperti mana yang dia katakan kepada ayahnya dulu. Walaupun sering menjadi dambaan semua gadis di kampus, sifatnya yang 'jual mahal' itu membuatkan dirinya tidak terikat dengan mana-mana wanita. Sehingga kini, dia masih tidak mempunyai teman wanita.
Tiba-tiba datang seorang lelaki muda berjalan meluru di hadapan Khair.
Kadebuk!
Khair dan Haziq berlaga.
“Hoi, jalan tu pandang-pandang dulu boleh tak?”,
tengking Haziq.
“Hai, tinggi suara kau. Budak
baru kan? Pernah tengok tak orang masuk hospital makan penumbuk aku ni?!”,
tengking Khair.
Perang lidah mereka berakhir setelah beberapa ketika selepas
Haziq mengalah.
Haziq ni sebenarnya budak part one tahun ni. Dia baru masuk dan mendaftar di dewan. Dia ada seorang kakak, final
year pada tahun tersebut. Jangan main-main, kakak dia ni garang orangnya tapi cantik
secantik namanya, Amy Nadira. Dekat sini, orang panggil dia Amy saja. Nak dijadikan cerita, Amy bercinta dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda daripadanya. Macam cerita antara ‘Antara Dua Darjat’lah
pulak, sebab balak dia ni taklah berada macam Cik Amy ni. Dah berpuluh yang
datang 'interviu' nak jadi kekasih dia, tapi entahlah, si mamat poyo tu jugak
jadi pilihan dia. Apa istimewanya lelaki tu? Entahlah..
“Baiklah,
orientasi kita akan bermula 10 minit lagi, sila ambil tempat duduk
masing-masing”, kata pengerusi, Kak Opie budak final year course MassCom. Kakak
yang paling 'pro' dalam kolej ni. Memang popularlah dia ni.
Selesai
saja orientasi ringkas yang pertama, budak-budak uni pon tengoklah senarai dorm
yang ditempatkan oleh pihak kolej pada papan kenyataan di dalam dewan sejurus
setelah diumumkan semasa orientasi tadi
“…Haziq Kusyairy HM933088765,
course Hotel Management, hostel PUTERA ¾ bilik nombor 5 , hah Alhamdulillah dapat
jugak".
Haziq mandail nombor telefon kakaknya,
“Helo, kak. Tau tak kat mana hostel lelaki?”, tanya Haziq kepada kakak tunggalnya itu.
“Kat belakang library, pergilah
check tengok. Dormate kau siapa?”, tanya Amy.
“Tak tau lagi sebab Haziq baru
tengok untuk budak part one je”, jawab Haziq.
“Takpelah, adik gi check dulu, nanti karang tak
jumpe, call kakak balik”, Amy mengakhiri perbualannya dengan Haziq. Haziq mendengus panjang, tanda tak berpuas
hati dengan jawapan kakaknya itu.
“Yelah!! Bye!”, matanya menjeling kearah
pelajar-pelajar lain sambil jari telunjuknya menekan punat end call.
Haziq enggan bertanya kepada
facy-facy dan orang sekeliling dia. Orang kata, 'malu bertanya sesat jalan', tapi dia 'malu bertanya last-last jumpa jalan'.
Semua senior saling bertanya, berteman, bersembang.
Biarkan Haziq. Moh tengok,
apa bahana yang dia dapat sebab tak bertanya langsung dengan orang. Berjam-jam dia
menunggang motosikalnya melilau mencari hostelnya. Tak jumpa-jumpa. Mana taknya,
area uni ni besar bukan main. Memang susahlah nak cari.
Dia mendail nombor
kakaknya. “La, bateri kong pulak dah!!”, kata Haziq marah.
Seorang pengawal keselamatan datang
menghampiri Haziq yang sedang terpinga-pinga mencari tempat tinggalnya itu.
"Assalamualaikum, dik. Boleh abang tolong?”, tanya pengawal keselamatan itu.
“Waalaikumussalam.Emmm..Bang Gat, saya tengah
cari hostel putera kat sini, tapi tak
jumpa-jumpa”, kata Haziq dengan nada yang kesal.
“Kenapa tak tanya senior kamu aje? Kan senang. Suruh senior kamu tu ambik kamu di sini. Lagipun jenuh kalau kamu nak mencari sebab hostel sini ada banyak blok, banyak tingkat, abang pon baru kerja dekat sini, abang tak berapa nak cekap sangat tempat-tempat di sini”, jelas pengawal keselamatan itu panjang lebar.
"hehehe.. bateri handphone saya kong bang, saya terlupa bawa powerbank. Macam ni. Abang tunjuk aja area hostel putera. Nanti pandai-pandailah saya cari", pinta Haziq. Haziq tersengih
macam kerang busuk. Salah dia jugak, nak berdikari konon.
"Laa, tak nak pinjam handphone abang ka?", tawar pengawal keselamatan itu. Haziq menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tak mahu.
“Hostel ye, adik jalan terus sini, pastu adik
akan nampak simpang tiga, adik belok sebelah kanan. Kat situ memang semuanya area
budak-budak lelaki”, jelas pengawal keselamatan itu dengan wajah yang kesal.
“Terima kasih bang”, kata Haziq.
-----------------------------------------------------------------------------
...bersambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan