KEESOKANNYA
Hari ni, Haziq bawa semua
pakaiannya masuk dalam asrama. Haziq mengheret malas beg pakaiannya sambil
matanya memerhati nombor bilik dormnya. “..nombor 4, nombor… nombor 5!!”
Haziq meraba-raba kunci biliknya
di dalam kocek seluar ketatnya.
”Tak jumpa!! Mana ni!!” dia jadi kalut pada masa itu. Kuncinya ‘hilang’ entah ke mana. Dia tak ada pilihan lain, dia terpaksa bertanya kepada budak-budak senior di situ.
”Tak jumpa!! Mana ni!!” dia jadi kalut pada masa itu. Kuncinya ‘hilang’ entah ke mana. Dia tak ada pilihan lain, dia terpaksa bertanya kepada budak-budak senior di situ.
“Abang, bilik ni senior roommate dah masuk
ke?”, tanya Haziq.
“Dah, baru tadi masuk. Kenapa erk?”, kata Anjay, senior bilik sebelah. Haziq hanya tersenyum comel sambil
menggelang-geleng kapalanya.
Tuk! Tuk! tuk!
Tuk! Tuk! Tuk! Tuk! Tuk!
Semua orang yang lalu
dibelakangnya melihat pelik ke arahnya. Malu lah dia asyik diketuk-ketuk tapi
tak dibuka pintunya. Tak lama kemudian…
kreeekkk.
Daun pintu perlahan-lahn dibuka.
“Hei, ketuk tu boleh bagi salam dulu tak? Hah?!!”,
roommate Haziq bersuara.
“Manalah saya tau dalam bilik ni Islam ke idaaak”, jawab Haziq.
“Sorry lambat bukak, abang baru selesai solat kejap tadi”, jelas roomatenya itu. Dia menukar topik lain.
"Betul jugak kata budak ni, kalau bukan Muslim, mau lain jadinya, kan?", roomate Haziq berkata dalam hatinya. Khair mendengus panjang, "Maksud abang, bagilah salam 1Malaysia lain kali. Kan semua kaum boleh jawab", dia menangkan diriya.
"Betul jugak kata budak ni, kalau bukan Muslim, mau lain jadinya, kan?", roomate Haziq berkata dalam hatinya. Khair mendengus panjang, "Maksud abang, bagilah salam 1Malaysia lain kali. Kan semua kaum boleh jawab", dia menangkan diriya.
Haziq tidak berkata apa-apa. Dari tadi Haziq asyik perhati muka roomate dia ni, macam kenal. Tapi, kat
mana?
“Eh,
abang ni yang langgar saya kelmarin, kan?”, tanya Haziq. Kali ni, Khair Iskandar pulak
yang memerhati Haziq. Dia sebenarnya tak perasan yang Haziq sebenarnya yang
ketuk pintu biliknya tadi.
“Yelah, betullah tu. Kenapa? Nak battle lagikah? Kau tak puas
hati lagikah dengan aku ni?”, bebel Khair Iskandar.
Ppaanggg!!!
Haziq menutup pintu bilik. Matanya tak berkedip. Merenung tajam ke dalam mata Khair . Dia
menghempaskan beg pakaiannya di lantai. Haziq berjalan perlahan-lahan
menghampiri roomatenya yang asyik control 'maco' dengan songkok sengetnya itu. Haziq
semakin dekat dengan Khair. Khair melangut ke atas untuk melihat mata Haziq yang tinggi dua inchi daripadanya.
“Bila-bila masa pun boleh..”, kata Haziq.
Khair ketawa melihat gelagat Haziq yang mengugutnya.
“Hoi, budak hingusan! Nak cakap tu pandang-pandanglah sikit. Dah lah rambut macam pokok bonsai .
Ada hati nak lawan dengan orang. Pegedaa!!” sinis Khair.
“Sebonsai-bonsai aku, bonsai ni lah yang lagi tinggi daripada kau, tau
tak?!”, balas Haziq. Muka Khair semakin serius.
“Kau budak course apa?”, tanya
Khair.
“HM!”, jawab Haziq ringkas.
“Oo, budak hotel. Kalau kau nak tau aku
ni bekas budak HM jugak, tapi sekarang aku dah tukar Ke bisnes, kau tau
kenapa? Hahh!!??”, suara Khair yang tinggi membuatkan Haziq tergagap nak menjawab
soalanya.
“T ,taak, tak tau..” suaranya perlahan sahaja.
“Sebab aku dah bakar kepala classmate aku yang
kurang ajar tu.. dalam oven. Sampai pengsan budak tu”, sengaja Si Khair ni
memperlahankan perkataan ‘oven’ di telinga Haziq.
Seram sejuk Haziq dibuatnya,
"Biar betul lelaki ni! Kalau betul dia buat macam tu, kenapa pihak universiti tak tendang aja dia keluar? Kenapa nak bela lagi orang yang brutal macam dia ni?!", kata Haziq dalam hati.
"Biar betul lelaki ni! Kalau betul dia buat macam tu, kenapa pihak universiti tak tendang aja dia keluar? Kenapa nak bela lagi orang yang brutal macam dia ni?!", kata Haziq dalam hati.
“Habis
tu, kalau..” belum sempat Haziq menghabiskan ayatnya, pintu biliknya diketuk.
“Kai, sini jap”, panggil Ali, kawan karib Si Khair.
“Malam ni jom lepak kat depan kedai mamak depan
sana tu?” , tanya Ali.
“Ok, malam ni pukul 9 aku tunggu kat bawah” Haziq hanya mendengar
perbualan mereka berdua sahaja. Tak lama kemudian, Khair masuk semula ke dalam
bilik lalu mengunci biliknya.
Khair bertanya kepada Haziq, “Yang ketuk-ketuk pintu
bilik ni tadi, kau tak bawak kunci ke?”.
“Aku bawaklah!", kata Haziq.
Khair memandang ke bawah.
“Kau dah tak de duitke nak beli seluar besar
sikit? Macam nak kuruskan kaki je aku tengok. Kau fikir elok sangat ka pakai macam ni? Hodoh tau
tak…”, bebel Khair lagi.
Muka Haziq merah menyala tanda marah. Mana taknya 'selamba badak' aja dia cakap macam tu.
“Kau
ni, tanya nama aku pon tidak, hormatlah sikit. Aku ni paling senior kat sini
tau. Dah lah ketuk pintu tak bagi salam, pastu main redah je. Entah betul ke
tidak ni bilik dia.”, bebel Khair lagi.
Haziq menjeling kearah Khair yang asyik
berdiri bertentangan dengannya. Membebel tak tentu fasal. Rimas pulak Haziq.
“Suruh tanya, tak nak tanya. Hei, kau ni berlagak betul… “ belum sempat Khair habiskan kata-katanya, Haziq bersuara. “abang, intro?”.
“Hehe.. soalan macam dalam baru nak berkenalan dalam Facebook. Lantaklah. Haa, tau pon takut. Aku
Khair Iskandar Johari, kat sini semua orang panggil aku Kai. Budak part two tahun ni, dan bekas
vandalism sekolah..”, jelas Khair.
“…hei, tadi cakap budak paling senior la ape lah, hamprak. Kau memang penipu kan?” Khair hanya tersenyum sinis. Khair mengundur ke belakang
lalu rebahkan jasadnya di atas katilnya yang dihiasi dengan cadar kartun
spongebob. Comel aje!
“kau
ni Haziq kan? Fullname kau?”, tanya Khair.
Haziq menjawab dengan mimik penuh
meluat. “Haziq Kusyairy Datuk Abdullah!!”, jawab Haziq dengan penuh bangga.
“Wah!! Patutlah berlagak bukan main, anak Datuk rupanya. Siap tekan-tekan
lagi perkataan ‘Datuk’. Tapi, kau jangan ingat kat sini kau boleh buat sesuka
hati kau. Tu, kawan aku yang ada berdarah raja, Tengku lah apa lah pun tak bangga dan berlagak macam kau. Kau dengar sini, sekali aku dengar kau berlagak kat kampus ni, dua
kali ganda kau jadi ‘mangsa’ aku”, ugut Khair.
”Dahlah, kalau layan kau, sampai esok pon tak kan habis. Aku gi mandi jap. Ha kat luar hujung sekali tu, tandas. Yang sebelah kiri tu bilik mandi. Nanti kau gi tengok sendiri ye”.
”Dahlah, kalau layan kau, sampai esok pon tak kan habis. Aku gi mandi jap. Ha kat luar hujung sekali tu, tandas. Yang sebelah kiri tu bilik mandi. Nanti kau gi tengok sendiri ye”.
Khair pun mencapai tuala ungunya lalu perlahan-lahan meninggalkan Haziq di dalam
dorm. Haziq sudah bosan setelah berkemas itu ini. Dia pun melihat hiasan yang
ada di sekeliling dinding biliknya. Ada tertulis di situ:
AMARAN!!
Kepada
budak part 1 dorm no.5 HOSTEL PUTERA ¾ sila ikut arahan seperti berikut:
1. Buang sampah di dalam tong sampah
2. Hiasan dinding bertemakan superhero tak dibenarkan
3. Handphone untuk hubungi kekasih diharamkan
4. Tidak boleh makan makanan yang manis di dalam bilik
5. Solat guna kopiah dan sejadah sendiri. Kalau nak pinjam
kena denda basuh kopiah dan sejadah sampai bersih dan wangi
6. Dilarang bawa perempuan masuk ke dalam dorm ini
7. Tak boleh simpan gambar awek di dalam dorm ini. jika
dijumpai nahas dikerjakan.
8. Ikut cakap senior kat sini melainkan yang ditegah dalam Islam
9. Jangan mengata facy atau senior. Jika dietahui dimerit
5/100
10.Balik dorm sebelum pukul 5.30 petang
Lain-lain
perkara melainkan di atas adalah dibenarkan.
Sekian
makluman untuk budak part 1 2013/Feb. TERIMA KASIH.
Daripada:
Bang Kai
“MAK AI, undang-undang sendiri
Nampak?! Bang Kai ni memang nak kenalah. Kenapa tak rapatkan saja perkataan
‘bang’ dan ‘kai’ tu. Jadilah, BANGKAI. Haha, lawak juga kalau ditafsirkan nama
roomate aku ni. Uniknya nama ni. Banyak maksud.
Bang Kai memang betul-betul
‘BANGKAI’!!”, kata Haziq sampai ketawa sakit perut.
“Ape
kau cakap tadi?!”, tiba-tiba suara Khair terselit. Sejak bila dia masuk bilik?
Haziq tersengih seperti kerang
busuk lalu mencapai tuala di atas katilnya kemudian menyangkutkannya pada bahu
kanan.
“Aku cakap kalau Bang Kai mandi dah pun masih busuk macam bangkai!!”,
jerit Haziq. Khair hanya tersenyum. Kenapa dia tak marah? Sebab ‘Bang Kai yang
tulis surat ‘amaran’ tu bukannya dia, tapi Kairuddin, ketua asrama dorm
ni. Budak-budak kat sini memang panggil dia ‘Bang Kai’. Tapi kalau untuk Khair
Iskandar memang diorang panggil Kai saja. Khair ketawa sendirian sambil memerhati kertas undang-undang itu.
***************************************
...bersambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan