Kelmarin aku bersiap smart agaknya, pakai tudung coklat, baju pink dan selauar plkn. Aku buat butterfly style kat tudung dan stoking pon stoking yang aku pakai masa kerja dekat kedai tu dulu, waktu sebelum sambung belajar.Kali pertama dalam hidup aku kemalanga menaiki motor wave 150 kelabu di kampong aku dekat tong sampah. Tempat aku jatuh tu atas rumput dekat dengan pagar kawat besi. Mujur aku tak laju waktu tu. Kalau tak, daging aku memang tersiat ler.. tak raya aku tahun ni. Motor aku masih okey cuma cermin side mirror kanan je pecah. Jam kesayangan aku putus dua, tapi masih berfungsi. J smiley hehehe..
Waktu itu, memang aku laju. Tapi, lepas dah perasan ada lembu banyak dalam seekor dua berdiri atas jalan, aku slowkan motor dengan tekan brek. Seekor lembu ni dah lalu ke kanan dengan lenggok yang ayu, tapi tiba-tiba last minit dia patah balik dan tiba-tiba dia buat marathon ke kiri. Apa lagi, bommm!!!!
Aku perasan ada orang jerit, tapi bukan aku ye haha. Aku langgar pinggul dia dan cantik je aku landing atas rumput yang bercerun tu. Mujur tak tergolek dan aku melekat kat situ, ada kawad besi baii.. dekat je dengan tempat aku tersembam tu. Masa aku terlanggar dengan lembu tu a, aku macam menghayati detik-detik ‘bermakna’ itu. Hahahaha.. aku senyap dan ikut je flow apa jadi. Sedar-sedar aku perasan yang bunyi enjin motor aku dah mati. Senyap dan aku nampak rumput depan mata aku. Visor tak pecah! Maknanya aku tak bawa laju!! Wehh.. kenapa doe selalu orang kaitkan langgar dengan lembu ni sebab bawa motor laju. Aku tak sempat tengok meter sebab meter aku memang rosak, asyik tidur je memanjang, hahaha siak tul.
Then, sambung balek… aku mula menggerakkan kaki aku kedua-dua belah. Alhamdulillah.. tak de patah. Fuhh!! Deria masih berfungsi cuma kaki kanan aku sikit tersepit dengan motor sebab moto jatuh di sebelah kaki kanan aku. Hari kedua baru aku perasan kat sebelah lutut aku lebam dan hari kedua hari yang lagi sakit berbanding dengan hari pertama aku jatuh motor. Okey, sambung. Aku bangun, tengok barang apa yang jatuh dan aku tengok lembu tu dah jauh marathon ke depan. Perghh!! Sakitnya hati, mujur dia haiwan, kalau orang dah lkama aku maki dekat situ jugak. Barang jatuh. Motor ke kiri, tayar depan junam ke bawah dan masih tertidur di sisi kanan. Aku memang takkan angkat sebab sebelum ni motor aku pernah jatuh dan orang lain yang angkat, aku memang tak terangkat motor tu. Berat siakk. Memang berat giler. Aku ni dah la ketot pendek pulak tu. Makin bertambah ler sadi tangan aku weh.. hahha. Perempuan okey, aku gadis melayu terakhir!!! Aku langut tengok ke jalan dari hadapan aku, ada seorang lelaki naik motor menghampiriku. Dia tak pakai helmet!! Haishh..
Dia tanya kenapa, dan aku kata jatuh motor langgar lembu. Dia tolong angkat. Aku tolong tarik motor aku ke atas jalan yang tinggi tu, Badut nama dia. Dia tolong aku ang kat barang masiuk raga. Dan start semula motor aku yang dah mati tadi tibva-tiba. Lepas tu, masa kitaorang tengah angkat motor ke atas jalan, ada dua orang lelaki naik satu motor patah balik tanya apa jadi. Dia tanya ada luka kat mana-mana tak.. aku jawab ada sikit kat tangan dan siku rasanya sebab pedih sangat. Aku ambil jam tangan kesayangan aku tu masuk poket. Tudung aku tertanggal sebelah, tak ingat belah mana. Balik tu, aku panggil mak yang sedang baca quran, kata aku eksiden. Aku menangis sambil bercerita semua pertanyaan mak. Huhuhhuhh.. dah lama tak eksiden besalah. Huhhu..
Aku luka banyak di sebelah kanan sebab melihatkan keadaan helmetku memang sebelah kanan aku banyak menimpa lantai bumi. Aku gi klinik satu Malaysia kena injection kat deltoid kiri dan cuci luka guna normal saline dan flavine hat kuning . Sakit pedih oiii!! Pengalaman jadi patient, hehe Cuma bukan dekat hospital. Baru aku rasa. Mujur tak teruk. Aku bersukur dan puas hati sebab doa aku termakbul selama ini. In sha Allah , dngan izinNya yang Maha Esa aku akan berubah menjadi lebih baik dan berusaha menjadi muslimah yang baik dan mukminan untuk masa-masa akuan datang, doakan aku! Apa aku doa? Biarlah rahsia… hehehehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan