----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Ahad, 12 April 2015

Shinju is Mutiara: UKCG 2015

Shinju is Mutiara: UKCG 2015: ASSALAMUALAIKUM  5 April lalu,  aku kena jalankan ujian kelayakan guru (UKCG) di IPG Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.. agak nervous n.. exciting.. UKCG atau Ujian Kelayakn Calon Guru adalah elemen penting yang mesti dilalui oleh setiap bakal guru di malaysia. Ujian ini terdiri daripada dua iaitu :

UKCG
a) ujian bertulis selama 1 jam *kalau tak silap
b) ujian kecergasan fizikal (5 elemen)

Untuk yang bakal menduduki ujian ini.. artikel ni boleh dijadikan panduan untuk anda .. gunakan sebaiknya input yang akan W beri di bawah nanti.. selamat maju jaya..

First of all, persediaan dari segi rohani adalah sangatlah penting.. bagi Muslim, kita mestilah berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Jangan lupa tidur awal. Makan sarapan .. sekadar mengalas perut.. nanti takut tak sempat pula nak makan .. 

-----------------------------------------------------------------------------------------


(a) UJIAN BERTULIS

OKEH, ujian bertulis ada 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. semua kena jawab tau. Masa untuk jawab sangatlah pendek.. meang takkan sempat check jawapan. so, jawab dalam keadaan waras dan rasional. soalan dia hanya mengandungi soalan wajar tak wajar. setuju tak setuju dan soalan berkaitan pernyataan tapi semua dalam bentuk rasional. bahagian A ada  2 pilihan, A dan B sahaja.  . bahagian B ada 4 pilihan, A,B,C, DAN D. bahagian B ni agak susah sikit. macam jawab soalan sivik la pendek kata...

Bahagian A ada 130 soalan. Bahagian B, W tak ingat pulak. HAHA.. harap maaf lah ye.. tak sempat nak nengoknyaa.. hmm.. tapi, korang kena jawab dengan rasional dan sewajar-wajarnya.. in sha Allah..:)



(b) UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF)

ni ada tips sikit, sebelum UKF makesure yang korang buat benda ni

a) makan
b) ke tandas
c) stretching betul2
d)relax, jangan panik

          ha.. korang layan ja lawak dari jurulatih2 di sana.. konfem stres hilang sikit. kalau korang stres, jangan tunjuk stres tu.. just senyum  buat semua yang coach suruh buat..  ikut peraturan.. buat sebanyak mungkin dalam tempoh yang ditetapkan masa buat UKF... senyum ja tau,, jangan masam2.. time kita bersama coach secara personal.. bagi salam.. atau at least senyum .. tunjukkan keramahan anda.. kan nak jadi cikgu, mana boleh malu kan? chill lah..


5 elemen yang kita semua kena buat masa UKF ialah :


a) UKUR BMI

- yg ni kena ukur tinggi dan berat korang ja.. mula2 relaks dulu.. haha.. lepas ni, tengoklah


b) TEKAN TUBI BERVARIASI

  dalam keadaan seperti nak buat sit-up (baring, kaki bengkok 90 darjah, kedua-dua tangan di sisi-lurus atas lantai). kena buat lima jenis pergerakn ketika nak bangun.

- bangun dengan kedua-dua tapak tangan menyentuh tempurung lutut
- bangun  dengan kedua-dua siku menyentuh tempurung lutut
- bangun dengan kedua-dua tangan bersilang antara satu sama lain (macam dalam solat )
- bangun dengan kedua-dua tangan menyentuh kepala
- bangun dengan kedua-dua tangan menyentuh skapula (tulang bahu di bahagian belakang dalam keadaan tangan bersilang )


c) KILAS SISI

berdiri tegak di hadapan garisan. buka kaki selebar bahu anda. minta pertolongan coach yang menjaga anda. jangan memijak garisan tersebut. pastikan bahagian belakang badan bertentangan dengan dinding. dalam ujian ini, setiap calon diuji oleh seorang coach. buat sepantas boleh. mata mesti lihat tempat yang disentuh. buka kelima-lima jari tangan (macam spiderman merangkak)

- sentuh lantai (kaki tak leh bengkok )
- kilas badanke belakang dengan  menoleh di sebelah kanan dan sentuh dinding ( badan tegak)
- bengkokkan badan dan sentuh lantai semula
- kilas badan ke belakang dengan menoleh di sebelah kiri dan sentuh dinding (keadaan tegak )

ulang kempat2 teknik ni sepantas boleh dlam waktu yg diberi

d) LOMPAT KUADRAN

ujian ini juga memerlukan seorang coach untuk seorang calon. ikut syarat2 berikut. semasa melompat :

-jangan memijak garisan kotak
-mendarat dengan  kedua2 belah kaki
-lompat ikut urutan

ujian ni diberi 2 percubaan.. percubaan pertama 10 saat.. kemudian berehat selama 30 saat, sambung sesi kedua.. buat betul2.. nampak senang, tapi bila buat memang W fail.. lompat kuadran yang paling susah dalam UKF, bagi W lah.

e) LARI ULANG-ALIK 20 METER

ujian ni paling mencabar dan meletihkan, yang hampir pengsan pon ada. ujian ni beep-test, orang panggil. bunyi saja beep pertama lari sampai ke garisan akhir. dan seterusnya, bunyi beep terus lari. tapi, kena lari sampai ke garisan sebelum bunyi beep yang seterusnya.. faham tak? kalau tak faham nanti dengar betul2 penjelasan daripada coach masa hari ujian nanti k? ada sedikit tips :

- kalau boleh sebelum UKCG, korang kena pergi jogging, untuk kuatkan otot kaki tu
- kalau korang sampai awal sebelum bunyi beep, joging dulu.. jangan biar kaki terus stop
- lepas  dah habis lari 20 meter ni, mestilah letih kan.. so korang kena berjalan pelan2 .. then bila heartbeat korang tu dh agak reda n stabil.. baru boleh duduk n minum 100+.. haha.. UNTUK KESIHATAN YE..

okeh, tu saja untuk entry hari ni.. moga memberi manfaat kepada anda2 yang bakal menduduki ujian ini. selamat maju jaya


W









Tiada ulasan: