“Ziq, pinjam gel rambut”, Khair meletakkan gel itu
pada rambutnya sebelum meminta izin daripada Haziq. Haziq tak mengiakan, tak
menidakkan. Dia hanya mendengus meluat.
“Eh, kau ni asyik pakai barang aku je.
Kalau aku nak pinjam barang kau, sikit pun kau tak bagi aku sentuh”, rungut
Haziq.
“Aku ni bukan orang kaya macam kau, cik abang oi. Kau tak pernah dengar
ka paribahasa Inggeris, ‘Sharing Is Caring’. Lagi pun kalau aku beli, bukannya
aku nak pakai sangat. Dia suka meleleh. Berpeluh kepala aku ni. Lainlah yang
engkau beli ni, branded lagi mahal! Selesa pulak tu bila pakai”, celoter lelaki
itu. Haziq hanya diam dan memandang gelagat Khair memacakkan rambutnya di depan
cerminnnya. Dia perasan perwatakan Haziq yang memerhatikannya.
“kau
ni kenapa? Usha , usha.. Kau suka dekat aku ka apa ni? Aku tengah puji kau ni. Tak nak cakap terima kasih kat aku?”, tanya Khair.
“Yelah,
terima kasih. Memanglah betul gel rambut aku tu mahal, berkualiti. Tapi,
tak kanlah kau tak mampu nak beli benda-benda macam ni. Bukannya miskin kedana sangat. lagipun, aku tengok kau ni mampu ja beli. Bapak kau tu bisnes kereta pulak. Kenapa kau tak pernah bagitau aku, pendek ? ", kata Haziq.
“Tu
bukan masalah engkau. Perlukah aku bagitau kau siapa mak bapak aku?”, balas Khair.
“Kenapa?”, tanya Haziq pula.
Khair duduk di atas katil Haziq. Sebelah dengannya.
“Sebab,
aku suka cerita bila orang tanya aku. Aku tak suka bagitau benda yang orang tak
tanya aku.. Faham?!”, Khair kata dengan nada yang meluat.
“Tapi,
kenapa pulak macam tu?”, Haziq kesal.
“Yelah!! Bapak aku bukannya orang ternama pun. Nanti aku cerita kang orang buat tak tau pulak, kan malu namanya tu..!! Mengada-ngada la.. Gedik la..”, balas Khair.
Haziq membuat mimik muka pelik. dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal itu.
“kau ni, aku tak fahamlah dengan kau! Susah betul nak faham orang yang macam kau ni.. Dah lah, aku dah lambat nak pergi kelas. Nanti kau kunci pintu ni, kalau kau keluar mana-mana”, pesan Haziq.
“kau ni, aku tak fahamlah dengan kau! Susah betul nak faham orang yang macam kau ni.. Dah lah, aku dah lambat nak pergi kelas. Nanti kau kunci pintu ni, kalau kau keluar mana-mana”, pesan Haziq.
Sebelum meninggalkan bilik, dia merampas
gel rambut daripada tangan Khair,
"Lain kali, kalau nak pinjam barang orang tu bagitau dekat tuannya dulu, baru guna, faham? ".
"Lain kali, kalau nak pinjam barang orang tu bagitau dekat tuannya dulu, baru guna, faham? ".
DI DALAM PERPUSTAKAAN
Haziq
mencari buku-buku berkaitan dengan assignmentnya. Sedang asyik membelek
buku-buku di rak, tiba-tiba matanya tertancap pada seorang abang senior yang
rapat dengan Khair. Dia menegur Farhan atau Abang Paan dari situ.
“pssssst!!!
Abang! Pssssttt!! Abang Paan! Abang!”
Farhan menoleh ke tepi. Dia mengangkat
kedua-dua belah kening lebatnya. Haziq
memberi isyarat ke arah tempat duduk di meja berdekatan dengan rak. Farhan meletakkan kembali buku yang dibacanya tadi. Dia perlahan-lahan ke meja itu
lalu duduk bertentangan dengan Haziq.
“Saya
Haziq, roomate Kai”, Haziq memperkenalkan dirinya.
“Ha, kenapa?”, tanya Farhan yang terpinga-pinga.
“Saya nak tanya sikitlah pasal Kai tu ", Haziq berkata. Farhan mengangguk-angguk faham.
"Perangai dia pelik
semacam sejak first time saya jumpa dia. Dia cakap, dia pernah bakar kepala
classmate dia masa dia ambik course HM kat sini. Lepas tu dia macam nak mengelak
aje bila kita tanya pasal dia dan keluarga dia. Saya tak fahamlah dengan dia
tu, dah la pernah buli saya dulu. Dia ingat saya kuli dia kah? Kalau guna
mesin, tak apalah. Dia nak jugak saya basuh baju dia dengan tangan”, adu Haziq.
“Oh! Kai. Dia memang macam tu. Kalau cerita
yang dia bakar classmate tu jangan percayalah. Dia tu bohong kau aja. Saja nak
takut-takutkan hang. Lagipun memang dari dulu dia budak bisnes. Hang ni dah kena kelentong dengan dia!! Hahaha..”, Farhan ketawa besar. Pelajar-pelajar yang tengah kusyuk belajar menyuruhnya diam.
SHHHHH!!!! Dia tertunduk malu.
“family dia?”, tanya Haziq.
“Oh, dia dengan family dia ok ja. Cuma, mungkin dia
merajuk sikit dengan parents dia sebab depa tak pernah jenguk dia pun kat sini.
Dia orang Serawak, tu yang kalau Haziq perasan muka dia pink-pink sikit macam Chinese. Agak-agaklah, tiap-tiap bulan kena balik semata-mata nak
jenguk dia sorang ja. Nampak macam tak berbaloi, kan? Tapi, tu lah. Manja
sangat kot. Sebab tu lah, hang kena buli dengan dia. Dia sunyi la tu..dulu,
masa kat Kuching dia rapat dengan Hadi. Baru hari tu dia mai sini, tapi sat ja.
Hang kenai kan Hadi?”, tanya Farhan.
“Kenai, kenai”, Haziq mengangguk-angguk.
“Tu sepupu dia. Doktor bak hang. Depa dua orang aja yang hidup bersama.
Dari kecik sampai besaq gajah la ni. Memang tak boleh terpisah. Tapi, hang jangan
risau Kai hang tu budak baik punya. Nampak aja brutal tapi besa-besa ja”,
panjang lebar Farhan berceloteh tetapi, perbualannya dengan Haziq terhenti
seketika semasa kekasih hati Amy lalu di depan mereka.
“Bang, tu Arman kan?”, tanya Haziq.
Farhan hanya mengangguk perlahan.
“Kenapa dia dengan perempuan tu?”, tanya Haziq lagi.
Farhan mendengus panjang lalu berkata.
“Ish! tak tau la Haziq oi, abang pun tak faham dengan dia. Sejak awek dia dah grade, perempuan keliling pinggang. Macam tukaq baju dah abang tengok. Aku tak tau lah dengan dia tu!”, kata Farhan tak berpuas hati.
“Ish! tak tau la Haziq oi, abang pun tak faham dengan dia. Sejak awek dia dah grade, perempuan keliling pinggang. Macam tukaq baju dah abang tengok. Aku tak tau lah dengan dia tu!”, kata Farhan tak berpuas hati.
“Kalau tak silap saya, Amy kan awek dia?”, Haziq sengaja bertanya.
“Ha..". Farhan mendekatkan dirinya kepada Haziq. Dia menunding jari ke arah Haziq . "Macamana hang boleh kenai Amy? Pelik aku..".
“Dak aih!! Amy tu... kakak sayalah!!”, jelas Haziq
Farhan seolah-olah tak percaya dengan kata-kata Haziq.
“Tapi, Arman tak pernah cerita pun yang Amy ada adik yang study kat sini?”
“Tak payahlah nak buat muka pelik macam tu, bang. Amy tu
kan sibuk tahun ni. Dia lupalah tu nak kenalkan saya dekat Arman. Tapi, abang boleh janji dengan saya jangan
bagitau Arman dan dekat sapa-sapa pon yang saya ni adik Amy. Dan saya nak mintak tolong abang cari info pasal Arman. Nanti saya bayar upahnya”,
pesan Haziq pula.
“Tu, hang jangan risau. Pasai tu abang boleh handle punya. Kokdiang nih.. Jangan tak kenai pulak. Tambah pulak, abang memang tengah sesak ni. Perlukan duit. Heehehe”, Farhan melihat muka jam di tangannya. Jam menunjukkan sudah pukul 11.00
pagi.
“Alamak, Haziq oii!! Abang terlupa
ada kelas hari ni... abang pi dulu la noh”, katanya tergesa-gesa lalu pergi
meninggalkan Haziq.
Haziq memerhati Farhan yang semakin berlalu pergi dengan penuh harapan. Dia mendengus panjang.
*****************************************
bersambung
bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan