ASSALAMUALAIKUM
sengaja W pilih tema Bila Tiba untuk entry kali ni.. pernah dengar lagu baru UNGU-BILA TIBA? bila dah dengar mesti dah boleh teka apa yang akan W nanti. tiap-tiap yang hidup ada penciptanya. tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. tiap-tiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya. tak kiralah, pensel ka, buku ka, kereta ka, handphone ka..last last benda2 ni semua akan rosak.. takkan boleh diguna lagi . macam tu jugak yang bernyawa, manusia n haiwan...tak semua benda yang hidup ni akan rosak/ mati terus.. ada yang akan 'hang' , sakit, broke down..
sebagai manusia, tak mungkin seseorang tu tak pernah sakit. W yakin, semua orang pernah sakit. tak kiralah batuk ka, sakit kaki ka, lenguh ka, pening kepala ka, terluka sebab kena gigit nyamuk ka.. kita tengok tu semua benda kecil kan? tapi, tu semua sebenarnya kifarah (pengampunan dosa) dosa untuk kita. tak semestinya masa kita sakit tenat, eksiden tu semua baru kifarah, tak. setiap kali kita rasa sakit, susah.. tu semua kifarah dosa.. time nilah Allah dekat dengan kita. dan kalau kita bersabar dengan semua ni, tak mengeluh.. in sha Allah diampunkan dosa2 kita.
sebenarnya nikmat bila sakit nih. dia mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta.. ucaplah Alhamdulillah bila jatuh sakit, bukannya mengeluh. bila sakit kita akan ingat kepadaNya. kita akan minta pertolonganNya.. Allah bagi kita sakit bersebab, Dia rindu nak dengar makhlukNya merayu dan meminta pertolongan daripadaNya.. Sweet bukan?
Ada juga orang yang sakit yang akhirnya meninggal dunia. Pernah tak terfikir yang orang yang hanya demam (nampak macam ringan ja sakit dia) tup-tup meninggal.. Wpernah mendengar kematian sebegini di kampung, seorang sahabat abang W sendiri merangkap sepupu sahabat W sendiri. seorang lagi, depan rumah W ja.. BILA TIBA, KITA PUN TAK TAHU..
bila datangnya sakaratulmaut itu, tidak tergambar dalam fikiran sendiri. betapa peritnya kesakitan yang bakal kita rasai, umpama kulit disiat dengan duri rebung. jari yang luka sebab bergeser dengan hujung kertas pon boleh sakit pedih. inikan pula duri.. Nauzubillah.. Nabi Muhammad SAW sendiri yang merupakan insan yang paling mulia, yang dijamin syurga, yang tak pernah berdosa, kekasih Allah SWT pon bila tiba sakaratulmaut baginda terasa sakit yang amat sangat. bayangkan, sakaratulmaut itu adalah yang paling lembut selembut- lembutnya untuk baginda .. sampai Malaikat sendiri tidak sanggup melihat Rasulullah menderita disebabkan sakit sakaratulmaut.. Ya Allah.. bagaimana pula dengan kita? insan yang sering melakukan dosa..
renung-renungkan .. antara tanda kematian yang sudah hampir tiba
a) bulu kening sudah jatuh ke bawah tidak terletak di atas tulang dahi
b) hidung sudah lembik
c) tapak kaki sudah tidak tegak
d) telinga sudah layu
semasa menziarahi orang sakit tenat, sunat dibaca surah Yasin kerana Baginda pernah bersabda :
" Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (denga pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati".
(QS Lukman :34)
bila datangnya sakaratulmaut itu, tidak tergambar dalam fikiran sendiri. betapa peritnya kesakitan yang bakal kita rasai, umpama kulit disiat dengan duri rebung. jari yang luka sebab bergeser dengan hujung kertas pon boleh sakit pedih. inikan pula duri.. Nauzubillah.. Nabi Muhammad SAW sendiri yang merupakan insan yang paling mulia, yang dijamin syurga, yang tak pernah berdosa, kekasih Allah SWT pon bila tiba sakaratulmaut baginda terasa sakit yang amat sangat. bayangkan, sakaratulmaut itu adalah yang paling lembut selembut- lembutnya untuk baginda .. sampai Malaikat sendiri tidak sanggup melihat Rasulullah menderita disebabkan sakit sakaratulmaut.. Ya Allah.. bagaimana pula dengan kita? insan yang sering melakukan dosa..
"Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya . Itulah yang kamu selalu lari daripadanya". (QS Qaaf :19)
renung-renungkan .. antara tanda kematian yang sudah hampir tiba
a) bulu kening sudah jatuh ke bawah tidak terletak di atas tulang dahi
b) hidung sudah lembik
c) tapak kaki sudah tidak tegak
d) telinga sudah layu
semasa menziarahi orang sakit tenat, sunat dibaca surah Yasin kerana Baginda pernah bersabda :
Maksudnya : "Bacakan terhadap orang yang hampir mati itu surah Yaasin."
(HR Abu Daud (3121) dan Ibn Hibban (720) )
-----------------------------------------------------------------------------------------------
CERITA DI SEBALIK LAGU BILA TIBA
tahun 2014, malam hari terakhir sebelum bulan Ramadan, mak W ajak pergi ke Pasar Kemboja (hampir dengan Perak ).. kebetulan hari tu hari cuti, memang ada tuisyen Biologi di sekolah. W rasa nak pi jugak pasar tu, kelas Bio pon nak pi jugak.. nak SPM dah kan.. Istikharah lah kita ni.. esok tu W decide nak ikut family pi Pasar Kemboja..
kami pi berkereta tiga biji.. satu, family W sendiri. Dua, family Tok Manis dan ketiga family anak Tok Manis.. Suami Tok Manis ni abang kepada abah W. so , sepupu kitaoranglah.
Bila sampai sana, tengok awan macam mendung ja, hati pun rasa tak sedap. selalunya langit cerah, tak da awan yang litup.. pelik jugalah.. kata hati, mungkin tengok langit di tempat lain.
Shopping punya shopping punya shopping.. makan sat dekat restoran di pasar kemboja ni. kami makan nasi ayam ., sedap (nak tu pon nak cerita ka. -_-) . family W sempat jugak jamah . tapi, family sepupu x jamah pun. pelik jugaklah.. diorang macam dok bincang sesuatu.. W tak mau masuk campur ..dah kenyang.. abang sepupu W ni cakap dekat abah yang family diorang kena balik dulu.. ada emergency... oklah, family W masih jalan2 lagi sebelum balik.
bila sampai dekat tempat parking, abah telefon abang sepupu W tanya kenapa balik. dengar cerita, abah cakap , sepupu W (masa tu umur 18 ) eksiden dekat Sungai Dua.( Sepupu dengan sorang kawan dia nak pi tengok wayang) Kami agak terkejut jugak. tapi, kami positif, anggap luka-luka biasa saja. masa on the way nak balik.. handphone abah asyik dok bunyi ja.. orangn ni telefon orang tu telefon.. lepas beberapa saat telefon tak berbunyi.. abah bagitau dekat mak, yang sepupu W dah meninggal.. mata W berair.. biar betul... dalam kereta, W tak berani nak cakap apa2.. terkejut.. telefon sambung bunyi lagi.. orang lain dok tanya betulka dah meninggal.. abah tak berani nak sahkan sebab tak tengok dengan mata kepala sendiri..
tiba-tiba, terdengar lagu Bila Tiba nyanyian UNGU, band dari Indonesia diputarkan dalam radio.. W hayati lagu tu.. aku dah terbayang macam-macam dekat sepupu aku yang eksiden tu.. sedih.. menitis air mata aku.. masa menulis ni pun.. mata aku berair.. aku tak tahan.. serius
Aku terdengar abah bagitau kat abah, yang abang sepupu aku kol abah aku habaq yang adik dia dah meninggal on the spot. tapi, abah masih tak percaya. takut kecuaian hospital ka apa.. so, memang tak pasti lagi..
Aku terdengar abah bagitau kat abah, yang abang sepupu aku kol abah aku habaq yang adik dia dah meninggal on the spot. tapi, abah masih tak percaya. takut kecuaian hospital ka apa.. so, memang tak pasti lagi..
sampai ja kat Kepala Batas, abah tanya nak singgah Hospital Kepala Batas dak.. aku nak ikut abah..mak cakap nak balik .. hantar kami dulu,, sebab dah pukul 12 tengahari.. belilah Ayam Lepaas kat Kiosk Bertam.
bila abah balik dari hospital, memang sah sepupu aku dah meninggal.. sedihnya Ya Allah.. dalam hati ni rasa macam dirobek-robek.. asik pedih ja mata.. dia muda lagi kot, baru 18 tahun. muda setahun dari aku.... aku pon jadi macam gila hari tu..
malam tu, aku, kakak aku, adik aku dengan kak sepupu aku pi ziarah arwah, aku bawak motor, adik aku bonceng belakang..kak aku bawak kak sepupu aku, aku ikut kak aku pi rumah arwah dekat Kampung Baharu. masuk ja ke dalam rumah, semua orang sugul.. kami sepupu sepapat pi lah dekat kelambu di ruang tamu tu.. Arwah dibaringkan di situ.. atas katil. anak menakan arwah baca Al-Quran di sisi kirinya.. kakak dan abang ipar dia di kanan.. depa senyum dekat kami dengan mata dan muka yang kemerah-merahan.. kami sedekahkan al Fatihah dan 3 Qul untuk arwah.. aku tengok muka dia... terus aku nangis.. serius tak tahan.. bukan sebab aku rapat dengan dia ka apa, tak.. kami tak rapat.. apa yang buat aku nangis .. wajahnya seperti orang tengah tidur, muka dia tak pucat, dan dia senyum..(.tapi, ada sikit lebam di dagu dia) runtun hatiku tapi gembira bila tengok muka dia berseri begitu.. bukan nak bangga ka apa, tapi.. memang sewaktu hayat dia seorang anak yang baik..
kami berempat duduk di sisi rumah arwah selepas melawat arwah.. berpusu-pusu sepupu sepapat kami masuk menjenguk arwah.. setiap orang bila keluar dari kelambu tu, pasti menitiskan air mata. .. semua orang sugul, mata merah ,.. berair.. suasana yang begitu hiba.. tiada ketawa tiada jenaka.. Allahu
kakak aku kerja sekali dengan kakak arwah .. diorang kerja di Hospital KPJ .. masa on the way kakak arwah nak pergi kerja, kakak arwah dengan abang arwah sendiri yang tengok sepupu masa baru eksiden di tempat kejadian.. instinct depa sangat kuat sampai sanggup berhenti tepi jalan nak tengok siapa yang eksiden. tengok tengok adik sendiri.. kalau jadi dekat kita apa yang kita akan rasa..? Allahuakbar..
esok tu, 1 Ramadan. 1435H.. Arwah dikebumi pukoi 10 pagi, aku cuma perhati dari jauh.. sebak.. hari tu.. awan mendung ja.. lantai bumi pada awal pagi 1 Ramadan dilanda hujan renyai-renyai.. syahdu yang amat .. pemergiannya amat menyedihkan..
lepas 2-3 hari hari pengkebumiannya, aku dapat gambar dari fon kak aku.. gambar arwah masa eksiden.. Subhanallah, tiada langsung darah merah yang mengalir keluar dari tubuhnya. pendek kata, kemalangannya tak teruk, tapi, ajalnya dah tiba. rakannya yang naik motor sekali dengan dia patah kaki dan bertanya di mana Fizi? (arwah sepupu ) yg merupakan rakan baik arwah.. dia mengalami anemia.. mungkin sekarang dah ok.. :)
lepas 2-3 hari hari pengkebumiannya, aku dapat gambar dari fon kak aku.. gambar arwah masa eksiden.. Subhanallah, tiada langsung darah merah yang mengalir keluar dari tubuhnya. pendek kata, kemalangannya tak teruk, tapi, ajalnya dah tiba. rakannya yang naik motor sekali dengan dia patah kaki dan bertanya di mana Fizi? (arwah sepupu ) yg merupakan rakan baik arwah.. dia mengalami anemia.. mungkin sekarang dah ok.. :)
sejak kematian arwah sepupu aku, baru aku sedar yang kematian tu sangat hampir dengan aku.. orang yang paling dekat dengan aku, sepupu sendiri meninggal dan waktu tu aku bersama dengan family arwah di Pasar Kemboja.. Allah tunjuk kematian tu depan mata aku sebab aku percaya Allah sayangkan aku dan orang-orang Islam yang menyaksikannya supaya kembali mengingati mati. sejak itu jugaklah, seiap kali aku dengar lagu Bila Tiba.. otak aku pasti teringatkan kematian arwah.. bila tibanya waktu aku ? waktu kamu semua ? wallua'lam..
" Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nimat oleh Allah, iaitu para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin. Dan mereka itulah teman sebaik-baiknya ".
(QS An Nisa' :69)
sumber :
WhatsApp
Indahnya Hidup Bersyariat-Dato' Ismail Kamus (m/s 232-233)
W
Tiada ulasan:
Catat Ulasan