----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Sabtu, 12 Januari 2019

25 Disember 2018 – PENDAKIAN GUNUNG BALING


Assalamualaikum,

Ini adalah momen yang paling aku nantikan untuk sukan pendakian. Aku terlelu inginkan pemandangan seni daripada ‘lukisan’ alam oleh Tuhan. Sungguh, aku terpegun dengan indahnya alam, gunung daripada ‘limestone outcrops’ atau batu kapur. Masih ku ingat ketika itu, seakan-akan aku hamper berputus asa dek cabaran yang sangat-sangat membawa rasa penyesalan untuk pilihan aku pada hari itu. Ketinggiannya 546m paras laut, nak mendaki amik kira dalam masa 2 jam dan turun pun 2 jam. Kami naik haritu dalam 730 pagi dan sampai kat puncak tak tengok jam pulak haha. Melepak lama jugaklah kat atas sebab bergambar. Pastu sampai kat bawah balik dalam pukul 1130 pagi. Dapat sijil wehh haha. Lupa nak snap sijil. Cantik seriously.

Baiklah, kita mulakan. Pada mulanya aku tak mahu balik ke Kokcing untuk cuti study week. Tetapi, selepas, exam final aku tak berpeluang pulang ke rumah lagi kerana perlu habiskan praktikal lagi selama sebulan. Jadi aku emmilih untuk balik sehinggga lima hari. Aku menyatakan hasrat itu kepada mak. Esoknya, kakakku menelefon dan menyatakan yang sama ada hendakikut mereka ke Cameron highland atau tidak., aku membuat keputusan meululu. Lantas aku menukar tiket pulangku ke Palam pada 27 disember kerana perlu ke kenduri di perak pada 25 dan terus ke Cameron rancangannya sehingga ke 26 hari bulan. Jadinya, aku akan pulang ke palam pada 27 haribulan.

Bila berfikir semula, keputusan carrymark aku untuk subjek se mini agak mendukacitakan. Jadi, sehari sebelum hari kenduri, aku memutuskan untuk pulang ke palam pada 26 haribulan kerana 28 aku sudah ada paper untuk diduduki. Aku tahu, aku telah mengecewakan ramai pihak lagi-lagi akak aku. Kalua aku pergi, dia tak pergi sebab tempat tak cukup. Jadinya, dia yang kepingin pergi juga ikut tak pergi kerana last-last minit baru tahu aku tak ikut ke Cameron.

Jadi sebetulnya, aku merancang untuk pulang sekejap ke kokcing kerana memang ada peluang ke gunung yang nak sangat aku tawan dalam hidupku, Gunung Baling. Aku sudah berjanji dengan kak Yati yang aku akan pulang dan kepingin ikutinya bersama teman-temannya menakluki gunung gah trademark baling, kedah. Itu, plan yang paling utama sebenarnya.

Pagi 25haribulan, aku bangun jam 5.00 pagi tak salah sebab perlu menaiki kereta kakyati jam 530. Kemudian, kami menuju ke rumah kak yati di baling. Bersolat subuh di sana. Dalam kereta ada puteri, adiknya (tak ingat sapa nama), kak siti, dan kak bedah. Seronok dapat bertemu dengan mereka. Pagi tu, kami antara kumpulan yang lambat untuk mendaki, mereka yang lain menunggu kedatangan kami semuanya. Pagi itu, memnag perut aku kosong sebab tak sempat menjamah apa-apa untuk mendaki. Sebelum mendaki ada sesi senaman ringan dan bacaan doa. Dapatlah roti dan sebtol mineral. Aku jamah sedikit. Aku tengok ada budak-budak kecik, orangg-orang yang pakai macm seorang yang biasa mendaki, yang golongan tua pun ada. Kumpulan yang menaiki gunung itu sebanyak lebih kurang 30 lebih orang.

Banyaknya cabraan yang kami lalui semasa pendakian antaranya jalan licin sebab malam sebelum dan pagi sebelum pendakian sebenarnya hujan. Jadi tanahnya seakan lumpur baunya. Perjalannnya daripada kawasan yang penuh dedaun di lantai bumu, kawasan yang sempit dan adanya longkang dalam (kalua terjatuh mennag kena panggil bomba haha), ada kawasan yang berbatu kecil-kecil (kena hati-hati mungkin tergelongsor sedikit), kawasan berlumpur tetapi ada jejak lubang untuk letak kaki tapi masih lagi licin. Disebabkan kawasan yang licin, pendaki semestinya perlu memakai kasuh daripada getah (RM5) kerana kasut itu lebih mengcengkan tanag yanglicin. Nasib baik sepan jang jalan yang berlumpur dan mencerun ke atas itu adanya besi utnuk berpaut. Habis tanganku merah akibat terlalu memeluk besi tu. Hehehe. Ada kalanya aku teratuh juga, cantic betul kasut aku lepas turun masa tu. Eh eh,. Heheh.

Kemusian jalan yang akan kita jumpa adalah tangga. Tangga iniu mudah saja, naik sahaja Cuma kadang aku tak stabil juga. Apalah, masalah stamina la aku  ni hahaha. Kemudian, akan jumpa kawasan berbatu



Inilah gambar kawasan berbatu tu, ini antara checkpoint untuk kami berhenti seketika sebab kawasan ini agak ada ruang utnuk minum dan berehat sambil menagkap gambar kenang-kengaan. Haha. Kak siti tak dak. Kak siti paling bersemangat, selalu di hadapan dan antara orang pertama smapai dulu. Wah wah wah. Hehehe. Haritu sbenarnya birthday kak siti. So, masa balik tu, dia tapaw makanan kat kami semua, ya Allah satu nilai yang aku belajar daripada orang yang aku kenali dalam hidup aku. Hehehe. Tengs kak siiti. Hehe.

Okey, lepas tu, kami naiklah , akan jumpa kawasan yang banyak akar-akar kayu yang menjalar, jadi kebanyakannya kami akan berpaut pada akar-akar tersebut. Ya Allah, rasa seperti menempah maut ya sebab memang curam dan bergantung pada kekuatan tangan. Tangan dan kakiku seakan menggeletra sebab tak cukup makan., hahaha. Allah lindungi daripada sebarang kejadian buruk, alhamdulillah. Tapi yang paling kesian kak bedah lah sebab asik terjatuh , tak silap aku dalam 3 kali macam tu, nak naik 2 kali and nak turun dalan 1 kali. Dan dia terpaksa tanggalkan kasut dia sebab tapak dah terkeluaq, memang betul-betul cabaran bagi kak bedah sebab Terpaksa berdepan bahaya sebab jalan-jalan di sini ada yang pokok ditebas (terdapat  benda yang tajam dan risiko tertusuk) kalua betul-betul tak tegok jalan. Lebam kakinya. Sakitnya Ya Allah.. huhu..kesian kak bedah



Ni gambar kami sampai di checkpoint terakhir sebelum sampai puncak. Kalua tak salah lah ka sebelum sampai kawasan yang berbatu tajam yang besar2 tu.. Hehehe.. sebelah tu sebenarnya ada ayaq tadah. Masa nak turun tu, adala pakciik yang pakai baju kuning tu, pendaki jugak. Guide kami masa nak turun. Dia kata tu ayaq bukit, kami pun nak pi tadahlah dah dia kata centu, pastu abang yang sapu sampah tu kata yang tu ayaq hujan.. hahaha. Punya gelaklah kami, sebab tengok fresh ja. Kat kawasan yang kami berenti ni juga adalah tempat untuk solat, ada telekung dan sejadah disediakan tapi kena lapiklah sebab was-was juga dengan kebersihan lantai ni sebab kan hujan. Huuhu..

Kemudia kami ke kawasan seterusnya iaitu berbatu besar dan tajam.. haa, ni petanda nak sampai puncak dah nih. Bagi aku, kawasan ni senang sebab apa, sebab tak licin dan tak da risiko jatuh hehe. Tapi hat susahnya bila jumpa dua benda ni iaitu, satu hang kena kabat batu besar tu, kena guna tenaga tangan banyak lah sebab nak ampu dan naikkan badan hang. Haa, time ni seluaq kena jaga-jaga takut terkoyak habihlah, nasib baiklah aku pakai jeans.. huhuhui.. track suit kalu seksi lah balik nanti hahahaha

Dan yang kedua kena lalu satu lorong kecik dan sempit, dalam batu dan kabat naik guna tangga kayu yang depa dah siapkan dalam tu. Kena hati-hati jugak. Badan kalu besar sangat menag tak muat lah haahhaha.. okey. Dah naik sampai puncak. Ni paling paling ngeri, bila mana salah step ja hang boleh jatuh. Tak ku duga kawasanyya sangat sempit dan sedikit unutk dipijak. Bapak ah, rasa macam nak mati ooo.. serius aku cakap. Ni pengalaman aku yang paling aku nak dalam hidup dan di luar ekspetasi aku sebenarnya sebab terlalu sukar dan bahaya. Ibarat kata kakak pendaki tu, gunung baling memang bahaya dan antara yang bahaya untuk didaki. Okeya.. alhamdulillah, kita dah sampai, walaupun dah tak rasa kedinginan yang selalu diucapkan di media-media sebab masa sampai tu dalam pukul 9-10 pagi, memang panas tapi berangin, sumpah cantic dan lega bila dah sampai atas dan puncak. Yess!!! AKU DAH BERJAYA TAWAN GUNUNG BALING!!!”, kata-kata hatiku. Hehhe.. menjerit riang, tapi, aku berfikir juga, macamana nak turun satgi. Ya Allah, nak turun ni kena guna banyak brek kaki lah



Okey, ni bukan puncaknya, sebelum puncak ni tapi area puncak jugaklah, hat puncak tak tangkap sebab ada orang ramai masa tu. Huhuhu.. ni trademark dia, ha ni geng dakian kami. Huihui
Beg deuter kesayangan ku yang menemanimu dalam ekspedisi yang aku nanti-nantikan!!!




Dari fon asus kesayanganku huihui.. sebab fon Samsung membe pinjam s, just good quality pic hehe..



Aku tak dak kekuatan untuk berdiri di atas batu nih.. huhu, takut sebab kaki dah goyang huhu
Nampak tak kesan kekotoran yang jelas tu, huhu, jatuh la tu aduhai belemoih.. huhu pic by fon kak siti hehhee.. okey, dah settle tangkap gambaq, kami dok pikiaq boleh panggil heli tak amikkan? Hahahha jawapannya tak boleh. Huhuhu.. so, selamat menuruni gunung dan selamat membrek. Okey nak turun cepat ja sebenarnya tapi kena banyak guna kekuatan kaki, mental dan kesabaran. Kaki kau takkan boleh control, utomatik dia jalan seniri tau dan bahaya . kena hati-hati masa turun. Okey, kami pun dah selamat turun bersama bau yang ‘harum ‘ yang melekat di baju, singgah di medan selera dan beli makanan pi melepak tepi sungai, huhu (tak tangkap gamabaq pulak) tapi serius tenang, hehhe,






Ni masa tunggu makanan siap n buat tapau, banyak noh bukit-bukit di bumi baling nih. Aku dah jatuh hati dengan baling sejak PLKN dulu. Kenangan sangat. Dan singgah p rumah kak yati dan solat mandi suma dan aku terpaksa pakai kain batik sebab seluar aku kotor teruk sebab masa turun aku jatuh dan kasut aku fullu kotor sebab tenggelam dalam lumpur hahaha.. Nampak sangat wani ni lembik lah even kecik ja badan dia. Aduhai.. hahahha apa daa..

 Oh ya, untuk mendaki ni, ada satu pejabat di kaki gunung ni, kena bayar noh untuk guide (rm15/ seorang) dalam 30 orang sekali naik. Tapi kalau sorang-sorang aku tak pasti berapa. Pak Lang yang owner servis guide tu sarankan yang sapa yang nak naik kena pakai guide sebab ada kes tersesat even dah naik banyak kali kat atas tu. So. Nasihat dia, bila balik rumah lepas mendaki ni, buka la tingkap kalu naik kereta lah sebab ada kes eksiden lepas naik gunung sebab terlelap dan terlalu letih.

Overall. Aku bagi 8/10 untuk pendakian kali ni sebab puas hati dan tahap kesukaran dia aku bagi 9/10 haa,, serius kalua salah pakai kasut dan tak makan memang sakitlah. Esoknya, aku balik palam dan memang sakitlah badan-badan, jalan macam orang tua, nak solat pun amik masa hehehe.. tapi best, aku suka dan kalua boleh aku nak repeat naik lagi tapi dengan pakaian yang lebih sesuai dan bersedia.. hehhe.. So, that’s all kot hehhe..  bye! Assalamualaikum! J





Tiada ulasan: