----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Sabtu, 14 Januari 2017

part 18


DI PADANG KAWAD



Ustaz Azli ni gila la.. Habis kulit aku

melecur!”, rungut Ali yang berkulit putih gebu.



“ni baru panas dunia, jangan merungutlah Ali, tak baik”, balas ‘Ustaz’ Haris. Ali hanya menundukkan kepala, mengelak cahaya matahari.



“Skuad... Skuad sedia!”, Profesor Azli memberi koman. Semua pelajar dalam barisan kawad yang terdiri daripada 21 orang berdiri dalam keadaan sedia kecuali Ali. Profesor yang berdiri di atas pentas itu turun ke padang kawad.

Profesor Azli menghampiri Ali lalu memberi arahan di hadapannya. “Skuad.. sedia!!”. Ali yang terkejut terus berdiri tegak. Ahli-ahli perbarisan yang lain tergelak kecil. “Skuad ... senyap!”, marah jurulatih perbarisan itu.

Profesor Azli kembali berdiri di atas pentas. “Skuad.. senang diri!”, lelaki berserban itu. “semua boleh duduk sekarang”. Semua ahli perbarisan duduk berterabur.



Assalamualaikum semua. Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah kepada kamu semua kerana sudi hadir dalam latihan kawad kaki pada hari ni. Saya juga ingin ucapkan syabas kepada pelajar-pelajar yang telah melanggar akta universiti kerana telah berjaya menghadirkan diri untuk menerima hukuman dan denda atas kesalahan mereka pagi tadi. Untuk makluman pelajar-pelajar ini, kamu berenam akan menerima hukuman ini sehingga tamatnya Majlis Penutupan Karnival Sukan Tahunan Universiti Shinako Jiddan pada tahun ini. (enam sekawan menunjukkan riak muka tidak berpuas hati) . Maknanya, anda semua akan menerima ahli baru ini sehingga hari penutupan tersebut diadakan. Kepada pelajar yang bersalah, selamat menjalani latihan kawad kaki selama seminggu. Semoga kalian semua dapat membuat persembahan yang terbaik semasa hari penuh bersejarah itu nanti. Sekian, bersurai”, celoteh Profesor Azli.



“saya bangkang yang arif!”, bantah Haris sambil bangun.



Profesor Azli menunjukkan riak muka marah. Dia berkata,

“Kamu, saya tambah denda. Cuci tandas asrama selama seminggu”, kata Profesor Azli.

Semua orang yang berada di adang kawad itu ketawa terbahak-bahak, mengejek kerana ‘Ustaz Haris’ ditambah denda.


MALAM HARI YANG SAMA



Pintu bilik no 31 yang terletak di tingkat paling atas di blok ¾ dihempas dengan kuat. Roomate Arman yang sibuk menelaah pelajaran di meja yang berhadapan dengan tingkap tersentak lalu menoleh ke belakang.



Arman terhuyung-hayang seperti tidak berpijak di bumi yang nyata. Saiful, roomate Arman membantunya duduk di atas katilnya. Saiful terbau sesuatu yang tidak janggal lagi pada badan Arman.

“kau minum lagi, Arman? Bila kau nak berubah ni?”, tanya Saiful.



Arman mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluarnya dari belakang. Dia menghunu sebilah pisau ke arah Saiful. Saiful bangun dari katil Arman lalu berlari ke arah tombol pintu untuk melarikan diri. Arman sampai dahulu di pintu dan sempat mengunci pintu tersebut daripada dibuka.


Arman membuat isyarat senyap kepada Saiful. Dia menutup mulut Saiful supaya tidak mengeluarkan suara.

“Aku dah lama geram dekat budak Kai yang kaler pink tu. Aku akan buat hidup dia merana sepanjang hidup! Kau tau tak?!”, kata Arman.

“Macam biasa, Saiful. Ini amaran, kalau kau bukak mulut. Pertemuan.. perpisahan.. adat manusia biasa... (menyanyi)”, ugut Arman. Saiful mengangguk faham. Arman kemudian menolak Saiful ke dinding, dahinya benjol. Arman melipat semula pisaunya lalu disimpan di dalam kocek seluarnya.

Tiada ulasan: