ASSALAMUALAIKUM
rasa lama sangat tak update di blog nih.. berhabuk pula. hari ni nak cerita pasal benda yang jadi dalam hidup aku sejak pagi tadi. pengalaman menghadapi temuduga IPG..
ingat lagi entry 12 April? pasal UKCG tu.. ha, ni ada entry dan info untuk sesiapa yang lulus ujian UKCG tempoh hari.. Alhamdulillah, aku dah selesai temuduga tadi pukul 11 pagi.. temuduga ialah saringan terakhir bagi calon lepasan SPM yang memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selepas Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) ..
terlalu banyak soalan bocor yang aku terima daripada kawan2 .. tapi tu semua untuk persediaan sahaja.. takut tak tahu nak baca apa kan.. jangan jadikan semua bnda tu sebagai tanggapan awak semua yang itulah soalan yang bakal ditanya semasa temuduga.. salah naa.. setiap kursus subjek, setiap maktab, setiap penemuduga akan tanya soalan yang berbeza, kalau sama itu cuma kebetulan atau penemuduga dah blurr tak tau nak tanya apa.. masa print surat tawaran anda akan dapat lihat sesi.. ada orang dapat sesi sau, sesi dua, sesi tiga.. sesi tu maksudnya grup yang akan ditemuduga.. contoh: sesi satu =grup satu.. maknanya grup satu/sesi satu yang akan ditemuduga dahulu..
tahun ni, temuduga di IPG secara berkumpulan, sebab nak jimat masa kan.. ada genglah kan.. boleh curi2 idea kawan..
PAKAIAN BERGAYA YANG DIGALAKKAN ! TRY LA ! :
- pakai nametag macam cikgu (tulisan putih, dasarnya hitam)
- pakai pakaian smart2 sikit macam cikgu, contoh fesyen cikgu yang W dapat tengok masa temuduga tadi.. pakai 'kot' hitam.. macam cikgu disiplin pulak.. haha
-lelaki pakai kemeja dan bertali leher, korang memang hensem gila (butang sampai atas-nampak cikgu yang kemas)
-perempuan pakai baju kurung, jangan pakai rantai berjela-jela, barang kemas dan mekap yang tebal melampau
*bergaya ala-ala guru di sekolah*
ok, cukup untuk leteran di atas, kita thru forward ja la noo..
{situasi bi bawah adalah berdasarkan pengalaman semata-mata, tiada kena mengena sama ada yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.. HEHE }
ADAB SEBELUM DITEMUDUGA :
1. masuk bila diberi arahan
2. duduk apabila disuruh
3. bagi fail-penemuduga yang kutip
SOALAN TEMUDUGA :
- Sila perkenalkan diri anda.
(biodata, aktiviti yg diceburi semasa sekolah, ..)
- Mengapa anda berminat untuk menjadi guru Bahasa Melayu ?
(saya berminat unuk menjadi seorang guru bahasa melayu kerana saya memang berminat dari kecil. saya ingijn mengubah perspektig masyarakat malaysia yang kini selalu menggunakan bahasa rojak dalam komunikas seharian mereka. saya juga ingin memartabatkan bahasa melayu dan teringin untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan bahasa melayu pada zaman dahulu sehingga dikenali sebagai 'lingua franca',...)
...tayangan video.....
(ni video yg penemuduga tayang tadi, nasib baik jumpa.. haha)
- Apa yang anda dapat lihat daripada tyangan video sebentar tadi ?
(ceritalah apa yang korang nampak dlm video ni ..../ bukan pengajaran atau pendapat, cuba faham soalan betul2.. tadi kami kena dengan penemuduga kaw2 punya,, sebab semua bag jawapan untuk pengajaran/pendapat tentang video ni tadi. FOKUS SOALAN DIBERI )
- Apakah persamaan dan perbezaan keadaan kamu dengan video yang ditayangkan tadi ?
- Sekiranya anda seorang guru, apakah yang akan anda lakukan untuk membantu anak pelajar kamu yang mengalami masalah membaca ?
(ajar mengikut konsep pemisahan suku kata : MA+TA=MATA. guna tablet sebab budak2 suka main tablet, masukkan game bahasa dalam tablet tersebut. kaedah nyanyian dalam lagu rakyat : rasasayang hei.. guna kartun masa kini yang menjadi tabiat kanak-kanak dengan mengalih suara,... )
- Apakah yang aka n anda lakukan sekiranya ada pelajar kamu mempunyai masalah disiplin di sekolah?
( nasihat, kaunseling, panggil ibubapa, adakan kempen, memberi didikan agama,... )
- Rumusan dan harapan anda?
penemuduga akan bagi semula sijil2 asal kamu dan kamu boleh balik dah.. haha, i jam setengah seramai 7 orang (lebih/kurang).
TIPS MARKAH TAMBAHAN SEMASA TEMUDUGA :
- Sentiasa senyum bila bercakap
- bahasa tangan dan bahasa badan juga berperanan
- banyakkan guna 'sekiranya saya seorang guru' untuk soalan yg berkaitan
- masukkan fakta
- guna bahasa baku/ elak bahasa rojak
W
7 ulasan:
agak-agaknya kalau saya dapat mata pelajaran matematik, penemuduga tu Tanya soalan apa ya?
hello sis.. err.. nk tnya, sy akan mnjalani temuduga ni next week, adakah penemuduga akan menanyakan soalan yang berkaitan dengan bahasa malaysia? contohnya, mengenai peribahasa dan lain lain?
assalamualaikum ,akak ,akak dapat tak ipg ?
assalamualaikum akak,akak dapt tak ipg tu ?
thanks for sharing!!!nak tnye dpt ke twrn ipg...hehehe
akak,utk video tuh apa yang patut kita jawab jika bkn pendapat & pengajaran jwpn dia???
akak,jwpn yg tepat utk video tu ape sbnrnye kalo bkn pendapat n pengajaran?
Catat Ulasan