----- ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG KE SHINJU D'BLOGGUE ----- hak cipta adalah terpelihara.. sebarang rujukan atau pertanyaan boleh diajukan di waniali.catail@gmail.com atau tinggalkannya di kotak KOMEN ye ^^... SELAMAT MEMBACA :)

Jumaat, 10 April 2015

Memori PLKN kumpulan1/siri12


ASSALAMUALAIKUM

PLKN atau nama penuhnya Pusat Latihan Khidmat Negara ialah satu program kerajaan yang dibuat khas untuk para belia lepasan SPM semasa untuk membina jati diri yang kukuh, menyuburkan semangat patriotik ,kecintaan terhadap negara  dan sebagainya kepada diri sendiri. ya la, kita kan bakal pemimpin negara. macam pusat melatih para belia untuk menghadapi dunia yang lebih mencabar nanti ..haha dan W antara anak muda yang bertuah sebab dapat masuk program ni.

first masuk tu tipulah kalu tak sedih sebab kena tinggal berjauhan dengan family.. tapi, W beruntung sebab dapat penggilan pertama, tempohnya lebih pendek berbanding panggilan 2 dan 3. tapi, tak boleh balik rumah bercuti, huhu tiada beza laa. masa masuk tu agak janggal sebab W rasa W sorang  saja yang 'tersesat' kat situ, sorang-sorang. so, kenalah cari kawan. dah dapat kawan, tengah dok best sembang, tup tup lepas daftar kena say 'gudbye' pulak.  kena pulak tinggal di dorm lain, dah tu dapat kompeni lain pulak. huh, kena cari kawan barulah nampaknya. memang mencabar dari kali pertama jejakkan kaki kat situ, dengan letih bagai naik bas. nak buat macamana, nak tak nak kena reda ja la..

tahun 2015 tahun terakhir plkn dijalankan. grup W adalah  yang terakhir tahun ni. hmm, dengar cerita tahun depan mungkin sambung balik tapi, ditukar dengan nama lain tau, masih berkonsepkan plkn, modulnya lebih banyak dan mencabar. tempoh masanya pulak 6 bulan untuk setiap panggilan. tak tahulah betul ka tak, dengar khabar sahaja dari jurulatih2 di sana.. semua orang tau, plkn ni ditangguhkan ke tahun depan sebab masalah kewangan negara ekoran kejadian banjir yang melanda di Pantai Timur Semenanjung. ...

haa..siapa cakap PLKN tak best? tipulah, orang cakap macam tu sebab tak pernah masuk. cuba dia masuk , konfem menangis sebab tak nak balik. kita tau la kita dah pergi. hahaha.. memang serius best PLKN. cuma, first2 masok tu memang bosan lah sebab kena tunggu pelatih2 lain sampai dulu. lebih kurang 3 hari, baru semua pelatih masuk kem. almaklumlah, tahun 2015, pelatihnya ramai!! dua kali ganda daripada siri lepas. kalau tahun lepas punya siri, pelatihnya kira2 dalam 200 org, tahun ni 400 org!! bayangkan setiap hari, kena beratur panjang sebelum makan, kasut spike yang tak cukup, baju loreng yang tak cukup.. kena tunggu stok baru sampai pulak.. barulah boleh start aktiviti .. jadilah seminggu dalam kebosanan.. nothing to do .. yes! nothing to do.

W ingat lagi masa malam pertama di kem krbb, masa tu dalam dorm kami ada 4 org saja. sorang cina n melayu dari Taiping, Perak. dua org lagi dari penang, melayu (W org penang). malam tu dah la malam pertama, dan zuupp!! BLACKOUT!! ah, memang tak leh lupa, terpaksa tumpang dorm lain yang ada elektrik.


  di dorm tempat kejadian BLACKOUT TERJADI...  DORM B1 (WIRAWATI)


Hari pertama 4 org check in dalam dorm. Hari kedua masuk 4 orang,  3 melayu, 1  cina. hari ketiga, masuk 3 orang,  2 melayu, 1 cina.. jadi, semua ada 11 orang.




first task kena present pasal kompeni, ada 4 kompeni :ALPHA , BRAVO, CHARLIE, DELTA. W adalah  ahli kompeni Alpha. so, nanti korang akan tengok banyak gambar dari kompeni ni. hehe..
setiap kompeni ada nisbah bangsa yang sama. melayu cina india dan ada dua orang bangsa siam di kem ni lah. task pertama  ni kena cipta bendera, lagu kompeni, trademark kompeni, visi misi kompeni.. n kena present kat atas stage .. task ni cuma 3 hari jaa tempohnya, then present. . agak2 sempat tak? ha.. bermulalah aktiviti padat kami.. hu, sangat kejam.. dengan nak cipta lagu la, kena hafallah. tapi, berkat kerjasama semua ahli kompeni, semuanya berjalan lancar. 

ni lagu n trademark kompeni ALPHA :

ACILELE
WASUWASUWASA
FIKIFIKI DONGGA
WEWAWEWAWE LOWALOWA

LU SAMA LU
WA SAMA WA
LU ULAT BULU
WA ULAR SAWA
LU TAK BOLEH CELE SAMA GUA

CAPATI ROTI CANAI
MAKAN CICAH SUSU
MARI RAMAI-RAMAI 
ALPHA NOMBOR SATU

RELOAD! (shhh)
RELOAD! (shhh)

FIRE! (boomm)
FIRE! (boomm)
FIRE!!!! (booommm)



meh nak cerita sikit pasal senjata M-16.. 
         
nama penuh senjata ni : COLT M16 5.56mm
 dibuat di Amerika (US) pada tahun 1970
pereka : Colt

tak boleh tangkap gambar semasa menembak, risiko peluru sesat. prosedur memang wajib kena ikut. siap kena angkat sumpah lagi, jangan main2 dengan peluru, boleh dipenjarakan.  peluru hidup ni boleh tembus 3 orang dalam jarak yang dekat, then boleh meninggal. masa latihan menembak, kami diberi peluru sebanyak 25 butir. kena tembak pada sasaran, masa tembak memang gila bengang. dengan bunyi yang kuat, rasa macam duduk di medan perang, serius, memang takut dengar bunyi das2 tu. kitaorang kena pakai getah apa entah kaler oren, sumbat dalam lubang telinga, then. settle.best! untung dapat menembak free. hehe..



sebenarnya ada lagi banyak aktiviti masa latihan di sini. Disebabkan ada masalah teknikal, maka tak jadi upload gambar n videonya, tapi tak pa. walaupun aktivitinya tak se-ekstrem aktiviti2 siri lepas.. tapi, menjadi makna yang indah sebenarnya, secara tak langsung sifat yakin pada diri tu terssemai dalam diri. kita enjoy ja buat aktiviti2 ni at the end, kann...

banyak perkara yang W  belajar masa latihan plkn di sini, antaranya W dapat belajar bahasa cina, bahasa india, menulis nama sendiri dalam tulisan kaligrafi n sanskrit. menarik kan.. ada ramai sangat kawan yang berlainan bangsa.. agak mengujakan. sesungguhnya, plkn menyatukan semua rakyat malaysia yang berbilang bangsa. benar, W dapat rasa semua itu. ni bukan fake tau, bila kita kawan dengan orang yang berbangsa lain, lama-lama kita tahu sikap mereka macamana. seronok dapat berkawan dengan pelbagai bangsa sebenarnya. banyak input yang kita dapat. yang paling menyentuh perasaan W, masa nak kampung lepas tamat latihan, mereka menangis dan berkata mereka suka berkawan dengan orang melayu. serius, terharu. PLKN menyatukan kami semua. yes!!





ok,, itu saja untuk hari ni. terima kasih.

W


Tiada ulasan: