Di dalam sebuah rumah banglo, tinggal tiga beranak yang harmonis. Johari dan isteri, Wazera menjaga dan mendidik anak teruna kesayangan mereka dengan penuh kasih sayang. Dari kecil hingga dewasa Khair Iskandar dimanjakan oleh kedua-dua ibu bapanya. Masakan tidak, dia satu-satunya anak mereka.
“Abah, Khair dah dapat bilik hostel kat sana, , so takyah lah susah-susah nak habiskan duit tu”, kata Khair Iskandar.
“Eleh, cakap besar konon, padahal takut nak duduk sana sorang-sorang, macamlah mak tak kenal anak mak yang sorang ni”, Wazera bersuara sinis.
“Eiih, ape ni mak.. orang tak nak susah abahlah mak, bukannya apa, takut tu ada sik-kitlah, lagipun orang nak belajar berdikari... hehe”. Suasana jadi riang sebentar sementara tiga beranak ini menjamu makan malam di ruang makan.
“Assalamualaikum, Khalis! Assalamualaikum!!!", Hadi memanggil sambil mengetuk pintu. Khair Iskandar membuka daun pintu.
“Waalaikumussalam, oh kau Di, buat apa datang malam-malam buta ni?”, kata sepupunya itu.
“Eh, bukan ke mak kau suruh aku datang malam ni..”, kata Hadi.
“bila masa pulak ni, pergi balik.
Dah lewat malam ni. Kau ni mamai kot?. Malam-malam buta cenggini datang rumah
orang..” belum sempat Khair habiskan kata-katanya Puan Wazera menyampuk.
“Masuklah, Di”, jemput Puan Wazera.
"Kalau nak diharapkan Khalis ni jemput kau masuk sampai pagi besok pon tak dijemputnya”. Hadi masuk ke dalam rumah. Hadi ketawa sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk bewarna perang muda.
"Kalau nak diharapkan Khalis ni jemput kau masuk sampai pagi besok pon tak dijemputnya”. Hadi masuk ke dalam rumah. Hadi ketawa sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk bewarna perang muda.
“Mak, kan dah malam ni, nanti
bahaya Di nak drive balik rumah dia!”, Khair membisik di telinga ibunya.
“Takpelah, Hadi boleh tidur kat sini, kan Di?”, tanya Puan Wazera pada Hadi.
“ Tidur
sini?”, Hadi bisik pada hatinya.
“Mak, mak demam ke apa ni? Rumah kita mana ada bilik ekstra . Kalau ada pun dah jadi setor dah. Dia nak tidur mana malam ni?”, rungut Khair.
“Mak, mak demam ke apa ni? Rumah kita mana ada bilik ekstra . Kalau ada pun dah jadi setor dah. Dia nak tidur mana malam ni?”, rungut Khair.
"Err.. tak apa lah, mak cik. Hadi cuma nak tengok sepupu kesayangan Hadi ni je. Esok kan si Khalis ni dah nak berangkat ke KL. Lepas ni dah tak dapat tengok dia dah", jelas Hadi.
Khair Iskandar atau lebih dikenali dengan panggilan Khalis dalam kalangan ahli keluarganya menerima tawaran untuk masuk ke sebuah universiti yang terkemuka di Kuala Lumpur. Dia terpaksa meninggalkan ahli keluarganya yang tersayang di Kuching.
--------------------------------------------------------------------------------------------------- bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan